June 28, 2016

Emas Itu Kalis Inflasi

Teks: Kizeewatty Zainal



Emas Itu Kalis Inflasi


Saya tak suruh kamu tukarkan semua duit kamu kepada bentuk emas. Saya cuma nasihat jika kamu asingkan sedikit duit pendapatan bulanan kepada bentuk emas. Tak perlu beli besar-besar. Hanya simpan 1 gram 1 bulan pun dah memadai.

Ini untuk simpanan jangka panjang.

Emas laku di serata dunia. Tapi RM kita hanya laku di MALAYSIA sahaja. 

Saya SETUJU dengan apa SaifulNang cakap tu. Sebab tu saya dah simpan emas sikit demi sedikit. Kamu?


Whatsapp saya jika anda ingin tahu bagaimana cara untuk mendapatkan emas serendah 1 gram

Kizeewatty Zainal
0192484428
#AhliPowerGold #PasirGudang

#EmasSimpananTerbaik #EmasKalisInflasi 

Jual Emas Bila Harga Naik

Teks: Kizeewatty Zainal

Bila harga emas   naik, patut ke kita jual emas kita???

Jawapan : Bergantung kepada keUNTUNGan apa yang anda nak dapatkan dan makna nilai EMAS itu pada anda.  

Jika anda nampak nilai pada WANG itu sendiri, mungkin anda akan rasa UNTUNG jual emas masa harga naik tinggi. Tapi pada pandangan saya keuntungan yang saya nampak adalah pada NILAI yang ada pada emas itu sendiri. 

Duit boleh dicari dan disimpan. Tetapi jika anda tiada EMAS atau lebih tepat lagi IBU EMAS, dan anda tak berusaha untuk tambah emas anda dengan cara yang berhemah, yang rugi adalah anda dan generasi di masa depan. 

Jika emas yang anda ada tak sampai pada nilai yg diwajibkan zakat, anda perlu fikir balik sama ada untuk jual emas di tangan atau tambah lagi emas anda. 

Kerana, simpanan  emas anda pada masa ini, merupakan salah satu jaminan kemudahan untuk generasi anda di masa hadapan. 


Whatsapp saya jika anda ingin tahu bagaimana cara untuk mendapatkan emas serendah 1 gram.

Kizeewatty Zainal
0192484428
#AhliPowerGold #PasirGudang

#EmasSimpananTerbaik #EmasKalisInflasi 

June 27, 2016

Sorok Emas di Rumah - Tabiat Orang Vietnam

Teks: Kizeewatty Zainal

Bagus mereka ni, agak-agaknya akan terjadikah perkara ini di negara kita?? Fikir-fikirkan dan selamat beramal. :)

************************************************************************************

sumber: http://www.ceritakita.coz.my/2013/03/sorok-emas-dalam-rumah/

TABIAT zaman berzaman orang Vietnam yang suka menyorokkan emas di rumah daripada menyimpan wang di bank dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh kerajaan negara itu. Semuanya gara-gara harga emas yang terus melambung tinggi.



Berdasarkan Majlis Emas Dunia tahun lalu, Vietnam membeli lebih banyak emas perkapita berbanding India dan China. Harga emas domestik di Vietnam pula meningkat 18 peratus jauh lebih tinggi daripada harga pasaran emas dunia yang menyaksikan kenaikan 11 peratus. Sememangnya tabiat yang sudah diamalkan turun temurun itu sukar dikikis.

Walaupun harga satu auns (28.4 gram) jongkong emas di Hanoi lebih RM300 berbanding di tempat lain, tetapi penduduk negara komunis itu tetap membelinya, kata pesara berumur 60 tahun, Truong Van Hue.

“Saya masih suka melihat simpanan saya dalam bentuk emas. Ia lebih selamat bagi pesara macam saya. Saya boleh jual emas pada bila-bila masa, di mana-mana apabila memerlukan wang,” katanya.


Walaupun emas dianggap sebagai simpanan selamat, tetapi tindakan penduduk yang ‘menyerbu’ kedai emas membuka mata kerajaan Vietnam apabila mereka berhadapan dengan kadar inflasi sebanyak 18 peratus dan ketidakstabilan mata wang tempatan, dong.

Kerajaan cuba memperlahankan ‘demam emas’ dengan cuba mengawal perniagaan logam berharga itu selepas hampir 20 tahun mereka memberikan kebenaran rasmi kepada penduduk memiliki dan berniaga emas, walaupun perkara itu sudah diamalkan sejak berzaman lalu.

Antara langkah yang cuba dilakukan kerajaan tahun lalu ialah memasukkan dekri atau perintah yang meletakkan perniagaan jongkong emas Saigon Jewelry Company, pembuat dan pedagang emas terkemuka di Vietnam di bawah kawalan bank pusat.

Dekri itu juga mengehadkan perniagaan peniaga emas kecil-kecilan, mengurangkan lonjakan harga dan mencegah pelabur borong daripada merancakkan perniagaan logam berharga itu yang akan terus menjejaskan mata wang dong yang sememangnya sudah goyah.

Buat masa ini, kerajaan juga menimbangkan langkah kedua yang akan memaksa lebih 10,000 kedai emas keluar daripada perniagaan jongkong emas dan hanya memberi fokus kepada penjualan barang kemas saja.


“Mereka mahu kawal emas. Saya tidak boleh kata sama ada ia langkah yang baik atau tidak. Tetapi di sini (Vietnam), kami perlukan kestabilan ekonomi,” kata pengurus di Phu Quy Jewelry Company.

Atas sebab yang praktikal, kebanyakan penduduk Vietnam lebih suka melihat simpanan mereka dalam bentuk emas. Malah kadar faedah sebanyak 14 peratus yang ditawarkan oleh pihak bank kepada penduduk yang menyimpan dong tidak mampu menarik perhatian mereka apatah lagi ia jauh lebih rendah daripada kos sara hidup yang meningkat 18.6 peratus tahun lalu.

Kata pakar ekonomi, kejatuhan harga hartanah dan pasaran saham baru-baru ini menyemarakkan lagi pembelian emas dan bank pusat juga memberi isyarat bahawa nilai mata wang dong mungkin akan terus terjejas lewat tahun ini.

“Orang cuba mengawal kesan kemerosotan ini dengan membeli emas,” kata bekas pakar ekonomi kanan kerajaan, Le Dang Doanh.

****************************************************************************************************************


Whatsapp saya jika anda ingin tahu bagaimana cara untuk mendapatkan emas serendah 1 gram.

Kizeewatty Zainal
0192484428
#AhliPowerGold #PasirGudang

#EmasSimpananTerbaik #EmasKalisInflasi 

June 26, 2016

Rasa kerja kita susah. Ada lagi yang lagi susah.

Teks: Kizeewatty Zainal

Sambil tunggu parcel sampai hari ini, tiba-tiba hujan lebat. Terus teringat kesiannya geng-geng poslaju naik motor hantar barang dari rumah ke rumah ni.

Rasa kerja kita susah. Ada lagi yang lagi susah dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Kita doakan pekerjaan kita dan mereka-mereka dipermudahkan dan diberkati Allah.

‪#‎Alhamdulillah‬ ‪#‎pasirgudang‬ ‪#‎hujan‬

‪#‎JomSubmitDoa‬ ‪#‎Ramadan2016‬ #muhasabah
#KizeeHealthyVita #AhliPowerGold

June 25, 2016

Acara Tahunan Program Iftar Impiana Scientex Pasir Gudang 2016.

Teks:Kizeewatty Zainal

Hari ni kita bawa sikit Sup Kambing Mumbai pergi Iftar Impiana Scientex. Ambooii dah mcm nak pergi piknik.


Sup Kambing Mumbai



Bawa tikar, telekung dan senduk.

Sekitar Persiapan Makanan secara Potluck


Suasana Berbuka Puasa


Kita bermoreh bersama jiran tetangga di Program Iftar Impiana 2016.

Insya Allah operasi Sup Kambing Mumbai masih ada berbaki 5 hari sebelum kami melabuhkan tirai pada 25 Ramadan 1437H (30 Jun 2016)



Sup Kambing Mumbai
Sup Kambing Mumbai


Suasana Berbuka Puasa

Orang kuat Impiana Scientex

Keluarga kecil Saya

Add caption

Solat Maghrib, Isyak dan terawih berjemaah

Alhamdulillah. Selesai Iftar kami.
Terima kasih semua. Semoga ukhwah kita berpanjangan. Amiiinnn.


Kami masih buka seperti biasa ye di Bazar Ramadan Jalan Pelanduk Taman Scientex.


‪#‎SupKambingMumbai‬

‪#‎TamanScientex‬ ‪#‎Iftar‬ ‪#‎Ramadhan‬ ‪#‎Ramadan2016‬‪#‎PasirGudang‬

Membeli Dan Menyimpan Emas

Teks: Kizeewatty Zainal

Bukan semua sedar dan ambil maklum akan kelebihan simpanan emas.

Atau mungkin ada yang ambil maklum tapi belum bertindak untuk menyimpan kerana pelbagai faktor antaranya takut emas hilang, takut rugi, takut emas susut nilai dan lain-lain lagi rasa takut.


Oleh itu, buat yang sudah sedar, ambil peluang ini untuk bermula.

Membeli emas bukan semestinya dalam kuantiti yang banyak dan tinggi nilainya. Tetapi emas boleh dibeli secara konsisten dalam kuantiti yang sedikit-sedikit.


gold bar emas kizeewatty
1 gram emas 999 keluaran Amethyst
gold bar emas kizeewatty
5 gram emas 999 keluaran Amethyst


Jangan selubungi diri anda dengan keraguan untuk membeli emas Powergold.biz.

Celik emas lebih baik dari celik duit. 😄👍
1gram 1 bulan 1 orang


Kizeewatty Zainal
0192484428
1gram 1 bulan 1 orang
‪#‎saving‬ ‪#‎trading‬ ‪#‎networking‬ #emas999 #emas916
www.kizeewattyzainal.blogspot.my

June 24, 2016

Testimoni Sup Kambing Mumbai

Teks: Kizeewatty Zainal

Alhamdulillah. Sup Kambing Mumbai dapat sambutan yang baik daripada peminat-peminat sup.


Testimoni Sup Kambing Mumbai
Testimoni Sup Kambing Mumbai


#supkambingmumbai
#tamanscientex
#pasirgudang
#bisnesitusunnah



Apa yang Terbaik untuk Kita Bukan yang Terbaik untuk Orang Lain.

Teks: Kizeewatty Zainal

Apa yang kita buat terbaik untuk diri kita tak semestinya terbaik untuk orang lain ikut dan amalkan.

Mungkin apa yang terbaik bagi si A adalah perkara yang terburuk bagi si B.

Sedangkan Allah pun sediakan perkara yang terbaik yang berlainan dan berbeza untuk kita. Hanya Dia sahaja yang tahu keperluan dan aturcara yang sempurna untuk tiap makhlukNya di muka bumi ini.

June 22, 2016

Sup Kambing Mumbai Taman Scientex

Teks: Kizeewatty Zainal

Sekarang ni heboh di TV mengenai bazar Ramadan yang diserbu pihak berwajib kerana menjual makanan basi.

Alhamdulillah kami di Sup Kambing Mumbai menyediakan sup fresh setiap hari.

Kami bersyukur ada ramai steady & repeat customer sejak dibuka awal Ramadan.

Kadang-kadang sup habis habis seawal 6.30 petang pada hari tertentu.

Pre-order Sup Kambing Mumbai di 0192080788 untuk mengelakkan 
kehampaan

#BisnesItuSunnah


 

Tempoh Penghantaran Poslaju hingga 25 Jun 2016 sebelum Raya

Pengumuman!

Dukacita dimaklumkan bahawa tarikh terakhir pengeposan akan diawalkan berikutan kes lambakan yang berlaku di pejabat pos di akhir bulan puasa (nak raya). 

Tarikh baru yg dijamin barang akan smpai sebelum raya adalah pada 25.06.2016

Ini tarikh yg kemungkinan besar parcel akan diterima sebelum raya. Bukan pada 29hb seperti sebelum ini.

Harap ambil perahatian ya kawan-kawan. Pengeposan pada 26hb ke atas tiada jaminan parcel akan smpai kepada customer atau pelanggan sebelum raya.

Harap Maklum.

Info‬ dari Poslaju

Teks: Kizeewatty zainal

Di Shaklee kami menyediakan Pek Shaklee Ramadhan, satu set penuh nutrien penting yang anda perlukan ketika berpuasa untuk membolehkan anda sentiasa bertenaga, terhidrat, rasa penuh bertenaga. 

Pek Shaklee Ramadhan didatangkan khas supaya anda boleh memberi tumpuan kepada matlamat anda semasa bulan mulia ini. 




Adakah anda mengikuti pelan Shaklee Ramadhan Detox?

Kizeewatty Zainal
0192484428
Pengedar Shaklee Anda#KizeeHealthyVita #PasirGudang



‪#‎LiveAmazing‬ ‪#‎healthychoices‬ ‪#‎healthylifestyle‬ ‪#‎detox‬ ‪#‎ShakleeDetox‬ ‪#‎DetoxTheShakleeWay‬ ‪#‎Ramadhan‬ ‪#‎DetoxToLiveAmazing‬ ‪#‎ShakleeMalaysia‬ ‪#‎ShakleeDetoxPack‬

Jangan Tak Makan Sahur Ramadhan 2016

Teks: Kizeewatty Zainal

Jangan sampai tak makan sahur, walaupun ia mungkin menjadi sangat menarik untuk tidur dalam hanya beberapa jam dan bukannya bangun untuk sahur.


Add caption



Pemakanan yang betul pada Ramadhan ini akan mengekalkan tahap tenaga anda dan memberikan anda nutrien yang diperlukan, sambil mengurangkan kegelisahan yang teruk.

Kizeewatty Zainal
0192484428
Pengedar Shaklee Anda

#KizeeHealthyVita #PasirGudang
#‎LiveAmazing‬ ‪#‎healthychoices‬ ‪#‎healthylifestyle‬ ‪#‎detox‬ ‪#‎ShakleeDetox‬ ‪#‎DetoxTheShakleeWay‬ ‪#‎Ramadhan‬ ‪#‎DetoxToLiveAmazing‬ ‪#‎ShakleeMalaysia‬ ‪#‎ShakleeDetoxPack‬ ‪#‎sahur‬

June 21, 2016

SCOREBOARD‬ TERKINI PROJEK RAMADHAN 1437 H




Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) melancarkan kempen Ramadhan buat tahun ke-6 pada tahun ini bertemakan "Ibadah kita, Kegembiraan Mereka”.

MyCARE bersama agensi-agensi dibawahnya mengajak rakyat Malaysia untuk membantu perjuangan ini dengan menyumbang menerusi 2 pakej tajaan seperti berikut:

= Penajaan Makanan (RM 100 / unit)
= Penajaan Hadiah Raya (RM 50 / unit)
Penajaan Makanan (Sahur, Iftar dan Pek Makanan) dan Hadiah Raya akan diagihkan kepada lebih 100,000 individu ditempat-tempat berikut:
= Masjid Al-Aqsa (Baitul Makdis)
= Tebing Barat
= Syria
= Kem Pelarian Palestin & Syria di Lubnan
= Kem Pelarian Syria di Jordan
= Pelarian Rohingya
= Komuniti Islam di Myanmar

Selama 5 tahun penubuhan MyCARE, kami telah menyalurkan RM 70 Juta kepada saudara-saudara kita yang memerlukan di seluruh dunia.

Ayuh ceriakan saudara kita ramadhan ini melalui 2 langkah berikut:

1) Salurkan sumbangan anda atas nama 'Humanitarian Care Malaysia Berhad':

Maybank Islamic : 5515-7500-4299
Bank Islam : 1209-20100-34904
CIMB Islamic: 8602 135 592
JomPAY Biller Code: 6197

2) Maklumkan melalui email ke account@mycare.org.my bersama salinan slip atau Whatsapp/Telegram ke +6019-3178857 dan nyatakan kemasukan untuk ‘Makanan’ atau ‘Hadiah Raya’

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ibu Pejabat MyCARE:

+603-8941 2341 atau 019-317 8857
*Tempoh Projek: 13 Mei 2016 - 4 Julai 2016
Mohon sebarkan info ini kepada kenalan dan sahabat anda!
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan" (Tirmizi)

"Ibadah Kita, Kegembiraan Mereka"

Agensi-agensi dibawah MyCARE ialah Aqsa Syarif, IKRAM for SYRIA • i4s, Nusantara Care, Rose2Rose, Salam Iraq dan Palestine Centre of Excellence - PACE. [ws]

June 20, 2016

Petua Masakan Sedap


Teks: Kizeewatty Zainal


Ada satu petua yang diturunkan oleh Allahyarham ayahanda kami sebagai usaha untuk menjadikan masakan lazat. Beliau merupakan seorang tukang masak untuk majlis-majlis kenduri di kampung kami, begitu juga Allahyarham nenda kami.



Petua tersebut ialah membacakan Surah Al-Kawthar ketika memasak (rujuk gambar surah).

Disamping itu mengalunkan selawat pastinya lebih bermanfaat dari mendendangkan lagu "oh mama aku mahu kahwin" di dapur.

Sup Kambing Mumbai kembali beroperasi hari ini (20 Jun 2016).


Jumpa anda di Bazar Ramadan Jalan Pelanduk (berhadapan Balai Polis Taman Scientex) ??

‪#‎raya2016‬ #‎ramadhan‬ #‎ramadan‬ #‎bazarramadan‬
‪#‎ramadhankareem‬ #‎berbuka‬ #‎berbukapuasa‬ ‪#‎festivalramadhan‬‪#‎bazariklan‬ #‎membelisambilmenderma ‪#‎projectramadhan‬ #‎ramadhan2016‬‪#‎janganterliur‬ #‎1ramadhan‬ #‎puasaohpuasa‬ #‎jdt‬ #‎pasirgudang‬ #‎jb‬ #‎kotatinggi‬

June 19, 2016

Hari Cuti Sup kambing Mumbai Taman Scientex

Teks: Kizeewatty Zainal

Maap ye rakan- rakan dan customer yang dikasihi. 
Ramai sgt yg wasap and pre-order.

Sup Kambing Mumbai coti2 mesia arini.
Kami ikut chef pi shopping. 











‪#‎Jakel‬ ‪#‎RamadhanSale‬ ‪#‎ImaanBoutique‬


June 18, 2016

Sedekah Buka Puasa

Teks: Kizeewatty Zainal

Masak nasi ayam untuk berbuka hari ini. Yang dalam plastik tu kuih muih geng-geng bazar bagi percuma.


kizee
Sedekah Buka Puasa

‪#‎alhamdulillah‬

‪#‎SupKambingMumbai‬
Teks: Kizeewatty Zainal

Past is past.
The FUTURE is ours to DECIDE, CREATE and CONTROL.

#KizeeHealthyVita
#KizeewattyZainal
#PengedarShaklee
#PasirGudang
0192484428



Happy sesangat tengok teddybear ni.

June 15, 2016

Permintaan Pelanggan untuk Sup Kambing Mumbai Terbaik.

Teks: Kizeewatty Zainal

Ada yang nak kuah lebih..
Ada yang nak sambal kicap extra..
Ada juga yang request tambah gearbox !



Apapun request anda, kami cuba penuhi sedaya mungkin.

Jumpa petang ni di Bazar Ramadan Jalan Pelanduk Taman Scientex.
Pre-order di 0192080788 untuk mengelakkan kehampaan.

Jangan request tokey dia udahle yer..Nanti puan bini marah

#SupKambingMumbai

June 7, 2016

Promosi Shaklee Jun 2016

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum wbt.

Susun order untuk Sup Kambing Mumbai dan susun order untuk suplemen Shaklee.
Siap ade yg order advance 5 hari ni.

Alhamdulillah.
By the way bulan ni Shaklee de promosi ye kawan- kawan.


  • Beli 4 Lecithin pada harga 3 botol Lecithin.
  • Beli 4 Mealshakes pada harga 3 canister Mealshakes.
 
‪#‎KizeeHealthyVita‬

 
0192484428

June 6, 2016

FIKAH PERUBATAN - Ramadhan

Assalamualaikum wbt.

Rawatan-rawatan yang tidak membatalkan puasa:

1) Ubat titis mata dan titis telinga.

2) Tablet nitroglycerin dan yang seumpama dengannya yang diletakkan di bawah lidah (sublingual). Biasanya digunakan untuk merawat sakit jantung.

3) Semua bentuk rawatan yang melibatkan kemasukan benda atau ubat ke dalam faraj seperti vaginal suppository, pencucian (doush), vaginascope atau tangan doktor yang memeriksa pesakit (digital examination).

4) Semua bentuk tiub atau bahan yang dimasukkan ke dalam badan melalui saluran kencing seperti 
urethroscope, barium, pencuci urethra.

5) Menampal gigi, mencuci gigi atau menggosok gigi dengan siwak atau berus gigi selagi mana tidak masuk ke dalam halkum (ditelan).

6) Semua jenis suntikan kecuali Parenteral Nutrition (Fluid therapy).

7) Pendermaan darah atau menerima darah.

8) Bantuan oksigen atau gas pelali (anesthetic gases).

9) Semua jenis krim atau minyak yang disapu pada kulit walaupun dibekalkan dengan bahan kimia yang terserap ke dalam kulit.

10) Mengambil darah untuk ujian makmal.

11) Semua jenis salur yang dimasukkan ke dalam saluran darah bagi tujuan x-ray pada jantung atau mana-mana bahagian pada anggota badan (catheterization).

12) Laparoskopi yang dimasukkan ke dalam abdomen untuk tujuan pembedahan.

13) Semua jenis ubat kumur, seperti mouth-rinsing gargle dan penyembur mulut selagi mana tidak masuk ke dalam halkum.

14) Uteroscope atau IUCD (pencegah kehamilan) yang dimasukkan ke dalam rahim.

15) Sampel organ yang diambil daripada badan seperti hati atau daripada mana-mana anggota badan (biopsy).

*Majoriti yang terlibat (pakar perubatan & Syariah) dalam persidangan tersebut memutuskan bahawa pesakit tidak batal puasa dengan rawatan berikut:*

1) Ubat titis ke dalam hidung (nasal drops) atau ubat asthma (inhaler).

2) Semua jenis ubat yang dimasukkan melalui anus (dubur). (Walaupun sebahagian ulama’ mazhab menghukumkan batal puasa, tetapi sebahagian yang lain tidak menghukumkan batal. –Untuk keluar dari khilaf elok jika rawatan dilakukan pada waktu malam selepas berbuka puasa- penulis).

3) Pembedahan yang menggunakan pelali seluruh badan (general anesthesia) yang dijalankan pada siang hari setelah pesakit mula berpuasa sejak malam sebelum pembedahan.

4) Suntikan untuk merawat sakit buah pinggang melalui artificial kidney (dialysis) sama ada peritoneal atau hemodialysis.

5) Memasukkan gastroskop ke dalam perut dengan syarat tiada sebarang cecair atau apa-apa bahan rawatan disalurkan.

*Rujukan :*
*Persidangan IOMS ke-10 pada 1997 di Morocco bertajuk: “An Islamic View of Certain Contemporary Medical Problems” (Pandangan Islam terhadap Beberapa Masalah Kesihatan Kontemporari)*

*'Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati" "at-Taqwa, as-Syifa',ar-Rahmah"*

"Muslim Sejati,Generasi Rabbani"

*Unit Fikah Perubatan,*
*Jabatan Pembangunan Insan,*
*PERUBATAN 2016/2017.*

Puasa 2016

Teks: Kizeewatty Zainal

Sumber: Facebook

Ulangkaji Bab Puasa

Niat Puasa - 

"Sahaja aku berpuasa, pada esok hari kerana menunaikan fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala"

Syarat Wajib Puasa :-

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (Tidak Musafir)
6. Suci (Dari Haid Dan Nifas)

Syarat Sah Puasa :-

1. Islam
2. Berakal & Mumayyiz
3. Suci (Dari Haid Dan Nifas)
4. Tahu hari itu dibolehkan berpuasa.

Rukun-Rukun Puasa:-

1. Orang Yang Puasa
2. Berniat
3. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa dari subuh sampai maghrib.

Perkara Yang Membatalkan Puasa :-

1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja
2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka
3. Muntah Dengan Sengaja
4. Keluar Haid & Nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar Mani Dengan Dengaja
8. Bersetubuh Di Siang Hari

Perkara Sunat Ketika Puasa :-

1. Segera Berbuka Puasa
2. Berbuka Dengan Kurma/Juadah Manis
3. Baca Doa
4. Melambatkan Bersahur
5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat
8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh

Makruh Ketika Puasa :-

1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-Kumur berlebihan
4. Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan
5. Mandi Yang Berlebihan
6. Rasa Makanan Di Hujung Lidah

Golongan Yang Wajib Qada' Puasa :-

1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh
2. Orang Yang Musafir yang tidak puasa (Bukan musafir Maksiat)
3. Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas
4. Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa
5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara2 Yang Membatalkan Puasa
6. Orang Yang pengsan Pitam/Mabuk sepanjang hari dari subuh sampai maghrib.


Mereka Yang Di Kenakan Membayar Fidyah Puasa :- setiap hari yang ditinggalkan puasa dikeluarkan secupak (675gram) beras kepada faqir miskin.

1. Mereka Yang Tidak Dapat Mngqada'kan Puasa Sehingga Masuk Ramadhan Kali Kedua - (Fidyahnya : 1 Cupak Beras Untuk Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Di Samping Mengqada' Puasa) Bagi Setahun Tertinggal..
Kalau Tidak Di Qada' Sehingga Melampaui 2 Tahun Maka Di Kenakan 2 Cupak Tetapi Puasa Tetap Juga 1 Hari (Tiada Tambahan)
2. Orang Sakit Yang Tidak Ada Harapan Untuk Sembuh
3. Orang Yang Terlalu Tua Dan Tidak Berdaya Langsung Untuk Berpuasa
4. Orang Yang Ada Qada' Puasa Tetapi Meninggal Dunia Sebelum Sempat Qada..(Fidyahnya : Di Buat Oleh Kerabat Si Mati/Di Ambil Daripada Harta Pusakanya)
5. Perempuan Yang Mengandung@Yang Menyusukan Anaknya berbuka puasa sebab takutkan keselamatan anaknya.Perlu Mengqada' Puasa Dan Membayar Fidyah 1 Cupak Beras Bagi Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Sekiranya Dia Meninggalkan Puasa Kerana Bimbangkan Anaknya Tetapi Sekiranya Dia Takut Memudaratkan Pada Dirinya sahaja Dia Hanya Wajib Mengqada' Puasanya

Kifarat Bersetubuh Di Bulan Ramadhan :-

Orang Yang Bersetubuh Pada Siang Hari Bulan Ramadhan, Maka Kedua2 Suami Isteri Tersebut Perlu Mengqada' Puasa Berkenaan Dan Suami sahaja Wajib Membayar Kifarat (Denda) Seperti :-

1. Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin L/P
(Sekiranya Tidak Mampu barulah....
2. Berpuasa 2 Bulan Berturut-Turut Tanpa Terputus (Kalau Tidak Berdaya barulah...
3. Memberi Makan Kepada 60 Orang Fakir Miskin setiap seorang 1 cupak beras.
Walau Bagaimana Pun, Jika Persetubuhan Itu Di Lakukan Kerana Terlupa, Jahil Tentang Haramnya/Di Paksa Ke Atasnya Tidaklah Wajib Kifarat

Tingkatan Puasa:-

1. Puasa Umum - Sekadar Menahan Makan, Minum Dan Keinginan Berjimak
2. Puasa Khusus - Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan Dan Kaki Daripada Melakukan Dosa Selain Menahan Diri Daripada Perkara Di Atas
3. Puasa Khusus Al-Khusus - Merangkumi puasa Di Atas Dan Di Sempurnakan Pula Dengan Puasa Hati Daripada Semua Keinginan Zahir Dan Batin

Mereka Yang Di Benarkan Meninggalkan Puasa :-

1. Orang Yang Hilang Daya Upaya Seperti Sakit Yang Apabila Berpuasa Akan Menambahkan Keuzuran@membawa maut.
2. Orang Musafir 82 km keatas yang dibenarkan syarak@bukan tujuan maksiat.
3. Org Yang Terlalu Tua Dan terlalu Lemah
4. Perempuan Hamil/Menyusukan Anaknya Yang Apabila Berpuasa Boleh Memudaratkan Diri/Anak Yang Di Susui Itu


Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Umat Islam Mukminin Dan Mukminat..
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Memberi Manfaat Kepada Kita.

Semoga Puasa Pada Tahun Ini Lebih Mudah Daripada Tahun Sebelumnya Dan Membanyakkan  Membuat Amal Ja'riah.

In shaa Allah

June 5, 2016

If You Can Take It, You Can Make It. Be The UNBROKEN

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum wbt.


#‎KizeeHealthyVita‬ ‪#‎positivequotes‬
If You Can Take It, You Can Make It.
Be The UNBROKEN
 

June 3, 2016

Jangan Mengalah Sebelum Kalah

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum wbt 




Dalam perjalanan keluar petang tadi, kami disapa sorang kakak yang menjual kek dari rumah ke rumah.
Rupanya kakak ni dah buat kek marble 100 pcs yang tak dapat diambil oleh pengedarnya di Singapura kerana telah kematian keluarga. Kesian sangat sebab stok dah banyak dalam tangan. Kami jiran-jiran pun cuba tolong, masing- masing promote pada kawan-kawan dalam whatsapp sebelah menyebelah.

Rasa kagum dengan akak ni sebenarnya. Apa yang jadi tak mematahkan semangatnya walaupun dah penat seharian buat kek dan dalam masa yang sama dia terima berita yang stok keknya tak dapat dijual.

Hari ini saya belajar sesuatu.

Dalam kehidupan dan bisnes apabila kita jatuh, bangkitlah dengan segera.

Jangan terlalu diulit emosi dan sedih yang berpanjangan, harus cepat-cepat 'switch' perasaan dan fikiran. Cari jalan penyelesaian dan bertindak.

Ada masa kita di atas dan ada masa kita di bawah. Kitalah penentu hala tuju diri kita sama ada mahu ke depan atau diam tanpa lakukan apa-apa.

Doa dan tawakal pada Allah, hanya Dia tempat mengadu dan Dialah yang bakal memberi dan membuka jalan penyelesaian terhadap segala masalah kita.
 

Pada kawan-kawan yang kepingin kek marble boleh hubungi Kak Siti Kek 0137745482