September 28, 2015

Syiling Emas 0.5 Gram dan 1 Gram

Assalamualaikum wbt

APA KELAS BELI EMAS 1GRAM JE?
BELI LA BANYAK-BANYAK. 😜

Sampai bila nk tunggu ada 10K dalam tangan baru nak beli?

Di POWERGOLD, kamu semua mampu membeli bermula dengan 0.5 gram.
Takkan kerja-kerja takde reward utk diri sendiri?

Bermula la dgn hanya 0.5gram atau 1gram secara konsisten tiap bulan. Bila dah lama , tak sedar pun emas kita dah banyak gram rupanya. 💎😍

Syiling Emas 0.5 Gram dan 1 Gram

SIKIT-SIKIT LAMA-LAMA MEMBUKIT !
BETTER LATE or NEVER?

Harga Emas Powergold sila klik link di bawah:


Whatsapp saya jika anda ingin tahu bagaimana cara untuk mendapatkan emas
 serendah 1 gram.

Kizee
019 248 4428
Stokis power Gold Pasir Gudang

September 26, 2015

Powergold Fokuskan 1 Gram Emas

Assalamualaikum wbt

Hari ni nak kongsi kenapa Powergold fokuskan 1gram? 

KEKUATAN POWERGOLD TERLETAK PADA 1 GRAM

Percaya atau tidak, kekuatan POWERGOLD terletak pada 1 gram! Tiada lagi syarikat emas yang mampu untuk keluarkan produk 1gram dengan harga yang sangat rendah. KENAPA? Kerana kos pembuatan 1gram sangat tinggi tapi POWERGOLD mampu!

Tak percaya? Survey lah sendiri di luar. Ada, tapi mahal beserta dengan kos upah. Tapi Powergold tak kenakan upah.

Dalam SIMPANAN TUNAI tak ada EMAS
Dalam SIMPANAN EMAS FIZIKAL ada TUNAI

JOM MULAKAN SEKARANG

Harga Emas Powergold sila klik link di bawah:


Whatsapp saya jika anda ingin tahu bagaimana cara untuk mendapatkan emas serendah 1 gram.

Kizeewatty Zainal
0192484428

#AhliPowerGold #PasirGudang

#EmasSimpananTerbaik #EmasKalisInflasi 

Kelebihan Collagen Powder Shaklee

Teks: Kizeewatty zainal

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Collagen Powder, sel dalam badan kita akan dirangsang untuk lebih aktif bagi mempercepatkan proses pembinaan dan baik pulih sel-sel dalam tubuh.

Jadi tidak hairan, mengapa pengguna yang asalnya berkulit kusam,kering dan tidak bermaya merasai perubahan pada kulit seluruh badan, kulitnya akan menjadi lebih halus dan lembut setelah mengambil Collagen Shaklee. 

Malah mereka yang telah berusia juga dilihat 'lebih muda' dari usia sebenar mereka. Proses begini adalah salah satu daripada kesan kolagen sebagai anti penuaan. 

Di Shaklee, Collagen dirumus khas dan dipastikan  SELAMAT, SEMULAJADI, BERKESAN, HALAL serta SUCIDaripada kajian Shaklee, paling minima pengamal Kolagen Shaklee akan dapat kesan positif selepas 8 minggu mengamalkan Collagen secara konsisten.

Ini kerana sifat Kolagen shaklee yang bersaiz sangat ringan, kira-kira 1,000 Dalton, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.


16 Fungsi Shaklee Collagen Powder (SCP)

1.   Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
2.   Mengecilkan liang-liang roma
3.   Melembapkan kulit dan mengurangkan kekeringan kulit
4.   Mencerahkan dan menjadikan kulit bersih tanpa jeragat dan pigmentasi
5.   Mengembalikan keanjalan kulit
6.   Meningkatkan kekuatan sesendi dan memudahkan pergerakan otot-otot
7.   Meningkatkan fungsi organ-organ dalaman yang memerlukan Collagen
8.   Menyokong kalsium dalam tubuh dan mengurangkan kesan sakit belakang  dan sendi
9.   Melembapkan rambut dan memelihara rambut dari bercabang
10. Menguatkan kuku dan menjadikan kuku sihat dan berwarna pink
11. Menegangkan kembali payudara dan punggung
12. Mengurangkan garis halus pada leher
14. Menguatkan gusi anda
15. Memelihara kornea mata anda daripada kering dan cepat letih
16. Menghilangkan lingkaran gelap bawah mata


Untuk konsultasi/nasihat percuma, harga vitamin atau keahlian Shaklee, jangan segan silu hubungi saya. 

sms: pm: whatsapp ~ Kizee 0192484428
Email: kizeewattyzainal@gmail.com


Jom Like FB fanpage: Kizee Healthyvita

September 24, 2015

Jangan ada Sifat Takabbur dan Dengki.

Assalamualaikum wbt

قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ ۖ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ

Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah"[Surah al-A'raf 12]

#Disebabkan tingginya sifat takabbur/sombong, irihati, dengki dan merasa lebih baik yg ada dlm diri Iblis maka ia menolak perintah Allah utk bersujud kpd Nabi Adam a.s yg kesudahannya dia dilaknat oleh Allah swt.

قَالَ فَاخْرُجْ مِنْهَا فَإِنَّكَ رَجِيمٌ * وَإِنَّ عَلَيْكَ لَعْنَتِي إِلَىٰ يَوْمِ الدِّينِ

Allah berfirman: " Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya (syurga), kerana sesungguhnya engkau adalah makhluk yang terkutuk. Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknatku terus menerus hingga ke hari kiamat!" [Surah Sad 77-78]

#Haritsah bin Wahb al-Khuzai’i berkata bhw dia mendengar Rasulullah saw bersabda:

أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِأَهْلِ النَّارِ قَالُوا بَلَى قَالَ كُلُّ عُتُلٍّ جَوَّاظٍ مُسْتَكْبِرٍ

“Mahukah kamu aku beritahu tentang penduduk neraka? Mereka semua adalah orang-orang keras lagi kasar, tamak lagi rakus, dan takabbur(sombong)" (HR. Bukhari dan Muslim)

#Siapa yg degil, sombong dan melawan perintah Allah maka dia berperangai mcm Iblis. Jangan sesekali melakukan sesuatu mengikuti akal dan nafsunya melebihi perintah Allah swt. Dibimbangi dilaknat dan dikutuk oleh Allah swt. 

#Maka dinasihatkan kpd kita semua agar menjauhi sikap dan perangai Iblis iaitu suka menentang dan melawan Allah swt dan RasulNya. Banyakkan bersujud kpd Allah swt dan pastikan syaitan berduka serta sengsara dgn kepatuhan kita kpd Allah. Sabda Nabi saw:

إِذَا قَرَأَ ابْنُ آدَمَ السَّجْدَةَ فَسَجَدَ اعْتَزَلَ الشَّيْطَانُ يَبْكِى يَقُولُ يَا وَيْلَهُ – وَفِى رِوَايَةِ أَبِى كُرَيْبٍ يَا وَيْلِى – أُمِرَ ابْنُ آدَمَ بِالسُّجُودِ فَسَجَدَ فَلَهُ الْجَنَّةُ وَأُمِرْتُ بِالسُّجُودِ فَأَبَيْتُ فَلِىَ النَّارُ

“Jika anak Adam membaca ayat sajadah, lalu dia sujud, maka syaitan akan menjauhinya sambil menangis. Syaitan pun akan berkata: “Celaka aku. Anak Adam disuruh sujud, dia pun bersujud, maka baginya syurga. Sedangkan aku sendiri diperintahkan untuk sujud, namun aku enggan, sehingga tetapkan bagiku neraka” (HR Muslim)

Wallahu a'lam.

September 23, 2015

Kunci Mendapatkan Syurga di Dunia & Akhirat

Assalamualaikum wbt

Kunci Mendapatkan Syurga di Dunia & Akhirat

Antara perkara yang tidak mampu ditanggung oleh kita adlh perkara yg bkaitan dgn rezeki. Kita semua pasti akan terfitnah dengan rezeki. Namun keimanan yg akan menyelamatkan orang beriman daripada fitnah harta.

Ujian harta itu sebagai suatu teguran daripada Allah dalam membina keyakinan padaNya serta menunjukkan kasih sayang Allah. Beruntunglah orang beriman yang memahami teguran dari Allah.

Orang fasiq pula bilamana diuji dengan rezeki yang sedikit, maka mereka menjadi tidak tentu arah. Mereka mendakwa Allah tidak mempedulikan mereka walhal merekalah yang sebenarnya cuai dalam melaksanakan tanggungjawab harta mereka.

Allah menyebut 4 sifat orang fasiq yang mencuaikan tangunggjawab hartanya iaitu

1. Tidak mempedulikan anak yatim.
2. Tidak mempedulikan faqir miskin.
3. Makan harta pusaka dengan cara yg tamak.
4. Terlalu cintakan harta sehingga menangguhkan amal kebaikan serta tidak mempedulikan rezeki dari sumber halal atau haram.

Rezeki yg kurang bpunca dr mslh pd diri kita sendiri. Rezeki kita disekat kerana kita gagal mematuhi perintahNya. Malah Allah akan menarik keberkatan rezeki kita. 

Allah merasakan kita sedikit azab di dunia sblm Allah menimpakan azab yg besar di akhirat kelak. Sedikit azab di dunia pun kita sudah cukup tkesan, apatah lg juka azab berupa api neraka di akhirat kelak.

Sesiapa yg sudah mpunyai kekayaan @ mpunyai kekayaan yg dicita2kan, maka hendaklah ia bfikir utk bsedekah sblm ia bfikir utk mbelanjakan harta tsebut.

Kita hendak kaya utk apa?
Kalau sekadar utk memenuhi hawa nafsu serta mgembirkan hati kita, ia bknlah sbb mutlak kita mjadi gembira di dunia ini.

Jika kita bcita2 utk mjadi kaya, maka bniatlah utk bsedekah. Harta sedekah adlh harta kita yg sbnr di akhirat kelak. Harta di tgn kita bknlah milik mutlak kita melainkan kita bsedekah. Inilah kegembiraan sbnr org2 beriman apabila melihat ganjaran sedekahnya di dunia dahulu.

Sifat kedekut sbnrnya akan mbinasakan diri kita. Ia akan mbawa kpd kekufuran. Kita mula bkira2 dgn Allah lalu kita mjadi sombong. Walhal sedekah adlh utk mbuang sifat sombong.

Fitnah harta sbnrnya utk myucikan sifat2 buruk dlm diri kita. Harta itu bsifat panas. Kita akan cenderung utk mbelanjakan harta ke jalan yg tdk benar. Org yg beruntung di dunia & akhirat adlh org yg mbelanjakan hartanya ke jalan Allah.

Zaman skrg komitmen harta mjadi lbh tinggi. Maka ia menambahkan beban serta komitmen kita dlm mcari harta. Lalu ramai yg terleka & tlalai dlm mcari harta sehingga sanggup mgadaikan agamanya. Harta mjadi ujian terakhir bg umat Islam yakni dgn kedatangan Dajjal.

Anak2 Dajjal tlh muncul pd zaman skrg. Harta2 berada pd tgn org2 fasiq. Mereka mbelanjakan harta ke jalan2 maksiat utk merosakkan akhlak manusia & agama Allah. Mereka mgadakan pelbagai konsert, rncgn hiburan dll. Mereka myekat program2 agama pd waktu2 perdana.

Ada 2 golongan wujud ketika di uji oleh Allah dgn harta iaitu
1. Melihat sbg teguran dr Allah lalu mereka berasa insaf.
2. Melihat ia sbg fenomena biasa lalu Allah dtgkan azab sbg balasan.

Kdg2 keberkatan rezeki kita bpunca drpd golongan2 yg lemah spt org miskin, OKU, isteri & anak, ibubapa dll. Jgn memandang hina kpd golongan ini. Mereka bkn utk dihina tetapi utk kita muliakan.

Kestabilan ekonomi wujud apabila adanya golongan
1. Ulama yg amanah dgn ilmunya.
2. Pemimpin yg adil.
3. Peniaga yg jujur.
4. Pakar yg sering menasihati.
5. Ahli ibadat.

Wallahu a'lam

September 20, 2015

7 MAKANAN YANG BERBAHAYA JIKA DIPANASKAN SEMULA

Teks: Kizeewatty Zainal

Sumber: ohmy-gummy

Assalamualaikum w.b.t

Apa yang akan anda lakukan apabila anda mempunyai baki makanan? 

Kami percaya, kemungkinan besar majoriti anda akan menyimpannya dalam peti sejuk sebelum memanaskan semula sisa makanan tersebut dan cuba untuk menikmatinya buat kali kedua. Bagi kebanyakan kes-kes ini akan dianggap diterima. Walau bagaimanapun, tahukah anda terdapat makanan tertentu yang menimbulkan risiko kepada kesihatan anda sebaik sahaja mereka telah dipanaskan semula?

Perkara yang mengejutkan adalah bahawa tidak ramai yang akan mempertimbangkan mana-mana makanan ini mungkin menjadi berbahaya. Fakta sebenar tentang perkara ini ialah bahawa ada makanan tertentu yang tidak mempunyai nilai berkhasiat yang sama selepas dipanaskan semula!

Di sini adalah senarai 7 makanan popular yang anda TIDAK boleh dipanaskan semula dan nikmati lagi buat kali kedua.

1. Sayuran bit (Beets)
 Sayur-sayuran ini juga mengandungi nitrat, yang sangat baik untuk anda. Walau bagaimanapun, sayur-sayuran ini bukan untuk memudaratkan jika dipanaskan, tetapi ia adalah makanan yang tidak perlu dipanaskan semula.

2. Ayam
Makan ayam selepas sehari atau lebih adalah sama bahaya seperti memakan cendawan. Komposisi protein akan berubah, yang mana akan sering menyebabkan masalah penghadaman. Malah, ayam mengandungi protein lebih daripada daging merah. Adalah lebih baik untuk makan ayam sejuk, tetapi jika anda rasa ia adalah perlu untuk memanaskan ayam, pastikan anda melakukannya dalam tempoh yang panjang dalam suhu yang rendah.

3. Kentang
Sayur-sayuran ini adalah benar-benar sangat baik untuk anda. Ia mengandungi banyak nilai pemakanan. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja anda membiarkan kentang semalaman, ia berpotensi untuk kehilangan nilai nutrien mereka, dan juga boleh menjadi sangat toksik untuk sistem badan anda.

4. Cendawan
Sekarang anda mungkin pernah mendengar beberapa khabar angin mengenai cendawan selama ini. Mereka sebenarnya makanan yang paling terkenal yang tidak boleh dipanaskan semula. Cendawan sepatutnya dimakan selepas persediaan. Jika anda rasa perlu untuk makan mereka pada hari berikutnya pastikan anda makan mereka dalam keadaan sejuk. Komposisi protein mereka akan berubah selepas disimpan. Mereka juga boleh menyebabkan masalah kesihatan termasuk isu-isu pencernaan.

5. Bayam
Pemanasan semula bayam adalah sangat berbahaya. Bayam mengandungi peratusan yang tinggi nitrat, tetapi apabila anda memanaskan semula bayam anda benar-benar menjadikan mereka nitrit yang mana ia juga carcinogenetic kepada badan. Bayam adalah baik untuk dimakan terus selepas persediaan.

6. Telur
Ini adalah makanan yang berisiko tinggi untuk dipanaskan semula kerana ia boleh menjadi toksik jika terdedah kepada suhu tinggi. Walau bagaimanapun, ini tidak berlaku kepada makanan di mana telur yang terlibat sepanjang proses penyediaan. Anda terutamanya mesti menjauhkan diri daripada pemanasan semula telur rebus atau telur hancur.

7. Saderi
Sayur-sayuran ini banyak digunakan untuk sup, suatu fakta yang pasti diakui ramai. Namun, seperti perkara lain dalam senarai ini saderi mengandungi nitrat, tetapi jika anda memanaskan semula sup anda perlu mengambil keluar saderi, kerana ia tidak baik untuk dipanaskan semula sama seperti lobak merah. Ini hanya pemahaman umum berkaitan dengan sayur-sayuran ini.
Jadi lain kali jika anda berfikir ingin membuang beberapa sisa makanan dalam ketuhar gelombang mikro atau ketuhar, fikirkan juga apakah makanan yang anda ingin panaskan semula. Jika makanan anda terdiri daripada mana-mana makanan ini, anda perlu pastikan menimbang semula keputusan anda. Tetapi jika anda berdegil juga untuk memanaskan semula makanan yang tidak digalakkan, fikirlah tentang risiko kesihatan yang berkaitan.

Sharing is Caring

Puan Kizeewatty 
#PengedarShaklee
#PasirGudang

September 19, 2015

OH JEREBU: COD SHAKLEE KE TAMAN RINTING

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum.

COD 3 botol ‪#‎Alfalfa‬ pada Kak Nor.
Tiba-tiba diajak masuk rumah dan dapat makan jemput-jemput.

Alhamdulillah rezeki kenyang perut.
Borak-borak tak perasan dah sejam lebih. 


Kak Nor ni amat-amat berpuas hati dengan vitamin Shaklee. Anak-anak dia pun makan sekali tau.

Nak lagi waktu jerebu ni, anak-anak dia terus baik dari batuk lepas makan ‪#‎VitaminC‬.







 Gembiranya hati dapat membantu. 


*Puan Kizee to the rescue*
0192484428
‪#‎PengedarShaklee‬ ‪#‎ShakleePasirGudang‬

September 13, 2015

EMAS Mahal Ke?

Assalamualaikum wbt 

EMAS Mahal ke kawan-kawan?

👉🏻 Tahun 80'an harga emas RM30 segram orang masa itu kata mahal.
Tapi hari ini kita kata murah. 


👉🏻 Tahun 90'an harga emas RM50 segram orang masa itu kata mahal. Tapi hari ini kita kata murah. 

👉🏻 Tahun 2000 harga emas RM100 segram orang masa itu kata mahal. Tapi hari ini kita kata murah. 

👉🏻 Tahun 2010 harga emas RM150 segram orang masa itu kata mahal. Tapi hari ini kita kata murah. 

Persoalannya bukan murah atau mahal.
Tapi bila kita nak mulakan?

Apa yang kita perlu faham tentang emas adalah aset sama seperti hartanah, property. 

Sentiasa ada permintaan, sebab itu harganya dari masa ke semasa semakin mahal.


Jangan bandingkan dengan kereta atau iphone, hari ini beli nanti nak jual balik harga confirm drop.

Boleh faham kan? 

Mari mulakan simpanan EMAS.



Kizeewatty Zainal
0192484428


‪#‎emas‬ ‪#‎gold‬ ‪#‎simpanan‬ ‪#‎emaskalisinflasi‬ ‪#‎KizeeJutawanEmas‬ ‪#‎stokispowergold‬

Oh Jerebu: Air Lemon Suam

 Teks: kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Waktu jerebu ini tekak terasa pahit kan. Terasa ingin minum air yang melegakan tekak. mari saya ajar resepi air lemon yang pada asasnya nampak mahal tapi amat mujarab. Insya Allah.



Air Lemon campur Madu

 Bahan-bahan:

Air suam
1/2 biji  lemon - dihiris
2 sudu madu

Cara-cara:
1. Bancuh madu dan lemon dengan 1/2 cawan air sejuk.
2. Kacau sekata, kemudian masukkan 1/2 cawan air panas.

Elakkan bancuh dengan air panas dulu, letak air sejuk kemudian air panas. Ini untuk mengelakkan khasiat madu dan lemon musnah pada suhu yang tinggi.



Sharing is Caring


Kizeewatty Zainal
#PengedarShaklee
Pasir Gudang


September 4, 2015

OH JEREBU: KADAR IPU DI PASIR GUDANG

Teks: Kizeewatty zainal
Sumber: www.profnorhisham.blogspot.

Assalamualaikum w.b.t

Malaysia dilanda jerebu. Tiap tahun bagaikan sambutan raya, Malaysia pasti dilanda jerebu hasil pembakaran dari negara jiran. Di Pasir Gudang kadar IPU semakin meningkat. Pastkan kita mengambil langkah berjaga-jaga.


Gambar dari Google


Jerebu mengandungi bahan kimia asing halus yang terbakar. Bahan ini amat mengancam keseimbangan oksigen didalam sel melalui sistem pernafasan yang terancam. 

Jangan lupa minum air kelapa dan limau nipis sahaja ketika bencana.

Air kelapa mengandungi oksigen larut mudah menembusi sel. Limau nipis adalah vitamin C asli yang dapat menyerap asid sebelum sempat bertukar menjadi gas yang lebih merbahaya.


Sharing is Caring

Kizeewatty Zainal

Kumpul dan Simpan Duit Hijau RM5.

Teks: Kizeewatty Zainal
Assalamualaikum wbt.

Simpan dan kumpul 5 keping RM5.


Dua hari ni dapat kumpul 5 keping RM5.
Duit hijau ni saya kumpul sikit-sikit. Dah cukup kita tukar ke EMAS pula. 😉😉

Kizeewatty Zainal
019 248 4428
Stokis PowerGold Pasir Gudang 

#emaskalisinflasi #simpananemas #sikitsikitjadibukit #gold #saving

September 3, 2015

Cuba Suka Apa Yang Kita Dapat

Assalamualaikum wbt.

Kita tidak boleh mengubah sesuatu yang kita lihat.
Tetapi kita boleh mengubah cara diri kita melihatnya.

Jika kita tak dapat apa yg kita suka, maka langkah terbaik ialah sukalah apa yang kita dapat.

Itu lah syukur namanya.
SALAM MAGHRIB

Bersyukur dengan Segala Kekurangan

Assalamualaikum wbt.

Wahai saudaraku, jika kamu meminta cahaya siang pada waktu malam, sudah tentulah kamu tidak akan diberi. Kamu meminta bukan pada tempatnya. 

Malam tetap malam dan siang tetap siang. Maka bersabar dan tunggulah sehingga malam itu berakhir dan siang itu tiba. 

Demikianlah kamu harus sentiasa sabar dan redha, dan tetap berpegang teguh kepada Tuhan Yang Maha Mengetahui. 

Apa yang ditetapkan untukmu pasti kamu peroleh, dan apa yang ditetapkan untuk orang lain pasti tidak kamu peroleh.

Wallahu a'lam.