March 7, 2014

Makanan Sunnah: Khasiat Anggur

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t


''Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.'' ( QS: An Nahl: ayat 11)

Di antara banyak buah-buahan , salah satu yang disebutkan Allah s.w.t di dalam Al Quran adalah buah anggur. Buah yang rasanya lazat itu, telah disebutkan di dalam Al Quran sebanyak 14 kali.


Fungsi dan Khasiat Anggur
  • Ekstrak Biji Anggur adalah salah satu daripada antioksida yang kuat. Kekuatannya adalah 50 kali lebih kuat dari Vitamin E dan 20 kali lebih kuat dari Vitamin C.
  • Mengukuhkan kesihatan jantung dengan menghalang pemendapan plak di saluran arteri
  • Menghasilkan kulit yang lebih sihat dan cantik kerana kandungan bioflavonoids dlm ekstrak biji anggur membaikpulih sel dan menghalang serangan radikal bebas yang boleh akibatkan jerawat, jeragat, sunburn, muka kusam dan lain – lain. 
  • Ia juga membantu menyembuhkan luka dan menjana semula saluran darah yang rosak dan membersihkan bakteria berbahaya dari luka.
  • Meningkatkan kesihatan mata dengan memberikan penglihatan yang lebih baik dan mengelakkan penyakit – penyakit mata seperti Astigmatism, retinal detachment, Cataract, Chalazion, Chorioretinitis, Choroideremia , Coloboma , Color Vision Defects , Conjunctival Diseases dan bermacam – macam lagi. 
  • Ekstrak biji anggur berkesan dalam merawat penyakit yang berkaitan dengan otak  seperti ADD (Attention deficit disorder) dengan  membantu dalam mengawal neurotransmiter dalam otak dan menghalang kerosakan norepinefrina dan dopamina.
  • Ekstrak biji anggur turut mengandungi antioksida yang istimewa yang mana ia boleh menembusi salur darah di otak untuk melindungi saraf dan tisu otak 
  • Ia mampu meningkatkan kecergasan mental sekaligus mencegah penyakit nyanyuk
  • Membantu mencegah osteoporosis
  • Ekstrak Biji Anggur merupakan anti bakteria, antivirus dan anti-radang yang bagus
  • Menghalang pertumbuhan sel – sel kanser dan mengelakkan daripada bercambah ke tempat yang lain
  • Menyekat virus dari terus merebak dan melakukan replikasi pada pesakit HIV
  • Membantu membetulkan serta menguatkan  peredaran darah yang lemah
  • Melegakan sembelit
Anggur merupakan ramuan utama di dalam Vivix Shaklee dan Vitamin EOleh kerana itulah fungsi kedua-dua vitamin ini merupakan alternatif dalam menyembuhkan penyakit kronik dan membaikpulih sel serta menghalang serangan radikal bebas. Dengan kandungan vitamin C yang tinggi termasuk vitamin A, B1, B2, anggur mempunyal kalori yang rendah dan mengandungi 80 peratus air dan sumber yang bagus bagi kalium. Ia juga mengandungi phytonutrien, bahan aktif dipercayai melindungi badan manusia daripada bahan dan penyakit jantung.

Pada saya memang berbaloi untuk setiap orang mengamalkan makanan anggur dalam kehidupan seharian kerana kesannya yang terbaik untuk badan bagi jangka masa pendek dan juga panjang.

No comments:

Post a Comment