Assalamualaikum w.b.t
Tahukah anda, air merupakan elemen penting dalam proses anda menguruskan badan?
Setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Paling optimum, sehari seorang individu memerlukan 2-3 liter air. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.
Peratusan keperluan air dalam sistem tubuh badan |
Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik yang dicipta Allah s.w.t. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.
Masalah mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan. Tapi ramai yang tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang. Seterusnya penyakit yang lebih kronik bakal datang tanpa diundang.
Mengantuk selepas makan tengah hari? Petanda penting badan anda kekurangan air. |
Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:
- Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
- Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
- Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
- Tekanan darah menurun
- Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
- Lesu pada waktu siang
- Sakit belakang
- Dehidrasi
- Sakit kepala
- Memperlahankan kadar metabolisma
- Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
- Sendi dan otot mengalami kekeringan
- Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
- Meningkatkan keinginan untuk makan menyebabkan darah menjadi pekat
- Mudah keliru.
- Degupan jantung meningkat
- Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan Kepada anda yang ingin mendapatkan berat badan ideal bolehlah mengambil vitamin tambahan yang terdiri dari Lecithin, Omega, Alfalfa, Herbalax, Cinch Shakes dan ESP. Untuk mengetahui kombinasi vitamin boleh baca di sini.
Bagi mereka yang memerlukan minuman tenaga dan kecergasan sepanjang hari boleh bermula dengan Performance Drink Orange. Sila layari informasi produk di sini
Kepada anda di luar yang mempunyai sebarang pertanyaan dan nasihat untuk masalah kesihatan, tip sihat dan rundingan percuma dan eksklusif sila hubungi saya di:
sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
email: kizeewattyzainal@gmail.com
FB: Kizeewatty Zainal
Jom Like FB fanpage saya di Kizee Healthyvita Shop
1 Botol Lecithin 180 kapsul berharga RM52.50.
1 Botol Omega 90 kapsul berharga RM136.00.
1 Botol Alfalfa 330 biji berharga RM53.75.
1 Botol Herbalax 90 biji berharga RM52.50.
1 canister Cinch Shakes 544gram berharga RM173.00.
1 canister ESP 544gram berharga RM150.00.
1 canister Performance Drink Orange 539 gram berharga RM82.50.
Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee
No comments:
Post a Comment