May 30, 2015

Klinik Gigi Terbaik di Seri Alam Masai

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Semalam seharian saya diuji dengan sakit gigi. Asal minum air manis atau makan gigi, gusi dan langit-langit terasa pedih bagai dihiris pisau. Saya makan panadol namun sakit makin menjalar ke tengkuk dan kepala. sudahnya saya paksa diri untuk tidur agar tak terasa sakit gigi yang makin mencengkam.

Pagi tadi saya bangun dalam keadaan sihat, tapi oleh kerana tak ingin sakit gigi ini datang balik, saya bergegas ke Klinik Pergigian City di Seri Alam. Walaupun semalam suami dah ajak ke klinik gigi yang lain tapi saya berkeras nak ke klinik gigi yang di Seri Alam ini. Tak sanggup saya nak bayang kalau ke klinik yang lain. Teringat adik saya demam 3 hari kerana doktor cabut gigi dalam keadaan yang kasar dan menyakitkan.

Saya datang tanpa buat temujanji. Alhamdulillah masa menunggu tak lama kerana pesakit yang buat temujanji belum datang lagi. Nama dipanggil dan Dr. Fatimah menyambut dengan mesra. Ditanya apa masalah saya. Saya pun terangkan secara terperinci. Setelah diperiksa Dr. Fatimah kata gigi geraham saya sudah rosak akibat pertumbuhannya yang senget dan apabila menggosok gigi, berus gigi tak dapat sampai ke gigi tersebut. Kesimpulannya gigi ini wajib dicabut kerana tak boleh ditampal lagi. 

Dalam keadaan yang takut-takut tu saya jawab " Bolehla doktor, kita cabut ajela".

2 suntikan diberi di kawasan berhampiran gigi geraham saya. Setelah itu saya direhatkan selama 10 minit. Rasa berdebar kerana takut rasa sakit yang teramat sangat. Hanya Bismillah berulang kali yang keluar dari mulut saya ini. Apabila Doktor bersiap sedia memulakan proses, saya dh mula menggengam kerusi seolah-olah hendak menahan sakit. Agaknya Doktor perasan gelagat saya, dia menenangkan saya, lembutkan rahang dan tangan letak di atas perut. Tak perlu takut katanya.  

Mulut dibuka seluasnya dan dalam masa yang sama Doktor menenangkan saya supaya melembutkan mulut dan sekejap saja gigi dah tercabut. Memang tak sakit langsung. Berakhirlah penderitaan dan perasaan berdebar saya tadi. Namun harus saya konsisten makan Zinc dan Ostematrix Shaklee untuk menyembuhkan luka secepat mungkin.

Sebenarnya saya pernah ke klinik gigi ini 2 tahun yang lalu mendapatkan servis scaling dan polishing. Dari situlah saya mula tidak takut untuk ke klinik gigi. Namun saya hanya suka ke klinik gigi ini sahaja kerana servisnya yang terbaik, harga yang lebih murah dan layanan mesra.


Klinik terletak berhadapan Tutti Frutti di tingkat dua
(Gambar dari FB Klinik Pergigian City)


Tempat yang selesa untuk para pesakit
(Gambar dari FB Klinik Pergigian City)


Klinik ini dibuka seawal 10 pagi - 6petang setiap hari kecuali hari jumaat. Kalau boleh sebelum datang buat temujanji atau appoinment dulu di 07-2514419, barulah tak menunggu lama. Beralamat di NO 24 A, JALAN SURIA 7, BANDAR SERI ALAM, MASAI, JOHOR BAHRU, MALAYSIA. 



Pekerja yang peramah dan layanan mesra
(Gambar dari FB Klinik Pergigian City)


Antara servis yang ditawarkan adalah:

PEMERIKSAAN GIGI RUTIN
SCALING AND POLISHING
TEETH WHITENING
TAMPALAN DAN CABUTAN GIGI
GIGI PALSU, CROWN, BRIDGE
RAWATAN KANAL AKAR
PEMBEDAHAN KECIL GIGI GERAHAM BONGSU
RAWATAN GIGI KANAK-KANAK
X-RAYS GIGI
PENDAKAP GIGI (BRACES)




Caj rawatan di Klinik Pergigian City


Saya beri 5 bintang untuk Klinik Pergigian City.!


Salam sayang

Kizeewatty 
#PengedarShaklee
#ShakleePasirGudang

0192484428

May 28, 2015

Unit Timbangan Lama Emas

Teks: Kizeewatty Zainal
Assalamualaikum wbt

Mari Belajar Unit Timbangan Lama Emas
1 Kati = 600 gram
1 Tahil = 37.8 gram
1 Pikul = 60.48 kg,
1 Mayam = 3.37 gram
1 Rial = 2.72 gram
1 Kupang = 0.64 gram
1 Amas = 2.551 gram
1 Suku = 0.8425 gram
1 Busak = 0.337 gram

Ini pula jenis ketulenan emas yang diukur pada zaman dulu:

999 – 24K - Emas Sepuluh / Chuk Kan / Emas Kertas
950 – 23K - Emas Kelantan / Emas 9 1/2
916 – 22K - Emas Singapura
900 – 21.6K - Emas Sembilan
875 – 21K - Tiada nama lain dapat dicari
835 – 20K - Tiada nama lain dapat dicari
800 – 19K - Emas Paun
750 – 18K - Tiada nama lain dapat dicari
585 – 14K - Tiada nama lain dapat dicari
373 – 9K. - Suasa

May 24, 2015

Emas Paling Friendly

Assalamualaikum wbt

Selamat pagi dan salam keEMASan.

Apa yang kita perlu tahu, emas Powergold BUKAN paling murah, dan bukan paling rendah spread di Malaysia. Mungkin ada lagi harga yang lebih murah dan lebih rendah spread kalau betul² cari (itu pun kalau jumpa😂).

Tapi saya boleh katakan emas Powergold *PALING INVESTOR-FRIENDLY dan PALING UNTUNG* untuk pelabur di Malaysia sebab kombinasi 5 kriteria terpenting yang Powergold ada (secara kombinasi):

1.  Harga antara termurah

2. Spread antara terendah

3. STOKIS jual beli ramai

4. Stok tiada had

5. Jaminan beli balik yang tak cerewet

Emas dalam keadaan apa pun Syarikat terima beli balik tanpa susut nilai tambahan  👍❤

Mulakan sekarang untuk kemudahan di masa depan.

Harga Emas Powergold sila klik link di bawah:


Whatsapp saya jika anda ingin tahu bagaimana cara untuk mendapatkan emas
 serendah 1 gram.

Kizeewatty
019 248 4428

Stokis Powergold Pasir Gudang
1gram 1bulan 1 keluarga 1kekayaan


May 20, 2015

Testimoni Kurus Dengan Lecithin

Teks: Kizeewatty zainal

Assalamualaikum wbt.


Lecithin merupakan campuran kompleks fosfolipid yang terdapat dalam sel-sel badan kita. Ia bermanfaat untuk kesihatan fizikal dan mental. 30% daripada otak kering dan 20% dari saraf kita terdiri daripada Lecithin.

Lecithin melindungi sel-sel dan menguatkan struktur sel-sel dengan memudahkan pergerakan lemak, bahan buangan dan nutrien didalam dan diluar sel-sel tubuh.



Fungsi Lecithin
  • Meningkatkan Fungsi Kognitif
Lecithin merupakan sumber yang kaya dengan kolina yang akan ditukarkan menjadi asetilkolin. Asetilkolin ialah sejenis bahan kimia dalam otak yang penting untuk kecergasan mental, fokus dan memori.

Jumlah asetilkolin yang mencukupi dapat mengekalkan fokus, membantu meningkatkan memori dan membantu meningkatkan tahap intelektual kita. 

Apabila tahap asetilkolin rendah, ia akan menjejaskan keupayaan belajar dan mengingati maklumat. Ha so ibu-ibu dan ayah-ayah yang ada anak yang result exam diorang boleh buat kita naik darah tinggi, so boleh beri Lecithin pada mereka.

Ibu-ibu mengandung dan menyusu pun sangat bagus ambil Lecithin untuk baby-baby mereka :)

  • Meningkatkan Kesihatan Hati
Lecithin diyakini dapat membantu hati dalam mempercepatkan aliran lemak dan kolestrol. Mengurangkan pengumpulan lemak dan menghapuskan toksin berbahaya dalam badan.

  • Membantu Mengekalkan Berat Badan dan Badan Yang Sihat
Inilah yang buat Lecithin Shaklee sangat famous dan digunakan oleh beribu-ribu marhain di Malaysia. Customer yang amik Lecithin rata-rata cakap Lecithin buat kita tak boleh nak makan banyak-banyak macam selalu. 

Lecithin merupakan pengemulsi lemak yang membantu memecah dan mencairkan lemak. Hal ini dapat membantu meningkatkan metabolisme dan pembakaran lemak dengan lebih berkesan apabila kita sertakan dengan program diet dan senaman yang betul.

  • Membantu Peredaran Darah Yang Sihat
Lecithin membantu mencegah pembentukan lemak pada dinding hati kita dan memecahkan deposit lemak dalam salur darah dan otak. Secara tidak langsung mengurangkan tahap kolestrol dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular.

  • Mengekalkan Kelembapan Dan Kesihatan Kulit
Bab-bab kulit ni mesti ramai orang perempuan suka. Fitrah manusiakan semua suka yang cantik.

Lecithin mempunyai kepekatan asid lemak yang tinggi, hal ini menyebabkan ia mampu mengekalkan kelembapan kulit dengan berkesan. Kulit akan menjadi lebih lembap dan lembut.

  • Membantu Meningkatkan Penyerapan Nutrien
Lecithin membantu meningkatkan penyerapan vitamin larut lemak seperti vitamin A, D, E dan K
Testimoni Kurus Dengan Lecithin
Testimoni Kurus Dengan Lecithin
Testimoni Kurus Dengan Lecithin

Kizee 
0192484428

FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

May 19, 2015

Jangan Sombong dengan Allah swt

Assalamualaikum wbt

قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ ۖ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ

Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah"[Surah al-A'raf 12]

#Disebabkan tingginya sifat takabbur/sombong, irihati, dengki dan merasa lebih baik yg ada dlm diri Iblis maka ia menolak perintah Allah utk bersujud kpd Nabi Adam a.s yg kesudahannya dia dilaknat oleh Allah swt.

قَالَ فَاخْرُجْ مِنْهَا فَإِنَّكَ رَجِيمٌ * وَإِنَّ عَلَيْكَ لَعْنَتِي إِلَىٰ يَوْمِ الدِّينِ

Allah berfirman: " Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya (syurga), kerana sesungguhnya engkau adalah makhluk yang terkutuk. Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknatku terus menerus hingga ke hari kiamat!" [Surah Sad 77-78]

#Haritsah bin Wahb al-Khuzai’i berkata bhw dia mendengar Rasulullah saw bersabda:

أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِأَهْلِ النَّارِ قَالُوا بَلَى قَالَ كُلُّ عُتُلٍّ جَوَّاظٍ مُسْتَكْبِرٍ

“Mahukah kamu aku beritahu tentang penduduk neraka? Mereka semua adalah orang-orang keras lagi kasar, tamak lagi rakus, dan takabbur(sombong)" (HR. Bukhari dan Muslim)

#Sapa2 yg degil, sombong dan melawan perintah Allah maka dia berperangai mcm Iblis. Jangan sesekali melakukan sesuatu mengikuti akal dan nafsunya melebihi perintah Allah swt. Dibimbangi dilaknat dan dikutuk oleh Allah swt.

#Maka dinasihatkan kpd kita semua agar menjauhi sikap dan perangai Iblis iaitu suka menentang dan melawan Allah swt dan RasulNya. Banyakkan bersujud kpd Allah swt dan pastikan syaitan berduka serta sengsara dgn kepatuhan kita kpd Allah. Sabda Nabi saw:

إِذَا قَرَأَ ابْنُ آدَمَ السَّجْدَةَ فَسَجَدَ اعْتَزَلَ الشَّيْطَانُ يَبْكِى يَقُولُ يَا وَيْلَهُ – وَفِى رِوَايَةِ أَبِى كُرَيْبٍ يَا وَيْلِى – أُمِرَ ابْنُ آدَمَ بِالسُّجُودِ فَسَجَدَ فَلَهُ الْجَنَّةُ وَأُمِرْتُ بِالسُّجُودِ فَأَبَيْتُ فَلِىَ النَّارُ

“Jika anak Adam membaca ayat sajadah, lalu dia sujud, maka syaitan akan menjauhinya sambil menangis. Syaitan pun akan berkata: “Celaka aku. Anak Adam disuruh sujud, dia pun bersujud, maka baginya syurga. Sedangkan aku sendiri diperintahkan untuk sujud, namun aku enggan, sehingga tetapkan bagiku neraka” (HR Muslim)

Wallahu a'lam.

May 18, 2015

5 Tabung Wajib Ada Pada Tiap Individu.

Teks: Kizeewatty zainal
(Gambar carian Google)

Assalamualaikum wbt.

Makin hari perbelanjaan dan harga barang makin meningkat. Harga ringgit makin merundum dan nilai matawang makin menyusut. Kalu diajukan soalan pada saya, sememangnya saya bukan pakar hal-hal ekonomi dunia atau negara untuk mengulas lebih lanjut di manakah nilai matawang kita sekarang. Kuasa membeli semakin meningkat dan simpanan semakin menyusut. Kita kerap membeli barang yang tidak perlu namun simpanan berada di tahap yang amat parah.

Namun di sebalik ribut ekonomi negara ini, apa yang patut kita lakukan? Ingin berenang  mengikut atau melawan arus? Sebenarnya apa yang penting adalah menyediakan pelan yang terbaik bagi menghadapi ekonomi  masa akan datang. Salah satunya adalah dengan menabung.

5 Tabung Wajib Ada Pada Tiap Individu


Hari ini saya ingin kongsikan beberapa jenis tabung yang saya simpan secara konsisten sejak dari bulan May tahun lepas. Cara ini saya pelajari setelah saya menghadiri seminar IMKK selama 4 hari pada bulan Julai 2013.

Langkah utama adalah menetapkan peratusan perbelanjaan dan simpanan. Perbelanjaan ini di panggil ‘necessity’ manakala simpanan di panggil ‘saving’.  Necessity ini termasuk perbelanjaan dapur, makan minum, pakaian, insuran, hutang, kenderaan, bil perubatan dan utility (bil api, air dan internet). Katakan necessity anda adalah 55% sebulan, maka saving anda pula adalah 45%.  Kalau necessity anda adalah 70% sebulan, maka saving anda pula hanyalah 30%. 

Gunakan peratusan ini sepanjang tahun dan sampai bila-bila, peratusan ini boleh bertukar mengikut keadaan kewangan asalkan peratusan saving  tidak mencapai tahap 0%. Ini tidak digalakkan sama sekali. Jangan amalkan berbelanja dahulu menyimpan kemudian, sepatutnya menyimpan dahulu barulah belanja pada yang perlu.

5 Tabung Wajib Ada Pada Tiap Individu
5 Tabung Wajib Ada Pada Tiap Individu.

Kita ambil contoh necessity 70%, maka saving pula 30%daripada jumlah gaji bersih. Daripada peratusan simpanan (saving) ini saya pecahkan kepada beberapa bahagian tabung dan peratus. Sebagai peringatan tabung-tabung ini bukan disimpan di dalam balang kuih, pasu atau tin-tin biskut di rumah. Duit tabung-tabung ini perlu di simpan di dalam bank simpanan masing-masing. Lebih banyak bank lagi bagus.

Di sini saya ambil contoh pecahan 55% necessity dan 45% simpanan.  Mari kita lihat pecahan 45% simpanan dan fungsi-fungsinya.

Tabung Long term – wajib disimpan 10% daripada gaji bersih.
Tabung Long Term pula tabung untuk simpanan jangka lama. Bagi saya tabung ini merupakan Tabung simpanan Umrah dan Haji saya. Sememangnya saya sudah melakukan potongan gaji untuk mengerjakan haji namun 20-30 tahun akan datang perbelanjaan semakin meningkat. Berkemungkinan potongan gaji saya hanya cukup-cukup makan. Maka saya menyimpan sedikit untuk perbelanjaan yang lebih selesa.

Tabung Financial Freedom – wajib disimpan 10% daripada gaji bersih.
Duit simpanan di dalam tabung ini akan digunakan untuk mencapai tahap bebas hutang- hutang besar seperti hutang rumah, kereta dan lain-lain. 

Tabung Fun – wajib disimpan 10% daripada gaji bersih.
Tabung fun merupakan tabung yang akan kita guna apabila pergi melancong atau berjalan-jalan bersama keluarga. Segala perbelanjaan petrol, sewa hotel, makanan dan lain-lain untuk sebarang aktiviti pelancongan akan dikeluarkan daripada tabung Fun ini.

Tabung Education – wajib disimpan 10% daripada gaji bersih.
Tabung Education pula merupakan simpanan apabila kita ingin menambah ilmu atau meningkatkan kemahiran diri dalam sesuatu bidang.  Contohnya jika kita berminat dalam pelaburan saham, tabung ini harus digunakan untuk membayar yuran dan menghadiri seminar saham, atau membeli buku atau software yang berkaitan dengan ilmu yang ingin kita pelajari. Mungkin juga ini tabung yang akan digunakan jika kita ingin sambung belajar ke peringkat Diploma, ijazah atau Master PHD. Atau simpanan tabung ini digunakan untuk membeli hartanah atau emas.

Tabung Charity dan Zakat – wajib dilabur 5% daripada gaji bersih.
Seperti yang kita tahu, peratus wajib zakat hanyalah 2.5% daripada gaji bersih. Tapi takkanlah kita hendak melakukan yang wajib sahaja. Apa kata kita ringan-ringankan tangan bersedekah. Sedekah itukan sunnah dan menyuburkan lagi rezeki kita. Jadi di sini saya cadangkan 2.5% sedekah dan 2.5% lagi peruntukan untuk zakat.

Bagaimana pula kalau kita sudah mengeluarkan zakat melalui potongan gaji? Perlukah kita kecilkan peratusan tabung ini kepada hanya 2.5%? Jawapan saya mudah- laburkanlah semua 5% ini kepada sedekah. Insya Allah akan dibalas berlipat kali ganda lagi kepada kita. Ameen.

Pernah satu soalan diajukan kepada saya, bagaimana pula dengan insuran dan cukai jalan kereta yang hanya perlu dibayar sekali setahun bukannya bulanan seperti bil-bil yang lain. Mungkin juga bayaran sekali setahun ini akan kita ambil daripada tabung  ‘fun’ atau ‘financial freedom’ dan akhirnya tabung ini akan kosong kembali nilainya.

Jawapan saya untuk di atas ini juga amat mudah- buka satu lagi tabung untuk insuran dan cukai jalan kereta bermula dari bulan pertama. Cari peratusan yang sesuai supaya apabila sampai tarikh untuk membuat pembayaran, jumlahnya sudah cukup tanpa perlu kita usik tabung yang lain.

Dengan itu kawan-kawan yang budiman, mulalah menabung dari sekarang. Tiada apa yang perlu dirugikan kerana amalan ini mampu mendisiplinkan diri dan contoh terbaik kepada anak cucu cicit kita. Ini juga merupakan satu langkah sihat kepada hidup bebas hutang. Insya Allah.

May 14, 2015

Cara Menabung untuk yang Boros

Assalamualaikum wbt

Al-kisah diri saya. 

Saya pun test la dengan 1gram 1bulan. Adakah saya mampu tahan nafsu nak belanja? Hingga waktu mendesak pun adakah saya jual emas yang dah bergram2 ni?

Jawapan tidak.

Saya pun lupa dah berapa bulan dalam simpanan ni.

Kalau setakat takde duit sikit2 nak belanja tu takde la sampai nak jual emas ni. Banyak lagi cara lain.

Saya simpan ni pun sebab banyak sebab :

✅saya tak tahu esok lusa kewangan saya macam mana.

✅saya tak tahu bisnes sampai bila bertahan. Kadang kita tak sangka dugaan datang.

✅saya tak tahu esok2 Tuhan nak uji kita sakit ke. 

Mungkin kalau saya tak simpan emas ni, saya memang takde tabungan langsung.

Jangan takot nak simpan emas. Takot simpan duit banyak2 akhirnya takde nilai. 

Awak boros?

Meh simpan. Sebab kita bukan hanya sekadar menyimpan, tapi jugak untuk pelaburan jangka panjang yang menguntungkan!

1⃣Gram 1⃣Bulan 1⃣Keluarga


Berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang aset emas boleh WhatsApp / SMS / CALL / Telegram


Kizeewatty Zainal
0192484428
#AhliPowerGold #PasirGudang
#EmasSimpananTerbaik #EmasKalisInflasi 

May 12, 2015

Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage (Mula Bisnes)

Teks: Kizeewatty zainal

Assalamualaikum wbt

Berikut merupakan ulasan Pn. Leeya Mokhtar mengenai Kelas Asas Blog di Akademi Bekerja di Rumah.

Nama pelajar : Pn. Leeya Mokhtar
Guru Online : Pn Zaila Mohamad
Sumber : http://norliaamatmohtar.blogspot.com/2015/05/bisnes-bakeri-di-rumah-testimoni-kelas.html

Teks : Norlia Amat Mohtar
Gambar : Sumber google


Assalamualaikum

Diam tak diam sudah tiga dekad lebih usia ini. Pejam celik pejam celik rupa-rupanya sudah tujuh bulan saya menjadi working at home mom (WAHM). Banyak suka, duka, tangis dan tawa yang ditempuhi sepanjang tempoh ini. Menguruskan anak-anak sambil bekerja memang bukan sesuatu yang mudah tetapi ini jalan yang saya pilih demi untuk membesarkan anak-anak tanpa jagaan orang lain.

Menyingkap kenangan apabila saya buat pertama kali menyatakan hasrat untuk berhenti kerja kepada teman sepejabat, pelbagai respon yang diterima. Rakan-rakan rapat menggalakkan tetapi bagi mereka yang agak berumur mengkritik hebat keputusan yang saya buat. Ada yang kata saya tidak fikir panjang, buat keputusan terburu-buru, mana boleh berniaga dengan anak-anak kecil dan tidak kurang juga yang melaga-lagakan saya. Bagi mereka tiada istilah ibu bekerja dari rumah. Saya pula pada masa itu, hanya senyum dan pergi. Tidak mahu memanjangkan atau bertengkar dengan mereka. Biarkan sahaja. Itu pandangan mereka. 

Mulai dari saat itu saya berusaha untuk memajukan diri sendiri. Saya ada terfikir berkemungkinan ada komuniti bagi WAHM ini tetapi langsung tidak tergerak hati untuk mencari di internet sehinggalah saya terbaca satu artikel yang di tulis oleh salah seorang ahli WAHM atau lebih dikenali sebagai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Tertarik dengan perkongsian artikel tersebut saya terus mencari artikel-artikel berkaitan dengan ABDR dan cara untuk mendaftar sebagai ahli. Di situlah titik mula saya bersama ABDR. Saya kemudian diperkenalkan dengan Cikgu Zaila Mohamad bagi penulisan blog dan fanpage. Di bawah bimbingan guru online saya diajar untuk membina blog yang berpengaruh, menggunakan bahasa yang betul dan menulis dari hati. Saya juga diajar untuk membina fanpage untuk beriklan dan berniaga.

Bagi saya membina sebuah blog adalah mudah, tetapi untuk menjadikan blog tersebut berpengaruh itu yang sukar. Di dalam kelas ini juga saya banyak diberi tips-tips yang mudah dan seterusnya membantu saya menulis dan berkongsi ilmu dengan orang lain. Sering kali kami diingatkan, niat untuk menulis bukan untuk menunjuk-nunjuk atau syok sendiri. Menulis kerana ilmu dan dapat dikongsikan bersama. Banyak sebenarnya yang saya dapat pelajari daripada yuran yang tidak seberapa ini. Sangat berbaloi. Pelajar diwajibkan untuk menulis sebanyak 44 entri di dalam blog sebagai tugasan. Ada rahsia di sebalik 44 entri ini, supaya enjin carian senang mengesan blog kita. Tetapi bukan hanya 44 entri sahaja, lagi banyak kita menulis lagi tinggi kedudukan blog kita di enjin carian. Kan seronok bila orang google sahaja berjela-jela nama blog kita keluar. Itulah fungsi asas 44 entri tersebut.




Bagi saya guru-guru yang mengajar sangat komited, tidak lokek ilmu dan bersedia membantu. Ini kerana apabila belajar dalam talian masa pelajar membuat tugasan adalah sangat tidak menentu. Acap kali guru online memberitahu penjenamaan diri amat penting dalam bisnes yang berpaksikan alam maya ini. Kita mungkin tidak kenal siapa pelanggan dan dari mana mereka datang, jadi jika kita menggunakan penjenamaan diri kita sendiri dengan mudah pelanggan akan megingati kita berdasarkan perkongsian di dalam blog. Jadikan setiap entri yang kita kongsikan sebagai kad bisnes dengan meninggalkan nombor untuk dihubungi. Perkara sebegini jika saya tidak menjadi ahli ABDR memang saya tidak akan ambil pusing. Padahal inilah cara yang sebenar berbisnes dengan menggunakan blog. 

Secara keseluruhannya, saya sangat berterima kasih kepada pengasas ABDR, Pn. Masayu Ahmad kerana telah mengasaskan Akademi Bekerja Dari Rumah. Komuniti ini benar-benar sangat membantu suri-suri yang mahu menjadi WAHM yang mungkin mereka tidak tahu mahu bermula dari mana. Segala perkongsian dapat membantu insan yang baru bertatih sebagai WAHM seperti saya. Saya juga berharap lebih ramai ibu-ibu diluar sana untuk bekerja dari rumah dan mendidik sendiri anak-anak, memandangkan semakin ramai muda-mudi terjebak dengan pelbagai gejala yang tidak sihat. Didikan sepatutnya bermula dari rumah dan kita tidak boleh mengharap kepada guru-guru untuk mengajar anak-anak kita semata. Marilah kita sama-sama membina masa hadapan.

Jika anda berhajat untuk turut serta dan belajar bagaimana untuk membina blog dan fanpage berpengaruh bolehlah bergabung dengan kami. Disamping dapat menjadi ahli ABDR yang akan menyokong diantara satu sama lain bagi WHAM. Di sini kami akan berkongsi cerita dan pengalaman untuk menjadi panduan kepada yang lain. Jika mahu berniaga tetapi tidak tahu dimana mahu bermula, pilihlah untuk bersama kami. Terdapat beberapa pakej kelas asas blog yang boleh dipilih mengikut keselesaan. Boleh terus berhubung dengan saya berkaitan pakej yang ditawarkan.
 
 
Sharing is Caring

Kizeewatty
#AkademiBekerjadiRumah
#KelasAsasBlog 

May 10, 2015

Jawapan untuk 7 Perkara Orang Kita FOBIA Suruh Simpan Emas

Assalamualaikum wbt

Jawapan untuk 7 Perkara Orang Kita FOBIA Suruh Simpan Emas⏰

1 TAKUT KENA ZAKAT?
Untuk makluman semua, zakat hanya akan dikenakan bila sudah menyamai atau lebih 85 gram. Kalau dah boleh simpan 85 gram tak kan zakat tak mampu? Sesungguhnya zakat ini penyuci dan penyubur harta tau! 😚

2. TAKUT RUGI?
Macam mana boleh rugi? Sedangkan emas yang kita beli tu nilainya tidak akan susut malah makin meningkat. Sekitar tahun 90an dulu 1 gram cuma RM28. Sekarang RM194. Rugi ke tu? Yang rugi kita yang tak mula menyimpan dari dulu.

Setuju ke sangat setuju? 😋

3. TAKUT KENA ROMPAK?
Siapa yang akan rompak kita kalau kita pandai jaga barang kita. Tidak menunjuk-nunjuk. Kalau gold bar dan gold coin tu kita simpan elok-elok di rumah in shaa Allah tiada masalah.

Kalau ada banyak boleh la simpan di bank. 😊

4. TAKUT KENA TIPU?
Takut kena tipu dengan siapa? Saya? Jangan risau. Power Gold kalau beli emas, dapat emas dan kita sendiri simpan emas tu. Kalau masih ragu-ragu boleh buat macam saya. Setiap kali emas saya sampai di tangan. Saya akan bawa emas tu ke kedai emas dan ke Ar Rahnu untuk cek ketulenan emas tersebut. Ternyata tulen emas 999.9 24K.

Masih ragu? 💁�

5. TAK TAHU NAK JUAL BALIK KAT MANA?
Biar saya bagitahu, cara asas nak tukar emas kita kepada duit ada 3 cara:

i) Jual semula pada ahli, bukan ahli dan prospek

ii) Jual semula pada syarikat Power Gold

iii) Pajak di tempat pajak gadai

Mudahkan? Jangan risau. Selagi namanya emas, di mana-mana pun laku. Di luar negara pun laku.

6. Susah nak bahagi kepada anak-anak bila meninggal dunia kelak.

Yang ni kena ikut kebijaksanaan masing-masing. Belum ada pengalaman. Tapi macam mana kita boleh bahagi harta lain seperti rumah, wang dan tanah. Benda sama boleh guna untuk emas Insya Allah.

7. TAKUT DUIT MAKIN BERKURANG?
Kalau dah membeli, wajib la duit akan kurang. Tak gitu? Tapi kena tengok semua barang apa yang kita beli tu.

Kalau yang kita beli tu baju baru, beg baru, kasut baru dll. Cuba bayangkan 10 tahun lagi. Masih ada lagi ke baju, beg dan kasut tu. Kalau masih ada, masih baru kah?

Sebab tu saya cadang beli emas. Emas kalau apapun berlaku tetap emas. Walau patah pecah jadi debu pun tetap emas. Tetap bernilai. Kalau duit? Terkoyak pun ada kedai dah tak terima.

Jelas kan? Dan masih ragu kah?

Jom simpan emas.!!


Kizee
0192484428


‪#‎StokisPowerGold‬ ‪#‎emaskalisinflasi‬ ‪#‎BisnesItuSunnah‬

May 5, 2015

KENAPA ORANG YANG BARU JOIN POWER GOLD SYARIKAT BERI EMAS PERCUMA?

Assalamualaikum wbt 

Bismillah.

KENAPA ORANG YANG BARU JOIN POWER GOLD SYARIKAT BERI EMAS PERCUMA?

■ Sebab nak ahli rasa sendiri aura emas .
■ Boleh guna emas percuma tu untuk cek ketulenan emas .
■ Tokey emas sebenar harus ada testimoni . Guna emas free gift untuk Promosi .
■ Kalau lepas cek tak tulen, kita tak rugi sebab bukan beli percuma je.
■ Kalau tulen kita yang untung sebab emas PERCUMA. Tambah
yang jadi stokis, dapat emas harga RM18++ 

■ Sebagai bukti produk memang wujud dan emas fizikal.

Beli emas dapat EMAS kat tangan. 
Bukan tipu-tipu ye. 

Sebagai penghargaan "welcome to powergold family"
Jom simpan emas

1gram 1bulan 1Famili


Kizeewatty Zainal
0192484428


‪#‎stokispowergold‬ ‪#‎pasirgudang‬ ‪#‎emas‬ ‪#‎gold‬

May 3, 2015

Nikmat Iman dan Islam

Teks: Kizeewatty zainal
Assalamualaikum wbt

Syukur kepada ALLAH atas kurniaan nikmat Iman dan Islam serta Taufiq dan Hidayah. Dengan nikmat yang melimpah ruah atas hamba-hambaNya.

YA ALLAH 
Kami bermohon ampuni segala dosa-dosa ibu dan ayah yang mendidik kami dari kecil hinggalah kami dewasa sehingga kami kenal dunia ini.

Ya ALLAH
Ampunilah dosa ibu dan ayah mertua kami, adik beradik kami, sahabat-sahabat kami dan seluruh umat-umat Nabi saw yang masih hidup atau tiada kagi dan muslimin dan muslimat.
Mulakan hari ni permulaan yang baik bagi kami.
Kurniakan kami ilmu yang maanfaat (ilmu yang mengenal akanMu)
Jadikanlah anak-anak kami mencintai akanMu , dan kekasihMu Ya ALLAH, Nabi saw.
Jadikanlah anak-anak kami yang sentiasa mendoakan ibu dan ayahnya.
Silaturahim antara kami sekeluarga, sahabat-sahabat kami dan seluruh umat-umat Nabi saw.
Peliharalah negara kami dari ancaman-ancaman musuhMu
PertolonganMu kepada negara-negara jiran yang ingin memartabatkan agamaMu.
Janganlah engkau uji kami sehingga kami tak mampu menanggungnya.
Sekiaranya Engkau takdirkan kami mati hari ini maka matikanlah kami dalam keadaan kami beriman kepadaMu.

YA ALLAH 
Engkaulah segala-galanya bagi kami
Dan kami menunggu syafaat Nabi saw iaitu kekasihMu .

Amin.

May 2, 2015

Mulakan Hidup Anda dengan SENYUM

Teks: Kizeewatty Zainal


ASSALAMUALAIKUM
S E L A M A T P A G I 



Setiap pagi, mulakan hidup anda dengan SENYUM.

 
Kizeewatty 
#StokisPowerGold #PengedarShaklee
#PasirGudang