Assalamualaikum w.b.t
Bila dah ada blog, pasti sesekali saya akan tinjau siapa yang melayari blog saya di Live Traffic Feed. Kadang kala saya perasan salah seorang pengunjung dari Algeria dan saya terus tersenyum, berbunga-bunga hati. Pasti Puan Anis yang sedang mengintai saya di sini.
Sejak saya berada di dunia blog ini, semakin ramai kawan-kawan lama yang saya jumpa kembali kerana kebanyakan dari mereka tidak mempunyai akaun Facebook. Di blog inilah saya dipertemukan dengan mereka. syukur Alhamdulillah. Allah ketemukan kembali saya dengan rakan-rakan seperjuangan semasa di menara gading dulu. Teramat rindu dengan mereka.
Bila diingat kembali, sampai ke hari ini tak dapat saya masih tidak dapat lupakan bagaimana saya berjumpa kembali dengan Anis. Satu malam pada dua bulan yang lepas, kerap terpampang nombor asing di telefon bimbit saya. Pada mulanya saya malas nak layan, mungkin tersalah nombor, pelik pun ada. tapi oleh kerana terlalu banyak kali nombor ini naik maka saya pun terima sahaja panggilan tersebut. Suara perempuan yang menjawab salam saya. setelah berteka teki rupa-rupanya kawan saya Anis. Agak berbelas tahun kami tak jumpa.
Bila saya tanya bagaimana dapat nombor telefon saya. Anis menjawab google sahaja. Rupanya blog saya terpapar dalam enjin cariannya, maklumlah nama saya memang agak unik. Sukanya hati melonjak-lonjak. Sungguh tak sangka ada kelebihan lain yang saya dapat dalam berblog ini.
Anis amat menghargai apa yang saya buat ini kerana menyampaikan apa yang diamalkan dan dipraktikkan masyarakat Islam semenjak zaman Rasulullah s.a.w lagi. Cuma masih kurang perantara masa kini yang menyampaikan ilmu dan memberi peringatan tentang sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Kerana misi inilah kelas blog yang saya terbina.
Salah satu perkara yang kami bincangkan adalah berkenaan artikel saya tentang Baik Buruknya Keju. Di Algeria, keju dihasilkan segar dari ladang tanpa pengawet dab perisa tiruan. Keju lembap tanpa garam adalah amat baik bagi perut kita, mudah diserap oleh organ dan tubuh badan, menggalakkan pertumbuhan dan merehatkan perut. Keju ini boleh memanaskan perut dan kudis serta mencegah cirit birit. Keju sebenarnya bersifat dingin dan basah. sebaiknya keju disediakan jika dipanggang kerana api menjadikan keju lebih ringan, lebih lembut serta lebih baik bau dan rasanya.
Keju yang dproses segar dan sedia untu dihidangkan. |
Selain itu kami bercerita dan bertanya khabar Malaysia dan Algeria. Apa yang negara masing-masing apa yang telah berubah dan sedikit sebanyak menggambarkan budaya dua negara ini pada masa kini. Tidak saya sangka yang Algeria semakin maju berbanding apa yang pernah saya tonton di kaca televisyen. pengangkutan awam telah dinaik taraf seperti tram dan prasarana serta fasiliti yang lain. algeria hari ini bukan lagi algeria yang dulu. Terasa teruja dan teringin pula rasanya saya melancong dan meninjau negara ini.
Salah satu pengangkutan awam yang terdapat di Algeria. |
Kambing biri-biri yang bakal dijadikan korban oleh keluarga Anis pada Aidiladha yang lepas. |
Suasana ladang ternakan kambing di Algeria |
Inilah kegembiraan yang tak terungkap dek kata yang saya dapat setelah bergiat dalam dunia blogging. Bertemu kembali dengan kawan baik bertepuk bertampar saya. Semoga Allah jaga silaturrahim kami ini dan tidak akan putus di tengah jalan. Semoga saya suatu hari nanti mampu bersua muka dengan Puan Anis.
Sehubungan dengan ini ingin saya kongsikan sedikit mengenai kelas asas blog yang saya hadiri hingga terbinanya blog saya yang sedia ada ini. Bagaimana kelas dijalankan dan apa yang akan anda dapat dalam sesi kelas ini selain e-book yang amat berguna untuk panduan dan persiapan anda di dalam berkerjaya, berbisnes dan sekaligus merealisasikan impian anda untuk menjadi WAHM jika ingin menjana pendapatan dari rumah.
- Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
- Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
- Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
- Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal dan tingkatkan lagi dan begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.)
- Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
- Apabaila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan pakar-pakar pemasaran yang lain, juga bina jaringan bisnes secara online.
- Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
Yuran 3: RM200
Empat buah ebook- asas blog, ebook mula bisnes butik online, ebook super wahm super mom
Percuma- 101 Idea Home-Based Bisnes
Yuran 4: RM300
Untuk dua kelas serentak, 3 ebook rujukan, asas blog, bisnes butik, 101 idea home based bisnes
Email : kizeewattyzainal@gmail.com
FB Official :Kizeewatty Zainal
SMS WHATSAPP PM : 0192484428 atau tinggalkan komen di bawah.Anda boleh membuat pembayaran ke:
Kizeewatty Zainal
Maybank 101245259053
aftar hari ini
sebelum yuran kelas asas blog semakin meningkat selaras dengan
kemasukan peserta kelas asas blog yang semakin hari semakin bertambah!!
http://8share.com/id/specials/lomba-menulis-dan-video-pmi
ReplyDelete