March 29, 2014

Peppermint-Ginger Plus untuk Pencernaan

Teks: Kizeewatty Zainal
Assalamualaikum w.b.t

Peppermint-Ginger Plus

Halia adalah herba yang sangat berkesan untuk menyihatkan saluran pencernaan dan melegakan ketidakselesaan perut secara semula jadi.

Pudina pula adalah herba yang dapat melancarkan sistem pencernaan serta berkesan untuk melegakan dan menyelesakan perut.



Shaklee Peppermint-Ginger Plus bertindak melegakan dan menenangkan perut anda dengan khasiat semula jadi pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis. Tablet boleh dihancurkan dan dicampurkan ke dalam air mendidih untuk dijadikan minuman herba asli.
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

March 25, 2014

Zikirlah di Mana-Mana, Bila-Bila Masa

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t 

Astaghfirullah..300x
Subhanallah..100x
Alhamdulillah..100x
La ilaha illallah..100x
Allahu Akbar..100x
Allahumma salli 'ala Muhammad wa `ala ali Muhammad..1000x

Ya Wahhab..300x

Bila melihat bilangan ini kita pasti rasa terlalu banyak untuk diamalkan amalan zikir ini. Pada mulanya saya rasa manalah nak sempat berselawat 1000 kali sehari. Tapi hakikatnya payah senang itu terletak pada hati dan diri kita sendiri. Jika hati kata payah maka payahla segala urusan, nak seribu daya kan. Maka saya mulakan jugak sedikit demi sedikit sehari, dan kadang-kadang bersambung mana kiraan zikir yang tidak dapat saya habiskan di pagi hari.

Bila masa kita ingin berzikir?

Di dalam kereta ketika pergi, balik kerja, menghantar anak, ke pasar atau kedai.
Perjalanan saya ke tempat kerja memakan masa 30 minit. Ketika memandu kita boleh berzikir sambil menggunakan tasbih. Bagi saya pula lebih mudah saya menekan zikir digital counter ini. Ikut kesesuaian masing-masing. Alhamdulillah dengan izin-Nya saya dapat melakukan zikir dengan mudah walaupun pada awalnya hanya mampu sedikit bilangannya dan kadang kala sehangat-hangat tahi ayam. 

Jiika tidak cukup tidak perlu risau, waktu balik daripada kerja kita boleh tambah zikrullah ini sehingga cukup. Daripada kita lagha mendengar radio di waktu pagi adalah lebih baik kita memuji Allah dan rasul-Nya, moga perjalanan kerja dan hidup kita hari itu diberkati allah. Insya Allah.

Penggunaan Zikir Counter ketika berzikir.

Ketika membuat kerja rumah
Tampalkan ayat-ayat zikir di dinding bilik, dapur atau peti sejuk, di mana-mana yang kita boleh pandang. Berzikirlah ketika menyapu, membasuh pinggan, menidurkan anak, menyusukan anak ataupun sedang mengejar anak-anak kita di sekeliling rumah. Sedikit sebanyak dengan menampal zikir-zikir ini dapat memberi peringatan dan melatih diri kita untuk berzikir.

Ketika menonton televisyen
Selalunya waktu menonton televisyen adalah waktu saya melipat baju, dua kerja dalam satu masa. Waktu ini kita boleh gunakan sebaik mungkin dengan berzikir. Boleh juga menonton rancangan Astro Oasis kerana akan ada zikir-zikir yang boleh dialunkan bersama.

Ketika di pejabat, di kedai, ketika menunggu di pejabat pos
Sambil-sambil membuat kerja apa salahnya kita basahkan bibir dengan zikir-zikir ini, ketika menaip dan menyiapkan kerja di komputer. Di kala ini tekanlah zikir counter dan berzikirlah. Insya Allah tanpa kita sedari kita akan terasa sekejap sahaja dan betapa lancar kita telah berzikir.

Ketika selesai solat fardhu
Amalkan setelah memberi salam sebelum berdoa. Hanya 2 minit sahaja diperlukan.

Astaghfirullah 33 kali
Subhanallah 33 kali
Alhamdulillah 33 kali
La ilaha illallah 33 kali

Allahu Akbar 33 kali 

Ketika sujud dan selesai solat Dhuha
Ketika sujud di dalam solat, sesudah سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ sebelum duduk tahiyat akhir

Zikir dibaca dalam hati tanpa mengeluarkan suara
Ya Wahhab..41x 

Rasulullah bersabda, 

"Seorang hamba paling hampir kepada Tuhannya adalah ketika dia sujud, maka kamu perbanyakkanlah doa." (Riwayat Muslim An-Nasa'i, Abu Daud dan Ahmad).

Di waktu sujud inilah kita digalakkan berdoa, mintalah apa-apa yang baik daripada Allah s.w.t. Sesungguhnya Dia maha Pengasih, Pengampun dan Pemakbul segala doa. Insya Allah

Selesai solat Dhuha mulakan zikir
Ya Razzak..33x 
Ya Aziz..33x 
Ya Fattah..33x 
Ya Basit..33x 

Insya-Allah anda akan dirahmati dan peluang akan datang dengan mudah.

Ketika sebelum tidur
Sambil-sambil menepuk tempat tidur, zikirlah semampu mungkin. Insya Allah tidur kita dipelihara Allah dan para malaikat-Nya

Astaghfirullah 33x
Subhanallah 33x
Alhamdulillah 33x
La ilaha illallah 33x

Allahu Akbar 33x

Pilihlah mana-mana waktu mengikut kelapangan kita atau lakukanlah setiap masa. Insya Allah ia akan menjadi kebiasaan kita setiap hari. Insya allah inilah amalan penghapus dosa-dosa kita, di samping memudahkan rezeki kita tidak kira dari segi kewangan, kesihatan dan kelapangan masa. 

Salam sayang
Kizeewatty Zainal
Panduan Kehidupan dan Kesihatan Sunnah

#mudahnyamenjemputrezeki
#akademibekerjadarirumah

March 21, 2014

Ulasan Peserta Kelas Blog Penulisan Puan Ashikin Hashim

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Perkenalkan Puan Ashikin Hashim, salah seorang peserta kelas asas blog dan penulisan di Akademi Bekerja Rumah. Beliau dilahirkan di Batu Pahat Johor dan dibesarkan di Shah Alam Selangor Darul Ehsan.

Puan Ashikin bersekolah rendah dan menengah di Shah Alam dan selepas itu melanjutkan pelajaran dalam jurusan Ekonomi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Dan sekarang beliau bertugas sebagai pengetua di pusat perkembangan kanak-kanak sejak bulan
Julai 2011.
Hayati ulasan dan testimoni Puan Ashikin Hashim, dengan dunia blog Pendidikan Awal Kanak-kanak dalam Islam.

*******************************************************************************************

Nama pelajar: Ashikin Hashim
Blog: http://ashikin-hashim.blogspot.com/





Bismillah.

Pagi ini (2 Oktober 2013) saya menerima kiriman editor yang disayang Allah, Nik Fauziah Nik Hussin. Kali ini saya menulis sebagai kolumnis tetap ruangan Pendidikan Anak. Alhamdulillah, syukur di atas apa yang sudah dicapai kini.

Ia suatu perjalanan yang sangat panjang. Begini rentetannya:

1. Saya memang suka menulis sejak dari kecil lagi. Pernah menghantar manuskrip novel seawal tingkatan 3 dan ditolak kerana tidak bagus ! :) Ayahanda membelikan saya sebuah mesin taip elektronik Olympia yang saya guna sehingga terbakar kerana menaip tanpa henti huhu...
2. Menulis dan terus menulis. Pernah cuba mengumpul pelbagai penulisan menjadi satu majalah untuk tatapan sendiri.
3. Menulis untuk penerbitan G. Tetapi ditolak juga. Menulis pula untuk penerbitan K, tersangkut tiada khabar kerana bertukar editor.
4. Mendaftar untuk kelas asas blog dan Penulisan. Saya pindahkan semua penulisan saya dari blog lama dan kini hampir mencecah 3000 pembacanya.
5. Diperkenalkan pula oleh Puan Masayu kepada Puan editor Nik Fauziah.
6. Dan alhamdulillah. Inilah saya sekarang. Cuba mebina nama bukan kerana mahu glamor tapi saya ingin berkongsi pengalaman dan ilmu yang ada. Juga mengasah bakat untuk berbakti kepada sasaran saya golongan ibu bapa.
7. Mendapat tawaran untuk membuat buku dari sebuah penerbitan baru. InsyaAllah kini dalam proses.
Jika anda mempunyai cita-cita yang sama, bolehlah berkongsi atau pun mendaftar dalam kelas Asas Blog & Penulisan. Komited dan bina nama dalam bidang yang anda suka. Semoga ini menjadi asbab kebaikan dan dakwah kita.
Terima kasih semua!
Ya benar. Dengan izin Allah, kelas Asas Blog dan Penulisan ini telah membawa saya melangkah jauh.
Jangan risau. Kelas ini tidak mengganggu kerja anda (jika anda berkerjaya) dan amat sesuai juga untuk yang berkerjaya di rumah.
  
Kita boleh belajar bila-bila masa dan di mana sahaja. Anda suka menulis tentang apa?
 
- undang-undang kekeluargaan?
- pendidikan?
- masakan?
- pengasuhan anak-anak?
- jahitan?
- membuat kek?
- pengalaman sendiri?
- kesihatan?
- perbankan?
 
********************************************************************************************** 

Anda ingin mempunyai blog sendiri namun tidak tahu caranya?
Anda ingin mempunyai perniagaan anda sendiri tanpa perlu buka kedai fizikal?
Anda ingin berniaga namun tidak punya modal dan produk?
Anda mempunyai blog sendiri namun ingin menukarkannya menjadi pendapatan sampingan?
Atau anda minat menulis dan berkarya tetapi tidak tahu cara menyalurkannya?

 DAFTAR RAKAN NIAGA AKADEMI 
 
Akademi Bekerja Di Rumah telah membuka peluang secara besar-besaran kepada semua yang berminat untuk menambah pendapatan dan menjana wang tambahan dengan menjadi "Rakan Niaga" Akademi Bekerja Di Rumah.

Pendaftaran dibuka khusus buat suri/sura rumah yang serius mahu bekerja dari rumah, suri bekerjaya yang mahu memulakan bisnes online secara sambilan atau sepenuh masa.

Pilih mana-mana kelas berikut dan daftar melalui saya:
1. Kelas Asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif.
4. Kelas belajar iklan mudah.my.
5. Kelas asas urus akaun WAHM/SOHO
6. Kelas penulisan ebook pertama.
7. Pendaftaran pengurus online.
8. Tempahan blog bisnes- 3 hari siap 

9. Beriklan dengan kami http://sohodirectory.blogspot.com/
 
Kami di Akademi berkongsi pengalaman, tips membina blog dan juga fanpage, saling memberi motivasi kepada rakan-rakan yang lain dalam pembinaan blog dan juga bisnes. Bloggers di akademi ini bertukar link blog bisnes dan berkongsi pengalaman bisnes. Ini dapat memberi peluang bisnes dan membantu ahli akademi yang baru hendak memulakan bisnes dan  menjana pendapatan dari rumah.
 
Pendaftaran dibuka khusus buat suri/sura rumah yang serius mahu bekerja dari rumah, suri bekerjaya yang mahu memulakan bisnes online secara sambilan atau sepenuh masa.
 
Bagi anda yang berminat dan teringin untuk membina blog anda sendiri dengan cara mudah dan santai, atau mungkin hanya ingin bertanya jangan segan silu. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.  
 
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi saya di:
 
FB Official :Kizeewatty Zainal 
SMS WHATSAPP PM : 0192484428 atau tinggalkan komen di bawah.


  Daftar hari ini sebelum yuran kelas asas blog semakin meningkat selaras dengan kemasukan peserta kelas asas blog yang semakin hari semakin bertambah!!

 

Salam Sayang,

Puan Kizeewatty
Pembantu Kelas Asas Blog dan Rakan Niaga ABDR
Pasir Gudang Johor 

March 16, 2014

Amalan Sunnah Ketika Bangun Tidur

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Bangun seawal pagi amat dituntut dalam ajaran agama Islam. Sesiapa yang mengamalkan bangun pagi akan dibuka pintu rezeki daripada Allah s.w.t.

Nabi Muhammad s.a.w merupakan insan yang paling mulia kerana mempunyai amalan-amalan yang terpuji sepanjang kehidupan hariannya. Bagindalah contoh dan insan terbaik dan perlu diikuti segala perlakuan dan tindakan terpuji baginda. 


Pada permulaan hari baginda bangun seawal pagi, menyiapkan diri dan mengharungi kehidupan harian dengan amalan sunnah.

Membaca doa bangun tidur

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ


"Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku
kembali setelah mematikan aku dan kepadaNya aku akan kembali"
Riwayat Bukhari

Menyapu muka dengan tangan

Imam Nawawi dan imam Ibn Hajr meriwayatkan, sunat menyapu muka dan menghilangkan kesan-kesan tidur yang melekat pada muka dengan menggunalan tangan apabila bangun daripada tidur.

Hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim

"Rasulullah s.a.w bangun daripada tidur lalu baginda duduk sambil menyapu kesan-kesan tidur pada wajahnya." 

Membaca doa ketika memasuki bilik mandi

Masuk ke bilik mandi didahului melangkah dengan kaki kiri dan keluar dengan menggunakan kaki kanan.


Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan-syaitan - See more at: http://www.doaharian.mytoha.net/2013/04/doa-masuk-tandas-bilik-air.html#sthash.SZU7R0Cn.dpuf
Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan-syaitan - See more at: http://www.doaharian.mytoha.net/2013/04/doa-masuk-tandas-bilik-air.html#sthash.SZU7R0Cn.dpuf
اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوذُبِكَ مِنَ الْخُبْثِ وَالْخَبَائِثِ

"Ya Tuhan, hamba berlindung kepadaMu dari segala kekotoran dan segala kejahatan"
Riwayat Bukhari



Bersugi

"Rasulullah s.a.w apabila bangun daripada tidur, menggosok giginya menggunakan siwak (kayu sugi)."
 Riwayat Muslim


Bersugi dapat mengembalikan kecergasan tubuh badan serta dapat menghilangkan bau mulut yang tidak menyenangkan. 

Membaca doa ketika keluar dari bilik mandi


غُفْرَا نَكَ الله الَّذِى اَذْهَبَ عَنّى الأذَى وَعَا فَانِى
"Aku memohon ampun daripada Engkau, Tuhan yang telah menghilangkan bahayaku dan menyihatkanku
Riwayat Ashabus Sunan
Wallahu a'lam 

March 11, 2014

Ramuan Anggur di dalam Vitamin E

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t


Semua sedia maklum bahawa anggur amat berkhasiat dan merupakan makanan sunnah para nabi dan rasul.  Anggur merupakan salah satu buah-buahan yang menjadi kegemaran dan makanan ruji manusia sejak dari dulu lagi. 


Sebenarnya anggur berasal dari Afghanistan dan tanaman anggur ini kemudiannya menular ke setiap pelusuk dunia. Buah anggur banyak digunakan untuk mengatasi beberapa penyakit berbahaya dan sebagai antibiotik terhadap radikal bebas. Dan hari ini saya ingin berkongsi info khasiat buah anggur yang digunakan Shaklee di dalam salah satu vitamin semulajadinya iaitu Vitamin E.

Fungsi Anggur di dalam Vitamin E Shaklee.
  • Menghilangkan Migran
Jus anggur mampu membantu menyembuhkan migran. Caranya dengan membuat jus anggur pekat tanpa air dan diminum setiap pagi.
  • Menyembuhkan Sembelit
Kandungan gizi dari buah anggur sangatlah penting untuk menyembuhkan sembelit. Anggur mengandung asam organik, selulosa dan gula yang membantu mengatasi masalah sembelit. 
  • Melambatkan Penuaan
Biji  dan kulit anggur mengandung antioksidan. Kandungan antioksidan yang terkandung di dalamnya sangat kuat untuk melambatkan penuaan. Amalkan pemaknan anggur dalam hidangan makanan anda secara teratur.
  • Kesihatan Jantung 
Anda dapat menjaga jantung dengan meminum satu gelas jus anggur atau memakannya dalam keadaan mentah. Cara ini sangat efektif untuk kesihatan jantung.
  • Mengatur Kadar Gula dalam Darah
Anggur memiliki indeks glikemik yang sangat rendah dan bermanfaat bagi orang yang mempunyai kadar guka dalan darah yang tidak seimbang. Fitonutrien yang hadir dalam buah anggur ini sangat membantu mengatur gula darah dan meningkatkan sensitiviti insulin.
  • Mencegah kanser
Anggur juga kaya akan sumber antioksidan dan anti inflamasi nutris, yang membantu menghambat peradangan kronis yang menjadi awal pertumbuhan sel kanker. Fitonutrien resveratrol, anthocyanin dan proanthocyanidins yang sangat kuat hadir dalam buah anggur dan memiliki sifat anti peradangan yang menyingkirkan pertumbuhan kanker.
  • Gangguan ginjal
Anggur dapat membantu menyingkirkan asid di dalam ginjaldan mengurangkan gangguan dan pemendapan toksin di dalam ginjal.
  • Asma
Anggur memiliki kekuatan yang dapat meningkatkan kadar air dalam paru-paru., maka mereka yang mempunyai penyakit asma dapat mengurangkan masalah sesak nafas.
  • Antibakteri
Anggur merah memiliki kandungan antibakterial dan antivirus yang kuat, sehingga dapat melindungi tubuh dari infeksi.
  • Alzheimer
Penelitian menunjukan bahawa anggur dapat meningkatkan kesihatan otak dan menghindari dari penyakit Alzheimer. Anggur mengandung resveratol, iaitu polifenol yang mengurangkan simptom dan penyakit Alzheimer.
  • Influenza
Jus anggur dipercaya dapat mencegah dan membantu penyembuhan beberapa penyakit infeksi virus seperti influenza. Kandungan polyphenol dapat mengekang pembentukan protein yang biasanya dikaitkan dengan penyakit kardiovaskuler.
  • Membantu kesihatan gusi.  
Kandungan kimia yang terkandung dalam jumlah besar pada biji dan kulit anggur mampu menghakis bakteri yang melekat pada enamel gigi.

Cuba perhatikan, adakah anda sudah mengambil Vitamin E yang secukupnya untuk sehari? Jika tidak, satu botol Vitamin E dari Shaklee ini sudah cukup untuk membantu anda dalam menjaga kesihatan secara keseluruhannya. 
  • 1 botol Vitamin E  mengandungi 120 kapsul untuk pengambilan selama 4 bulan berharga RM149.00 (tidak termasuk pos)
Untuk konsultasi percuma dan  harga vitamin Shaklee, jangan segan silu hubungi saya. 

sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
FB fanpage: Kizee Healthyvita
  
Pembayaran boleh dibuat dan kemudian hubungi saya untuk bukti pembayaran:
Kizeewatty Zainal
Maybank   101245259053
CIMB         7042019768 

atau anda boleh membuat pembayaran melalui borang tempahan di bawah:

http://kizeewattyzainal.blogspot.com/p/borang-tempahan.html

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

March 10, 2014

Doakan yang Terbaik MH370

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

8 Mac 2014. Merupakan hari lahir suami kesayangan saya. Malam 7 Mac 2014 suami rajin pula memasak sup kambing kegemarannya selama ini. Awal pagi sabtu ini kami bekerja separuh hari, jadi bawalah sedikit sup kambing ke pejabat. Alhamdulillah di pejabat ditambah rezeki sarapan percuma dari kawan-kawan. Sambil-sambil menyuap juadah, rakan karib saya Suriyani dalam keadaan panik memaklumkan kepada saya, "Kizee flight MAS ke Beijing terputus hubungan tiba-tiba dan hilang tanpa kesan malam tadi".

Saya berhenti makan, cuba menyerap apa yang Yani katakan. Dalam keadaan terkebil dan bingung, saya cuba memahami bagaimana kapal terbang itu boleh terputus hubungan. 

Gambar di bawah adalah pesawat Boeing 777-2H6 (ER) MH370 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing pagi 8 Mac 2014. Pesawat berusia 11 tahun (memulakan operasi 31 Mei 2002) ini mempunyai nombor pendaftaran 9M-MRO dan kali terakhir mendarat di Kuala Lumpur jam 520 petang semalam dari Beijing. 

Pesawat ini adalah salah sebuah dari 15 Boeing 777-200 yang digunakan oleh MAS dalam operasi harian. Penerbangan MH370 hilang perhubungan dengan menara kawalan Subang jam 2:41 pagi tadi dan lokasinya masih belum diketahui. Ia membawa 239 penumpang dan 12 orang anak kapal.






Adakah MH370 dihijack? Terhempas? Pilot hilang kawalan? Bekalan elektrik terputus? Macam-macam perkara buruk saya fikirkan, terasa serabut, seram sejuk, resah dan sedih yang amat. Lebih-lebih lagi saya dapat melihat keadaan keluarga mangsa di kaca TV. Semakin sedih dan pilu apabila MH370 ini tidak diketahui di mana hilangnya. Pelbagai juga spekulasi yang mengejutkan jantung saya, salah satunya apabila bangakai kapalterbang ditemui di perairan Vietnam.

Doa saya semoga MH370 dan penumpangnya selamat di mana-mana. Daripada berfikir yang bukan-bukan marilah kita doakan yang baik-baik untuk mereka. Inilah sekuat-kuat senjata dan perlindungan yang boleh kita berikan kepada mereka. Insya Allah. Allah yang Maha Besar, Allah yang Maha Pemberi dan Maha Memakbulkan doa hamba-hambaNya. Amin.

Jangan putus harap dan DOA


March 7, 2014

Pakej Promosi Terhebat - 101 Idea Home Based Bisness dan Belajar Asas Blog

Teks: Kizeewatty Zainal


Assalamualaikum w.b.t
Ingin mencari idea yang sesuai untuk bermula dari rumah dan mulakan jejak pelanggan melalui blog. Kami ada jawapannya. Promosi hebat hanya di bulan mac dan April 2014, E-Book 101 Idea Home-Based Bisnes dan Belajar Asas Blog.
2 E-Book ini merupakan persediaan ilmu untuk anda memulakan bisnes tanpa modal dan mempelajari strategi pemasaran produk secara online dan offline. Salah satu cara pemasaran di dalam dunia teknologi ini adalah melalui blog. Pelajari asas dan langkah demi langkah membina blog anda sendiri. Sekaligus mampu membina penjenamaan anda di ruang siber dan memudahkan pelanggan dan pengunjung mencari dan produk anda secara online tanpa perlu menjaja dari rumah ke rumah atau membuka kedai. Segalanya di hujung jari anda dan hanya boleh dibuat dari rumah anda sendiri,


Promosi Terhebat bulan Mac & April
Dua ebook dengan RM50 (Harga biasa RM100 untuk 2 ebook)

Ringkasan Bab Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes:

Bab 1: 101 Idea Home-Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi Pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat pelanggan Online
Bab 8: Produk Digital vs Produk Fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses

Ringkasan Bab E-Book Belajar Asas Blog:

Bab 1: Analisa & Penentuan Blog
Bab 2: Langkah Demi Langkah
Bab 3: Blog Bisnes
Bab 4: Rancang Penulisan
Bab 5: Jenis Entri Penulisan
Bab 6: Penulisan Berpengaruh
Bab 7: Tips Penulisan
Bab 8: Motivasi Menulis
Bab 9: Asas Suntingan


Bonus 1: Teknik Blog Siapkan Ebook

Jadi dapatkan dua E-Book ini sebelum tamat promosi. 

Bagi anda yang berminat atau mungkin hanya ingin bertanya jangan segan silu, pm saya sekarang atau tinggalkan komen di bawah.

FB Official :Kizeewatty Zainal 
SMS WHATSAPP PM : 0192484428 


Pembayaran boleh dbuat dan sms/whatsapp saya untuk bukti transaksi pembayaran.
Kizeewatty Zainal
Maybank   101245259053
CIMB         7042019768


atau isi borang tempahan di sini

http://kizeewattyzainal.blogspot.com/p/borang-tempahan.html



Salam Sayang

Puan Kizeewatty
Pembantu Kelas Asas Blog dan Rakan Niaga Akademi
Pasir Gudang Johor

Makanan Sunnah: Khasiat Anggur

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t


''Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.'' ( QS: An Nahl: ayat 11)

Di antara banyak buah-buahan , salah satu yang disebutkan Allah s.w.t di dalam Al Quran adalah buah anggur. Buah yang rasanya lazat itu, telah disebutkan di dalam Al Quran sebanyak 14 kali.


Fungsi dan Khasiat Anggur
  • Ekstrak Biji Anggur adalah salah satu daripada antioksida yang kuat. Kekuatannya adalah 50 kali lebih kuat dari Vitamin E dan 20 kali lebih kuat dari Vitamin C.
  • Mengukuhkan kesihatan jantung dengan menghalang pemendapan plak di saluran arteri
  • Menghasilkan kulit yang lebih sihat dan cantik kerana kandungan bioflavonoids dlm ekstrak biji anggur membaikpulih sel dan menghalang serangan radikal bebas yang boleh akibatkan jerawat, jeragat, sunburn, muka kusam dan lain – lain. 
  • Ia juga membantu menyembuhkan luka dan menjana semula saluran darah yang rosak dan membersihkan bakteria berbahaya dari luka.
  • Meningkatkan kesihatan mata dengan memberikan penglihatan yang lebih baik dan mengelakkan penyakit – penyakit mata seperti Astigmatism, retinal detachment, Cataract, Chalazion, Chorioretinitis, Choroideremia , Coloboma , Color Vision Defects , Conjunctival Diseases dan bermacam – macam lagi. 
  • Ekstrak biji anggur berkesan dalam merawat penyakit yang berkaitan dengan otak  seperti ADD (Attention deficit disorder) dengan  membantu dalam mengawal neurotransmiter dalam otak dan menghalang kerosakan norepinefrina dan dopamina.
  • Ekstrak biji anggur turut mengandungi antioksida yang istimewa yang mana ia boleh menembusi salur darah di otak untuk melindungi saraf dan tisu otak 
  • Ia mampu meningkatkan kecergasan mental sekaligus mencegah penyakit nyanyuk
  • Membantu mencegah osteoporosis
  • Ekstrak Biji Anggur merupakan anti bakteria, antivirus dan anti-radang yang bagus
  • Menghalang pertumbuhan sel – sel kanser dan mengelakkan daripada bercambah ke tempat yang lain
  • Menyekat virus dari terus merebak dan melakukan replikasi pada pesakit HIV
  • Membantu membetulkan serta menguatkan  peredaran darah yang lemah
  • Melegakan sembelit
Anggur merupakan ramuan utama di dalam Vivix Shaklee dan Vitamin EOleh kerana itulah fungsi kedua-dua vitamin ini merupakan alternatif dalam menyembuhkan penyakit kronik dan membaikpulih sel serta menghalang serangan radikal bebas. Dengan kandungan vitamin C yang tinggi termasuk vitamin A, B1, B2, anggur mempunyal kalori yang rendah dan mengandungi 80 peratus air dan sumber yang bagus bagi kalium. Ia juga mengandungi phytonutrien, bahan aktif dipercayai melindungi badan manusia daripada bahan dan penyakit jantung.

Pada saya memang berbaloi untuk setiap orang mengamalkan makanan anggur dalam kehidupan seharian kerana kesannya yang terbaik untuk badan bagi jangka masa pendek dan juga panjang.