December 31, 2013

Sedekah dan Sampaikanlah Dari Hati

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Ketika saya bergelut menghabiskan entri kali ini, jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Malam terakhir tahun 2013 dan lagi 3 jam tahun baru pula bakal muncul tiba.

Hari ini saya betul-betul teringin berkongsi satu cerita tentang sedekah. Amalan yang amat dituntut oleh Allah s.w.t. Adalah menjadi kewajipan kita bersedekah dan menyampaikan kepada orang lain.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api” Hadis Riwayat At Tirmidzi

24 jam sehari kita boleh bersedekah, buka mata dan tutup mata kita masih boleh bersedekah. Ketika tidur juga dikira bersedekah, sedekah dengan memberi rehat kepada tubuh badan kita. Bersedekah tidak perlu tunggu kaya, tidak perlu disuruh, harus datang dari keikhlasan hati sendiri. 

Sebagai contoh mak saya, bila bertandang ke rumah saudara dan adik beradik, tangan mak tak pernah lekang dengan ikan, ayam, sayur, beras, minyak dan gula. Barang-barang inilah selalu mak bawa bila menziarah mereka. Mungkin pada orang lain selalunya jika ingin menziarah saudara mara kita seharusnya memberi duit atau hamper sebagai saguhati dan hadiah. Mak pernah berkata, cara sedekah itu pelbagai dan tidak semestinya perlu memberi setanding orang lain. Kita beri apa yang kita ada dan berilah walaupun sedikit. Lebih baik memberi ikhlas dari hati daripada tidak memberi langsung dek kerana terlalu ingin memberi seperti  orang lain.

Bila difikirkan kembali, semenjak saya memasuki kelas asas blog ini, hari-hari saya rasa saya bersedekah. Bersedekah masa dan keringat saya menaip segala apa sahaja ilmu dan pengalaman yang saya rasakan dapat membantu masyarakat. Walaupun kecil sumbangan saya ini namun dengan cara ini sedikit sebanyak merupakan amal jariah saya untuk masyarakat di luar sana. Saya lakukan hanya dari rumah dan walaupun bukan dengan memegang senjata di medan perang. Inilah sedekah dan perjuangan kecil fisabilillah saya.

Nabi Muhammad s.a.w sendiri banyak bersedekah dalam hidupnya. Baginda sentiasa tersenyum, memberi ilmu dan kata-kata nasihat, mengasihi anak-anak yatim dan orang tua. Baginda tidak memilih bangsa dan agama, sama rata sahaja antara semua. 
Dengan cara berblogging inilah saya membantu mereka di luar sana. Barulah saya sedar cara dan kata-kata mak saya tentang sedekah sebelum ini. Bukan sahaja menggembirakan dan memberi dari segi nilai duit tapi membantu dari segi tenaga dan ilmu juga dikira bersedekah. Bak kata DAO, kita dikira berdosa jika tidak menyampaikan apa yang kita tahu. Jika kita lokek dalam berkongsi ilmu kepada orang lain lebih-lebih lagi kepada umat Islam, maka segala apa sahaja ilmu di dunia ini akan lenyap suatu hari nanti.

Tidak mustahil ini akan terjadi kerana telah banyak yang telah saya lihat dan alami. Sebagai contoh amalan sunnah Rasulullah s.a.w yang amat kita cintai semakin luput, dilupakan dan tidak diamalkan di zaman ini.

Lebih-lebih lagi di zaman moden ini, kita terlalu bergantung kepada pelbagai gajet elektronik dan mensia-siakannya tanpa dimanfaatkan ke jalan yang benar. Tanpa digunakan untuk menyampaikan perkara berguna kepada anak muda sekarang. Amat tidak mustahil jika saya katakan suatu hari nanti cucu cicit kita ada yang tidak tahu cara-cara bercucuk tanam, memasak, menjahit, dan juga tidak berminat dalam menghidupkan amalan sunnah kerana tiada pendedahan dari awal. Jika tidak disampaikan bagaimana mungkin ilmu ini hendak mengalir.

Oleh itu marilah kita bersedekah walaupun 1 sen. Marilah kita bersedekah walaupun dengan kata-kata, kerana kata-kata adalah doa jua.  Marilah kita bersedekah ilmu pengetahuan dan pengalamn yang kita ada. Insya Allah ilmu kita takkan surut jika kita berkongsi malah kita akan perolehi ilmu baru dan dilimpahi rezeki dari Allah s.w.t. Insya Allah. 

Bersedekah dari hati. Bukan dengan duit malah boleh dengan apa sahaja.

Bagi anda yang berminat dan teringin untuk membina blog anda sendiri dengan cara mudah dan santai, atau mungkin hanya ingin bertanya jangan segan silu, sila hubungi saya di:
FB Official :Kizeewatty Zainal 
SMS WHATSAPP PM : 0192484428 atau tinggalkan komen di bawah.


Anda boleh membuat pembayaran ke:

Kizeewatty Zainal
Maybank  101245259053
CIMB          7042019768

dan isi borang tempahan di sini


http://kizeewattyzainal.blogspot.com/p/borang-tempahan.html


  Daftar hari ini sebelum yuran kelas asas blog semakin meningkat selaras dengan kemasukan peserta kelas asas blog yang semakin hari semakin bertambah!!


 Wallahu a'lam


Salam 2014,

Puan Kizeewatty
Pembantu Kelas Asas Blog
Pasir Gudang Johor

Kalendar Puasa 2014

Teks:  Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Kalendar ini diberi oleh pakcik saya melalui Whatsapp dengan harapan dapat menjadi rujukan saya pada tahun 2014. Selain itu rujukan untuk saya menghabiskan puasa ganti dan juga memperbanyakkan puasa sunat. 

Kalendar ini juga dapat membimbing kita semua supaya lebih prihatin dengan bulan-bulan Hijriah dan juga hari-hari yang tidak dibenarkan sama sekali untuk kita berpuasa. Insya Allah yang wajib kita lakukan, jangan tinggalkan dan yang sunat kita lebihkan.

Dengan tarikan grafiknya yang unik, saya yakin ianya mampu menarik minat masyarakat untuk menggunakan kalendar ini. Dan secara tidak langsung dapat memupuk generasi muda dan anak-anak kecil kita untuk lebih celik mengenal peradaban Islam yang sudah lama ditelenggami tamadun Barat. Saya juga berharap kalendar sebegini akan lebih banyak diterbitkan di pasaran Malaysia. 

Insya Allah.



Kalendar Puasa 2014 (carian google)

  

December 28, 2013

Jom Daftar Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah

Teks :Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah, Akademi Bekerja Di Rumah telah membuka peluang secara besar-besaran kepada semua yang berminat untuk menambah pendapatan dan menjana wang tambahan dengan menjadi "Rakan Niaga" Akademi Bekerja Di Rumah.

Pendaftaran dibuka khusus buat suri/sura rumah yang serius mahu bekerja dari rumah, suri bekerjaya yang mahu memulakan bisnes online secara sambilan atau sepenuh masa.

APAKAH TUGAS SEBAGAI RAKAN NIAGA?

Rakan Niaga bertugas sebagai Pengurus Online dan mempromosikan produk-produk utama Akademi Bekerja Di Rumah. Mudahnya, kerja-kerja pengurusan dan jualan hanya perlu dijalankan di rumah atau di mana saja asalkan di hadapan talian internet tanpa perlu keluar rumah dan tanpa perlu pos produk. Apa yang anda perlukan hanyalah telefon bimbit atau laptop beserta talian internet. Semuanya hanya di hujung jari anda.

APAKAH PRODUK DAN PERKHIDMATAN AKADEMI?

Di Akademi kami menyediakan beberapa produk digital dan perkhidmatan digital seperti berikut:

1. E-Book dan Pakej Ebook
2. Tapak Iklan dan Pakej Pengiklanan
3. Kelas Online dan Pakej Kelas 

Untuk mengetahui produk dan perkhidmatannya dari masa ke semasa, kalian akan di serap masuk ke dalam laman rakan niaga di mana info terkini akan diberikan di sana.

BAGAIMANA UNTUK MENJADI RAKAN NIAGA?

1. Setiap yang berminat untuk menjadi rakan niaga perlu mendaftar keahlian terlebih dahulu.

2. Kemudian perlu menyediakan blog seperti yang telah di standardkan oleh Akademi dengan tambahan pengkhususan blog masing-masing. (ia akan ditunjukkan langkah demi langkah oleh pengurus akademi secara online mengikut fleksibel masa anda sendiri)

3. Seterusnya blog yang telah mencapai standard diperlukan memasang tabs page utama yang memperkenalkan dan memperomosikan pakej akademi seperti ebook digital, kelas online, dan tapak pengiklanan alam maya di Soho Directory. 

4. Seterusnya langkah demi langkah akan diberikan apabila mula mendapat pelanggan.


APAKAH KELEBIHAN MENJADI RAKAN NIAGA?

Dapat menambah pendapatan dengan menjual produk dan perkhidmatan digital secara online sahaja. Tidak memenatkan atau memerlukan kos lain seperti masa, tenaga dan wang ringgit untuk menjalankan promosi atau jualan. Semuanya boleh dilakukan di rumah atau di mana-mana dengan menggunakan komputer, internet dan gadget pintar yang lain.


BERAPAKAH BAYARAN PENDAFTARAN?

RM300 sahaja!!

Pakej Pendaftaran Rakan Niaga :-
  1. Bonus 4 buah Ebook - Ebook Belajar Asas Blog, Ebook Wahm Sahm Soho, Ebook mula bisnes butik online/offline dan Ebook 101 idea home based bisnes.
  2. Bonus Pakej Pengiklanan produk dan perkhidmatan masing-masing di Soho Directory
  3. Di serap masuk dalam laman rakan niaga dan group sokongan rakan niaga.

BAGAIMANA INGIN MENDAFTAR SEBAGAI RAKAN NIAGA?

Untuk sertai, hubungi saya di:
FB Official :Kizeewatty Zainal 
SMS WHATSAPP PM : 0192484428 atau tinggalkan komen di bawah atau tempah Rakan Niaga anda melalui borang tempahan di bawah

http://kizeewattyzainal.blogspot.com/p/borang-tempahan.html


Untuk mereka yang teruja untuk mengetahui lebih lanjut saya ucapkan SELAMAT DATANG dan JOM DAFTAR RAKAN NIAGA!


Salam Sayang

Puan Kizeewatty
Pembantu Kelas Asas Blog 
Pasir Gudang Johor

Omega Guard Minyak Ikan untuk Semua

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Tahun 2013 bakal berakhir beberapa hari lagi. Dan di sana sini ramai antara kawan-kawan saya yang galak menghabiskan cuti dan berjalan bersama keluarga tercinta. Ramai juga yang berehat di rumah sibuk menyediakan persiapan persekolahan anak-anak mereka.

Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, sekejap panas dan hujan ini, ada antara kawan-kawan yang berada dalam keadaan yang kurang sihat. Sakit yang meleret-leret dan berpanjangan. Syafakallah kepada rakan-rakan seperjuangan. Saya doakan anda sekeluarga sentiasa sihat walafiat dan semoga cepat sembuh dari penyakit yang melanda diri anda sekeluarga.

Nabi Muhammad s.a.w pernah ditanya bagaimana menjaga kesihatan tanpa kerap sakit sepanjang hayat baginda. dan jawapan baginda "Solat malam" HR Muslim.

Sesiapa yang mengerjakan solat malam (tahajjud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah s.w.t 9 perkara kepada hamba-Nya; 5 di dunia 4 diakhirat, dan salah satunya adalah dijauhkan daripada segala penyakit.

Saya pasti ramai yang telah mengetahui nikmat megerjakan tahajjud dan ramai juga yang tidak mengetahuinya. Tidak salah kiranya kita ingat mengingati antara kita. Insya Allah sama-samalah kita memperbaiki dan menambah apa yang kurang di dalam solat dan amalan kita.

Selain itu masih ada lagi usaha yang boleh anda lakukan untuk menjaga kesihatan diri anda dan keluarga. Jangan tunggu sakit menyerang sekali lagi. Bertindaklah sekarang dan berikan yang terbaik untuk diri dan keluarga kesayangan anda. Insya Allah kita hanya berusaha Allah jua yang Maha Penyembuh segala penyakit. Doa dan tawakal kepada-Nya yang harus diutamakan.  

Di Shaklee, Omega Guard merupakan vitamin tambahan yang merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asidlemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega 3 dapat membekalkan 905mg asid lemak omega 3 EPA dan DHA.

Ikan dari laut di dalam Omega Guard mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi, iaitu EPA dan HDA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.

Terdapat pelbagai fungsi EPA dan DHA kepada tubuh badan kita. EPA berfungsi dalam mengawal kadar kolestrol yang berlebihan, baik untuk pesakit jantung , menghindar tekanan perasaan dan mencegah penyakit darah tinggi. DHA pula mampu mencegah asma, meningkatkan daya seksual, mencegah sakit kulit, mengelakkan kanser payu dara, kanser prostat, menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan serta mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan.

Omega Guard Shaklee Vitamin Tambahan untuk Semua

Berita baik untuk anda. Promosi Omega Guard di bulan Disember 2013. Beli 6 percuma 1!!

Jika anda beli 6 botol Omega Guard, anda akan dapat :

1) percuma 1 botol Omega Guard berharga RM 136
2) percuma pendaftaran ahli (biasanya daftar ahli adalah berjumlah RM65)
3) penjimatan hampir RM370 dari harga jualan. (hanya untuk ahli shaklee sahaja)

Untuk makluaman anda, harga Jualan 1 Botol Omega Guard  90 kapsul berharga RM136.00.

Kepada anda di luar yang mempunyai sebarang pertanyaan dan nasihat untuk masalah kesihatan, tip sihat dan rundingan atau konsultasi percuma dan eksklusif sila hubungi saya di:

Kizee~
sms: pm: whatsapp: wechat ~ 0192484428
Email: kizeewattyzainal@gmail.com
FB: Kizeewatty Zainal
Jom Like FB fanpage saya di Kizee Healthyvita Shop


  Tidak perlu risau sekiranya anda mempunyai kekangan bajet, saya ada jawapannya. Boleh juga untuk membeli sebotol dua atau boleh kongsi bersama kawan-kawan dan ahli keluarga.
 
Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

December 27, 2013

GLA Permata Wanita

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Kebanyakan GLA (gamma-linolenic acid) tersedia di pasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO), manakala Gla Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali ganda lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Biovailabilitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap dan mengadun dengan lebih berkesan ke dalam sel dan tisu badan kita.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega 6. Ianya digabungkan dengan minyak Sunflower dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. . Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.

Manfaat Utama GLA

    • Herba tradisi yang dipercayai - Borage merupakan herba kegemaran orang Barat. Ianya mampu dan berkesan dalam:
    1. Merawat ulser 
    2. Mengeluarkan virus 
    3. Melegakan kelesuan 
    4. Membersihkan kahak 
    5. Meringankan kebas urat saraf  
    6. Meningkatkan stamina 
    • Mengawal selia estrogen dan testosteron  - GLA berkeupayaan mengawal selia estrogen dan testosteron kerana ia membentuk prostagladin untuk
    1. Mengawal selia hormon lelaki dan wanita 
    2. Memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan 
    3. Murung dan stress 
    4. Retensi air 
    5. Sakit payudara
    •        Melambatkan Menopaus - GLA melambatkan dan memperbaiki keadaan menopaus seperti:
    1. Hot flashes 
    2. Insomnia 
    3. Ketidakhadaman 
    4. Depresi

    Pengambilan jangka panjang akan melambatkan
    1. Penuaan 
    2. Mengetatkan uterus 
    3. Kulit lebih muda
    • Memperbaiki prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing    
    • Menentang kanser – GLA adalah anti oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser  
    • Memperbaiki inflamasi kulit – GLA mampu mengurangkan
    1. Inflamasi kulit
    2. Ekzema 
    3. Alergi 
    4. Kegatalan 
    5. Kulit kering dan bersisik 
    6. Memperbaiki bintik penuaan 
    7. Tinea 
    8. Kurap 
    9. Ringankan sakit dan bengkak 
    10. Rheumatisma 
    11. Artritis
    • Menghalang komplikasi diabetes – merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua, meringankan kenas dan kesakitan disebabkan gula yang tinggi
    • Pelangsingan dan menghalang penambahan berat badan – sesuai untuk mereka yang ingin menguruska badan
    1. Merendahkan kolesterol LDL (kolesterol jahat) 
    2. Memberi ton pada kulit agar cantik dan anjal 
    3. Membina otot secara  berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik (disarankan diambil semasa perut kosong untuk mengelak keasidan hiper)
    • Mencegah tekanan darah tinggi
    1. Menghalang pembekuan darah 
    2. Merangsang peredaran dan pengambanagan salur darah 
    3. Memperbaiki tekanan darah tinggi 
    4. Mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction
    • Memperbaiki tekstur rambut – sesuai dala memperbaiki rambut kering dan rambut gugur.
      •  Hiperaktif dan Autisma (ADD/ADHD)  - terbukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar da hiperaktif.

      Ramai orang beranggapan bahawa GLA hanyala untuk wanita. Sebenarnya, suplemen GLA ini sama dengan asid amino yang mana tidak boleh dan mampu dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya hanya bole diperolehi daripada makanan. Sangat penting untuk kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga selepas menopaus dan andropaus (menopaus lelaki).

      December 26, 2013

      Bahaya Plak Kolesterol

      Teks: Kizeewatty Zainal

      Assalamualaikum w.b.t

      Apabila bercakap tentang kolesterol pasti kita terbayang makanan yang berminyak dan seseorang yang gemuk sedang menikmati makanan kurang sihat ini. Tapi sebenarnya kolesterol boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Ada kolesterol yang baik dan ada yang kurang sihat untuk tubuh badan kita.

      Sebenarnya, apabila terlalu banyak kolesterol yang melalui saluran darah kita, kolesterol ini akan mula menempel di dinding arteri iaitu pada dinding saluran darah. Pembentukan kolesterol ini dipanggil plak seterusnya memberi kesan kepada sistem kardiovaskular badan.

      Apabila plak terbentuk pada arteri, ia akan menghalang pengaliran darah kerana saluran darah yang sempit. Apabila situasi ini berlaku hampir dengan organ penting di dalam badan terutamanya jantung, ia akan menyebabkan masalah serius berlaku malah boleh menyebabkan kematian. Apabila saluran darah berhampiran organ jantung menjadi semakin sempit, ia boleh menyebabkan serangan jantung berlaku.

      Bahaya Plak Kolesterol shaklee


       Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak pula yang tersumbat, ia akan menyebabkan sesorang itu mengalami strok. Kedua-dua penyakit jantung dan strok ini boleh mengancam nyawa. Oleh itu, anda perlulah menjaga tahap kolesterol di dalam badan serta kandungan darah di dalam badan.

      Jumlah kolesterol yang tinggi dan berlebihan di dalam badan boleh menyebabkan:
      •  Masalah kesihatan yang serius terhadap sistem kardiovaskular badan. 
      • Menyebabkan artherosclerosis atau arteri menjadi keras.  
      • Dinding arteri menjadi keras dan rapuh 
      • Menghalang pengaliran darah 
      • Menyebabkan arteri pecah kerana terlalu rapuh dan ini akan  
      • Menyebabkan darah menjadi beku di dalam badan.

      Secara umumnya, kolesterol adalah pengenalan kepada sejenis lemak yang dihasilkan di hati atau di usus. Kolesterol ini berfungsi untuk menghasilkan hormon dan membentuk membran sel seterusnya dibawa ke seluruh badan manusia melalui plasma darah. Selain itu, kolesterol juga penting dalam pembentukan asid hempedu dan Vitamin D di dalam badan.

      Kebanyakan makanan yang mengandungi lemak haiwan juga mengandungi kolesterol seperti keju, kuning telur, daging, ayam, dan udang. Kandungan kolesterol di dalam makanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan adalah lebih rendah berbanding makanan yang berasaskan haiwan. Pengambilan makanan berlemak seperti lemak tepu dan lemak trans merupakan punca utama peningkatan jumlah kolesterol di dalam badan berbanding pengambilan makanan sumber kolesterol ini.

      Sebenarnya, bukan sahaja mereka yang berbadan besar yang berpotensi mempunyai kolesterol yang tinggi, malah mereka yang kurus dan berbadan kecil juga boleh mempunyai kadar kolesterol tinggi dalam badan. Untuk menjaga kesihatan jantung dan diri anda sebelum pembentukan plak kolesterol ini terjadi, amalkan pemakanan suplemen tambahan di samping memantau corak pemakanan anda. Elakkan makanan berminyak dan berkadar kolesterol tinggi, lebihkan sayuran dalam sajian anda di samping senaman ringan yang perlu sepanjang minggu.

      Cadangan Supplemen Shaklee Untuk Kolesterol Tinggi

      Berikut adalah cadangan antara suplemen yang boleh membantu anda menurunkan kadar kolesterol yang tinggi. 

      Vivix 
      • Melindungi dan memperbaiki selullar DNA 
      • Memberi impak positif kepada pengawalan genetik, 
      • Membantu pembentukan baru mitochondria (penjanan tenaga) untuk meningkatkan tahap tenaga dalam sel, 
      • Melambatkan pembentukan protin AGE yang mengganggu keutuhan sel.
      Omega Guard 
      • Menurunkan trigliserida sehingga 65%, menurunkan LDL dan keseluruhan kolesterol 
      • Mencegah salur darah dari tersumbat
      • Mengelakkan strok 
      • Mengekalkan tekanan normal darah
      • Membantu mengurangkan ketegangan urat leher 
      • Mengurangkan sakit kepala 
      • Merendahkan kolestrol 
      • Mencegah pembekuan darah dalam badan 
      • Mengurangkan risiko penyakit jantung
       Garlic
      •  Menurunkan kolesterol

      Lecithin 
      • Choline dan inositol penting untuk metabolisme lemak 
      • ‘Pengemulsi semulajadi’ kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak'. 
      • Menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran.
      Vitamin E 
      • Menghalang oksidasi LDL oleh radikal bebas
      • Jantung yang sihat
      • Melindungi sel darah merah untuk mengelakkan asid lipid terbentuk 
      • Meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol baik) 
      • Mengurangkan tekanan darah 
      • Menghalang platlet darah melekat ke dinding arteri 
      Alfalfa
      • Membantu untuk sintesis lemak 
      • Baik untuk jantung.
      • Mengurangkan keasidan dalam badan. 
      • Memastikan peredaran darah yang sihat.
      Vitamin C  
      • Membantu untuk menurunkan LDL dan meningkatkan HDL
      • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis
      • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress
      Gla complex  
      • Mengurangkan LDL 
      • Mengurangkn pembekuan darah yang menyebabkan serangan jantung.
      • Mengawal kolesterol.
      Ostematrix
      • Menurunkan LDL dan meningkatkan HDL di dalam darah. 
      • Menstabilkan tekanan darah bagi memastikan tekanan darah berada tahap yg normal.

      Untuk nasihat percuma dan  harga vitamin Shaklee, jangan segan dan silu sila hubungi saya di ~

      sms: pm: whatsapp ~ 0192484428 
      Email: kizeewattyzainal@gmail.com 
      FB: Kizeewatty Zainal 
      FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop

        December 25, 2013

        Adakah Anda Mengambil Vitamin E dengan cukup?


        Teks: Kizeewatty Zainal

        Assalamualaikum w.b.t

        Untuk mendapatkan 400IU Vitamin E, seseorang perlu mengambil makanan berikut untuk sel-sel sihat melawan radikal bebas: 1 kg biji gandum, 500 ml sunflower, 8 kg bayam dan 500 g badam.

        1 kg biji gandum shaklee vit e
        1 kg biji gandum


        500 ml minyak bunga matahari shaklee vit e
        500 ml minyak bunga matahari
        8 kg bayam shaklee vit e
        8 kg bayam
        500 g badam shaklee vit e
        500 g badam
        Menurut Dr. James Scala di dalam bukunya “Prescription For Longevity”, terdapat fakta mengenai keselamatan vitamin E yang terperinci. Secara global, terdapat lebih 1000 laporan perubatan berkenaan keberkesanan dan keselamatn vitamin E. 

        Kajian bertahun-tahun oleh University Harvard ke atas lelaki dan wanita membuktikan vitamin E mampu mengurangkan risiko penyakit jantung hamper 41% dan strok sebanyak 33%. Kajian juga menyarankan dos selamat untuk penagambilan vitamin E adalah 3200IU sehari.

        Vitamin E Shaklee diperbuat daripada minyak soya organic dan minyak gandum, yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gamma, delta). Ianya adalah Vitamin yang paling lengkap di pasaran. 

        Mengandungi 10 mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membrane sel-sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah pneyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, cadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.

        Manfaat Utama Vitamin E

        Melindungi Jantung

        Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk 
        •  Jantung yang sihat,
        • Melindungi sel darah merah untuk mengelakkan asid lipid terbentuk 
        • Meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol baik) 
        • Mengurangkan tekanan darah 
        • Menghalang platlet darah melekat ke dinding arteri 
        • Menghalang anemia hemolitik
              Meningkatkan kemampuan Reproduktif

        Kajian pada 1924 mendapati Vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Kaum adam yang mengambil 600IU – 800IU Vitamin E sehari mampu menigkatkan kiraan sperma mereka

        Anti Penuaan

          1 kapsul Vitamin E sehari membantu melambatkan

        • proses penuaan
        • mengurangkan kedut
        • garis halus,
        • parut dan jerawat 
        • bintik hitam dan penuaan
        Anti Oksidan yang Kuat

        Pengambilan lebih dari 1200IU sehari mampu member anti oksidan yang kuat dan berkesan untuk

        • Melawan kanser,
        • Mengukuhkan system imun
        • Menghalang atau melambatkan tumor
        • Mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas dan kimoterapi
        • Memperbaiki masalah oksidasi
        • Katarak dan masalah penglihatan
        Membekalkan  Tenaga

        Meningkatkan le;estarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen kepada sel dan tisu dalam badan.



        Memperbaiki Arthritis
        • Meningkatkan keanjalan salur darah 
        • Memperbaiki kitaran darah 
        • Merawat bahu kejang 
        • Pening dan migrain 
        • Sembelit dan buasir 
        • Sakit sendi dan urat varikos



        Menghalang keguguran

        Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sisitom prahaid dan sindrom menopaus seperti hot flush (sering terjadi kepada menopaus iaitu kerap rasa panas dan berpeluh).

        Memperbaiki Parut

        Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh disapu dan dibuat masker di muka untuk mengurangkan kesan parut.