December 15, 2013

Kulit Muka Berjeragat, Bintik Hitam dan Berjerawat

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Penting bagi kita untuk menjaga kesihatan kulit dari dalam kerana setiap apa yang dilihat dan tiap kecantikan luaran ini selalunya bermula dari kecantikan dalaman. Secara amnya, keadaan persekitaran adalah penyebab utama kepada kerosakan kulit selain daripada faktor umur, pemakanan, dan juga alahan sehingga menyebabkan kulit mempunyai pelbagai masalah seperti jerawat, kulit kusam, kering, pigmentasi dan banyak lagi. 
 
Mari kita lihat apa penyebab masalah kulit muka anda, Jika anda mempunyai masalah jerawat, kulit kusam dan wajah tidak berseri di bahagian:
1. Dahi 
     Anda mempunyai masalah sistem pencernaan. Anda perlu kurangkan makanan segera, lemak dan tingkatkan pengambilan air suam dan masak sebanyak 2-3 liter sehari.

2. Kawasan Di Antara Kening
      Anda mempunyai masalah hati. Anda perlu kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu.

3. Kawasan di kiri dan kanan mata
     Anda kekurangan air dalam badan. Anda perlu mendisiplinkan diri dengan meningkatkan pengambilan air suam 2-3 liter sehari.

4. Kawasan hidung
     Anda mempunyai masalah jantung. Perlu menjaga tekanan darah. Kurangkan makanan pedas dan daging. Tingkatkan pemakanan yang kaya Omega-3

5. Telinga
     Anda mempunyai masalah buah pinggang. Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan minuman kafein seperti kopi, teh dan nescafe.

6. Kawasan pipi
      Anda mempunyai masalah pernafasan. Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan makan dan minuman gula dan banyak bersenam. Mulakan dengan senaman ringan seperti turun naik tangga atau berjalan kaki.

7. Kawasan antara pipi dan dagu
     Anda mempunyai masalah hormon di mana stres dan perubahan hormon adalah punca utama. Pastikan anda tidur yang cukup, lebih minum air dan hidangan tingkatkan sayuran dalam makanan.

8.
Dagu
     Anda mempunyai masalah usus. Anda perlu lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.
9. Leher 
     Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif. Lebihkan pengambilan air masak dan tidur yang cukup.

American Academy of Dermatology (AAD) telah membuat kajian tentang kegunaan vitamin E B Complex dan Vitamin C dalam bidang kecantikan kulit.

Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:

- Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
- Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
- Menjaga kelembapan kulit
- Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel

Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:

- Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
- Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
- Mencerahkan kulit

Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:

- Sebagai pelembap
- Mencegah pigmentasi
- Melambatkan tanda penuaan
- Mengubati jerawat
Kulit Muka Berjeragat, Berparut dan Berjerawat dengan Shaklee

Vitamin C
  • Sebagai Antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti (pencemaran, matahari, cuaca, penghawa dingin, asap rokok).
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit (anti penuaan dan anti kedut).
Vitamin E
  • Bersifat anti-penuaan, dapat mengurangkan garis-garis halus pada wajah
  • Membantu mengelakkan pertumbuhan abnormal sel
  • Membantu memudarkan parut
B Complex
  • membantu dalam menukarkan karbohidrat kepada glukosa untuk penghasilan tenaga kepada tubuh badan
  • membantu dalam menukarkan lemak kepada protein (ini membantu nervous system berfungsi dengan normal)
  • Vitamin B juga penting untuk pembentukan sel badan jadi ianya penting untuk awet muda, kulit yang licin dan kelihatan muda, melambatkan rambut beruban, membantu untuk kecantikan kulit, rambut dan mata, kekuatan kuku

Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:

- Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
- Mencegah penuaan
- Menjadikan kulit lebih kenyal
- Mencerahkan kulit
- Menjaga kulit dari sinaran UV
- Mengurangkan parut jerawat
- Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
- Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
- Menjadikan wajah lebih berseri

 Salah satu testimoni dari pengguna yang berpuas hati dengan Kombinasi D - Vitamin C, E dan B Complex

Testimoni Kulit Muka Berjeragat, Berparut dan Berjerawat dengan Shaklee
Testimoni pengguna Kombinasi D : Vitamin C, E dan B Complex
Jangan bimbang jika ada kesan sampingan dari kombinasi vitamin ini kerana ia merupakan krisis penyembuhan untuk membuangan segala lendir dan toksin dari badan anda. Anda boleh layari Krisis penyembuhan semasa mengambil Vitamin Shaklee untuk sebarang soalan yang bermain di minda anda. Apa yang paling penting semasa mengambil vitamin ini ada tip-tip yang perlu anda patuhi. Antaranya:

  1. Minum air masak 2-3 liter sehari. Amalkan makan vitamin Shaklee dengan minum air masak bukan air manis.
  2. Jarakkan masa 2 jam pengambilan vitamin, ubat klinik dengan pengambilan vitamin Shaklee. Ini bagi memastikan setiap vitamin yang anda makan dapat diserap dengan baik dan mengelakkan darah menjadi pekat dan sekaligus menyebabkan tekanan darah tinggi akibat dos vitamin yang terlalu banyak dalam satu masa.
  3. Jarakkan masa 2 jam pengambilan minuman kafein seperti kopi, teh, nescafe dengan pengambilan vitamin Shaklee. Ini kerana minuman kafein menghalang penyerapan vitamin.
Harga vitamin ini Insya Allah amat berpatutan dengan bajet anda.
  • 1 botol B Complex mengandungi 120 biji untuk pengambilan selama 4 bulan berharga RM53.75.
  • 1 botol Vitamin E  mengandungi 120 kapsul untuk pengambilan selama 4 bulan berharga RM149.00.
  • 1 botol Vitamin C SR mengandungi 180 biji kapsul untuk pengambilan selama 3 bulan berharga RM92.50.
Untuk nasihat percuma dan  harga vitamin Shaklee, sila hubungi saya di:
  
sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee



1 comment:

  1. Saya juga sangat suka menggunakan set kecantikan kulit asas Shaklee & juga set penjagaan kulit Nutriwhite.
    http://bit.ly/1nmWf6K

    ReplyDelete