April 28, 2015

Kenapa EMAS sangat sesuai dijadikan SIMPANAN utk TABUNG MASA DEPAN?

Assalamualaikum wbt.

Bismillah.

Kenapa EMAS sangat sesuai dijadikan SIMPANAN utk TABUNG MASA DEPAN?

Tak ada masalah pun jika disimpan walaupun bermula dengan gram yang kecil sekecil 1 gram kerana ianya adalah mampu milik. Siapa kata emas hanya orang kaya sahaja boleh beli. Semua golongan pun boleh miliki emas.

Jika disimpan rasa sayang untuk dijual. Ini lebih selamat dan dapat disiplinkan diri. Kalau RM ada di bank pun mudah sahaja bocor, inikan pula RM di tangan. Tapi emas sangat berbeza. Tak percaya boleh cuba.

Menabunglah emas selama mana pun, lagi lama, lagi bernilai. 
Ianya kalis inflasi.

Menabung emas bermaksud ada harta. Akan tetapi kalau menabung RM belum tentu ada harta.

Nampak tak perbezaanya?

1⃣GRAM1⃣BULAN1⃣KELUARGA

Kizee
019 248 4428

Konsep Emas di Powergold.

Assalamualaikum wbt

Ramai yang masih KELIRU dengan KONSEP yang diketengahkan oleh syarikat #Powergold.

Sebenarnya #Powergold SAMA seperti KEDAI EMAS BIASA  yang menjual barang kemas, bar emas dan dinar emas.

Cuma di ONLINEKAN

Secara mudahnya :

Kami ADA KILANG (Amethyst, Kedah) dan HQ tetapi TIADA PREMIS untuk jualan kepada umum. BERGERAK secara ONLINE di antara AHLI dan STOKIS.

Bergerak secara OFFLINE apabila pembeli MEMBELI barang DIRECT melalui stokis yang ada menyimpan stok di tangan ketika itu.

BUKAN SKIM PELABURAN yang menawarkan DIVIDEN tertentu SETIAP BULAN, tetapi JUAL BELI emas, dapat bawa balik emas dan simpan sendiri.

Untuk ahli-ahli yang berdaftar, dibekalkan web promosi dan web akaun peribadi untuk menerima info terkini harga emas semasa,marketing tool, bonus dan sebagainya.

BUKAN SKIM 4 D ( duduk, diam , dapat , duit ) tetapi perlu ada usaha sendiri baru ada hasil.

Hasil Datang Dari :

1. Saving (Menyimpan & mengumpul emas)

Pembelian serendah 0.5 gram syiling emas kualiti 24k (999.9) atau sejajar dengan kempen utama powergold, 1 gram 1 bulan .
12 gram untuk setahun terkumpul.
Buat simpanan untuk jangka masa panjang di mana ketika harga belian balik emas sudah naik melebihi harga belian asal.

2. Trading ( Menjual )

Dapat untung runcit dan bonus repurchase untuk setiap gram yang terjual.

3. Networking ( Memperkenalkan )

Bukanlah sesuatu yang wajib dilakukan, namun memperkenalkan simpanan emas kepada umum agar lebih ramai lagi masyarakat celik emas adalah fokus utama syarikat. Ini juga menjadi salah satu sumber rezeki yang berterusan untuk ahli dan hasil pendapatan lebih lumayan berbanding menjual sahaja.

Powergold BUKAN platform untuk dapat GANJARAN dengan bergoyang kaki.

Anda Usaha Anda Dapat, Biar rezeki lebih berkat!

*ANDA BILA LAGI?! 
JADILAH SALAH SEORANG PENYIMPAN ATAU  USAHAWAN

EMAS DAPAT DUIT PUN DAPAT 👍

Harga Emas Powergold sila klik link di bawah:


Whatsapp saya jika anda ingin tahu bagaimana cara untuk mendapatkan emas
 serendah 1 gram.

Kizeewatty
019 248 4428
Stokis Powergold Pasir Gudang
1gram 1bulan 1 keluarga 1kekayaan


April 26, 2015

WANG KERTAS vs EMAS

Assalamualaikum wbt.

A) Wang Kertas
     Wang kertas anda akan dimakan inflasi.

● Harga barang naik.
● Harga barang mahal.
● Nilai matawang jatuh.
● Mudah rosak atau musnah.
● Nilai wang kertas boleh di tarik oleh kerajaan pada bila-bila masa, menjadikan wang kertas tersebut tidak bernilai lagi.

B) Emas
     Emas anda tidak akan di makan inflasi.

● Harga emas atau nilainya sentiasa meningkat
● Mengekalkan kuasa belinya di masa hadapan
● Sentiasa berharga tidak kira zaman apa pun
● Simpan emas sebenarnya kita menyimpan kekayaan, kekayaan bertambah setiap tahun dan emas juga adalah ubat bagi mereka yang sukar menyimpan wang.

1BULAN 1GRAM 1KELUARGA

Whatsapp saya jika anda ingin tahu bagaimana cara untuk mendapatkan emas
 serendah 1 gram.

Kizeewatty
019 248 4428
Stokis Powergold Pasir Gudang
#stokispowergold #emaskalisinflasi #simpananemas

April 24, 2015

Tanda Kekurangan Protein

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum wbt


Faktor sama ada diet yang melampau, kurang pengetahuan mengenai nutrisi dan faktor kemiskinan juga boleh menyumbang kepada masalah kekurang protein ni. 


Tanda-tanda anda kekurangan protein ni.
 

Edema (bengkak badan)

Edema ialah pengumpulan cecair di bawah lapisan kulit. Selalunya terjadi di bahagian kaki dan buku lali, tetapi edema boleh terjadi di mana-mana bahagian badan. Protein amat penting untuk mengimbangkan air dalam badan anda.


Penurunan berat badan

 
Ooppsss.. jangan seronok dulu, ini bukan weight loss yang sihat ya. Penurunan berat badan terlampau juga salah satu faktor kekurangan protein dalam badan. Sebab walaupun kita tak ambil protein, badan tetap perlukan protein untuk berfungsi, so dari mana datangnya protein? Dari otot kita! Bahaya ni.. Sebab tu dalam set Slim Shaklee ada ESP, untuk bina balik otot-otot kita!

Rambut menipis atau kasar

 
Rambut gugur terlampau teruk atau terlampau kasar juga disebabkan oleh kekurangan protein. Rambut kita terdiri daripada protein, jadi bila kita kurang protein, macam mana rambut nak tumbuh dengan sihat dan berkilat kan? Sebab tu bila ada customer yang konsisten amalkan ESP, dia boleh nampak rambut dia makin lebat, berkilat, tak bercabang gitu~

Rabung pada kuku 
 
Garis-garis halus yang kita boleh nampak pada kuku tu maksudnya dah kronik dah tahap kekurangan protein kita ni, kuku pun macam rambut juga, perlukan protein untuk tumbuh sihat.Cer cek kuku anda.. kalau tade Alhamdulillah~


Pucat

 
Kulit yang pucat dan cepat 'sunburn' ni selalunya disebabkan kurang zat besi dan protein. Tetapi selalunya, makanan yang kaya dengan zat besi juga mengandungi protein, sebabnya, badan perlukan protein untuk menggunakan zat besi dengan lebih efektif. Kekurangan zat besi juga boleh menyebabkan anemia.

Ruam kulit

 
Kulit berkuping pun tanda-tanda anda kurang protein. Bila kulit dah jadi macam kelemumur maknanya kekurangan protein anda memang tahap kronik dah, badan dah tak cukup protein terpaksa lah sedut dari sumber yang ada kan.

Keletihan dan kelesuan

 
Keletihan dan kelesuan juga antara tanda-tanda anda kekurangan protein. Dah badan anda terpaksa sedut sumber protein dari otot-otot, rambut, kuku dan kulit, jadi apa aja yang tinggal? Sebab tu anda cepat rasa letih dan penat

Luka lambat sembuh

 
Ini pun salah satu tanda kekurangan protein, bukan bermakna anda ada kencing manis ya (tapi kalau lama sangat luka tak sembuh lebih baik g cek doktor). Asid amino adalah penting dalam proses penyembuhan luka. Bila badan kita luka, tisu-tisu badan ni guna asid amino untuk membaiki bahagian yang luka, jadi, kurang protein lambatlah proses penyembuhan. 

Susah tidur

 
Amboi susah tidur pun sebab kurang protein ke? Jadi orang-orang yang letak kepala terus tidur ni terlebey protein ke? Wallahualam tanya tuan badan la hehe masalah susah tidur ni sebab satu hormon yang dipanggil serotonin itu kurang, yang mana disebabkan oleh kurang sesuatu jenis asid amino. Asid amino ni pula dihasilkan apabila protein dicernakan, jadi pemakanan yang kurang protein ni boleh menyebabkan anda susah tidur. 

Sakit kepala

 
Sakit kepala boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, terrrmasuklah kekurangan protein. Macam mana protein boleh effect sakit-sakit kepala ni?
   ♦ kurang protein boleh sebabkan kekurangan darah = sakit kepala
   ♦ menyebabkan paras gula turun = sakit kepala

Pengsan 

 
Pengsan pun boleh disebabkan oleh kekurangan protein. Sebabnya paras gula yang rendah dalam badan, atau badan terpaksa cernakan tisu-tisu otot untuk dapatkan protein yang diperlukan.

Bukan semua tanda-tanda kekurangan protein dalam bentuk fizikal ya. Ada juga yang dalam bentuk emosi, atau mental, termasuklah:

* mudah tersinggung, murung
* tekanan melampau
* kebimbangan
* kurang bertenaga

Jadi jom tingkatkan pengambilan protein kita sekarang! Cara paling senang dengan ESP dan Mealshakes.



Kizeewatty 
0192484428
Pengedar Shaklee Pasir Gudang

Belilah Emas dengan Kesedaran

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum wbt

Cara kita ialah mendidik. Sebanyak mungkin cubalah kita akan kongsikan kebaikan menyimpan emas dan kelebihan item emas Power Gold kepada pelanggan dan bakal pelanggan.

Beri "ruang" secukupnya untuk mereka faham dan mengerti apa yang mereka perlu tahu apabila mereka mula membeli emas fizikal. Dengan erti kata lain, "memaksa" secara membabi buta bukan cara kita.

Kepada yang suka mengkaji, satu saja pesanan saya. Jangan terlalu lama membuat kajian. Kerana mengikut pengalaman, orang sekadar mengkaji akhirnya hanya menjadi pengkaji dan bukannya pembeli.

Beli emas bukan macam beli barang lain, yg mana kita beli duit habis. Sbb ADA EMAS Bermakna ADA DUIT. 

Jika kita membeli dengan kesedaran, jarang kita dengar gold saver yang cakap rugi bila beli. Yang cakap rugi sebab "Silap tak beli sebelum ni" ramai la 😅


Dalam SIMPANAN TUNAI tak ada EMAS
Dalam SIMPANAN EMAS FIZIKAL ada TUNAI

JOM MULAKAN SEKARANG

Harga Emas Powergold sila klik link di bawah:


Whatsapp saya jika anda ingin tahu bagaimana cara untuk mendapatkan emas serendah 1 gram.

Kizeewatty Zainal
0192484428

#AhliPowerGold #PasirGudang
#EmasSimpananTerbaik #EmasKalisInflasi 

April 20, 2015

4 Faktor Tak Rugi Simpan Emas

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum wbt

Untuk simpanan emas berpeganglah kepada 4 perkara iaitu:

1⃣Harga emas akan naik dalam jangka panjang. Harga turun naik dalam jangka pendek tu adalah biasa. Tak lojik kalau harga naik tapi tak turun-turun.

2⃣Emas adalah duit sebenar. Daripada simpan kertas (duit ‘palsu’), lebih baik simpan emas (duit sebenar).

3⃣Harga barang naik, harga emas turut sama naik. Orang simpan emas, akan selamat dari inflasi sebab emas mengekalkan kuasa belinya.

4⃣Harga emas tak akan jatuh lingkup macam saham. Belum pernah ada dalam sejarah orang bangkrap sebab simpan emas, tapi terlalu banyak sejarah orang bangkrap sebab simpan duit kertas. So, yang mana lebih ‘secure’ sebenarnya???

1⃣Gram 1⃣Bulan 1⃣Keluarga

   
Dalam SIMPANAN TUNAI tak ada EMAS
Dalam SIMPANAN EMAS FIZIKAL ada TUNAI

JOM MULAKAN SEKARANG

Harga Emas Powergold sila klik link di bawah:


Whatsapp saya jika anda ingin tahu bagaimana cara untuk mendapatkan emas serendah 1 gram.

Kizeewatty Zainal
0192484428

#AhliPowerGold #PasirGudang
#EmasSimpananTerbaik #EmasKalisInflasi 

April 12, 2015

Hidayah itu Milik Allah

Assalamualaikum wbt

وَإِنَّكَ لَتَدْعُوهُمْ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

"Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanya menyeru mereka ke jalan yang lurus" [Surah al-Mukminun 73]

Jihad dakwah adalah asas dlm penyebaran Islam. Maka kita yg mengaku sbg umat dan pengikut nabi Muhammad saw, sewajarnyalah meneruskan tugasan mengajak manusia ke jalan yg lurus mengikut kemahiran, kepakaran dan kemampuan yg kita miliki.

Sabda Nabi saw:

اَنْفِذْ عَلَى رَسُلِكَ حَتَّى تَنْزِلَ بِسَاحَتِهِمْ ثُمَّ اُدْعُهُمْ إِلَى الإِسْلاَمِ وَأَخْبِرْهُمْ بـِمَا يَجِبُ عَلَيْهِمْ مِنْ حَقِّ اللهِ فِيْهِ فَوَاللهِ لِأَنْ يَهْدِيَ اللهُ بِكَ رَجُلاً وَاحِداً خَيْرٌ لَكَ مِنْ أَنْ يَكُوْنَ لَكَ حُمْرُ النَّعَمِ 

“Ajaklah mereka memeluk Islam dan beritahu mereka apa-apa yang diwajibkan atas mereka yang berupa hak Allah di dalamnya. Demi Allah, Allah memberi petunjuk kepada seseorang lantaran engkau, adalah lebih baik bagimu daripada engkau memiliki unta merah (yang bernilai tinggi)” (HR al-Bukhari)

Namun perlu diingat bhw tdpt banyak cabaran, halangan dan musuh2 yg bakal muncul menentang kebenaran yg dibawa. Ini sunnah dan asam garam dlm dakwah dan perjuangan. Ujian2 ini utk melihat nilai istiqamah dan kesabaran di medan perjuangan. Firman Allah swt:

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّىٰ نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنْكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ

"Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu" [Surah Muhammad 31]

Apapun yg berlaku, maka dakwah dan perjuangan menyebarkan Islam perlu diperhebat demi menyedarkan manusia2 yg memusuhi, menghina, membenci dan melawan ajaran Islam agar kembali ke pangkal jalan

#Nabi saw menjanjikan ganjaran yg besar kpd para pendakwah dan pejuang agama dlm menyebarkan ilmu dan Islam.

إِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ حَتَّى النَّمْلَةَ فِي جُحْرِهَا, لَيُصَلُّوْنَ عَلَى مُعَلِّمِي النَّاسِ الْخَيْرَ

“Sesungguhnya para malaikat, serta semua penduduk langit-langit dan bumi, sampai semut-semut di sarangnya, mereka semua  berselawat (mendoakan dan memintakan ampun) atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia” (HR at-Tirmizi. Sahih)

♡Tugas dan tanggungjawab kita semua ialah memanggil, mengundang, menyeru, mengajak, menyampaikan, mendoakan dan memohon agar semua manusia kembali kepada kebenaran Islam. Selebihnya berserahlah kpd Allah, krn hidayah milikNya

Wallahu a'lam

April 11, 2015

Beristighfar dan Bertaubat

Assalamualaikum wbt

فَيَوْمَئِذٍ لَا يُعَذِّبُ عَذَابَهُ أَحَدٌ * وَلَا يُوثِقُ وَثَاقَهُ أَحَدٌ

"Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah.Dan tiada sesiapapun yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan dan belengguNya"[Surah al-Fajr 25-26]

#Sepedih mana pun kesakitan dan kesengsaraan yg pernah kita rasakan di dunia, ia terlalu kecil dan sedikit jika dibandingkan kepedihan dan kesakitan yg dirasai oleh ahli neraka di Neraka.

#Di sebut dlm sebuah hadis:

"Api neraka dinyalakan selama 1000 tahun sehingga berwarna merah. Kemudian dinyalakan 1000 tahun berikutnya sehingga berwarna putih. Dan dinyalakan 1000 tahun berikutnya sehingga berwarna hitam. Maka api neraka berwarna hitam legam" (HR at-Tirmizi. Sifat Jahannam)

#Diceritakan dlm sunan at-Tirmizi:

"Wajah mereka dibakar dgn api, maka bibir bahagian atas mereka menjulur hingga ke lehernya dan bibir bahagian bawah mereka menjulur hingga menyentuh tali pusatnya" (Hadis hasan sahih gharib)

#Sesiapa yg balik mengadap Allah dgn membawa dosa maka ini azabnya:

يَوْمَ يُسْحَبُونَ فِي النَّارِ عَلَىٰ وُجُوهِهِمْ ذُوقُوا مَسَّ سَقَرَ

"Semasa mereka diseret di dalam Neraka (dengan tertiarap) atas muka mereka, (serta dikatakan kepada mereka): Rasalah kamu bakaran api Neraka"[Surah al-Qamar 48]

#Antara seksaan yg disebut oleh Allah swt kpd orang yg ringan timbangan amal baiknya ialah:

تَلْفَحُ وُجُوهَهُمُ النَّارُ وَهُمْ فِيهَا كَالِحُونَ

"Api neraka itu membakar muka mereka, dan tinggalah mereka di situ dengan muka yang hodoh cacat"[Surah al-Mukminun 104]

#Ibnu Abid Dunya meriwayatkan drp Abdullah bin Amr: "Andai seorang ahli neraka dikeluarkan ke dunia pd saat ini, nescaya penduduk dunia akan mati krn kehodohan rupa dan bau busuknya".

*Sahabat Nabi ini lalu menangis teresak-esak

Wallahu a'lam

April 10, 2015

Testimoni Kombinasi Suplemen Kurus Shaklee

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, nampak perunbahan setelah 4 bulan konsisten dengan Cinch Shake, Herbalax dan Lecithin. 

Jangan cepat mengalah. Amalkan secara konsisten. Insya Allah berhasil.



Kizeewatty 
Pengedar Shaklee

0192484428

Testimoni Kombinasi Suplemen Kurus Shaklee

April 9, 2015

Testimoni dan Ulasan Kelas Asas Blog Penulisan

Teks: Kizeewatty zainal

Assalamualaikum wbt

Berikut merupakan ulasan Azrin Badrinas mengenai Kleas Asas Blog di Akademi Bekerja di Rumah

Teks: Azrinbadrinas
Guru bimbingan: Aishah Hussein
Sumber: http://azrinbadrinasabubakar.blogspot.com/2015/04/ulasan-tentang-kelas-asas-blog.html

Assalammualaikum pengunjung blog RIS

Hampir 4 bulan tiada internet di rumah disebabkan tertinggal mobile wifi di sebuah hotel di Ipoh hujung tahun 2014, nak tak nak terpaksa juga mencari talian internet lain. Anak-anak pun dah mula dengan folio, perlu mencari maklumat untuk assignment mereka. Pada hari ini internet bukan lagi satu kehendak tapi dah menjadi keperluan setiap rumah.

Alhamdulillah sampai juga saya ke entri yang ke-44. Saya bermula pada Julai 2014, sekarang dah hampir setahun usia Blog Rahsia Idaman Suri ini. Walaupun ini bukanlah blog saya yang pertama, tetapi ini adalah blog saya yang konsisten sehingga boleh mencapai penulisan saya yang ke 44. Terima kasih atas tunjuk ajar dan bimbingan Kak Aishah sebagai guru saya dalam Akademi Bekerja Dari Rumah ini.

Tunjuk ajar dan teguran dari guru saya kak Aishah mematangkan lagi blog RIS saya ini.Menulis blog berguru memang ada bezanya. Menulis dengan lebih yakin dan mudah dengan berpandukan bimbingan yang telah disediakan untuk kelas penulisan asas blog ini. Mungkin lepas ini saya akan mula dengan kelas blog bisnes pula.

Lagi sekali terima kasih kepada kak Aishah dan guru-guru ABDR yang lain di atas sumbangan dalam menjayakan blog RIS saya ini. Jasa  kalian akan dikenang hingga ke akhir hayat.


Sharing is Caring

Kizeewatty
#AkademiBekerjadiRumah
#KelasAsasBlog

April 5, 2015

AL FATIHAH

Assalamualaikum wbt

Sedikit Berkenaan AL FATIHAH
Seringkali dibaca untuk arwah.

Al fatihah..
Tanpa membacanya solat kita tidak sah.

Al fatihah..
Menjadi petunjuk bagi yang buntu dan resah.

Al fatihah..
Jika merindui seseorang, maka bacalah.

Al fatihah..
Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yg bemasalah.

Al fatihah..
Salah satu surah penawar sihir, sabda Rasulullah saw.

Al fatihah..
Terjemahannya indah, hafalnya mudah.

Al fatihah..
Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah.

Al fatihah
Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah.

Al fatihah..
Bersama amalkan, tiada resah walaupun dalam keadaan susah. 

April 3, 2015

Sunnah Makan Beramai-ramai

Teks: Kizeewatty Zainal
Assalamualaikum wbt.

Selawat dan salam kepada Rasulullah saw serta keluarga Baginda dan sahabat sekaliannya.

Dari Jabir r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah saw bersabda:

"Makanan untuk seorang mencukupi dua orang dan makanan dua orang pula dapat mencukupi untuk empat orang, demikian pula makanan empat orang mencukupi untuk lapan orang" 
Riwayat Muslim

PENGAJARAN

1. Orang bersifat pemurah dan bertimbang rasa akan dikasihi ALLAH, Rasul dan manusia.
2. Makanan yang sedikit boleh mencukupi dan mengenyangkan ramai orang jikalau ia dimakan beramai-ramai seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah saw.
3. Rasulullah saw melarang kita daripada bersifat kedekut, dan bakhil sesama manusia dan makhluk lain.

Wallahu a'lam.