March 28, 2015

40 Pelajaran oleh Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum wbt 

40 Pelajaran oleh Nabi Muhammad SAW

---------------------------
01. Menahan diri daripada tidur diantara waktu fajar dan ishraq, asar dan maghrib, maghrib dan isya.
---------------------------
02. Menghindarkan diri mendekati orang yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan.
---------------------------
03. Jangan tidur diantara manusia yang berkata buruk sebelum tidur.
---------------------------
04. Jangan makan atau minum menggunakan tangan kiri.
---------------------------
05. Jangan memakan kembali makanan yang telah dikeluarkan dari celah gigi anda.
---------------------------
06. Jangan mematah-matahkan jari anda.
---------------------------
07. Periksa kasut anda sebelum memakainya.
---------------------------
08. Jangan mendongak ketika sedang solat.
---------------------------
09. Jangan meludah didalam tandas.
---------------------------
10. Jangan membersihkan gigi anda dengan arang.
---------------------------
11. Duduk ketika sedang memakai seluar/kain
---------------------------
12. Jangan memecahkan benda yang keras/sukar menggunakan gigi anda.
---------------------------
13. Jangan meniup makanan yang sedang panas, sebaliknya anda boleh mengipasnya.
---------------------------
14. Jangan mencari kesalahan orang lain.
---------------------------
15. Jangan bercakap diantara waktu azan dan iqamat.
---------------------------
16. Jangan bercakap didalam tandas.
---------------------------
17. Jangan berkata dongeng(palsu) tentang rakan anda.
---------------------------
18. Jangan mengganggu ketenteraman rakan anda.
---------------------------
19. Jangan memandang belakang secara kerap apabila sedang berjalan.
---------------------------
20. Jangan menghentakkan kaki ketika sedang berjalan.
---------------------------
21. Jangan mencurigai tentang rakan anda.
---------------------------
22. Jangan menipu sepanjang masa.
---------------------------
23. Jangan menghidu makanan ketika anda sedang makan.
---------------------------
24. Berkata dengan jelas, agar orang lain boleh faham apa yang anda katakan.
---------------------------
25. Hindarkan berjalan sendirian.
---------------------------
26. Jangan membuat keputusan sendiri, tapi rujuk pada yang arif.
---------------------------
27. Jangan bangga(riak) akan diri sendiri.
---------------------------
28. Jangan mencela makanan anda.
---------------------------
29. Jangan bermegah(sombong).
---------------------------
30. Jangan menghalau pengemis.
---------------------------
31. Layan tetamu anda dengan ikhlas dan baik.
---------------------------
32. Sabar ketika dalam kesusahan.
---------------------------
33. Membantu dengan tujuan yang baik.
---------------------------
34. Muhasabah diri dan bertaubat.
---------------------------
35. Berbuat baik pada mereka yang berbuat jahat padamu.
---------------------------
36. Berpuas hati dengan apa yang anda ada saat ini.
---------------------------
37. Jangan tidur berlebihan-ini akan menyebabkan penyakit lupa.
---------------------------
38. Bertaubat sekurang-kurangnya 100 kali sehari (istighfar).
---------------------------
39. Jangan makan dalam gelap.
---------------------------
40. Jangan makan dengan mulut yang penuh.
---------------------------
Semoga Allah merahmati kamu ! Amin :)
--------------------------

March 23, 2015

Zikrullah

Assalamualaikum wbt

...وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

"...Dan berzikirlah kepada Allah (ingatlah akan Allah) banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)" [Surah al-Jumu'ah 10]

#Orang yg sentiasa ingat Allah, akan berjaya di dunia dan di akhirat. Mengingati Allah hukumnya wajib. Pelbagai cara untuk mengingati Allah swt samada melalui solat, majlis ilmu, berzikir, beristighfar, bertasbih, bertahmid, bertakbir, bertahlil,  membaca al-Quran, berdoa dan seumpamanya.

#Rasulullah saw bersabda:

لَا يَقْعُدُ قَوْمٌ يَذْكُرُونَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ إِلَّا حَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَنَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِينَةُ وَذَكَرَهُمُ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ

"Tidaklah sekelompok orang yang berzikir kepada Allah swt kecuali malaikat mengelilingi mereka, rahmat meliputi mereka, ketenangan turun kepada mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan (para malaikat) di hadapanNya"[HR Muslim]

#Dalam hadis yg lain Baginda saw bersabda lagi:

…وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ وَذَكَرَهُمُ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ

"Dan tidaklah sekelompok orang berkumpul di dalam satu rumah di antara rumah-rumah Allah, mereka membaca Kitab Allah dan saling belajar diantara mereka, kecuali ketenangan turun kepada mereka, rahmat meliputi mereka, malaikat mengelilingi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan (para malaikat) di hadapanNya” [HR Muslim, Abu Dawud, at-Tirmidzi, Ibnu Majah dan lainnya]

#Sabda Baginda saw lagi tentang orang duduk dlm majlis yg mengingati Allah umpama berada dlm taman2 syurga:

إِذَا مَرَرْتُمْ بِرِيَاضِ الْجَنَّةِ فَارْتَعُوا قَالُوا وَمَا رِيَاضُ الْجَنَّةِ قَالَ حِلَقُ الذِّكْرِ

"Jika kamu melalui taman-taman syurga, maka singgahlah dengan senang.” Para sahabat bertanya: ”Apakah taman-taman syurga itu?” Baginda menjawab: "Halaqah-halaqah zikir" [HR at-Tirmizi]

#Org yang malas berzikir, lupa kpd Allah, melakukan maksiat, tidak bersama di dlm majlis2 ilmu, melanggar perintah dan amaran Allah, tergolong di kalangan mereka yg diperdaya oleh syaitan dan menyebabkan mereka rugi di dunia dan menyesal di akhirat. Firman Allah swt:

اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنْسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ حِزْبُ الشَّيْطَانِ ۚ أَلَا إِنَّ حِزْبَ الشَّيْطَانِ هُمُ الْخَاسِرُونَ

"Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi"[Surah al-Mujadilah 19]

♡Semoga kita sentiasa mengingati Allah swt walau di mana berada. Sibukkan diri dgn kebaikan nescaya kita tiada waktu utk melakukan kemaksiatan dan agar tidak dikuasai syaitan♡

Wallahu a'lam

March 22, 2015

Sifir Emas

Assalamualaikum. Wan shang hao. 

Pernah tau tak 'Sifir Emas'

1gram × 1 bulan = 1 gram
1gram x  12 bulan = 12 gram
1gram × 5 tahun = 60gram

1 kaji x 1 hari = 0 gram
1 kaji x 360 hari = 0 gram
1 kaji x  5 tahun pun tak abis kaji 1 gram pon dah jadi semakin tinggi kali ni memang dah tak terkaji.


Pendek kata kajian ini memang betul berlaku dalam kalangan yang pengkaji dan pendengar tegar

Nak invest emas jangan fikir duitnya tapi gramnya yang sudah kita ada.

🏃🏻💨Jom kumpul Aset sekarang. Simpan emas serendah 0.5gram

Kizee
+60192484428
Stokis PowerGold

March 20, 2015

Kita Hamba Allah yang Maha Kaya

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum wbt.


"Hakikatnya Allah menjadi kan kita semua orang yang kaya dengan rezeki yang tersendiri, tapi kadang-kadang kita tak nampak dan tak sedar sebab kita selalu nampak rezeki itu dalam bentuk wang dan material."


March 18, 2015

Risiko Kekurangan Protein dalam Badan

Assalamualaikum wbt

Risiko Kekurangan Protein dalam Badan

Anemia atau kurang darah / oksigen dalam darah

kekurangan sel darah merah iaitu kurangnya keupayaan darah untuk memindahkan oksigen ke tisu-tisu, hemoglobin (protein yang membawa oksigen di dalam sel darah merah) harus hadir untuk memastikan pengoksigenan yang mencukupi bagi semua tisu dan organ badan.

Penyakit buah pinggang


Buah pinggang melakukan proses utama untuk mengekalkan keseimbangan kimia dalam cecair tubuh kita (proses keseimbangan ini dinamakan hemeostasis). Ia juga membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan di dalam tubuh. 

Buah pinggang gagal berfungsi apabila ia rosak teruk oleh penyakit kronik dan tidak lagi boleh menapis bahan tidak diperlukan. Buah pinggang termasuk dalam kumpulan 'organ utama' (seperti jantung, otak dan paru-paru). 

Penyakit hati


Hati bertugas untuk mengatur komponen lemak yang berasal dari berbagai jenis makanan yang kita konsumsi setiap hainya, serta mengatur gula dan protein yang terdapat dalam darah. Selain itu hati juga berkewajiban untuk menghancurkan dan membuang toksin atau racun dari darah

Impak Kekurangan Protein dalam Badan 

  1. kolesterol tinggi
  2. tekanan darah rendah
  3. kandungan gula darah rendah
  4. Fungsi saraf tak stabil
  5. Ulser perut + usus
  6.  Pengaliran darah yang tidak lancar
  7. Penglihatan kurang baik
  8. Badan menggeletar
  9. Tinggi kandungan air dalam tisu badan
  10. Terancat akal
  11. Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan

March 15, 2015

Khasiat Daun kari

Assalamualaikum wbt.

Pokok kari, tahukah anda daunnya diguna dalam masakan kari, tetapi selain itu tahukah anda tentang kelebihan daunnya.

Kita memerlukan 5 helai daun tersebut, dimakan,kunyah, dlm sehari sudah cukup suntuk keperluan kalsium untuk badan kita sehari.


Daun Kari

Contohnya, lihat di India, org susah, tak cukup duit, tapi gigi putih dan cukup kuat, badan kurus tapi kuat mengangkat barang yg berat berat kerana tulang kuat. 

Diet mereka, kari ada daun kari, kuih ada daun kari, muruku ada daun kari dan berbagai makanan mereka yang disertakan daun kari sebagai penambah perisa.


March 14, 2015

Emas adalah Simbol Kekayaan yang Kian Diminati.

Assalamualaikum wbt

Emas adalah simbol kekayaan yang kian diminati.


Tahukah Anda?

Sebenarnya emas tak pernah membuat orang menjadi kaya. Apalagi makin kaya. 

Tapi, emas membuat kita TETAP kaya. 

Bagaimana?

Di bawah adalah #FAKTA yang saya kongsikan

ⓐ "Nilai emas tak sama dengan wang. Setiap tahun,
Wang fiat dimakan inflasi. Sedangkan emas tak akan terjejas. Nilainya akan tetap sama. "

ⓑ Semakin orang panik terhadap ketidakpastian ekonomi, maka harga emas akan SEMAKIN MELAMBUNG. Kerana itu, emas sangat sesuai sebagai pelindung nilai kekayaan. 

ⓒ Purata kenaikan harga emas sekitar 20% per tahun. Apabila harga emas naik, nilai mata wang ringgit dari tahun ke tahun akan terus menyusut. 

Sebagai ilustrasi, tika ini dengan 42.5 gram emas (10Dinar), Anda boleh pergi umrah. Akan datang walaupun emas makin tinggi nilainya, tapi untuk pergi umrah tetap dengan kos 10Dinar (42.5gram).

Untungkan! 

Inilah yang dipegang oleh orang yang mempercayai emas. 
"Aset emas ini merupakan simbol kepada pemiliknya yang senantiasa mempunyai wang. Mereka merasa kaya dan lebih aman"

Sejak akhir ini emas merupakan instrumen sebagai pelindung wang kpd pemiliknya dengan kata lain

"EMAS adalah INSURANS kepada wang kertas."


Nak tahu cara simpan emas paling senang?

Tak perlu modal besar pun untuk simpan emas. Macam mana? 

Kizeewatty Zainal
0192484428
#AhliPowerGold #PasirGudang
#EmasSimpananTerbaik #EmasKalisInflasi 

Saya sedia bantu sampai dapat miliki emas. Cepat sebelum duit susut dimakan inflasi.

Teks: Kizeewatty zainal

Assalamualaikum wbt

Berikut merupakan ulasan Nasriah Abdullah mengenai Kelas Asas Blog di Akademi Bekerja di Rumah. 

Teks: Nasriah Abdullah

Foto: Masayu Ahmad
Ebook: Belajar Asas Blog, Masayu Ahmad
Guru ABDR: Anys Idayu Zakaria
 
Assalamualaikum...
 
Syukur alhamdulillah...selesai sudah 44 cabaran entri pertama semenjak sah bergelar warga ABDR. Sebenarnya entri ulasan ni boleh di masukkan sekali dalam cabaran 44 entri pertama. Namun saya memilih untuk jadikan ianya entri khas untuk ulasan ABDR selepas berjaya melaksanakan tugasan pertama.
 
 
 

Teringat kisah sewaktu mula membina blog. Tragis sungguh diri ini. Nampak sangat kurangnya ilmu teknologi baru. Walau pun pada ketika itu dunia blog sudah jauh glamour di kalangan anak-anak muda masa kini apatah lagi remaja sekolah. Dunia blog umpama dunia baru yang ingin di terokai. Sana sini maklumat membina blog diterokai melalui carian google. Pelbagai jenis maklumat di perolehi.  Yang sukar mahupun yang senang dan mudah di fahami.
 
Mula belajar dan berusaha membina blog hanya dengan bantuan 'uncle google'. Satu per satu step membina blog diikuti. Namun terhenti di bahagian 'java script'. Maklmumlah bila terserempak dengan gadget 'HTML/JavaScript' mulalah mata berpinar, otak jadi blur sebab tak reti dan tak faham apa sebenarnya yang di inginkan. Hendak bertanya tapi tak tahu pada siapa. Sudahnya mencari kenalan facebook yang mahir berblog. Niat hati ingin berguru dan menimba sedikit ilmu membina blog. Namun, tiada siapa yang ingin berkongsi ilmu dan menjadi pembimbing di kala memerlukan.
 
Semangat meneruskan perjuangan membina blog sendiri semakin pudar hanya kerana gagal bertemu seorang guru yang mempunyai sifat ingin membimbing dan berkongsi pengetahuan. Blog yang di bina atas nama http://ummyadhwa.blogspot.com terkubur seketika dengan gadget yang tidak tersusun atur dengan kemas. 
 
Semangat yang semakin pudar untuk mempunyai blog sendiri sering di sirami dan dihujani dengan kata-kata motivasi yang tak pernah putus dari upline Shaklee saya, PM Nur Laila Mukthar. Semangat itu kembali subur dan perasaan cemburu pada kawan-kawan seperjuangan yang mempunyai blog sendiri. Apatah lagi blog yang penuh dengan informasi yang diperlukan serta gadget yang cantik bergaya. 
 
Perasaan cemburu pada mereka yang mempunyai blog yang mewah dengan informasi menjadikan diri ini bangkit  dan mempunyai azam baru untuk terus berusaha mempunyai satu blog yang di sukai ramai dan menjadi pilihan utama dalam carian google.
 
Bertemu dengan Pn. Anys Idayu Zakaria melalui carian google dan seterusnya menjadi kenalan facebook membuatkan diri ini terjebak secara langsung dalam keluarga besar ABDR. Syukur yang tak terkata nilainya atas tunjuk ajar dan perkongsian ilmu yang diberikan. Walau hanya belajar 100% melalui online tanpa pernah berjumpa secara bersemuka dengan guru online saya, Pn. Anys Idayu Zakaria, beliau umpama berada di depan mata. Kelas yang di adakan juga mengikut kesusuaian masa saya sebagai suri rumah sepenuh masa dan peniaga online tanpa rasa tertekan. Apatah lagi dalam menyempurnakan tugasan yang diberikan. 
 
Digital E-book Kelas Asas Blog merupakan ebook pertama yang wajib di khatam sebelum memulakan kelas. Panduan dan analisa yang diberikan banyak membantu saya mendalami sedikit sebanyak dunia blog. Gadget-gadget penting yang perlu ada dalam blog bagi peniaga online seperti saya.
Jutaan terima kasih buat Puan Pengetua ABDR, Pn. Masayu Ahmad kerana memperkenalkan ebook ini yang sangat membantu dalam merialisasikan azam saya agar mempunyai blog atas nama sendiri. Seterusnya menjadikan saya sebagai salah seorang Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah atau lebih mesra di kenali sebagai ABDR. 
 
Alhamdulillah melalui penjenamaan diri yang saya praktikkan dalam kelas ini, hasilnya membuatkan saya sangat teruja apabila nama saya muncul dalam carian Google. Sebelum ini, memang langsung tak 'bertapak' atau 'terjejak' saya dalam carian ini. Wah! Gembiranya hati sehingga ingin dilaungkan satu dunia 'Aku dah pemes!', 'Uncle google dah kenal siapa aku!'. 
 
Sungguh tak terkata gembiranya saya, pelaburan dalam membayar yuran penyertaan sebagai keluarga besar ABDR sangat berbaloi. Buktinya, belum pun sempat saya menghabiskan tugasan wajib 44 entri pertama, saya telah berjaya menerima prospek yang mengupah saya untuk mebuat 'FB Page' dan akan datang prospek yang sama mengupah saya untuk membuat blog. Sedangkan tidak pula pernah terlintas di hati untuk mengambil upah buat 'FB Page dan Blog'. 
 
Zaman dunia IT semakin moden dan semakin canggih! Sesiapa pun boleh menggunakan aplikasi Google untuk belajar tentang apa-apa sahaja secara percuma. Namun, harus diingat bahawa setiap ilmu baru yang ingin dipelajari harus disertai dengan mentor/guru untuk membimbing kita. Jika tidak, kita mungkin tersasar dari matlamat sebenar.
 
Benarlah kata orang, tanpa ilmu pengetahuan, perkara yang senang akan jadi susah dan sukar untuk dilaksanakan. Kesukaran itu akan jadi batu penghalang untuk kita mengorak langkah ke hadapan. Penawar kesukaran itu hanya mampu di atasi jika kita mempunyai ilmu dan mentor. Carilah mentor yang ikhlas berkongsi ilmu pengetahuan dan mampu membimbing kita untuk menjadi yang lebih baik dari sekarang atau lebih baik dari mentor kita sendiri. 
 
Senang sangat untuk menjana pendapatan secara online ni. Duduk rumah diam-diam tak payah sibuk keluar, kita ada produk fizikal dan juga digital, juga perkhidmatan kelas online dan offline. Semua ada SOP.

 

Sharing is caring.

Kizeewatty Zainal

Akademi Bekerja di Rumah. 

March 13, 2015

Testimoni Collagen Powder - Pigmentasi dan Parut Semakin Pudar

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum wbt.

Testimoni dari pengguna Collagen Poweder Shaklee. kesan pigmentasi semakin hilang dan warna kulit muka semakin cerah. Kesan calar, parut dan sunburn juga beransur pudar.    


Testimoni Collagen Powder - Pigmentasi dan Parut Semakin Pudar


Vitamin C di dalam Collagen menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita. Vitamin B membebaskan tanaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel.

Ekstrak pfaffia juga dikenali sebagai ginseng Brazil, mengikat jumlah air yang banyak, asid hyalurinoc memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.

Elastin dari kolagen ikan memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik.   

Untuk nasihat percuma dan  harga vitamin Shaklee, jangan segan hubungi saya di

sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
email: kizeewattyzainal@gmail.com
FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop


Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee
 

PANDUAN MENGESAN EMAS PALSU

Assalamualaikum wbt.

PANDUAN MENGESAN EMAS PALSU

- Pakai Barang kemas itu sekurang-kurangnya sehari. Klau kita dapat sebarang tanda pada kulit atau perubahan warna, emas itu mungkin palsu

- Cucukkan jarum dengan lembut pada emas yg ingin diuji. Jika jarum tidak patah, emas kita mungkin tulen kerana emas bersifat lembut

- Letakkan barang kemas hampir kepada magnet, emas tulen tidak mempunyai sebarangsifat tarikan magnet. Petua ini sesuai untuk emas BESAR dan TEBAL seperti Jongkong emas dll. Jika kita rasa barang kemas seperti melekat pada magnet berkenaan, ia adalah palsu.

- Kalau barang kita berupa rantai atau gelangboleh diputar, DENGAN LEMBUT dan PERLAHAN cuba pulas barang kemas itu. Ia seakan-akanboleh diputar tetapi jangan gunakan tenaga yang banyak kerana ia boleh putus. Cuma rasakan saja, ia keras atau lembut (tidak berkesan pada emas 14 karat ke bawah)

- Cuba tengok pada CANGKUK atau PENYAMBUNG EMAS, kualiti emas ditanda seperti 999, 916 dan sbagainya. Ada juga bentuk seperti gambarajah orang berlari dan bentuk rumah sebagai tanda kualiti emas.Kebiasaanya emas ini di jual oleh peniaga Cina.

- Jika ditandai seperti GP (Gold Plated-Saduran Emas) atau ZGP (Zhulian), ia bermaksud emas celup. Tanda bertindan atau banyak berkemungkinan adalah PALSU.

- Klau anda tidak sayang pada emas anda, cuba toreh ia pada batu hitam berkali-kali. Lihat sama ada warna emas bertukar kepada putih berkilat seperti warna perak atau kekal. Hanya 2 logam yang menghasilkan torehan kuning iaitu emas & tembaga. Emas putih pun menghasilkan torehan warna kuning.

- Emas tidak mempunyai bau. Cuba gosok emas anda pada seluar jeans sehingga panas & dapatkan baunya. Jika besi, baunya seakan bau ferum (bau ikan), emas tidak punyai bau.

- Jika ia JONGKONG yg ditulis berat padanya, sila timbang beratnya skali lg, MESTI TEPAT bacaan. Biasanya, jongkong palsu tidak mempunyai berat tertera kerana pembuat emas palsu cenderung menggunakan bekas bentuk emas tulen namun, menggunakan logam lain. Emas adalah logam paling padu dan tiada logam lain mempunyai berat sama seperti emas dalam saiz sama.

- Pernah tengok filem koboi?
Cara mereka menguji ketulenan emas adalah menggigit emas untuk mengesah ketulenannya. Ia mungkin sedikit fiksyen namun cara ini betul. Sifat emas tulen lembut dan apabila cuba menggigit, ada sedikit rasa lembut dan tidak keras tidak seperti anda gigit batang paip.

Yang penting, PASTIKAN GIGI ANDA ADA DAN CUKUP KUAT ya 

Harga Emas Powergold sila klik link di bawah:


Whatsapp saya jika anda ingin tahu bagaimana cara untuk mendapatkan emas
 serendah 1 gram.

Kizeewatty
019 248 4428
Stokis Powergold Pasir Gudang

1gram 1bulan 1 keluarga 1kekayaan

March 7, 2015

Simpan Emas Tiap Bulan

Assalamualaikum dan Salam Pembuka Rezeki Buat Rakan - Rakan Jutawan yg Dermawan!

Semoga kita semua sentiasa sihat, ceria, kaya & berjaya dunia akhirat. 

Semoga semua urusan kita dipermudahkan oleh Allah dan diberkatinya, Aamiin.

                                           ╚════❤🍃 🌹🍃❤════╝

💪🔥Kuatkan semangat, teguhkan tekad🔥⛅


✍🏻 Tanya Diri

Simpan emas ni kena buat sekali je ke? Simpan bulan ni pastu bulan depan tak yah dah?🤔

No! No!😳

Mesti la simpan tiap bulan kan... Dapat gaji je cepat asingkan untuk simpanan untuk emas

"Jadi, perlu tak daftar keahlian powergold?"

Terpulang 💁

Kalau daftar...

✅Dapat beli emas murah seumur hidup

✅Dapat join group ahli, group support

✅Dapat ilmu emas free

✅Dapat bonus setiap kali beli emas

✅Dapat komisen kalau ajak kawan beli emas

✅Dapat kawan positif

✅Dan dapat macam-macam lagi

Kalau rasa tak nak semua tu, boleh la teruskan beli emas macam biasa tanpa join ahli 😬

Renungkan..😀

      1 gram 1 bulan 1 orang
          | Saving | Trading | 
             | Networking |


JOM MULAKAN SEKARANG

Harga Emas Powergold sila klik link di bawah:


Whatsapp saya jika anda ingin tahu bagaimana cara untuk mendapatkan emas serendah 1 gram


Kizeewatty Zainal
0192484428
#AhliPowerGold #PasirGudang

#EmasSimpananTerbaik #EmasKalisInflasi 

March 3, 2015

Madu dan Kayu Manis - Salah Satu Ikhtiar untuk Kurus dan Jangkitan Kulit

Assalamualaikum wbt

Madu merupakan satu-satunya makanan atas muka bumi yang tidak akan basi mahupun rosak. Apa yang terjadi hanyalah ianya ''bertukar jadi gula''. Realiti sebenarnya, madu tetap madu.Bagaimanapun, bila ditinggalkan di tempat yang gelap dan sejuk pada waktu yang lama ianya akan men''hablur'' atau kristallized. 

Apabila ini berlaku , didihkan sedikit air dan masukkan bekas yang berisi madu ke dalam air panas , dan tutup api dari terus menyala, dan biarkan madu cair secara biasa tanpa pendidihan. Ianya akan tetap kekal sebagai madu dari segi perubatan dan keadaan.Jangan didihkan madu atau masukkan ke dalam mikrowave, ini akan membunuh atau merosakkan enzim-enzim berguna di dalam madu.

Para saintis juga menerima bahawa madu merupakan ubatan ''Ram Ban'' (paling berkesan) terhadap semua jenis penyakit. Madu boleh digunakan tanpa tanpa sebarang kesan sampingan untuk apa-apa jenis penyakit. Sains moden juga mengatakan bahawa walaupun madu adalah manisan, tetapi apabila diambil pada dos yang betul sebagai ubat , ianya tidak akan memberi kesan buruk termasuk pada pengidap kencing manis.

Ini di antara kajian dari saintis barat :

Penyakit Jantung : Buatkan serbuk kayu manis. Sapukan madu dan serbuk kayu manis pada roti dan makan secara tetap setiap hari semasa sarapan (sebagai ganti dari jem). Ini akan mengurangkan kolesterol di dalam pembuluh darah (arteri) dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung (heart attack). Juga, bagi yang sedia ada atau pernah diserang serangan jantung , apabila amalan ini dibuat secara harian, ianya akan menjauhkan pesakit berbatu-batu dari serangan seterusnya. 

Penggunaan secara tetap amalan di atas akan mengurangkan kesukaran bernafas (membetulkan pernafasan) dan akan menguatkan jantung mengepam. Di Amerika dan kanada , pelbagai jururawat di rumah telah merawat pesakit secara jayanya dan juga didapati bahawa pada satu tahap umur, pembuluh dan salur darah (arteri dan vein) akan hilang flexibilitinya (kekenyalan) dan akan mudah tersumbat , madu dan kayu manis akan mengembalikan semula sifat asalnya.

Radang sendi (arthritis) : pesakit arthritis boleh mengambil secara harian (pagi dan malam) satu cawan air suam bersama 2 sudu teh madu dan satu sudu serbuk kayu manis. Apabila ini diambil secara tetap , pesakit kronik arthritis juga boleh sembuh. 

Di dalam kajian terbaru yang diketuai oleh Universiti Copenhagen , mereka mendapati bawa doktor-doktor yang merawat psakit mereka dengan campuran 1 sudu madu dan 1/2 sudu serbuk kayu manis sebelum sarapan pagi, mereka mendapati bahawa di dalam satu minggu (dari 200 orang pesakit yang dirawat) - 73 pesakit hilang kesakitannya di dalam seminggu dan di dalam sebulan , hampir kesemua pesakit yang tidak boleh berjalan atau bergerak disebabkan radang (arthritis) sudah boleh berjalan tanpa sebarang kesakitan.

Jangkitan Pundi Kencing: ambil dua sudu serbuk kayu manis dan satu sudu madu di dalam air suam dan minum. Ianya akan membunuh kuman di dalam pundi.

Kolesterol : Dua sudu besar madu dan tiga sudu teh serbuk kayu manis dicampurkan dengan 16 auns air teh diberikan pada pesakit kolesterol , didapati bahawa kandungan kolesterol di dalam badan pesakit turun sebanyak 10% hanya selepas 2 jam. Apabila ini diambil sebanyak 3 kali sehari , sebarang penyakit kolesterol tahap kronik akan sembuh. Melalui maklumat yang diterima dari Journal , madu asli yang diambil secara harian bersama makanan mengurangkan komplen(keluhan) terhadap kolesterol.

Selesema : bagi yang terseksa dengan selesema perlu mengambil 1 sudu besar madu bersama 1/4 sudu serbuk kayu manis 3 kali sehari. Proses ini akan menyembuhkan kesemua batuk yang terus, demam , dan membersihkan sinus (ruang udara di dalam tengkorak sekeliling hidung).

Perut Meragam : Madu diambil bersama kayu manis menyembuhkan sakit perut dan membersihkan @ menyembuhkan perut dari sebarang ulcers. Kembung (gas) : kajian yang dibuat di Jepun dan India, mendapati bahawa madu yang diambil bersama-sama kayu manis akan mengeluarkan gas dari perut.

Imun Sistem : penggunaan harian madu dan serbuk kayu manis menguatkan sistem pertahanan (imun) dan melindungi badan dari serangan kuman dan bakteria. Saintis mendapati bahawa madu mempunyai pelbagai vitamin dan zat besi dalam jumlah yang besar. Penggunaan madu secara tetap akan menguatkan korpuskel sel darah putih (dimana mengandungi dna) untuk melawan penyakit yang disebabkan bakteria dan kuman (virus).

Tak Hadam : Serbuk kayu manis dicampur bersama 2 sudu besar madu yang diambil sebelum tidur akan merembeskan asid dan menghancurkan makanan berat.

Influenza : Saintis dari sepanyol membuktikan bahawa madu mempunyai kandungan semula jadi yang membunuh kuman influenza dan menyelamatkan pesakit dari flu.

Umur Panjang : Teh yang dibuat bersama madu dan serbuk kayu manis,bila diambil secara tetap , mengelakkan kerosakan disebabkan bertambahnya usia. Pengambilan 4 sudu teh madu, 1 sudu teh serbuk kayu manis dan 3 mangkuk kecil air panas untuk membuat teh. 

Minum 1/4 mangkuk - 3-4 kali sehari. Ini akan mengekalkan kesegaran kulit, kelembutan dan ketegangan. Jangka hayat dipanjangkan , dan mereka yang berumur 100 tahun sekalipun boleh memulakan aktiviti seperti berumur 20 tahun. (dalam Islam , kita ada beberapa amalan untuk panjang umur - amalkan di atas + bersedekah dan menyambungkan silaturrahim - in sya allah, umur kita akan panjang)

Sakit tekak : apabila tekak rasa tidak selesa , ambil satu sudu madu dan kulum sambil telan sedikit demi sedikit sehingga ambil. Ulang setiap 3 jam sehingga tekak hilang simptom sakit/ketidak selesaan.

Jerawat : 3 sudu besar madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis paste. Sapukan paste ini di atas jerawat sebelum tidur dan basuhnya tika bangun keesokan pagi dengan air suam. Jika diamalkan selama dua minggu , ia akan membuang jerawat dari akarnya.

Jangkitan Kulit :Sapukan campuranmadu dan serbuk kayu manis dalam ratio yang sama pada kulit yang terkesan , akan menyembuhkan ekzema , dan semua jenis jangkitan kulit.

Hilangkan Berat Badan : Pagi , sejam setengah sebelum sarapan pagi dan tika perut kosong , dan pada waktu malam sebelum tidur , minum madu dan serbuk kayu manis di dalam air suam. Jika diambil secara tetap, ianya akan mengurangkan berat walaupun pada mereka yang berlebihan berat badan. Jika minum secara tetap , ianya tidak akan membenarkan lemak untuk berkumpul dalam badan walaupun individu tersebut mengambil makanan yang tinggi kalori.

Kanser : Kajian terbaru di Jepun dan Australia mendedahkan bahawa kanser perut dan tulang telah berjaya dirawat dengan jayanya. Pesakit yang mengidap penyakit ini perlu mengambil setiap hari satu sudu madu bersama satu sudu teh serbuk kayu manis 3 hari sekali selama satu bulan.

Lemah Badan: kajian baru-baru ini menunjukkan gula yang terkandung di dalam madu adalah sangat membantu dalam mengembalikan kekuatan badan berbanding gula buatan. masyarakat yang mengambil madu dan serbuk kayu manis dengan ratio yang sama didapati lebih peka dan flexible. Dr. Milton , yang menjalankan kajian ini , mengatakan separuh sudu besar madu yang diminum bersama segelas air yang dicampur dengan serbuk kayu manis, jika diambil setiap hari selepas gosok gigi dan tengah hari (sekitar 3 petang) - akan mengembalikan kecerdasan badan dalam masa seminggu.

Sukar Bernafas : penduduk di Amerika selatan berkumur dengan satu sudu madu dan serbuk kayu manis dicampur dengan air suam , sebagai rutin harian pertama pada waktu pagi , bagi membolehkan pernafasan mereka sentiasa segar sepanjang hari.

Kurang @ hilang pendengaran : Pagi hari dan malam - madu dan serbuk kayu manis diambil pada sukatan yang sama boleh mengembalikan pendengaran.

Rujukan : Dr Zulkifli Sharif

Allah sebaik-baik penyembuh , Dia menurunkan penyakit dan Dari Dia disembuhkan segala Penyakit.Assyafi , Arrahman ArRahim.Kepada Allah kita mohon pertolongan. Amiinnn

9 Akibat kesihatan Jika Kurang Minum Air

Assalamualaikum wbt.

Makan dan minum merupakan dua hal yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Kepentingan minum terutama air putih merupakan hal yang harus dipenuhi selain makanan yang bernutrisi dan bervitamin. Seperti yang kita ketahui, kandungan air dalam tubuh manusia mencapai 60%. 

Jadi minum air putih 6-8 gelas sehari merupakan perkara penting untuk tubuh setiap manusia khususnya untuk menjaga kesegaran tubuh, melancarkan sistem pencernaan, mengeluarkan bahan toksik dari tubuh melalui urin dan peluh, mengawal suhu badan dan sebagai sumber mineral dan elektrolit yg diperlukan badan. 

Bahaya apakah jika manusia kurang minum air putih bagi kesihatan?

1. Menganggu Fungsi Otak.

Air putih sangat baik untuk sel-sel otak kita. Fungsi air putih ini agar otak boleh berpikir lebih cepat, tidak mudah lupa, dan lebih fokus. Jika kekurangan air terutama air putih, cairan di otak akan menurun, dan oksigen yang mengalir ke otak juga akan turut berkurangan. Sehingga menyebabkan sel - sel otak menjadi tidak aktif dan tidak berkembang sebagaimana yang diharapkan.

2. Pelbagai Gangguan Kesihatan

Kekurangan air menyebabkan kita berasa haus, tekak berasa kering, suhu badan menjadi panas, sakit kepala, air kencing akan bewarna pekat, denyutan nadi terasa cepat, gejala halusinasi dan juga boleh menyebabkan kematian.

3. Jangkitan Pundi Kencing

Bahaya kurang minum air putih boleh menyebabkan jangkitan berlaku pada pundi kencing. Gejala ini boleh menyebabkan suhu badan sedikit meningkat, terasa sakit pada saat buang air kecil bahkan kadang kala terdapat darah dalam urine yang dikeluarkan.

4. Kulit Tampak Kusam

Kekurangan air putih boleh menyebabkan kulit menjadi kusam atau tidak menunjukkan kulit yang cerah dan awet muda kerana aliran darah kapiler di kulit pada tubuh tidak maksimum.

5. Membahayakan Ginjal Anda.

Ini yang sangat mengerikan, bahaya kurang minum air putih yang kelima iaitu boleh menganggu fungsi kerja ginjal pada tubuh anda. Ini kerana air putih sangat penting untuk mencegah batu karang. Fungsi air putih pada organ ginjal akan membuat komponen pembentuk batu karang menjadi lebih mudah luruh bersama buang air kecil yang kita keluarkan setiap harinya.

6. Masalah pencernaan

Saluran pencernaan adalah sistem yang sangat kompleks, yang sangat memerlukan air untuk membantu mencerna makanan. Perut memulas dan sembelit adalah beberapa masalah pencernaan yang berkait dengan kurang minum air. Lapisan dinding perut terdiri dari 98% air, dan mengandung bikarbonat untuk melindunginya terhadap gastrik. Lapisan ini harus selalu tebal setiap saat untuk mencegah masalah perut. Air membantu mempertahankan ketebalan lapisan tersebut. Tidak minum cukup air maka lapisan ini akan menipis, dan menimbulkan kerosakan .

Kurang air juga menyebabkan konstipasi. Air diperlukan tubuh untuk mengolah makanan yang masuk dan mengeluarkan makanan yang tak dapat dicerna. Kekurangan air boleh menyebabkan pengumpulan racun dalam tubuh dan konstipasi. Masalah lainnya yang boleh timbul adalah kembung, sakit perut, mual, dan kehilangan nafsu makan.

7. Radang sendi

Tulang rawan di setiap sendi adalah terdiri dari sekitar 80% air . Tulang rawan sendi memiliki permukaan yang halus, dan agar memungkinkan pergerakan tubuh yang lebih mudah maka perlu ada pelincir. Tidak cukup minum air dapat menyebabkan kurangnya pelincir pada sendi, sehingga menghasilkan gesekan yang lebih besar. Ketika sendi kehilangan pelincir, maka fungsinya akan mulai merosot dengan cepat dan mengarah ke timbulnya arthritis.

8. Tekanan Darah Tinggi

Hipertensi sangat umum dialami oleh orang yang kekurangan cairan atau mengalami dehidrasi. Ketika sel tubuh kekurangan air, tubuh akan memberikan isyarat pada otak untuk mengeluarkan zat kimia bernama vasopressin. Zat ini menyebabkan penyempitan pembuluh darah dan memicu tekanan darah tinggi.

9. Kekurangan garam dan cairan tubuh

Kurang minum bisa membuat tubuh kekurangan garam dan cairan tubuh. Tubuh tak bisa berfungsi dengan baik tanpa kadar cairan dan garam yang penting. Kekurangan garam dan cairan boleh menyebabkan beberapa kondisi seperti mulut kering, mata kering, dan dehidrasi yang bisa menyebabkan masalah kesihatan fatal.

Dehidrasi adalah keadaan tubuh yang tidak cukup mendapatkan cairan. Keadaan ini disebabkan kerana tak minum selama bekerja berat, atau juga boleh terjadi kerana sebab lain. 

Misalnya pada Orang tua, mereka sangat terdedah terhadap dehidrasi. Proses penuaan yang normal cenderung akan menyebabkan penurunan rasa haus, sehingga mengakibatkan beberapa masalah yang berhubungan dengan dehidrasi. Beberapa gejala dehidrasi adalah kulit kering, kehilangan nafsu makan , sakit kepala, lemas dan cemas.

Setelah mengetahui beberapa akibat dari kekurangan minum air putih tadi, mari kita mengambil langkah bermula hari ini supaya badan kita mendapat air secukupnya dan kesihatan akan lebih terjaga. 

Bagi mereka yg sukar utk minum air putih secukupnya, 

Cuba bahagikan jumlah gelas setiap hari contohnya, 
2 gelas air waktu sarapan, 
2 gelas air waktu makan tghari, 
2 gelas air waktu minum pertang, 
2 gelas air waktu makan malam. 

Semoga tips ini memberi manfaat kepada semua.

Kizeewatty
Pengedar Shaklee
0192484428