July 31, 2013

Khasiat Beras Makanan Ruji Rakyat Malaysia

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Bulan Ramadhan ini hari-hari saya wajib berbuka dengan nasi. Ini sememangnya makanan ruji bagi saya dan keluarga. Nasi kegemaran saya sudah semestinya nasi goreng dan nasi ayam. Teringat zaman kecil-kecil dulu, nasi goreng air tangan mak yang paling sedap, walaupun nasi goreng itu kosong semata-mata.



Tetapi bagi mereka yang menjaga berat badan dan tidak kurang juga bagi mereka yang mengidapi diabetes, beras merupakan makanan terlarang bagi mereka. Ini kerana beras terlalu kaya dengan karbohidrat. Di zaman Rasulullah beras sebenarnya adalah makanan yang paling berkhasiat setelah gandum. Beras amat berkhasiat kerana memadatkan isi rongga usus serta melapisi dan menguatkan perut. Beras mengandungi nutrisi, menyuburkan tubuh, menambah pengeluaran sperma dan membersihkan pigmen tubuh.

Kebanyakan beras yang ada di Malaysia ini merupakan beras putih berkanji yang kurang mineral, vitamin dan zat yang paling diperlukan dalam diet seharian. Disebabkan beras putih ini lebih murah dari beras-beras yang berkhasiat lain seperti beras perang, ramai rakyat Malaysia lebih senang memilih beras putih yang senang didapati di mana-mana sahaja.

Apa bezanya beras putih yang kita makan hari-hari ini dengan beras perang? Beras perang adalah beras yang tidak dikisar atau separuh dikisar,sejenis biji-bijian semula jadi lengkap. Ia mempunyai perisa sedikit berkacang, adalah lebih kenyal dan lebih berkhasiat daripada beras putih, dan menjadi tengik lebih cepat. Beras perang dan beras putih mempunyai jumlah kalori, karbohidrat, dan protein yang sama. Perbezaan utama di antara dua bentuk beras terletak dalam pemprosesan dan kandungan zatnya.

Beras perang dihasilkan apabila hanya lapis terluar benih beras (kulit padi) dialihkan. Untuk menghasilkan beras putih, lapis-lapis berikutnya di bawah lapis kulit padi (sekam dan germ) dialihkan, meninggalkan kebanyakannya endosperm yang berkanji.

Beberapa vitamin dan dietary minerals hilang dalam pengalihan ini dan oleh itu proses pengilatan. Sebahagian dari zat makanan yang hilang ini, seperti Vitamin B1, Vitamin B3, dan besi kadang-kadang ditambahkan semula ke dalam beras putih untuk membuatnya "kaya", oleh kerana para pembekal makanan di AS perlu melakukan mengikut Food and Drug Administration (FDA). 

Satu mineral tidak ditambahkan semula pada beras putih adalah magnesium; satu cawan (195 gram) beras perang benih panjang masak mengandungi 84 mg magnesium sementara satu cawan beras putih mengandungi 19 mg. Apabila lapis sekam dialihkan untuk membuat beras putih, minyak pada sekam juga dialihkan. Minyak sekam beras dapat bantu mengurangkan kolestoral LDL.
 
Di kalangan sumber utama lain pemakanan berkhasiat hilang adalahse jumlah kecil asid lemak dan fiber. Selain dari mempunyai nilai berkhasiat yang lebih banyak, beras perang juga dikatakan kurang memberikan sembelit daripada beras putih.

Oleh itu apa kata kita bertukar kepada pemakanan yang lebih berkhasiat. Mungkin kita boleh selang selikan, sekali sekala beras yang sedia ada di makan di rumah dengan beras perang, beras kukus dan basmathi. Jalani kehidupan yang sihat untuk diri dan keluarga anda.

July 27, 2013

Anda kerap Muntah? Gastrik atau Ketidakhadaman? Garlic Complex Shaklee ada penawarnya =)

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Beberapa hari lepas kawan saya mengadu muntah-muntah kerana tersalah makan. Selama dua hari dia sering muntah tidak kira masa hinggakan ke waktu bersolat dia termuntah di atas sejadah dan telekung, dalam keaddan yang tidak sempat ke bilik air. Kesian saya dengar kerana saya juga selalu muntah di watu pagi kerana angin atau ketidakhadaman perut.

Muntah sebenarnya merupakan salah satu dari lima cara mengeluarkan unsur pembuangan dari tubuh; buang air, muntah, bekam, buang angin serta berpeluh. Sunnah Rasulullah s.a.w telah menyatakan kelima jenis ini.

Terdapat 9 perkara yang menyebabkan muntah:

1. Terlalu banyak hempedu kuning pada bahagian atas perut
2. Banyaknya lendir dalam perut yang perlu dikeluarkan
3. Ketika tubuh tidak mampu mencerna makanan dengan sempurna
4. Jumlah makanan atau minuman melebihi kemampuan perut
5. Makanan atau minuman tidak sesuai pada perut
6. Rasa mual yang disebabkan kerak sisa makanan
7. Adanya faktor psikologi seperti murung, sedih dan rasa cemas menyebabkan tidak mengambil berat pada keperluan tubuh dan makanan
8. Adanya unsur dalam perut yang merosakkan penghadaman makanan hingga mencari jalan keluar dari perut
9. Terpengaruh kerana melihat orang lain muntah hingga menyebabkan berlakunya muntah. Dalam perkara tanpa sedar ini, fizikal bergerak dengan sendiri.

Jika kita muntah secara berlebihan dan membahayakan seperti kisah kawan saya tadi, ia perlu dihentikan dengan mengambil ubat yang sesuai. Mencuci muka dengan air sejuk, minum jus epal atau air mawar berguna dalam memulihkan keadaan badan selepas muntah. Tirmizi mengatakan dalam kitab Al-Jami' dari Ma'dan bin Abi Thalhah dari Abu Darda' r.a berkata " Rasulullah s.a.w pernah berwuduk setelah muntah."

Untuk pengetahuan semua, ada kebaikan yang tersirat sebenarnya. Muntah boleh menguatkan perut, menajamkan penglihatan, membuang sakit kepala , serta menyembuhkan luka pada ginjal dan pundi kencing. Muntah juga berguna melawan penyakit kronik seperti kusta, busung air, sakit gigi, rasa tertekan (depression), sakit kuning dan hepatitis.

Orang sihat sepatutnya mendorong berlakunya muntah sebulan 2 kali berturut-turut sehingga muntah kedua membebaskan tubuh dari unsur yang tertinggal dari muntah yang pertama. Akan tetapi, orang yang menderita radang tekak, lemah paru-paru dan batuk berdarah digalakkan untuk mengelakkan muntah.

Kebiasaan buruk yang dilakukan oleh masyarakat sekarang adalah memenuhi perut dengan makanan kemudian memuntahkannya. Amalan  ini sebenarnya akan menyegerakan penuaan dan mengakibatkan beberapa penyakit bahaya. 

Secara tradisionalnya bawang putih merupakan ubat paling mujarab untuk gastrik, muntah dan ketidakhadaman dalam perut. Atau untuk lebih praktikal, Garlic Complex Shaklee merupakan produk yang sesuai untuk anda.

Garlic Complex merupakan supplemen diet dan antibodi selamat dan semulajadi. Ia mempertingkatkan tahap penghadaman seperti kembung perut dan gastrik dan ketidakhadaman. Mampu seimbangkan tahap tekanan darah tinggi, menurunkan tahap kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan pembekuan darah, melindungi jantung dan menghalang penyakit koronari.

Untuk anda yang ingin sesuatu yang pantas dan memberikan kelegaan yang cepat, cuba-cubalah Garlic Complex Shaklee ini =)
 
Garlic Complex Shaklee

Kepada anda di luar yang mempunyai sebarang pertanyaan dan nasihat untuk masalah kesihatan anda sila hubungi saya di:

sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
email: kizeewattyzainal@gmail.com
FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di sini Produk dan Harga Shaklee


July 23, 2013

Resepi Banana Shakes- Sedap dan Terangkat.

Teks : Kizeewatty Zainal

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan umur saya untuk berpuasa sehari lagi. Dan untuk berbuka semalam saya telah mencuba resepi minuman sejuk yang lazat dan berkhasiat. Tak sabar nak dikongsikan di sini.

Resepi ais blended banana shake - sajian 3-4 orang

Bahan- bahan:
10 ketul kiub ais
1-2 cawan air
2 biji pisang besar/ 4 biji pisang kecil
1/4 cawan mealshakes
3 sudu cinch shake perisa coklat

Cara-cara:
Masukkan semua bahan dan kisar hingga sebati. Sudah siap untuk santapan berbuka puasa.

2 biji pisang besar/ 4 biji pisang kecil






Apakah khasiat dalam produk Shaklee yang digunakan dalam resepi ini?


Mealshakes dan Cinch Chocolate
Mealshakes

1- Ada 120 kalori dalam Meal Shake Shaklee ni. Jika kita ‘shake’ dengan susu rendah lemak, kalorinya sekitar 240 kalori.

2- Mempunyai 0.5 g lemak

3- 23gm karbohidrat dalam 1 / 4 cawan Meal shakes, untuk satu bahagian ada 3gm serat. Ada 18gm gula dalam satu hidangan Mealshake.

4- Untuk 1 / 4 cawan campuran Mealshake pulak ada 7gm protein.

5- 12 vitamin penting. jd untuk 1 hidangan, kita akan dapat 25 peratus vitamin A, 30 peratus vitamin B6, 20 peratus vitamin B12, 30 peratus vitamin C, 10 peratus vitamin D, 35 peratus vitamin E, 30 peratus daripada thiamin, 10 peratus riboflavin, 35 peratus niacin, 35 peratus folat, biotin 35 peratus dan 30 peratus asid pantotenat.

6-  11 mineral penting yang ada dalam campuran Meal shakes ini. Dalam 1 hidangan,kita akan dapat 20 peratus kalsium, 35 peratus daripada besi, 15 peratus daripada fosforus, 25 peratus daripada magnesium, 30 peratus zinc, 35 peratus daripada selenium, 35 peratus copper, 35 peratus manganese dan 35 peratus molibdenum. 1 bahagian lain juga ada 80mg natrium dan 275mg kalium.

Cinch Shakes
  
1- Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut 

2- Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina 

3- Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan 

4- Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang.

5- Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian 

6- Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga 

7- Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting 

8- Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan 

9- Soya bukan GMO

Ais Blended Banana Shake yang telah siap

Jadi jika kita terasa haus dan lapar, silalah cuba resepi yang sihat berkhasiat ini.
Selamat mencuba.

July 22, 2013

Ada apa dengan GLA? Jatuh hati kali pertama.

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Pejam celik pejam celik sudah 13 hari umat Islam berpuasa. Saya doakan ibadat puasa kita di bulan Ramadhan Kareem ini diberkati Allah s.w.t. Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi kisah bermulanya saya berkenalan dengan produk Shaklee. Jatuh hati kali pertama dengan GLA. Ya, inilah supplemen pertama yang saya ambil.

Segalanya bermula tanggal 2 Syawal tahun lepas, saya mula rasa sakit apabila datang bulan. Paling menakutkan senggugut saya agak teruk hingga menyebabkan saya banyak terbaring di bilik. Selama 2 hari saya menahan sakit dan ketika itu saya dan suami meraikan Aidilfitri kami di rumah mak mertua saya. Nasib baik mak seorang yang memahami kerana dia tahu keadaan saya yang kerap tidak sihat. Apa yang merisaukan saya sakit ini pernah saya alami beberapa taun lepas dan ketika itu saya di diagnosis mengidap cyst. Tapi alhamdulillah pada ketika itu doktor memberi ubat untuk cyst saya yang berukuran agak kecil dan bukan pada tahap kritikal pada waktu itu.

Oleh kerana sakit yang berlarutan itu, saya mula meninjau dan mencari apa-apa maklumat berkenaan cyst ini. Ini kerana saya rasakan mimpi ngeri saya berulang kembali. Saya pahami sedikit apa itu cyst dan bagaimana ianya terjadi. Tanpa disangka- sangka saya terbaca testimoni seorang hamba Allah yang mempunyai masalah yang sama dengan saya dan telah menemui penawarnya, GLA Shaklee. Semakin dalam saya menggali maklumat tentang vitamin Shaklee ini. Dari mana asalnya, halal ataupun tidak, keberkesanannya terjamin atau hanya bersifat sementara, dan macam-macam lagi yang saya ingin tahu.

GLA Shaklee
GLA Shaklee
Kemudian baru saya teringat yang salah seorang kawan saya adalah wakil pengedar vitamin ini. Setelah berbincang dan mendapatkan nasihat daripada dia, saya tekad untuk mengambil supplemen
ini.

Alhamdulillah, setelah 2 bulan saya sudah terasa keberkesanannya, tiada lagi sengugut dan sakit yang teruk. Selepas GLA saya mula mengambil Vitamin C untuk migrain yang saya alami sejak berumur 14 tahun.  Di ikuti pula dengan Alfalfa, Ostematrik dan Omega Guard untuk masalah sembelit.

Bagi saya segala penyakit saya selama ini ada hikmah rupanya. Dari sini saya banyak berhubung balik dengan kawan-kawan lama saya. Bertambah erat silaturrahim antara kami. Di samping itu saya dapat membantu orang-orang di sekeliling saya kerana saya yakin yang kualiti vitamin ini dapat meningkatkan tahap kesihatan seseorang itu.

Dan sungguhnya tiap yang baik ini datang daripada Allah jua, dan saya bersyukur kerana dengan sakit ini saya semakin menghargai peluang yang diberikan oleh- Nya, lebih menjaga kesihatan diri dan juga dapat meyebarkan dan berkongsi segala kebaikan dengan orang yang tersayang. 

Kepada anda di luar yang mempunyai sebarang pertanyaan dan nasihat untuk masalah kesihatan anda sila hubungi saya di:

sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
Email: kizeewattyzainal@gmail.com
FB: Kizeewatty Zainal
FB fanpage: Kizee Healthyvita Shop

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di sini Produk dan Harga Shaklee

July 20, 2013

Harga supplemen Shaklee mahal?

 Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Banyak desas desus di luar yang saya dengar mengatakan vitamin Shaklee terlalu mahal harganya. Bagi saya supplemen ini tidaklah mahal kalau nak dibandingkan kos perubatan yang harus ditanggung bila kita dah ditimpa penyakit.  Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Janganlah pula kita baru nak terhegeh- hegeh mencari payung apabila diri sudah basah kuyup.

Betul ke mahal sangat? Baiklah, mari kita buat perbandingan, sebagai contoh si A yang di diagnosis mengidap penyakit cyst. Doktor menjangkakan kos pembedahan sahaja menelan belanja RM10,000 tidak termasuk kos ubat dan rawatan susulan.  Si B pula perlu menyediakan lebih RM2,000 sebulan bagi menampung kos rawatan menjalani hemodialisis untuk sakit buah pinggang kronik, yang mana kos ini melebihi purata pendapatan sebulan rakyat Malaysia.

Bayangkan tahap emosi bila mereka melalui proses itu dan apa kesannya pada diri  dan keluarga tersayang. Duit dan masa harus dicurahkan dalam menjalani hari-hari mendatang.

Jika kita bandingkan dengan GLA Shaklee yang mampu merawat cyst dan berharga hanya RM91.25 dan boleh bertahan selama 2 bulan. Cuba bayangkan berapa banyak yang dapat anda jimat dalam menjaga kesihatan diri anda. Setiap vitamin Shaklee bukan hanya khusus pada mencegah sesuatu masalah atau penyakit malah ia merupakan supplemen untuk menjaga kesihatan diri secara keseluruhannya tidak kira tua atau muda, lelaki atau perempuan. 


Jika dilihat, kebanyakan daripada kita terlalu bersusah payah untuk memberi yg terbaik untuk orang yang tersayang tapi pernahkah kita berusaha utk memberi yg terbaik pada diri kita? Dan masih mampukah kita untuk memberi yang terbaik kepada orang lain jika diri kita sendiri berada dlm keadaan yg kurang sihat dan kritikal? Fikir-fikirkanlah.

Bukan bermakna dengan mengambil vitamin ini kita tidak akan ditimpa penyakit. Jangan salah anggap kerana penyakit ini merupakan nikmat daripada Allah s.w t. Setiap penyakit yang datang itu bermakna Dia masih ingat, sayangkan kita dan pada-Nya tempat kita perlu bergantung. Cuma apa yang saya ingin katakan kita perlu berusaha utk mencari yang terbaik dalam yang terbaik untuk hidup dan masa depan kita.


Variasi Produk Vitamin Shaklee


Jadi tidak rugi jika anda mulakan hari anda dengan Shaklee dan jangan risau kerana supplemen ini dijamin halal. Sesuai dan bermanfaat untuk seisi keluarga. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan supplemen yang berkualiti ini sila hubungi saya. Jangan malu dan segan ye =). Saya akan berikan keterangan dan nasihat percuma.

sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
email: kizeewattyzainal@gmail.com
FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di sini Produk dan Harga Shaklee


July 18, 2013

Selamat Berbuka :Resepi Nasi Lemak + Sambal Udang Masam Manis + Telur Dadar Mayonis:

Teks: Kizeewatty Zainal

Sambal Udang Masam Manis
Alhamdulillah, rezeki Allah melimpah ruah hari ini.  Walaupun pagi tadi saya agak terlambat untuk pergi kerja kerana terdapat  kemalangan berdekatan kawasan rumah, hingga menyebabkan saya suami isteri terpaksa menunggang motosikal dalam keadaan hujan. Kami tawakal untuk meredah arus kesesakan jalanraya.  Alhamdulillah, balik dari kerja cuaca cerah.

Bulan puasa ni saya jarang membeli di bazar. Saya lebih suka memasak kerana pernah termakan makanan basi. Dan perut saya agak manja. Salah makan harus membuang hingga ke pagi, Perit dan penat menanggungnya.

Dan tadi selesai sudah kami berbuka dengan lauk permintaan suami. "Abang nak makan nasi lemak hari ni la yang". Saya tersenyum " Boleh bang". Selesai kerja kami ke kedai belakang rumah membeli bahan masakan. Sampai sahaja di rumah saya keluarkan mimi dan momo dari kandang. Main sekejap dengan kucing kesayangan, saya terus ke dapur. Di dapur suami datang membantu membersihkan udang.

Saya mula mengupas bawang merah dan putih yang hendak dikisar dengan cili kering. Ingat ya kawan-kawan biji cili harus dibuang untuk mengelakkan penyakit seperti apendiks. Jika biji terlalu banyak bolehlah diletakkan minyak masak sedikit supaya biji cili kering ini dapat dikisar halus. 

Sekarang jom singgah ke dapur saya =)

Bahan Nasi Lemak
Beras - 2 pot
1 batang serai - diketuk
2 inci halia -dihiris halus
1 kotak santan
Air secukupnya

Bahan Sambal Udang Masam Manis
20 ekor udang -sederhana
2 biji bawang merah - dikisar
3 biji bawang putih- dikisar
10 biji cili kering - dikisar
Sedikit air untuk bahan kisar
1 batang serai -dihiris halus
3 sudu sos masam manis
1 biji tomato - potong dadu
Daun sup -dicincang halus
Garam secukup rasa

Bahan Telur Dadar Mayonis
3 biji telur
1 biji bawang merah - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
1 sudu penuh mayonis
Daun sup -dicincang halus
Garam secukup rasa

Cara masakan:

Nasi Lemak
1. Masukkan semua bahan ke dalam p
2. Bila nasi sudah mendidih gaul nasi supaya santan sebati dengan nasi. Ini untuk mengelakkan kerak di bawah periuk.
3. Setelah masak gaul nasi sekali lagi. Jangan biarkan nasi dlm keadaan 'keep warm' terlalu lama kerana ini juga akan menyebabkan nasi berkerak. 


Sambal Udang Masam Manis
1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau
2 Masukkan garam, sos masam manis, udang dan serai
3. Apabila mendidih masukkan tomato dan daun sup. Biarkan sehingga udang masak dan sedia untuk dihidang

Telur Dadar Mayonis
1. Masukkan semua bahan dan pukul adunan dengan menggunakan garpu.
2. Goreng seperti biasa dengan api sederhana.



Alhamdulillah, sudah siap nasi lemak saya yang serba ringkas. Selamat menjamu selera. Semoga mendapat keberkatan dalam setiap santapan anda. Amin.

July 17, 2013

Celak Aksesori Mata yang Memukau

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Bulan puasa ini tiba-tiba saya teringatkan Arwah nenek saya. Arwah seorang yang penyayang dan suka mengambil berat tentang diri saya. Dari kecil Arwah nenek saya seorang yang suka berpenampilan kemas. Apa yang saya perasan Arwah nenek seorang yang gemar memakai celak. Setiap pagi dia akan merapikan diri dengan berdandan seringkas mungkin dan mencelakkan matanya. Memang sungguh cantik orangnya. Bila ada orang yang balik dari mekah Arwah pasti akan dihadiahkan air zamzam, kurma, tasbih dan celak. Bagi saya yang masih kecil ketika itu, tidak paham kenapa Arwah nenek suka bercelak walaupun hanya di dalam rumah. Apakah hebatnya bercelak ini?

Itsmid adalah jenis celak terbaik berasal dari Persia dan ia dapat melekat dengan cepat, mempunyai butiran berkilauan, bahagian dalamnya halus dan tidak mempunyai kotoran.

Bercelak dapat menjaga kesihatan mata, menguatkan dan menjernihkan pandangan, membuang unsur berbahaya serta menambah sentuhan keindahan mata. Rasulullah s.a.w menyuruh kita memakai celak yang dimasukkan minyak wangi (kesturi) ketika tidur kerana ianya amat berguna untuk orang yang berpandangan kabur terutamanya orang tua. Dalam riwayat Tirmizi, dari Ibnu Abbas bahawa Nabi s.a.w jika memakai celak menggunakan tiga kali pada mata kanan, dimulai dari sisi kanan dan diakhiri pada bahagian kanan dan dua kali pada bahagian kiri mata.

Celak dapat menguatkan saraf mata, membuang daging berlebihan di sekitar kudis dan menutup luka semasa membersihkan bahagian sekitar kulit. Jika dicampur dengan madu. itsmid boleh mengubati sakit kepala. Jika ditumbuk dan dicampur lemak segar boleh digunakan  sebagai pembalut luka terbakar. Campuran ini boleh mencegah munculnya kudis sekaligus menyembuhkan kerosakan kulit akibat luka terbakar.

Ibnu Majah meriwayatkan dalam Sunannya bahawa Salim dari bapanya meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w bersabda " Pakailah celak kerana ia boleh menjernihkan mata dan menumbuhkan bulu mata"

Sekarang barulah saya tahu, terlalu banyak kegunaan celak yang berharga murah itu.Saya terlalu memandang remeh sunnah Nabi s.a.w ini kerana terlalu banyak kebaikan yang tersurat dan tersirat dalam pemakaian celak ini. 

Jom kawan-kawan kita bercelak. Cuba amalkan sebelum tidur. Insya Allah semoga titipan saya kali ini dapat memberi manfaat kepada anda di luar sana =)




Celak berkasiat menguatkan mata dan saraf mata, menghilangkan daging berlebihan disekitar koreng dan menutup luka sewaktu membersihkan wilayah sekitarnya. Jika dicampur dengan madu murni, itsmid dapat mengobati sakit kepala. Itsmid yang ditumbuk dan dicampur dengan lemak segar dapat dimanfaatkan  sebagai pembalut luka bakar. Campuran ini dapat mencegah munculnya lepuh - lepuh sekaligus menyembuhkan kerusakan kulit akibat luka bakar. - See more at: http://www.edukasiana.net/2011/04/manfaat-celak-itsmid.html#sthash.nCt65UgA.dpuf
Celak berkasiat menguatkan mata dan saraf mata, menghilangkan daging berlebihan disekitar koreng dan menutup luka sewaktu membersihkan wilayah sekitarnya. Jika dicampur dengan madu murni, itsmid dapat mengobati sakit kepala. Itsmid yang ditumbuk dan dicampur dengan lemak segar dapat dimanfaatkan  sebagai pembalut luka bakar. Campuran ini dapat mencegah munculnya lepuh - lepuh sekaligus menyembuhkan kerusakan kulit akibat luka bakar. - See more at: http://www.edukasiana.net/2011/04/manfaat-celak-itsmid.html#sthash.nCt65UgA.dpuf
Celak berkasiat menguatkan mata dan saraf mata, menghilangkan daging berlebihan disekitar koreng dan menutup luka sewaktu membersihkan wilayah sekitarnya. Jika dicampur dengan madu murni, itsmid dapat mengobati sakit kepala. Itsmid yang ditumbuk dan dicampur dengan lemak segar dapat dimanfaatkan  sebagai pembalut luka bakar. Campuran ini dapat mencegah munculnya lepuh - lepuh sekaligus menyembuhkan kerusakan kulit akibat luka bakar. - See more at: http://www.edukasiana.net/2011/04/manfaat-celak-itsmid.html#sthash.nCt65UgA.dpu

July 16, 2013

Labu Manis Pembuka Selera yang Lazat

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Di bulan Ramadan ini pasti ramai antara kita yang berada dalam keadaan kering atau dalam erti kata lain 'penyahidratan'. Untuk mengelakkan dehidrasi ini ketika bersahur dan berbuka kita disarankan mangambil sekurangnya 2-3 liter air sehari, bergantung kepada berat badan seseorang itu. Selain itu kita digalakkan mengambil makanan yang mengandungi air untuk menampung jumlah air yang diperlukan badan.

Contoh makanan yang ingin saya kongsi hari ini adalah buah labu manis. Buah ini amat lembut, berair dan dingin. Senang dicerna dan mempunyai serat yang baik untuk perut dan pembuangan harian kita. Airnya boleh menghilangkan dahaga dan amat berkhasiat. Jika ditumbuk dengan buah quince dalam bentuk jem boleh melarutkan lendir berlebihan dalam badan kita. Perahan airnya dicampur dangan air mawar boleh mengatasi pembengkakan dalam telinga dengan beberapa titisan ke dalamnya. Hampas labu boleh mengatasi radang otak jika ditumbuk dan dibalut di kepala. 

Labu Manis makanan kegemaran Rasulullah s.a.w

Buah ini boleh mengatasi masalah pencernaan dan sesiapa yang mengalami demam panas. Tidak kurang juga labu manis boleh mengubati bengkak mata dan gout dengan pengambilannya setiap hari Kesimpulannya, labu manis merupakan makanan paling lembut sesuai untuk kanak-kanak dan orang tua dan cepat memberi tindak balas kepada tubuh badan kita. 

Telah diriwayatkan dari Anas bahawa Rasulullah s.a.w sering makan labu dan buah ini merupakan makanan kegemaran harian. Abu Thalut menceritakan" Aku pernah menemui Anas bin Malik r.a makan labu sambil berkata, 'Sesungguhnya kamu berasal dari pohon yang paling kusukai, kerana Rasululah juga menyukaimu'."

Dalam Al-Ghailaanniyyat dinyatakan hadis dari Risyam bin Urwah dari ayahnya, dari Aisyah r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah berkata kepadaku, " Wahai Aisyah! Jika kamu memasak makanan, perbanyakkanlah labunya, sesungguhnya labu boleh mengubati hati yang sedih."

Berikut adalah manfaat labu bagi kesihatan kita:
  1. Sistem kekebalan tubuh - mengandungi karotenoid yang meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan melindungi tubuh dari infeksi dan virus. 
  2. Antioksidan - kaya akan beta-carotene yang berperan sebagai antioksidan dan anti-inflamasi yang kuat. Beta Carotene juga mencegah pemendapan kolesterol di dinding arteri dan menurunkan risiko strok serta mencegah kanser
  3. Anti-penuaan -mengandungi banyak alpha-karoten, Vitamin A dan C. Komponen ini dapat memlambatkan proses penuaan dan mencegah pembentukan katarak mata. 
  4. Masalah pencernaan. Labu memiliki kadar serat yang tinggi. Maka dari itu, labu dapat menghilangkan racun dari saluran pencernaan dan mencegah sembelit. 
  5. Hipertensi.-kaya dengan kalsium yang dapat mengurangkan risiko hipertensi. 
  6. Kepadatan tulang - meningkatkan kepadatan tulang. Oleh karena itu, buah ini wajib diambil oleh orang yang berisiko osteoporosis
Dalam budaya masyarakat Malaysia lazimnya buah labu sering disajikan dalam bentuk lauk pauk, kuih muih dan pemanis mulut. Tidak dapat dinafikan makanan ini sungguh berkhasiat dan dinikmati oleh segenap lapisan umur tidak kira tua atau muda.

July 11, 2013

Perancangan Allah

Teks: Kizeewatty Zainal

Hari ini hari kelam kabut saya. Masuk ke pejabat kerja sudah melambak, perlu disiapkan segera. Ditambah lagi emel daripada rakan sekerja yang  menggesa untuk disiapkan apa yang diminta. Beginilah situasi yang saya hadapi hari- hari. Tepat pukul 8 pagi kepala saya ligat berpikir mengatur rancangan sambil tangan menekan papan kekunci mencari kerja mana yang harus diberi keutamaan dahulu.
Tiba-tiba saya teringat ada lagi satu perkara penting yang harus saya selesaikan dalam masa 2-3 hari ini. Kerana ingin bercuti panjang segala kerja pejabat dan peribadi perlu disiapkan. Seketika saya rasa buntu dan kosong. Mampukah saya selesaikan semuanya. Ya Allah banyaknya kerja saya.
Saya termenung seketika, "Ya Allah kau permudahkanlah". Dalam hati tak putus-putus saya berharap dan berdoa.
Alhamdulillah, menjelang petang setiap satu kerja pejabat saya selesai. Saya tersenyum puas. Barulah hati rasa tenang untuk bercuti.
Sekrang saya ingin ajukan soalan. Apakah yang anda nampak dari situasi di atas? Adakah dengan hanya usaha dan perancangan, manusia boleh dan mampu menyelesaikan masalah? Adakah dengan kepandaian dan kebijaksanaan sendiri, kita boleh berjaya di dunia ini. Jawapannya tidak. Kerana dengan perancangan teliti dan usaha tanpa doa dan tawakal kepada Allah, kita sebenarnya tidak akan boleh berjaya. Mungkin berjaya di dunia tapi bukan di akhirat. Kerana kejayaan di dunia  tidak akan mendapat keberkatan untuk membolehkan kita berjaya di akhirat kelak. Situasi di atas hanyalah perkara kecil yang sering berlaku dalam hidup kita. Akan tetapi melalui perkara dan masalah kecil inilah kita kena belajar mengharap yang terbaik daripada Allah.
Setiap cubaan dan ujian yang Allah beri kepada kita adalah cara Allah menzahirkan tahap keimanan kita kepada Dia, kebergantungan kita padaNya. Itu bermakna yang Dia ingat dan sayangkan hamba-Nya. Dan sesungguhnya hanya pada-Nya tempat kita berharap dan mengadu. Dia tidak pernah sesekali berpaling daripada mendengar segala rintihan hamba-Nya. Oleh itu janganlah kita lalai dan hanyut dengan keegoan diri hinggakan kita berasa diri sudah cukup hebat di alam maya ini. Kita ini hanyalah makhluk yang lemah dan mudah alpa. Tidakkah kita sedar bahawa terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan pada hamba-Nya. Tidak guna jika kita hanya pandai menerima tetapi tidak pandai memberi. Apa yang diterima hendakla kita berterima kasih dan bersyukur dengan sujud dan tawakal pada-Nya.

July 10, 2013

Salam Ramadhan Al Mubarak : Cergas bersama Mighty 3 Gems Shaklee

Teks: Kizeewatty Zainal

Alhamdulillah, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia kita untuk sekali lagi bertemu bulan mulia Ramadan Al-Mubarak, bulan penuh keberkatan . Pastinya umat Islam berpusu-pusu dalam manjalankan ibadah, mencari pahala dan tidak kurang juga yang mencari juadah berbuka dan bersahur.

Rasulullah  s.a.w telah banyak memberi panduan kepada kita mengenai makanan dan minuman dan peraturan lain yang perlu diperhatikan untuk mengelakkan dos berlebihan dan sekaligus mengurangkan stamina kita dalam melaksanakan ibadah di bulan Ramadan ini. Makanan boleh menguntungkan dan merugikan. Maksud merugikan kerana makanan boleh menyerang tubuh kita jika diambil secara berlebihan. Sebahagian besar penyakit terjadi kerana pengambilan makanan yang melebihi keperluan tubuh. Penyakit terjadi kerana manusia sering mengambil makanan yang sukar dicerna dan dihadam oleh perut.

Rasulullah s.a.w telah menyarankan agar kita mengambil makanan beberapa suap sekadar menyokong keperluan.  Cara makan yang terbaik untuk tubuh dan hati adalah dengan menyediakan perut kita sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk udara dan sepertiga lagi untuk air. Jika perut kita terlalu dipenuhi dengan makanan maka tidak ada ruang untuk udara dan air, kita juga akan susah bernafas, perut terasa senak dan sekaligus kita akan letih. Akibatnya hati akan menjadi malas dan kita tidak mempunyai stamina secukupnya untuk melakukan aktiviti seharian. Sebenarnya tubuh, akal dan minda akan menjadi kuat dan cerdas jika mengambil makanan yang penuh nutrisi, bukan dari banyaknya makanan yang kita makan.

Tiga supplemen yang ringkas di bawah merupakan diet seimbang yang wajib diambil ketika berpuasa kerana mempunyai segala khasiat yang diperlukan untuk menjalani kerja seharian.Penyediaan yang cepat bagi mereka yang tidak sempat menyediakan juadah bersahur dan berbuka dan sesuai untuk semua peringkat umur.


Shaklee Mighty 3 Gems ESP Mealshakes Performance Drink
Shaklee -Supplemen Mighty 3 Gems

ESP atau Energising Soy Protein merupakan serbuk yang diperbuat dari 100% non-GMO soy protein yang lengkap dengan 9 asid amino perlu. Ia membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan. ESP membantu kita mengalas perut dan menahan lapar kerana ia membantu menghasilkan mukosa sebagai pelindung kesan asid hidroklorik di dalam perut. Dapat mengelakkan rasa kepedihan perut dan juga pedih ulu hati dan ianya sangat sesuai bagi yang menghidap gastrik.  ESP juga mengandungi kadar glisemik yang rendah dan sesuai juga kepada pengidap kencing manis. Gabungan kalsium dan protein di dalam ESP menjadi makanan tambahan untuk penghasilan utama susu ibu yang dapat diberikan kepada si manja kesayangan anda sepanjang anda berpuasa

Performance Drink mempunyai rasa oren yang menyegarkan ala-ala 100 Plus. Ia menjadi pilihan ahli-ahli sukan dan mereka yang menjalani gaya hidup aktif supaya kekal bertenaga dan mengurangkan rasa dahaga dan memberi kita karbohidrat bagi daya ketahanan. Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan dan tidak kekeringan. Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting dalam badan dan mempercepatkan penyembuhan kecederaan otot akibat kekurangan nutrisi dan air di bulan puasa ini.

Mealshakes merupakan minuman multivitamin yang lengkap. Sesuai untuk orang yang aktif dan mereka yang tidak sempat mengambil makanan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua. Membekalkan 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Sumber yang kaya dengan kalsium dan protein. Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik dan kaya dengan serat sekaligus membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.    

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan supplemen dan hidangan yang berkualiti ini sila hubungi saya di:

sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
email: kizeewattyzainal@gmail.com
FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di sini Produk dan Harga Shaklee

July 1, 2013

Janji Allah yang Pasti

                                                                 Janji Allah yang Pasti


Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Dari kecil mak selalu ajar dan pesan, kita hidup ni kena selalu bersyukur. Bersyukur dilahirkan dalam Islam, dilahirkan dalam negara yang maju dan aman, mempunyai ibubapa dan keluarga yang penyayang jika dibandingkan dengan orang lain yang tidak bernasib baik. Saya mempunyai keluarga yang sentiasa melindungi dan memberi tunjuk ajar pendidikan dunia akhirat. Bagi mak abah, saya dan adiklah harta yg paling disyukuri, Ya, anak emak hanya 2 orang dan saya merupakan anak sulung. puteri kesayangan emak, Kizeewatty Binti Zainal. Anak-anaklah harta yang paling berharga dan saham akhirat mak abah di sana kelak. Insya Allah=).

Saya memulakan pendidikan seawal 6 tahun di tadika Kemas dan seterusnya di S.R.K Sri Jamil Muar Johor. Setelah mendapat keputusan UPSR yang agak baik, saya beralih ke S.M.K.A (Maahad) Muar. Setelah habis SPM saya mendapat panggilan awa luntu kmemasuki Kolej Matrikulasi Londang di Melaka  dalam bidang Sains Hayat.Baru sahaja menduduki peperiksaan semester pertama, saya mendapat tawaran di  Universiti Islam Antarabangsa di Gombak. Dengan sedikit percaturan dan istikharah saya mengambil keputusan untuk beralih kebidang Kejuruteraan walaupun pada mulanya tidak pernah terlintas untuk kejurusan ini.Berserah pada Ilahi kerana saya yakin inila hala tuju saya. Setelah 4 tahun bergelumang suka duka, menyiapkan kertas kerja dan projek di bengkel dan makmal sehingga ke tengah malam, akhirnya saya berjaya memegang segulung Ijazah Muda Kejuruteraan Pembuatan dengan kepujian.

Banyak temuduga yang saya hadiri setelah tamat belajar tapi semuanya bukan di Johor.Niat saya supaya senang dekat dengan mak dan abah. Selama setengah tahun saya menganggur walaupun ramai kawan-kawan yang sudah berkerja. Saya masih bersabar menunggu panggilan kerana saya yakin Allah dengar setiap apa yang saya minta dari-Nya. Alhamdulillah, penantian saya terjawab. Saya ditawarkan bekerja sebagai Jurutera dalam bidang Carigali Minyak dan Gas di Johor Bahru. Selama 7 tahun, bermula dari kosong hinggalah terbina sebuah pelantar minyak yang tersergam indah ditengah lautan. Berpindah randah dari Japan Gas Corporation Singapore ke Sime Darby Engineering Sdn Bhd dan seterusnya kini di Malaysia Marine Heavy Engineering Sdn Bhd demi kenaikan gaji dan kepuasan bekerja. Beberapa projek yang pernah saya terlibat adalah seperti Petrochemical Corporation di Kota Singa, Kumang-A CPP di BumiKenyalang, Oil and Gas India di Mumbai dan kini sedang menghabiskan perjalanan projekter baru iaitu Damar-A danLawit-A milik Exxon Mobil. Memang kalau diikutkan apa yang saya ada sudah mencukupi tapi sebenarnya hati saya rasa kosong. Bagaikan apa yang saya lakukan hari-hari tidak bermakna. Bangun pagi pergi kerja balik kerja.Hinggakan pagi-pagi lagi saya sudah menghitung tiap detik untuk pulang kerumah.Seperti tidak tahan untuk bekerja dibawah telunjuk peraturan manusia. Lemas dengan kerja yang tidak menentu dan seakan berlari tidak cukup kaki dan tangan.Sampai bila mahu begini?

” I want to be my own boss.” Bermula daripada sinilah saya berbalik kepada minat saya mendalami ilmu yang saya minati sejak dulu, Ilmu Kesihatan Islam, kerana suatu hari nanti saya ingin memulakan perniagaan dalam bidang ini, Insya Allah. Dan juga kerana sejak dari remaja saya sering dilanda masalah kesihatan yang bagaikan tiada penghujung sehinggalah saya menemui cara-cara perubatan Islam dan sunnah nabi Muhammad s.a.w yang jarang kita ketahui dan praktikkan. Melalui blog ini saya ingin berkongsi segala pengalaman dan ilmu yang penuh tersirat melalui pembacaan dan amalan saya, keluarga dan kawan-kawan. Alhamdulillah sedikit sebanyak ilmu yang saya amalkan dan kesihatan saya bertambah baik dengan Izin-Nya. Saya lebih bersemangat apabila suami sering menyokong dan membantu saya dari belakang.
Saya berharap segala ilmu yang disampaikan memberi manfaat dan impak positif dalam kehidupan umat Islam seharian. Tidak mustahil zaman kegemilanagan Islam dalam perubatan akan berulang kembali.
Seperti termaktub dalam perjanjian dari Allah, setiap penyakit ada penawarnya, kecuali tua dan mati. Hanya manusia sahaja yang sering berputus asa dalam mencari segala yang terbaik untuk diri mereka. Dan jika kita sentiasa berpegang dengan janji-janji Allah ini, Insya Allah terjamin dan selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Bersama Suami Tercinta.