August 31, 2015

Resepi Fettucini Goreng dengan Carbonara Cendawan

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t


Apa minum petang anda hari ini?

Mari saya kongsikan resepi Fettucini Goreng dengan Carbonara Cendawan





Bahan-bahan:

1 bungkus Fettucini
2 biji bawang merah -kisar
2 biji bawang putih -kisar
5 tangkai cili padi-kisar
Segenggam ikan bilis-kisar
1 tin Prego Carbonara Cendawan

Minyak
Air


Cara-cara masakan:

1. Didihkan air dengan satu sudu minyak masak atau minyak zaitun. Masukkan 
    Fettucini ke dalam air mendidih dan rebus hingga masak.Toskan.

2. Kisar bahan-bahan yabf ditandakan. Tumis hingga mesra dan naik bau. 

3. Masukkan 1 tin Prego Carbonara Cendawan dan gaul hingga hingga mendididh.

4. Akhir sekali masukkan Fettucini dan goreng hingga sebati. Hidangkan dengan nuget atau ayam goreng. Pasti menjilat jari


Sharing is Caring

Puan Kizeewatty
#PengedarShaklee
#PasirGudang 

August 30, 2015

Kemerdekaan: SK316 Berlayar Pergi

Teks: Kizeewatty zainal

Assalamualaikum w.b.t

Hujung minggu ini keluarga mertua saya datang melawat selama 3 hari 2 malam. Dan saya serta suami mula merancang untuk bawa mereka berjalan-jalan sekitar Johor bahru.
  



Mula-mula kami ke jeti Pelabuhan Johor untuk melihat sendiri pelantar SK316 yang bakal berlayar pada 2 September nanti. Inilah pelantar yang tersergam indah di belakang kami. Projek yang kami usahakan ini memakan masa tidak smapai 2 tahun dan Alhamdulillah berjaya disiapkan.



Memang teruja Auni dan zaim apabila melihat raksaksa kuning yang besar depan mata.

Gambar dari FB Jejak Orang Minyak 27 Ogos 2015


Kemudian kami solat maghrib di Masjid di Kolam Air dan seterusnye ke Big Food untuk makan malam. Sungguh ramai pelanggan pada malam minggu ini. 




Kuantiti makanan di sini dalam satu pinggan amat banyak dan harga amat berpatutan, dan yang paling penting memang sedap. Harga 2 keping lamb chop yang suami saya makan hanya RM28. Nasi Goreng pula meriah dengan udang dan sotong dan hanya RM18. Airnya pula dalam cawan yang besar dan amat berbaloi dengan harga yang murah.

Jika sesiapa yang inginkan makanan Western dan goreng-goreng bolehla datang ke Big Food. 


Sharing is Caring.

Puan Kizeewatty




August 27, 2015

Shaklee Taman Molek yang Mesra Kanak-Knak

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Branch Shaklee yg penuh dgn kanak-kanak. Sepanjang saya menjadi dealer belum pernah lagi saya jumpa lagi bisnesyang mesra kanak-kanak. 

Mungkin ini satu pendedahan awal kepada generasi akan datang betapa pentingnya berniaga. Lagipun berniaga itukan Sunnah.



Ambilkan pesanan kawan dan pelanggan yang setia hari ini.

1 Vitamin C
1 Omega Guard
2 Lecithin
4 Alfalfa


August 25, 2015

6 Petanda Sebelum Sakaratul Maut

Assalamualaikum wbt

“Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Malaikat Maut : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.” Sabda Nabi Muhammad S.A.W
Tanda-Tanda Kematian Menurut Islam

*100 Hari Sebelum Hari Kematian*

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disadari oleh mereka-mereka yg dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sadar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil.

Contohnya seperti daging sapi/kambing yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sadar dan berdetak di hatinya bahwa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sadar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesadaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sadar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

*40 Hari Sebelum Hari Kematian*

Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu Asar. Bagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas Arash Allah swt. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

*7 Hari Sebelum Hari Kematian*

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan.

*3 Hari Sebelum Hari Kematian*

Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui/ dipahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian ujungnya akan berangsur-angsur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

*1 Hari Sebelum Hari Kematian*

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

*Tanda akhir*

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Bersiap siaplah, hari itu pasti akan datang! Sudah siapkah bekal kita?

Wallahu a’lam


August 19, 2015

COD Shaklee: Kizee Healthyvita

Teks: Kizeewatty zainal
Assalamualaikum w.b.t


Pagi-pagi COD Vitalea, Vitamin C dan B Complex untuk kawan satu pejabat.

Petang pula COD 2 botol Vitalea pada seorang pelanggan di Taman Rinting. Dalam masa yang sama akak ni order 3 botol alfalfa dan minta dihantar pada bila-bila masa.

 
www.kizeewattyzainal.blogspot.my
Vitalea, Vitamin C dan B Complex



Alhamdulillah. Bisnes yang santai dan fleksibel. 


August 17, 2015

Rahsia Wajah Cantik Berseri






Sharing is Caring

Kizeewatty

August 16, 2015

DUIT TIDAK LAKU

Assalamualaikum wbt

Ada banyak keadaan duit akan jadi tak laku.

1. Duit koyak.
2. Duit luput masa.
3. Duit asing yang tidak diterima di negara lain.

Sebenarnya, dalam tidak sedar duit juga boleh tidak laku mengikut peredaran masa gara-gara inflasi. Untuk faham lebih mudah, cuba kita ambil perbandingan 1 nilai duit dengan 1 barang yang sama.

Tahun 1980an, aiskrim cornetto berharga 80 sen sebatang. Sekarang, duit 80 sen sudah tidak laku untuk membeli sebatang aiskrim cornetto.

10 tahun dulu RM500k boleh membeli rumah semi D 2 tingkat. Dengan duit yang sama, ia sudah tidak laku untuk membeli rumah jenis yang sama.

Oleh itu, simpanlah harta anda dalam bentuk emas. Ia terbukti memegang nilai.

Jika 1 dinar cukup untuk membeli seekor kambing pada zaman Nabi SAW, pada tahun 2000 ketika seekor kambing berharga RM200, 1 dinar juga bernilai RM200. 

Duit RM200 hari ini jika ditunjuk untuk membeli kambing sudah pasti ia tidak laku kerana kambing sudah berharga RM700. Jika ditunjuk 1 dinar sebagai bayaran, sudah pasti cukup kerana memang nilai 1 dinar hari ini ialah RM700.

Ajaib tak?

*1⃣Gram 1⃣Bulan 1⃣👪*

        Gram 🔜 Kilo

Dalam SIMPANAN TUNAI tak ada EMAS
Dalam SIMPANAN EMAS FIZIKAL ada TUNAI

JOM MULAKAN SEKARANG

Harga Emas Powergold sila klik link di bawah:

akademigoldcreation_kizee1982

Whatsapp saya jika anda ingin tahu bagaimana cara untuk mendapatkan emas serendah 1 gram.

Kizeewatty Zainal
0192484428
#AhliPowerGold #PasirGudang
#EmasSimpananTerbaik #EmasKalisInflasi 


JUST BE YOURSELF

 Teks: Kizeewatty Zainal

Bismillah.


In life, don't meet others' expectations.
Meet your own satisfactions. 

JUST BE YOURSELF =)
 
Assalamualaikum and Hellooooo Weekend!!!


August 15, 2015

Maka Bermulalah Catuan Air di Pasir Gudang.

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Orang Pasir Gudang last minit beli tong air sebelum catuan bermula esok.
2 hari tiada air, 1 hari ada.


Ikut logik akal, hujan hampir setiap hari tapi air di empangan kritikal.

Dari 15 perkara di bawah, yang mana tiada kat Malaysia?
http://www.sinarharian.com.my/…/malaysia-bakal-ditimpa-bala…

Rasulullah SAW bersabda: "Apabila umat aku melakukan 15 perkara, maka halal bagi ALLAH menurunkan bala'. Dengan sebab melakukan 15 perkara ini secara berleluasa, maka ALLAH akan memberi bala kepada umat tersebut. Antara lain:

a. Apabila harta yang dirampas daripada peperangan diagihkan kepada orang tertentu saja.

b. Apabila wang zakat dikeluarkan kerana menebus kesalahan.


c. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.


d.Apabila suami terlalu mentaati isteri.


e.Apabila anak menderhakai ibu bapa.


f. Apabila seseorang itu lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.


g. Apabila kedengaran lebih banyak bunyi bising.


h. Apabila lebih ramai membicarakan hal keduniaan dalam masjid.


i. Apabila pemimpin sesuatu kaum itu dihina oleh kaumnya sendiri.


j. Apabila memuliakan orang lain kerana takutkan ancaman yang akan diambil ke atasnya.


k. Apabila arak menjadi minuman biasa dalam majlis.


l. Apabila ramai lelaki memakai sutera.


m. Apabila wanita dijemput ke dalam majlis untuk menghiburkan lelaki.


n. Apabila wanita bermain alat muzik.


o. Apabila orang terkemudian menghina orang yang terdahulu.

 
 
"Ya Allah, turunkanlah hujan yang bermanfaat."


Sharing is Caring.

Kizeewatty Zainal.
#PengedarShaklee
#PasirGudang

August 13, 2015

3 TIP MURAH REZEKI

Assalamualaikum wbt 

 3 TIP MURAH REZEKI
 
1. Minta rezeki pada Allah swt kerana DIAlah yang memberi rezeki. Bukan minta pada orang.

2. Hargai segala rezeki yang sedia ada, bukan hanya pada rezeki kekayaan wang.

3. Untuk kejar kekayaan jangan sehingga terpaksa menindas dan mengambil hak orang lain, kekayaan mungkin boleh dapat. Tapi keberkatan tidak akan datang.


*1GRAM 1BULAN 1KELUARGA*

#StokisPowerGold # PasirGudang

August 7, 2015

Latihan AutoCAD P&ID

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini dan esok saya menjalani latihan AutoCAD P&ID. Bagi mereka dalm dunia 'technical design' pasti sinonim dengan perisian AutoCAD.

AutoCAD merupakan asas lukisan digital 2D. I digunakan dalam pelbagai industri khususnya arkitek, pereka teknikal, pereka grafik dan lain-lain. Penguasaan AutoCAD merupakan kemahiran yang perlu ada pada tiap lapisan pekerja sijil, diploma dan ijazah dalam bidang teknikal ini.

Di MMHE, kemahiran AutoCAD merupakan nadi kepada pengeluaran lukisan yang seterusnya akan digunakan dalam pembuatan pelantar minyak dan gas.


Manual AutoCAD P&ID 2015

Alhamdulillah, hari pertama cikgu kami Cikgu Nor amat membantu dan satu persatu diajar akan tiada siapa pun yang ketinggalan. Kami belajar cara-cara melukis paip dan alatan mekanikal.



Inilah sedikit sebanyak yang diajar dalam latihan AutoCAD

Hari kedua kami diajar beberapa cara-cara penetapan dalam AutoCAD supaya lukisan yang dihasilkan menepati piawaian dan kehendak pelanggan.

Bagi adik-adik yang berminat rasanya rekacipta rasanya bolehlah cuba belajar AutoCad. Kita tidak akan rugi kerana boleh dikatakan semua industri menggunakan perisian ini.


Sharing is Caring

Kizeewatty Zainal
#PengedarShaklee
#PasirGudang

August 1, 2015

Ikan Dory dan Kentang Bakar

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamaualaikum w.b.t

Resepi hari ini ala-ala fish and chip tapi saya pelbagaikan sedikit dan berikan kelainan.




Bahan-bahan:

1 peket jagung, lobak merah dan kacang peas
1/2 biji kobis merah - hiris halus
1 biji bawang merah - hiris halus
2 biji kentang
1 peket ikan Dory - boleh beli di Tesco kawasan daging dan ikan.
1 peket tepung Tempura Batter Mix PakLong- boleh didapati di Tesco
2 keping cheese
2 sudu mayonis

Cara-cara:

Ikan Dory
1. salutkan ikan dengan tepung Tempura dan goreng.

Salad
1. Kukus jagung, lobak merah dan kacang peas.
2. Gaul jagung, lobak merah, kacang peas, kobis merah, bawang dengan mayonis

Kentang Bakar
1. Kelar-kelar kentang dan rebus kentang. Anda boleh rebus kentang ketika mengukus jagung dan lain-lain.
2. Letakkan keju di atas kentang dan bakar di dalam oven. Jangan guna suhu terlalu tinggi nanti keju akan hangit, cukup sekadar cairkan sahaja. Cucuk kentang dengan garfu untuk memastikan ianya masak. 


Sekian resepi goreng bakar kukus daripada saya. 

Sharing is caring.

Kizeewatty zainal
#PengedarShaklee
#pasirGudang

 

Lecithin dan Alfalfa - Cara Makan Vitamin Detoks

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum wbt

Lecithin(Bakar)
-Lecithin berfungsi untuk memecahkan lemak-lemak.Lecitin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Alfalfa(buang)
-Bertindak sebagai detox semulajadi yang melawaskan sistem penghadaman dengan lembut. Menarik lemak yang teremulsi dari tindakan lecithin ke saluran najis. Proses membersihakn segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.

BILA WAKTU SESUAI AMBIL ALFALFA DAN LECITHIN? 

Lepas makan tengahari:
  • 3-5 biji Alfalfa Complex
  • 3 biji Lecithin
Lepas makan malam:
  • 3-5 biji Alfalfa Complex
  • 3 biji Lecithin
Di peringkat awal pengambilan Alfalfa, cuba 3 biji dahulu. Bila dah biasa (1-2 minggu), ambil 5 biji.

Testimoni Detoks - Alfalfa dan Lecithin

Testimoni Detoks - Alfalfa dan Lecithin

Kizee 
0192484428
SID Pasir Gudang

FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee