June 25, 2014

CoQHealth™ Plus

Teks: Kizeewatty Zainal
Assalamualaikum w.b.t


CoQHealth™ Plus
CoQHealth™ Plus

CoQHealth™ Plus menampilkan adunan proprietari serba semula jadi iaitu 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau di dalam kapsul minyak kacang soya bagi pelarutan maksimum untuk penyerapan dan ketersediaan bio yang lebih baik.

CoQ10 telah terbukti mampu:
  • Merangsang penghasilan tenaga jantung
  • Menyihatkan dan melindungi arteri daripada pengoksidaan LDL
  • Melancarkan peredaran darah
  • Membantu meningkatkan dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah

Cara pengambilan

1 biji selepas selepas makan terutamanya makanan yang mengandungi lemak dan minyak. 


COQHealth Plus mengandungi 30 kapsul berharga  RM 124.00 

 
Untuk konsultasi percuma dan  harga vitamin Shaklee, sila hubungi saya di:


sms: pm: whatsapp ~ Kizee 0192484428
 
atau
FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop
Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

June 24, 2014

Amalan Sunnah Doa Ketika Hujan Turun

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Pujian kepada Allah s.w.t, Maha Pengasih, Penyayang dan Maha Berkuasa menjadikan sesuatu.

Setelah sekian minggu bumi Pasir Gudang kepanasan akhirnya pagi Selasa ini Allah turunkan hujan selebat-lebatnya. Sejuk sikit kami rasa.

Hujan yang lebat
Jom SUBMIT DOA kepada-Nya.




Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah ya Tuhanku, 

Segala pujian hanya bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda sekalian.

Kau ampunkanlah dosa kami, kedua ibu bapa kami, suami/ isteri kami, anak-anak kami, saudara mara kami, nenek moyang kami dan semua muslimin muslimat yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia. Masukkanlah kami ke dalam SyurgaMu, haramkanlah kami ke dalam api nerakaMu Ya Allah. 

Ya Allah ya Tuhanku, 


Tingkatkan keimanan dan berikanlah hidayah kepada kami, Ya Allah permudahkanlah perhitungan kami.


Amin Ya Rabbal A'lamin


June 17, 2014

Jalan-jalan Walimatul Urus Kuala Terengganu

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Entri ini sepatutnya diterbitkan pada November tahun lepas. Alhamdulillah akhirnya siap setelah saya mengambil masa yang agak lama menyiapkannya. Selamat membaca.

******************************************************************************************************************************************************************

Alhamdulillah, bertambah setahun lagi usia D.Y.M.M. Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail  pada Jumaat lalu 22 November 2013. Saya doakan semoga anda sekeluarga diberkati dan dirahmati Allah s.w.t.


Bersama Suami Tercinta

Pelancongan merupakan nikmat daripada Allah s.w.t. Dengan melancong kita dapat menenangkan fikiran sambil-sambil meninjau tempat orang yang berbeza budaya, makanan dan sejarah.

Tujuan kami bermusafir ke Kuala Terengganu ini bagi memenuhi jemputan walimatul urus kawan kami Mohd Hafizul. Menariknya cuti awam pada hari jumaat sempena kelahiran D.Y.M.M. Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail, maka kami bercuti panjang di hujung minggu.

Hari Pertama

Saya dan suami memulakan perjalanan kami seawal pagi dari Pasir Gudang menuju ke Mersing. Selesai bersarapan di Mersing kami teruskan lagi perjalanan ke Endau - Pekan - Kuantan - Kemaman - Dungun dan akhirnya kami sampai ke Kuala Terengganu. Perjalanan kami mengambil masa hampir 10 - 11 jam kerana kami kerap berhenti.

Sebelum sampai ke Kuala Terengganu, kami sempat singgah untuk makan tengahari di Restoran Nasi Arab Al Safina di Kijal

Ruangan duduk bersila 
Ruangan berhawa dingin 

Ruangan ala taman di luar restoran Al Safina



Pelbagai Juadah Makanan Arab disediakan di Al Safina

Setibanya kami di Primula Beach Resort, hotel penginapan kami di Kuala Terengganu, waktu sudah hampir waktu maghrib. Kami bercadang untuk duduk sahaja di hotel tanpa pergi kemana-mana. Badan sudah terlalu penat dan saya hanya mampu menikmati pemandangan pinggir Kuala Terengganu dari balkoni bilik sahaja.

Untuk pengetahuan kadar hotel di Primula Resort ini bermula dari RM250 ke atas. Tapi oleh kerana saya dan kawan-kawan menempah beberapa buah bilik, maka harga sebuah bilik hanya RM195 sahaja, lengkap dengan tab mandian.


Bilik beserta balkoni di Primula Hotel Kuala Terengganu

Melihat pemandangan dan ciptaan Allah ini, hati saya sungguh tenang. Keadaan bandar Kuala Terengganu tidak seperti Johor Bahru yang sentiasa sesak dengan kereta dan pembangunan. Sudah kurang pemandangan semulajadi seperti di sini.


Pemandangan Pantai Batu Buruk di belakang Primula Beach Resort

Pemandangan pinggir kota Kuala Terengganu

Hari Kedua

Di waktu pagi, kami turun untuk bersarapan di hotel. Menariknya di sini, sarapannya pelbagai variasi, enak dan sedap. Pagi-pagi kami bersarapan nasi dagang dan juga makanan ala barat. Layanan dari staf hotel juga memang terbaik.

Membeli-belah di Pasar Payang

Setelah perut penuh kami melangkah ke Pasar Payang, hanya 5 minit dari hotel kami dengan menaiki kereta. Di sekeliling bangunan Pasar Payang ini penuh dengan kedai-kedai batik dan kain. Terdapat juga bank-bank berdekatan yang memudahkan kita tanpa bergerak terlalu jauh. Hanya berjalan kaki kita sudah sampai ke tempat yang ingin dituju.

Saya sangat kagum dengan semangat daya saing penduduk Terengganu. Kedai yang sama sebelah menyebelah tapi menjual tanpa ada persengketaan atau tidak puas hati antara mereka. Apa yang saya nampak setakat ini peniaga-peniaga di sini mengamalkan persaingan yang sihat, saling bantu membantu dan berbudi bahasa sesama mereka.



Kami sudah sampai di Pasar Payang

Pelbagai koleksi kain dan fesyen terdapat di tingkat dua pasar

Cenderahati yang murah dan pelbagai pilihan sebagai hadiah untuk keluarga dan rakan-rakan anda.

Kelihatan deretan penjual sayur dan hasil tanaman di luar Pasar Payang

Sebahagian hasil jualan di sini yang terletak di tingkat satu pasar

Lambakan kuih muih pelbagai warna dan rasa

Setiap gerai di sini menjual keropok ikan dan jajan seperti kacang, asam dan manisan.

Mata saya tertumpu pula pada sebuah kedai emas iaitu kedai emas Tengku Din. Sebenarnya di dalam pasar payang sendiri terdapat 14 buah kedai emas. Tak dikira lagi kedai emas yang terdapat di luar Pasar Payang.

Pelbagai corak dan design emas yang menarik di sini dengan harga berpatutan. Yang paling menarik kita masih boleh tawar menawar dengan mereka. Bagi sesiapa yang ingin membeli emas di sini saya cadangkan anda ke Kedai Emas dan Permata Tengki Din. Tauke kedainya berbudi bahasa dan melayan kita dengan penuh sabar. =) 

Salah satu kedai emas di Pasar Payang

Walimatul Urus di Mengabang Telipot.

Jam di tangan menunjukkan pukul 11 pagi, saya dan suami bergegas pulang ke hotel untuk bersiap sedia dan berkumpul dengan rakan-rakan lain berkonvoi ke rumah pengantin.

Sampai saja kami semua sudah kelaparan, perut perlu diisi dahulu, lagipun pengantin tengah sibuk melayan tetamu yang lain. Lebih 2 jam bersantai dan berborak dengan bekas rakan sekerja saya. Al-maklumlah sudah 5 tahun saya tidak bertanya khabar dengan mereka. Rasa seronok dan gembira teramat sangat dapat bertemu kembali kawan-kawan yang sama susah dan senang ketika saya mula bekerja dulu. 



Sesudah mengisi perut. masa untuk berjumpa pengantin. Tanpa disangka kenam-enam kami rupanya bekas pelajar UIAM termasuklah pengantin dua sejoli ini.

Kami berenam merupakan graduan dari UIAM.

Udang celup tepung di Telok Ketapang

Masih tidak puas, kami semua bercadang ingin jalan-jalan cari makan lagi walaupun cuaca hampir hendak hujan. Kalau pasal makan kami sanggup meredah segalanya. Nak lagi juadah minum petang kami telah ditaja oleh En. Irfan. Bak kata orang, rezeki jangan ditolak. 

Kami berkonvoi pela ke Telok Ketapang kerana ingin mencuba udang dan ikan celup tepung bersulam air kelapa. Alhamdulillah memang terbaik rezeki Allah di bumi Darul Iman ini.

Hujan makin lebat, kami semua sepkat balik ke hotel. baru saja nak merebahkan badan suami mengajak saya ke kolam renang di hotel dan hujan sudah pun teduh. Di hotel ini menyediakan kolam renang khas untuk kanak-kanak dan juga dewasa. jadi ibu bapa tidak perlu risau kerana kolam renang kanak-kanak terlalu cetek dan selamat untuk mereka.


Lepak sebentar di kedai yang menyediakan udang dan ikan celup tepung di Tanjung Ketapang

Pada malamnya selepas solat maghrib kami meraikan perjumpaan Hari Keluarga bagi JGC JB yang ketiga dengan mengadakan makan malam di dewan hotel Primula.


Keadaan dewan yang disediakan memang selesa dan luas untuk keluarga yang mempunyai anak

Upacara makan malam berlangsung sambil menunggu tetamu istimewa kami

Bersama salah seorang kawan saya Puan Suriyani dan suami

Inilah tetamu yang saya maksudkan, Ustaz Azhar Idrus yang sudi hadir ke majlis kami. Kedatangan beliau adalah hasil jemputan kawan saya En. Anuar bagi mengisi perjalanan kami di sini dengan tazkirah dan ilmu yang bermanfaat.


Tetamu Khas Ustaz Azhar Idrus

Tazkirah Ustaz Azhar Idrus lebih berkisarkan yang jatuh pada 13 November 2013 yang lalu. Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islamkerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. 

Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah. Setelah itu sesi soal jawab berjalan antara kami dan Ustaz Azhar Idrus, dan beliau masih bertazkirah walaupun ketika makan malam.



Sedikit intipati soal jawab bersama Ustaz Azhar idrus


Perbincangan antara kaum-kaum bapa dan Ustaz sambil menjamu makan malam

Gambar kenangan kami bersama Ustaz Azhar Idrus

Hari Keluarga JGC JB ke-3 di Primula Beach Resort bersama Ustaz Azhar Idrus Nov 2013


June 14, 2014

Keperluan Vitamin B Complex untuk Tubuh Badan

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Vitamin B adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B kompleks setiap hari. Kelebihan dan kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B di dalam tubuh badan kita.

Para sainis Shaklee telah mencipta asid folik semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar kebolehserapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana asid folil yang semulajadi tidak mudah diserap oleh tubuh badan kita, dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.

B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen  ini perlu ada pada vitamin B Complex untuk medapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

Manfaat Utama B Complex Shaklee
  • Menukar Makanan Kepada Tenaga
Bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan keleseuan
  • Melawan dan Mengatasi Tekanan, Stress dan Murung
Memastikan kesihatan sistem saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  • Membantu Tumbesaran
Menggalakkan tumbesaram sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak dan tulang belakang.

  • Rambut Beruban dan Gugur
Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.
  • Baik utuk Mata
Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, menguatkan memori dan daya pemerhatian dan fokus. 
  • Mencegah Anemia 
Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang pengaliran darah dalam tubuh, merendahkan paras sistein untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah, mabuk darat atau laut.
  • Meredakan senggugut dan PMS
Baik untuk masalah senggugut, meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil hormon dan ubat tahan sakit.
  • Mencegah Kerekahan Mulut (Perlcche atau mouth chilitis)
Mencegah jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau.
  • Detosifikasi
Berfungsi sebagai detoks dan meredakan alahan.


Bagaimana Memilih B Kompleks yang Bagus?

  1. Mengandungi kesemua 8 vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan oleh RDA. 
  2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin 
  3. Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3, B5, B6, B12 tidak terlalu besar. 
  4. Elakkan B Kompleks yang menawarkan rumusan larut air iaitu sustain release.
 
Kepentingan B Kompleks
Kepentingan B Kompleks


 Ketika pengambilan vitamin B Complex ini, air kencing atau urin kita akan berwarna kekuningan. Ini merupakan situasi normal kerana B Complex merupakan vitamin air air dan mengandungi elemen kekuningan. Pada peringkat awal tunuh badan kita melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan, dan tahap kekuningan ini akan berkurangan dari masa ke masa.

Harga vitamin ini Insya Allah amat berpatutan dengan bajet anda. 
 
1 botol B Complex mengandungi 120 biji untuk pengambilan selama 4 bulan berharga RM53.75 (harga tidak termasuk kos penghantaran)

Untuk nasihat percuma dan  harga vitamin Shaklee, jangan segan dan silu sila hubungi saya di ~

sms: pm: whatsapp ~ Kizee 0192484428 

 
atau
 
Email: kizeewattyzainal@gmail.com 
PM di FB: Kizeewatty Zainal 


Jom Like FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

Bagaimana Vivix Bertindak Memelihara Sel Badan

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Sudah sebulan saya dan suami mengamalkan pemakanan Vivix Shaklee. Hanya sesudu teh satu kali sehari sebelum sarapan pagi, dan satu botol mampu bertahan 30-40 hari.

Apa yang saya rasa selepas makan Vivix?

Badan tidak mudah letih dan dari hari ke hari tekstur kulit muka saya terasa anjal. Bintik hitam dan pigmentasi juga berkurangan. Begitu juga dengan suami saya yang setiap hari bekerja di bawah panas matahari terik. Pembuangan pagi juga semakin lancar dan badan terasa ringan.

Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. 

Vivix boleh memperbaiki tenaga sel. Ini kerana semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Vivix boleh meningkatkan fungsi sel dan menambah tenaga dalam badan kita.


Vivix Shaklee untuk Semua
Vivix Shaklee untuk Semua


4 mekanisme penuaan pada tahap sellular

1) Kerosakan DNA
Setiap hari setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yg merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pangkalan data genetik, menghasilkan satu 'typo' (kesilapan dari yg asal) yg akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur.

~ Ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki sellular DNA.

2) Pengawalan Genetik
Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi(kemerosotan) umur pada tahap sellular.

~ Didalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular.

3) Pengeluaran Tenaga yg kian menurun oleh sel-sel
Mitochondria (penjana tenaga) didalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitichondria menurun fugsi sel turut menurun.

~ Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tenaga didalam sel.

4) Penimbunan Protin AGE
Penimbunan berlebihan protin AGE (Advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur.

~ Ramuan Vivix adalah 10x lebih kuat dari revestrol (kandungan unik dalam anggur "muscadine") untuk melambatkan pembentukan protin AGE.

*********************************************************************************************************
  • Vivix perlu disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilannya dari bahan semulajadi memerlukan suhu rendah agar tahan lebih lama.
  • Wanita hamil tidak digalakkan mengambil Vivix sebagai suplemen harian.
*********************************************************************************************************
Untuk nasihat percuma dan  harga vitamin Shaklee, jangan segan dan silu sila hubungi saya di ~

sms: pm: whatsapp ~ Kizee 0192484428 


atau
 
Email: kizeewattyzainal@gmail.com 
PM di FB: Kizeewatty Zainal 
 

Jom Like FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

June 12, 2014

E-Book Super Wahm Super Mom : Strategi Pemasaran Rasulullah

Teks: Kizeewatty Zainal


Assalamualaikum w.b.t

Salam pagi Khamis. Alhamdulillah. Selagi lagi kita diberikan rezeki Allah, hidup sehari lagi di muka bumi-Nya ini. 


Saya selalu diajukan soalan, apa yang saya dapat dengan berbisnes separuh masa, di masa yang sama masih lagi menyandang kerja di syarikat swasta?


Jawapan saya mudah sahaja, ini merupakan persediaan saya bergelar WAHM sepenuh masa. Maka saya mulakan dengan mencari bisnes yang boleh dijana dihujung jari, dari rumah sahaja. Pilihan saya adalah dengan berkongsi kebaikan vitamin dan makanan tambahan Shaklee. Bukankah bisnes perniagaan itu merupakan sunnah Nabi Muhammad s.a.w kita?



Baiklah.  Apa itu WAHM? Apa itu SOHO? Definisi ini senang saja kita google untuk mencari jawapannya. Tapi apakah persediaan dan cabaran sebagai seorang WAHM. 



Bagi saya pula menjadi WAHM bukan setakat meniaga dan menjalankan bisnes dari rumah, tapi emosi dan momentum perlu sentiasa menjulang tinggi, perlu menjadi positif dan menepis rintangan yang mendatang. Jatuh bangun perlu semangat dan cekal, tidak mudah putus asa.



Di kala emosi yang turun naik, saya baca kembali E-Book Super Wahm Super Mom, memang sangat sesuai dijadikan idea dan bacaan motivasi supaya semangat tidak merundum, tidak lemau dan cepat putus asa walau pelbagai cabaran dan rintangan yang hadir. 



Setiap kali baca pasti saya semakin bersemangat. Fikir balik apa tujuan dan kehendak sebenarnya yang kita mahu dalam menguruskan keluarga dan menjana pendapatan dari rumah.  

*************************************************************************************************************************

Teks Asal : Masayu Ahmad


E-Book Super Wahm Super Mom
E-Book Super Wahm Super Mom - harga RM25 
Sedikit sedutan daripada E-Book Super Wahm Super Mom:

[Strategi Pemasaran Rasulullah]


"Sesungguhnya, telah ada (diri) Rasulullah itu contoh tauladan yang baik bagimu 'iaitu' bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan banyak mengingati Allah."

(Surah Al-Ahzab:21)

Muhammada s.a.w adalah model usahawan menyeluruh. Baginda adalah contoh terbaik dalam perniagaan dan Islam, sejarah sudah mencatatkan bahawa Rasulullah s.awa adalah seorang pedagang berjaya dan reputasinya setanding antarabangsa.

Sudah diasuh sejak dari kecil

Rasulullah s.a.w dilahirkan ketika kaum Quraisy mencapai kejayaan dalam bidang perdagaganga. Sejak kecil, berada dalam asuhan datuknya seorang pedangan ulung, Abdul Mutalib.

Selepas datuknya meninggal, baginda tinggal bersama pakciknya juga seorang peniaga. Baginda berinisiatif mempelajari bidang perniagaan secara kecil-kecilan. Pada masa itu, baginda memberli barang-barang dari satu pasar kemudian menjualnya kepada orang lain.

Pada masa itu tidak dinafikan, baginda tergolong sebagai pemuda miskin yang memulakan perniagaan dari tahap paling awal.

Kemudian baginda juga bekerja dengan orang lain untuk mendapatkan upah, dan kadangkala menjadi agen kepada peniaga kaya yang ada di kota Mekah.

Dalam hal mencari rezeki yang halal, baginda terkenal sebagai pemuda bersungguh-sungguh, tekun dan cermat dalam bidangnya. Ia bukan sekadar memenuhi keperluan seharian. Tetapi ini adalah salah satu usaha membentuk reputasi yang baik dengan pelanggan dan juga pelabur.

Usahasama dengan janda kaya Khadijah

Peribadi baginda yang jujur (siddiq) dan dipercayai (amin) adalah modal utama dalam mengembangkan perniagaan yang ditekuni. Ramai pelabur Mekah pada masa itu selesa menjalani kerjasama dengan baginda, baik berupa sistem upah mahupun hasil.

Rasulullah s.a.w kemudiannya menjadi pengelola (mudharib) dan Khadijah sebagai rakan kongsi tidur (Shahibul maal). Mereka sama-sama berkongsi kerugian dan keuntungan. Masa sulit yang dihadapi Rasulullah s.a.w dalam bidang perniagaan terjadi ketika baginda berusia 17 hingga 20 tahun. Pada masa itu baginda perlu berdikari menghadapi pesaing yang jauh lebih berpengalaman (senior) dari baginda.

Bisnes bukan sekadar keuntungan material, tetapi sebagai saluran ibadah untuk kebahagian dunia dan akhirat.

"Barang siapa yang pulang ke rumahnya di petang hari dan merasakan keletihan kerana dia  kedua-dua tangannya bekerja di siang hari, maka pada malam itu dia akan mendaoat ampunan Allah s.w.r (HR.Tabrani)

-Berpandukan hadis di atas, beberapa langkah praktikal menjadikan bisnes sebagai tiket menuju kebahagiaan akhirat.

Ciri-ciri usahawan produktif
1.     Sentiasa berikap proaktif, kreatif iaitu benar-benar berusaha luar biasa bukan sekadar masuk senarai atau kerja hanya melepas batuk di tangga.
2.     Niat melakukan usaha kerana Allah, dengan demikian aktiviti yang  dilakukan dipermudahkan.
3.     Sentiasa fokus dan jelas dengan matlamat yang dikerjakan.
4.     Berfikiran positif (husnuzham)
5.     Menjaga kualiti kemampuan diri dengan melaksanakan dengan cara terbaik dan rasa tanggungjawab setiap amanah yang diberikan.

Rekod Rasulullah s.a.w dalam bidang perniagaan

1. Rasulullah s.a.w adalah pakar ekonomi
  • Sejarah telah membuktikan bahaiman Islam di bawah kepimpinan bagina mampu membuat penyelesaian yang menimpa pada masa itu. Pelbagai kaedah dan usaha dilakukan bagina untuk menyelamatkan umat dari krisis ekonomi dan kemiskinan.
  • Contohnya dalam peristiwa hijrah ke Madinah.  Ketika tempoh berada di Madinah, baginda menghadapi masalah dakwah Islam dan penyebaran ajarannya, tetapi juga pemasalah ekonomi yang rumit.
  • Masalah perpindahjan penduduk secara besar-besaran dari Mekah ke Madinah yang masih lemah ekonomi dan kestabilan, menuntut baginda berfikir untuk mencari jalan penyelesaian yang tepat.
  • Ini memberi kesan dan boleh menyebabkan perpecahan dan permusuhan antara penduduk asal dan pendatang yang hadir. Tambahan pula orang-orang Yahudi terganggu, kerana penguasaan ekonomi Madinah masih berada dalam kekuasaan mereka.
  • Terdapat tiga persolana asas menuntut untuk diselesaikan iaitu pertama tempat tinggal kaum Muhajirin yang telah meninggalkan kampung halaman. Kedua, kesejahteraan sama rata, ketiga masalah pengangguran.

Untuk mengatasi tiga masalah tersebut, Rasulullah s.a.w telah mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar. Langkah ini adalah terbaik, dalam mempertimbangkan sisi kemanusia dan ekonomi, pada masa yang sama masih berlandaskan prinsip agama.

Setelah kestabilan dicapai, baginda juga  mengadakan perjanjian dengan bangsa Yahudi di Madinah. Salah satu isi perjanjian ialah, baik muslim mahupun Yahudi, perlu terlibat secara aktif dalam menjaga keamanan Madinah dari serangan luar.

*************************************************************************


Terokai E-Book Super Wahm Super Mom di:

Bagi anda yang berminat menempah E-Book harga RM25 , sebarang pertanyaan hubungi saya melalui : 

FB Official :Kizeewatty Zainal 
SMS WHATSAPP PM : Kizee 0192484428 atau tinggalkan komen di bawah.

atau  isi borang tempahan di sini

http://kizeewattyzainal.blogspot.com/p/borang-tempahan.html