Showing posts with label BUAH PINGGANG. Show all posts
Showing posts with label BUAH PINGGANG. Show all posts

March 18, 2015

Risiko Kekurangan Protein dalam Badan

Assalamualaikum wbt

Risiko Kekurangan Protein dalam Badan

Anemia atau kurang darah / oksigen dalam darah

- kekurangan sel darah merah iaitu kurangnya keupayaan darah untuk memindahkan oksigen ke tisu-tisu, hemoglobin (protein yang membawa oksigen di dalam sel darah merah) harus hadir untuk memastikan pengoksigenan yang mencukupi bagi semua tisu dan organ badan.

Penyakit buah pinggang


Buah pinggang melakukan proses utama untuk mengekalkan keseimbangan kimia dalam cecair tubuh kita (proses keseimbangan ini dinamakan hemeostasis). Ia juga membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan di dalam tubuh. 

Buah pinggang gagal berfungsi apabila ia rosak teruk oleh penyakit kronik dan tidak lagi boleh menapis bahan tidak diperlukan. Buah pinggang termasuk dalam kumpulan 'organ utama' (seperti jantung, otak dan paru-paru). 

Penyakit hati


Hati bertugas untuk mengatur komponen lemak yang berasal dari berbagai jenis makanan yang kita konsumsi setiap hainya, serta mengatur gula dan protein yang terdapat dalam darah. Selain itu hati juga berkewajiban untuk menghancurkan dan membuang toksin atau racun dari darah

Impak Kekurangan Protein dalam Badan 

  1. kolesterol tinggi
  2. tekanan darah rendah
  3. kandungan gula darah rendah
  4. Fungsi saraf tak stabil
  5. Ulser perut + usus
  6.  Pengaliran darah yang tidak lancar
  7. Penglihatan kurang baik
  8. Badan menggeletar
  9. Tinggi kandungan air dalam tisu badan
  10. Terancat akal
  11. Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan

March 11, 2014

Ramuan Anggur di dalam Vitamin E

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t


Semua sedia maklum bahawa anggur amat berkhasiat dan merupakan makanan sunnah para nabi dan rasul.  Anggur merupakan salah satu buah-buahan yang menjadi kegemaran dan makanan ruji manusia sejak dari dulu lagi. 


Sebenarnya anggur berasal dari Afghanistan dan tanaman anggur ini kemudiannya menular ke setiap pelusuk dunia. Buah anggur banyak digunakan untuk mengatasi beberapa penyakit berbahaya dan sebagai antibiotik terhadap radikal bebas. Dan hari ini saya ingin berkongsi info khasiat buah anggur yang digunakan Shaklee di dalam salah satu vitamin semulajadinya iaitu Vitamin E.

Fungsi Anggur di dalam Vitamin E Shaklee.
  • Menghilangkan Migran
Jus anggur mampu membantu menyembuhkan migran. Caranya dengan membuat jus anggur pekat tanpa air dan diminum setiap pagi.
  • Menyembuhkan Sembelit
Kandungan gizi dari buah anggur sangatlah penting untuk menyembuhkan sembelit. Anggur mengandung asam organik, selulosa dan gula yang membantu mengatasi masalah sembelit. 
  • Melambatkan Penuaan
Biji  dan kulit anggur mengandung antioksidan. Kandungan antioksidan yang terkandung di dalamnya sangat kuat untuk melambatkan penuaan. Amalkan pemaknan anggur dalam hidangan makanan anda secara teratur.
  • Kesihatan Jantung 
Anda dapat menjaga jantung dengan meminum satu gelas jus anggur atau memakannya dalam keadaan mentah. Cara ini sangat efektif untuk kesihatan jantung.
  • Mengatur Kadar Gula dalam Darah
Anggur memiliki indeks glikemik yang sangat rendah dan bermanfaat bagi orang yang mempunyai kadar guka dalan darah yang tidak seimbang. Fitonutrien yang hadir dalam buah anggur ini sangat membantu mengatur gula darah dan meningkatkan sensitiviti insulin.
  • Mencegah kanser
Anggur juga kaya akan sumber antioksidan dan anti inflamasi nutris, yang membantu menghambat peradangan kronis yang menjadi awal pertumbuhan sel kanker. Fitonutrien resveratrol, anthocyanin dan proanthocyanidins yang sangat kuat hadir dalam buah anggur dan memiliki sifat anti peradangan yang menyingkirkan pertumbuhan kanker.
  • Gangguan ginjal
Anggur dapat membantu menyingkirkan asid di dalam ginjaldan mengurangkan gangguan dan pemendapan toksin di dalam ginjal.
  • Asma
Anggur memiliki kekuatan yang dapat meningkatkan kadar air dalam paru-paru., maka mereka yang mempunyai penyakit asma dapat mengurangkan masalah sesak nafas.
  • Antibakteri
Anggur merah memiliki kandungan antibakterial dan antivirus yang kuat, sehingga dapat melindungi tubuh dari infeksi.
  • Alzheimer
Penelitian menunjukan bahawa anggur dapat meningkatkan kesihatan otak dan menghindari dari penyakit Alzheimer. Anggur mengandung resveratol, iaitu polifenol yang mengurangkan simptom dan penyakit Alzheimer.
  • Influenza
Jus anggur dipercaya dapat mencegah dan membantu penyembuhan beberapa penyakit infeksi virus seperti influenza. Kandungan polyphenol dapat mengekang pembentukan protein yang biasanya dikaitkan dengan penyakit kardiovaskuler.
  • Membantu kesihatan gusi.  
Kandungan kimia yang terkandung dalam jumlah besar pada biji dan kulit anggur mampu menghakis bakteri yang melekat pada enamel gigi.

Cuba perhatikan, adakah anda sudah mengambil Vitamin E yang secukupnya untuk sehari? Jika tidak, satu botol Vitamin E dari Shaklee ini sudah cukup untuk membantu anda dalam menjaga kesihatan secara keseluruhannya. 
  • 1 botol Vitamin E  mengandungi 120 kapsul untuk pengambilan selama 4 bulan berharga RM149.00 (tidak termasuk pos)
Untuk konsultasi percuma dan  harga vitamin Shaklee, jangan segan silu hubungi saya. 

sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
FB fanpage: Kizee Healthyvita
  
Pembayaran boleh dibuat dan kemudian hubungi saya untuk bukti pembayaran:
Kizeewatty Zainal
Maybank   101245259053
CIMB         7042019768 

atau anda boleh membuat pembayaran melalui borang tempahan di bawah:

http://kizeewattyzainal.blogspot.com/p/borang-tempahan.html

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

January 25, 2014

DTX Complex Suplemen Vitamin Hati

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula sel-selnya sendiri. Contohnya serangan jantung akan merosakkan otot dan organ jantung, tetapi serangan kepada hati boleh merosakkan hati, namun hati mampu memperbaiki organnya sendiri.

Fungsi Hati

Rembesan Hempedu
Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman. Hempedu adalah perlu untuk percernaan lemak, ia memecahkannya ke[ada lapisan yang lebih kecil (small globule). Hempedu juga memebantu dalam penyerapan vitamin larut lemak A,D,E,K,F dan membantu mengaslilasikan kalsium. Hempedu juga menukarkan Beta karotena kepada Vitamin A.

Detoksifikasi
Metabolism protin dan penapaian bakteria makanan dalam usu menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati. Hati mengawal metabolism protin. Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksil termasuk sisa metabolic, sisa racun serangga, dadah, alcohol dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik. Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang.

Kawal Paras Gula dalam Darah
Dengan menukarkan tiroksina- hormone tiroid ke dalam bentuk yang lebih aktif. Penukaran yang tidak mencekupi oleh hati boleh menyebabkan hipotirodisma. Hati mewujudkan GTF (faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation. GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul. Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga. Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen, adrenalin dan insulin.

Metabolisma Lemak
Penting di dalam sintesis asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein dan phospholipid, dan ketika penngoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga. Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan dalam penyimpanan.

Bagaimana menjaga hati supaya sentiasa berfungsi dengan baik dan bebas dari toksin? 
  1. Bermula dari makanan yang kita makan. Makanan yang baik untuk hati iaitu bawang merah, bawang putih, sayur-sayuran, bijirin, kunyit, teh hijau dan anggur merah.
  2. Kurangkan makanan yang mengandungi karbohidrat yang sentiasa kita ambil dalam jumlah yang berlebihan.
  3. Menghindari pelbagai jenis minuman yang mengandungi alkohol. Minuman yang mengandungi alkohol memberi kesan buruk pada metabolisme organ hati.
  4. Hentikan merokok, jauhi asap dan pelbagai kimia beracun. Kerana asap-asap yang mengandungi racun tersebut akan masuk ke pembuluh darah kecil dalam paru paru anda dan akan di bawa ke organ hati. Asap dan cairan kimia ini kemudian mengalami detoksifikasi dan dibuang di hempedu. Oleh sebab itu, jumlah dan konsentrasi bahan kimia tersebut harus dikontrol untuk mencegah kerosakan hati anda.
  5. Mencuci tangan dengan bersih iaitu dengan sabun dan air yang bersih setelah buang air besar dan sebelum menyiapkan makanan. 
  6. Mula mengambil suplemen yang membantu menghasilkan sel dan organ hati, melindungi hati dari toksin yang berbahaya dan penyakit-penyakit yang kritikal seperti batu karang  atau hepatitis.
Suplemen yang sesuai dan berkesan dalam menjaga kesihatan hati ialah DTX Complex dari Shaklee. Kandungan utama di dalam DTX adalah ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan dalam menghasilka protin bagi membantu menjana semula sel-sel hati yang baru.

DTX Complex mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin. Ia turut mengandungi bahan-bahan yang mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik, ekstrak daripada Schizandra dan cendawan Reishi (herba yang kaya dengan anti oksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit, dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu).

 DTX Formulasi yang Dipaten


Ekstrak biji benih pokok susu tisel (Milk Thistle Seed) dtx shaklee
Ekstrak biji benih pokok susu tisel (Milk Thistle Seed).
Proses ekstrak ini terdapat 80% silymarin- kaya dengan bahan antioksida.
Melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia.
Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis.
Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan toksin.
Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang.
Membantu masalah kulit sperti psoriasis dan ekzema.


Articok (Artichoke) dtx shaklee
Articok (Artichoke)

Membina semula sel-sel hati
Merangsang pengaliran hempedu.


Dandelion dtx shaklee
Dandelion
Membantu fungsi hati, sangat berguna ketika berlaku bengkak hati (hepatitis) dan jondis.
Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dab pundi hempedu, membantu mencegah batu karang.
Membantu merawat endometriosis
Bertindak sebagai julap lembut untuk sembelit
Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi-melawan anemia.
Melawan tumor dan kanser
Merendahkan paras gula dalam darah
Mengatasi masalah kembung dan lebihan air dalam badan.


Kunyit (Tumeric) dtx shaklee
Kunyit (Tumeric)
Mengandungi curcumin bahan anti oksida
Meningkatkan kesan anti keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan.
Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV.


Reishi Mushrooms (Ling Zhi) dtx shaklee
Reishi Mushrooms (Ling Zhi)
Membina imun- membantu dalam mencegah atau merawat kanser
Mengurangkan masalah bronchitis, sinusitis.
Merawat sindrom keletihan yang kronik.
Membantu mencegah penyakit jantung.


Schizandra dtx shaklee
Schizandra
Ekstrak biji benih dari Schizandra mangandungi bahan anti oksida.
Merangsang sintesis protin, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi.
Memperlahankan pembentukan toksin.



DTX Complex 90 biji berharga RM155.00 untuk pengambilan selama 30 hari.

Kandungan
Shaklee
AW
BL
KD
Milk Thistle Seed
Ya (351mg)
Ya (232mg)
Ya (42.86mg)
Ya (100mg)
Artichoke
Ya (75mg)
Tiada
Tiada
Tiada
Tumeric
Ya (75mg)
Ya (75mg)
Tiada
Tiada
Dandelion
Ya (273mg)
Ya (125mg)
Ya (75mg)
Tiada
Schizandra
Ya (375mg)
Tiada
Tiada
Tiada
Reishi Mushrooms
Ya (99mg)
Tiada
Tiada
Tiada
Saiz Hidangan
3 biji/sehari (untuk 30 hari)
90 biji/botol
2 biji/sehari (untuk 30 hari)
60 biji/botol
3 biji/sehari
100 & 350 biji/botol
3 biji/sehari
120 biji/botol

Untuk nasihat percuma dan  harga vitamin Shaklee, sila hubungi saya di:
  
sms: pm: whatsapp ~ 0192484428

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

January 11, 2014

Delima (Rumman) Buah Syurga

Teks: Kizeewatty Zainal
 
Assalamualaikum w.b.t

Allah s.w.t berfirman,

“Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima.” Surah Ar-Rahman:68

Semasa kecil abah selalu bawa saya ke rumah nenek saudara saya yang terletak di hujung kampung. Bila ke sini aktiviti kami adik beradik amat banyak, mengejar ayam, memberi makan itik dan memanjat pokok rambutan dan delima. Pasa waktu inilah saya megenali buah delima, buah yang masam manis dan amat lama untuk dihabiskan kerana bijinya yang banyak dan perlu hati-hati agar tidak tertelan. Sungguh nikmat dan teruja dapat menikmati delima yang segar daripada pokok.

Tapi pada zaman sekarang amat susah pula nak jumpa buah delima ini. Kadang-kadang perlu ke pasar raya besar barulah dapat merasa buah ini. Sebenarnya delima banyak khasiatnya kepada manusia.  

Delima bersifat panas dan lembap, amat berkhasiat untuk perut kerana meringankan sembelit. Delima juha berkhasiat untuk tekak, dada, paru-paru serta melegakan batuk. Jus delima merehatkan perut, cepat dicernakan di dalam perut kerana buahnya yang manis. Buah ini juga meningkatkan pengeluaran sperma tetapi tidak sesuai bagi orang yang demam.




Delima yang masam bersifat dingin dan kering. Delima jenis ini mampu menyembuhkan perut yang berlebihan panasnya dan membantu menghasilkan lebih banyak air kencing. Ia juga meredakan gejala penyakit kuning, menghentikan buang air akibat cirit birit, mencegah muntah berlebihan, melembutkan makanan, menghentikan panas dalan hati, menguatkan organ, meredakan debaran hati dan sakit jantung.

Dari Harb dan yang lainnya meriwayatkan dari Ali r.a yang berkata,

“Makanlah delima dengan kulitnya, kerana boleh membersihkan perut.”

Jus delima yang dimasak dengan sedikit madu dijadikan salap sebagai titisan mata boleh menjernihkan rona kuning mata dan menghancurkan kelembapan yang padat. Jika diletakkan pada gusi boleh menyembuhkan bintik merah pada gusi. Biji delima yang dicampur dengan madu boleh mengurangkan jari septis dan luka serta kudis yang merbahaya. Bunga delima juga mampu menyembuhkan luka. Dikatakan bahawa ‘ Jika seseorang menelan tiga kuntum bunga delima setiap tahun, die akan terselamat dari radang selaput mata sepanjang tahun.”

Manfaat dan Khasiat Delima

Melindungi hati dan ginjal
Ekstrak delima mencegah kerosakan ginjal dan hati melindungi ginjal dan hati dari toksin dan racun berbahaya. 

Meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan penghadaman
Delima dan jus delima meningkatkan imunisasi tubuh. Delima diketahui sarat dengan vitamin C. Delima mempunyai kualiti khusus yang membantu penghadaman perut kita agar berjalan lancar.

Anti alergi dan jangkitan
Delima kaya dengan polifenol yang telah terbukti mengurangkan alergi dan alahan.

Mencegah penyakit jantung
Delima meningkatkan kemampuan tubuh untuk mensintesis kolesterol dan mencegah radikal bebas dalam sistem vaskular.

Mencegah kanser dan
osteoartritis
Jus
dan ekstrak buah delima  dapat mematikan sel kanser payudara dan kulit. Delima juga telah terbukti bermanfaat untuk mengatasi osteoartritis kerana mengandungi fitonutrien dan polifenol.

Melindungi DNA
Fitonutrien dan antioksidan dalam buah delima berinteraksi dengan DNA genetik tubuh untuk melindunginya.
Delima memang sarat dengan antioksidan yang efektif mencegah penuaan. 
 
Menstabilkan tekanan darah
Ekstrak buah delima dapat membantu mencegah tekanan darah tinggi dan mereka yang mempunyai kolesterol  dan lemak tinggi.

Meningkatkan metabolisme
Delima membantu menstabilkan gula dalam darah, meningkatkan sensitiviti terhadap insulin, mampu melawan radang, dan meningkatkan berbagai faktor lain yang terlibat dalam sindrom metabolisme yang kerap dikaitkan dengan obesiti dan diabetes. Oleh sebab itu, delima dapat membantu menurunkan berat badan.

Melindungi dari penyakit Alzheimer
Buah ini  mencegah atau memperlambat
kan perkembangan penyakit yang umumnya melanda mereka yang  berusia, iaitu alzheimer atau nyanyuk.


Wallahu a'lam.