March 6, 2014

Life Coaching "Branding Yourself and Business Strategies"

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, peluang secara besar-besaran kepada semua yang berminat khususnya suri/sura rumah yang serius mahu bekerja dari rumah, suri bekerjaya dengan bisnes online secara sambilan atau sepenuh masa.

Life Coaching "Branding Yourself Strategies" ini dibawakan khas untuk anda oleh guru online kami Puan Khairunnisa Hamzah atau lebih dikenali sebagai Nisa NuaStrategi ini sangat berguna dan diperlukan untuk meningkatkan pelanggan dan potensi hebat bagi Professional, Perkhimatan, Perniagaan, produk, kelas dan seminar yang dianjurkan dan sebagainya.

Life Coaching "Branding Yourself and Business Strategies"


*******************************************************************************************************

Sedikit perkongsian dan latar belakang Khairunnisa Hamzah:~

Buat pertama kalinya saya berani kan diri untuk berkongsi di khalayak ramai setelah 8 bulan bersiaran dan coaching kelas secara online (atas talian)

Mungkin ada yang perasan dan mengikuti perkembangan saya sikit demi sedikit. Dan mungkin ada juga yang tak perasan langsung 

Yang membangkitkan semangat saya untuk buat juga sesi live ini kerana saban hari, setiap masa, message bertubi masuk ke inbox. Minta tips, minta motivasi, minta langkah demi langkah. Sampai ada yang kecil hati saya tak sempat membalas.

Saya Ibu yang bekerja di rumah. Ada anak suami dan aktiviti keluarga. Ada tempahan rekabentuk yang perlu disiapkan. Jadi saya mahu kumpulkan masa saya untuk 1 hari live coaching bagi saya dedahkan step by step dengan cara akademi bekerja di rumah serta dengan cara saya sendiri.

Yang pasti, ada sesuatu yang saya akan kongsikan tentang :
"Branding Yourself Strategies "

Untuk apa? untuk memberitahu orang ramai akan perkhidmatan dan perniagaan kita, agar kita tidak sempat termenung, dan tidak perlu putus asa dan tutup kedai. Terutamanya bagi mereka yang professional. Ramai juga sahabat yang professional menganggap perkerjaan sekarang ini tidak masyuk lalu mula lah jual baju, tudung, makanan dan sebagainya. Tahukah kalian ibu bapa hantar anaknya berapa lama untuk dapatkan ijazah bagi kelulusan professional tersebut? Mari kita sama-sama melangkah semula. Let people know our services, Let people know our business!

Untuk sesi permulaan ini, atau sesi sekali ini saja, Tempatnya terhad kepada 50 orang peserta sahaja.

Mohon untuk sebarkan bersama agar mereka yang nak tahu caranya boleh hadir dan dengar sendiri caranya serta boleh melakukan seperti apa yang saya dan rakan akademi bekerja di rumah lakukan. Atau mungkin boleh buat lebih dari itu.

Sifu saya kata kalau dah tahu cara, wajib kongsikan. Jika mahu tahu, jemput hadir bersama. Orang kata, jika siapa dapat sesi pembelajaran yang pertama kali selalunya akan untung sebab coach belum tahu nak bahagikan ilmunya. Semuanya didedahkan dalam masa satu hari 


******************************************************************************************************

Apa BONUS yang akan anda dapat?

1. Pendedahan Dan Latihan Langkah Demi Langkah Teknik Asas Bloging Untuk Blog Perkhidmatan/Perniagaan Anda Sendiri. (bernilai rm300)

2. Pendedahan Rahsia Mendapat Liputan Media Secara PERCUMA untuk Memperkenalkan Perniagaan Dan Perkhidmatan Anda Sendiri (bernilai rm300)

3. Pendedahan Cara Untuk Design (Merekabentuk) Bisnes Anda Sendiri Agar Dipandang Oleh Orang Ramai dan Dicari. (bernilai rm300)

Ketiga-tiga ini adalah teknik mudah untuk menjemput rezeki 

Peserta juga akan DIBERIKAN 2 EBOOK pada akaun email masing-masing:
a) Ebook Belajar Asas Blog - Penulisan Puan Masayu Ahmad (bernilai rm50)
b) Ebook Panduan Kediaman Pertamaku- Penulisan Khairunnisa Hamzahara (bernilai rm50)

Bukan itu sahaja. Semua akan membawa pulang HADIAH yang sangat istimewa iaitu:
Senaskah BUKU JANA RM DI RUMAH oleh Puan Masayu Ahmad di dalam bengkel ini nanti.
(bernilai rm20)

Apa yang bakal anda pelajari,
Apa yang bakal anda dengari,
Apa yang bakal anda lihat,

Insyaallah dengan IzinNya, anda juga boleh berjaya untuk memperkenalkan perkhidmatan dan perniagaan di mata orang ramai sekiranya anda mempraktikkannya. Apa akan jadi apabila orang ramai mengetahui perkhidmatan dan perniagaan anda? Anda akan jadi huru-hara  tak menang tangan untuk menerima permintaan. Janji anda buat apa yang sudah di ajar. Berilmu tanpa beramal, ianya pasti akan sia-sia. Saya pasti jika anda menggunakan teknik yang diberikan, setakat yuran yang dibayar ini, sudah pasti mampu membawa pulangan modal semula malah Insyaallah berganda dari itu.

Nilai yang diberikan di dalam bengkel ini bernilai RM1020

Tetapi anda hanya perlu membuat pelaburan dengan nilai RM350 iaitu nilai kasih sayang yang diberikan untuk melihat semua orang berjaya menjenamakan diri dan perkhidmatan.

Namun, atas ucapan terima kasih yang tak terhingga kerana mengajak dan menyampaikan kebaikan ini,
PERCUMA seorang jika datang bertiga (tawaran istimewa sah sehingga 31 Mac 2014 sahaja.)

Ini bermakna nilai yang perlu di bayar iaitu RM1050 hanya perlu dibayar dengan nilai RM700 sahaja. Asalkan anda hadir dan mendapatkan tekniknya. Itu saja.

Sekembalinya di rumah nanti, anda berpeluang untuk :
-menyertai Group Ahli Akademi Bekerja Di Rumah untuk bertukar network, ukhuwah dan pelanggan
-dapat beriklan di SOHO directory PERCUMA selama 1 tahun.
Ini semua untuk memastikan keberlangsungan network dan menjadi medium pemasaran perniagaan dan perkhidmatan anda.


Perkongsian hebat akan diadakan di lokasi-lokasi berikut :

Melaka = 5 April 2014 -lokasi akan diberitahu kelak

Kuala Lumpur = 6 April 2014 -lokasi akan diberitahu kelak

Kelantan = 26 April 2014
ICT Incubator Centre Sdn Bhd,
Lot 2.78-2.79, Tingkat 2,
KB Cyber Plaza, Jalan Hamzah,
15050 Kota Bharu Kelantan

Harus Bertindak Cepat.
Tempat terhad untuk 50 orang sahaja di setiap lokasi.

Berminat untuk turut serta, boleh hubungi dan mendaftar dengan saya.

Kizeewatty Zainal
pm: whatsapp: sms 0192484428
kizeewattyzainal@gmail.com


Salam Sayang.

Kizeewatty Zainal
Pembantu Kelas Asas Blog dan Rakan Akademi Bekerja Di Rumah
Pasir Gudang Johor.

No comments:

Post a Comment