May 30, 2015

Klinik Gigi Terbaik di Seri Alam Masai

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Semalam seharian saya diuji dengan sakit gigi. Asal minum air manis atau makan gigi, gusi dan langit-langit terasa pedih bagai dihiris pisau. Saya makan panadol namun sakit makin menjalar ke tengkuk dan kepala. sudahnya saya paksa diri untuk tidur agar tak terasa sakit gigi yang makin mencengkam.

Pagi tadi saya bangun dalam keadaan sihat, tapi oleh kerana tak ingin sakit gigi ini datang balik, saya bergegas ke Klinik Pergigian City di Seri Alam. Walaupun semalam suami dah ajak ke klinik gigi yang lain tapi saya berkeras nak ke klinik gigi yang di Seri Alam ini. Tak sanggup saya nak bayang kalau ke klinik yang lain. Teringat adik saya demam 3 hari kerana doktor cabut gigi dalam keadaan yang kasar dan menyakitkan.

Saya datang tanpa buat temujanji. Alhamdulillah masa menunggu tak lama kerana pesakit yang buat temujanji belum datang lagi. Nama dipanggil dan Dr. Fatimah menyambut dengan mesra. Ditanya apa masalah saya. Saya pun terangkan secara terperinci. Setelah diperiksa Dr. Fatimah kata gigi geraham saya sudah rosak akibat pertumbuhannya yang senget dan apabila menggosok gigi, berus gigi tak dapat sampai ke gigi tersebut. Kesimpulannya gigi ini wajib dicabut kerana tak boleh ditampal lagi. 

Dalam keadaan yang takut-takut tu saya jawab " Bolehla doktor, kita cabut ajela".

2 suntikan diberi di kawasan berhampiran gigi geraham saya. Setelah itu saya direhatkan selama 10 minit. Rasa berdebar kerana takut rasa sakit yang teramat sangat. Hanya Bismillah berulang kali yang keluar dari mulut saya ini. Apabila Doktor bersiap sedia memulakan proses, saya dh mula menggengam kerusi seolah-olah hendak menahan sakit. Agaknya Doktor perasan gelagat saya, dia menenangkan saya, lembutkan rahang dan tangan letak di atas perut. Tak perlu takut katanya.  

Mulut dibuka seluasnya dan dalam masa yang sama Doktor menenangkan saya supaya melembutkan mulut dan sekejap saja gigi dah tercabut. Memang tak sakit langsung. Berakhirlah penderitaan dan perasaan berdebar saya tadi. Namun harus saya konsisten makan Zinc dan Ostematrix Shaklee untuk menyembuhkan luka secepat mungkin.

Sebenarnya saya pernah ke klinik gigi ini 2 tahun yang lalu mendapatkan servis scaling dan polishing. Dari situlah saya mula tidak takut untuk ke klinik gigi. Namun saya hanya suka ke klinik gigi ini sahaja kerana servisnya yang terbaik, harga yang lebih murah dan layanan mesra.


Klinik terletak berhadapan Tutti Frutti di tingkat dua
(Gambar dari FB Klinik Pergigian City)


Tempat yang selesa untuk para pesakit
(Gambar dari FB Klinik Pergigian City)


Klinik ini dibuka seawal 10 pagi - 6petang setiap hari kecuali hari jumaat. Kalau boleh sebelum datang buat temujanji atau appoinment dulu di 07-2514419, barulah tak menunggu lama. Beralamat di NO 24 A, JALAN SURIA 7, BANDAR SERI ALAM, MASAI, JOHOR BAHRU, MALAYSIA. 



Pekerja yang peramah dan layanan mesra
(Gambar dari FB Klinik Pergigian City)


Antara servis yang ditawarkan adalah:

PEMERIKSAAN GIGI RUTIN
SCALING AND POLISHING
TEETH WHITENING
TAMPALAN DAN CABUTAN GIGI
GIGI PALSU, CROWN, BRIDGE
RAWATAN KANAL AKAR
PEMBEDAHAN KECIL GIGI GERAHAM BONGSU
RAWATAN GIGI KANAK-KANAK
X-RAYS GIGI
PENDAKAP GIGI (BRACES)




Caj rawatan di Klinik Pergigian City


Saya beri 5 bintang untuk Klinik Pergigian City.!


Salam sayang

Kizeewatty 
#PengedarShaklee
#ShakleePasirGudang

0192484428

2 comments:

  1. Hai. Assalamualaikum. Hmmm kalau psang braces brp ek harge die ?

    ReplyDelete
  2. Peralatan di Klinik Pergigian City moden, memang setanding dengan Eropah. Sejak kembali dari Europe, ini klinik terbaik dari segi peralatan yang saya pernah kunjungi dengan harga yang berpatutan. Cuma selepas doktor membuat diagnosis salah tentang gigi saya, di mana saya dinasihatkan dan digesa supaya mencabut geraham saya yang sihat, saya kecewa. Hanya kedegilan saya supaya gigi saya diperiksa terlebih dahulu yang menyelamatkan gigi saya. Selain daripada itu, gangguan anak doktor semasa rawatan dijalankan membuatkan saya rasa kurang selesa. Dan itu adalah kali terakhir saya ke sana. Sebelum itu pun semasa rawatan anak, doktor kurang mesra kanak-kanak dan kurang sabar melayan anak yang takut untuk mendapatkan rawatan gigi. Sekarang kami sekeluarga kembali mendapatkan rawatan di Amim Dental Surgery. Biarlah sedikit mahal tetapi rawatan yang diterima baik. Walau mereka berdua masih muda tetapi pandai tackle anak-anak saya supaya tidak takut untuk buat pemeriksaan dan rawatan.

    ReplyDelete