Hari ini saya betul-betul teringin berkongsi satu cerita tentang
sedekah. Amalan yang amat dituntut oleh
Allah s.w.t. Adalah menjadi kewajipan kita bersedekah dan menyampaikan kepada orang lain.
Bila
difikirkan kembali, semenjak saya memasuki kelas asas blog ini,
hari-hari saya rasa saya bersedekah. Bersedekah masa dan keringat saya
menaip segala apa sahaja ilmu dan pengalaman yang saya rasakan dapat
membantu masyarakat. Walaupun kecil sumbangan saya ini namun dengan
cara ini sedikit sebanyak merupakan amal jariah saya untuk masyarakat di
luar sana. Saya lakukan hanya dari rumah dan walaupun bukan dengan memegang
senjata di medan perang. Inilah sedekah dan perjuangan kecil fisabilillah saya.
Nabi Muhammad s.a.w sendiri banyak bersedekah dalam hidupnya. Baginda sentiasa tersenyum, memberi ilmu dan kata-kata nasihat, mengasihi anak-anak yatim dan orang tua. Baginda tidak memilih bangsa dan agama, sama rata sahaja antara semua.
Dengan cara berblogging inilah saya membantu mereka di luar sana. Barulah saya sedar cara dan
kata-kata mak saya tentang sedekah sebelum ini. Bukan sahaja menggembirakan dan memberi dari segi
nilai duit tapi membantu dari segi tenaga dan ilmu juga dikira bersedekah. Bak kata DAO, kita dikira berdosa jika tidak menyampaikan apa yang kita tahu. Jika kita lokek dalam berkongsi ilmu kepada orang lain lebih-lebih lagi kepada umat Islam, maka segala apa sahaja ilmu di dunia ini akan lenyap suatu hari nanti.Nabi Muhammad s.a.w sendiri banyak bersedekah dalam hidupnya. Baginda sentiasa tersenyum, memberi ilmu dan kata-kata nasihat, mengasihi anak-anak yatim dan orang tua. Baginda tidak memilih bangsa dan agama, sama rata sahaja antara semua.
Tidak mustahil ini akan terjadi kerana telah banyak yang telah saya lihat dan alami. Sebagai contoh amalan sunnah Rasulullah s.a.w yang amat kita cintai semakin luput, dilupakan dan tidak diamalkan di zaman ini.
Lebih-lebih lagi di zaman moden ini, kita terlalu bergantung kepada pelbagai gajet elektronik dan mensia-siakannya tanpa dimanfaatkan ke jalan yang benar. Tanpa digunakan untuk menyampaikan perkara berguna kepada anak muda sekarang. Amat tidak mustahil jika saya katakan suatu hari nanti cucu cicit kita ada yang tidak tahu cara-cara bercucuk tanam, memasak, menjahit, dan juga tidak berminat dalam menghidupkan amalan sunnah kerana tiada pendedahan dari awal. Jika tidak disampaikan bagaimana mungkin ilmu ini hendak mengalir.
Oleh itu marilah kita bersedekah walaupun 1 sen. Marilah kita bersedekah walaupun dengan kata-kata, kerana kata-kata adalah doa jua. Marilah kita bersedekah ilmu pengetahuan dan pengalamn yang kita ada. Insya Allah ilmu kita takkan surut jika kita berkongsi malah kita akan perolehi ilmu baru dan dilimpahi rezeki dari Allah s.w.t. Insya Allah.
Bersedekah dari hati. Bukan dengan duit malah boleh dengan apa sahaja.
Bagi anda yang berminat dan teringin untuk membina blog anda sendiri dengan cara mudah dan santai, atau mungkin hanya ingin bertanya jangan segan silu, sila hubungi saya di:
Email : kizeewattyzainal@gmail.com
FB Official :Kizeewatty Zainal
SMS WHATSAPP PM : 0192484428 atau tinggalkan komen di bawah.Anda boleh membuat pembayaran ke:
Kizeewatty Zainal
Maybank 101245259053
aftar hari ini
sebelum yuran kelas asas blog semakin meningkat selaras dengan
kemasukan peserta kelas asas blog yang semakin hari semakin bertambah!!
Wallahu a'lam
Salam 2014,
Puan Kizeewatty
Pembantu Kelas Asas Blog
Pasir Gudang Johor
No comments:
Post a Comment