Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, setelah setengah tahun bersiaran dan berniaga secara online dan berblogging di alam maya ini, dengan rasminya saya berasa amat bersyukur kerana blog saya 'Panduan Kehidupan dan Kesihatan Sunnah' ini semakin dikunjungi masyarakat dari seluruh pelusuk dunia. 1 hari sudah mencapai 100 pautan dan kadangkala mencapai 250 pautan.=)
Kegembiraan yang tak terkata. Tak pernah saya sangka saya mampu lakukan semua ini. Ya saya, seorang yang pemalu, kurang membaca, buta IT, kuat beralasan, berfikiran negatif, dan bermacam lagi sifat buruk yang ada pada saya. Namun kini semua itu sudah berkurang dan hari demi hari saya lalui dengan perasaan baru dan lebih positif . Nak tahu kerana apa?
Semuanya kerana kurniaan dan petunjuk dari Allah. Dia yang pertemukan saya dengan kawan-kawan dan guru yang terbaik untuk saya, di masa yang tepat bila mana saya memerlukan seseorang untuk membimbing saya, Puan Masayu Ahmad dan Puan Khairunnisa Hamzah. Mereka inilah yang banyak membimbing saya, menukar persepsi saya bahawa kita wanita Islam mampu melakukan apa sahaja. Paling mudah adalah menyampaikan apa yang kita tahu, dan menyampaikan pengalaman berguna yang kita pernah alami kepada masyarakat di luar.
Saya mendaftar dengan kelas asas blog ini pada awal bulan Julai 2013, menamatkan dan bergraduasi pada akhir bulan Ogos 2013. Memang memakan masa agak lama, kemudiannya saya telah dilantik menjadi Pembantu Kelas Asas Blog. Kelas dengan arahan yang mudah dan senang maka Insya Allah kita akan mudah dan cepat menghabiskannya. Pokok pangkal hati dan kerajinan. Hati niat kerana Allah, dan kerajinan Insya Allah akan menyusul kemudian, kerana niat untuk menyampaikan ilmu pasti akan menggerakkan hati dan jari jemari kita untuk terus menulis walaupun dalam waktu dan masa yang menyekat.
Saya mula disiplinkan diri, tentukan aras blog saya ini. Dalam seminggu saya pastikan, mesti ada 2-4 blog yang perlu saya paparkan. Dalam masa yang sama saya tulis senarai pendek segala apa yang akan saya huraikan dalam blog ini. Bukan setakat suka-suka atau syok sendiri, tapi lebih pada pengisian manfaat yang dapat dikongsi bersama. Kemudian saya wujudkan buku Catatan Harian atau lebih dikenali sebagai Buku Conteng di mana apa sahaja yang saya nampak dan terlintas di kepala, yang ingin saya tulis dan lakarkan di dalam blog saya. Buku Catatan Harian ini tidak semestinya berbentuk buku, malah boleh juga dicatat di dalam aplikasi NotePad di telefon atau smart phone, mengikut kesesuaian dan kreativiti masing-masing.
Berkemungkinan apa yang saya sampaikan tidaklah sebesar mana tapi pasti ada saja pembaca di luar sana yang merasakan tip atau panduan yang saya sampaikan ini bermanfaat dan mampu menyelesaikan masalah mereka. Inilah saham akhirat saya, setiap kebaikan yang kita sampaikan akan bertali arus dan bercabang bagai sungai yang sentiasa mengalir dan membentuk lautan jariah saya. Insya Allah.
Buat masa ini ramai rakan-rakan seperjuangan yang saya rasakan mempunyai pelbagai variasi pengalaman dan ilmu yang mana, mereka tidak segan dan lokek untuk berkongsi dengan para pembaca. Mari saya perkenalkan satu persatu.
Guru Besar / Pengasas Kelas Asas Blog
Puan Masayu Ahmad dengan blog Panduan Bekerja di Rumah (WAHM, SAHM, SOHO)
Guru Online Kelas Asas Blog
Puan Khairunnisa Hamzah dengan blog Panduan untuk Kediaman Idaman
Rakan-rakan Kelas Asas Blog saya
Puan Norsaadah Abdul Talib dengan blog Panduan Keibu-bapaan,
Puan Mariatul Qiptiyah dengan blog Panduan Kraf Riben dan Kertas,
Puan Hayati Shahadan dengan blog Dunia Seni Jahitan Kreatif
Puan Murni Zuriati Mohamed dengan blog Inspirasi Kejayaan Wanita
Puan Siti Nurulhusna Hashim dengan blog Idea Jimat Masa
Puan Nurmazlen Mohd Johar dengan blog Panduan Cara Hidup Sihat
Puan Azlina Zabha dengan blog Diari Ilmu Kehidupan
Puan Adillah Ismail dengan blog Khidmat Sosial Untuk Masyarakat
Puan Munirahmalek dengan blog Jana Wang Dengan Bisnes Online
Noorulainakib dengan blog Tips Berbicara Melalui Video
Puan Rafeah bt Wahi dengan blog Gaya Hidup Mesra Alam
Kayrul Hidayah Mansor dengan blog Kesihatan Pekerjaan dan Kesihatan Bandar
Farahdalila Rashid dengan blog Bijak Kewangan Bijak Kesihatan
Puan Noraini Abdul Rahman dengan blog WarisanHawa Creationzs
Muizah Kurtubi dengan blog TIPS BUSANA ISLAM
Puan Malissa Mahba dengan blog Selangkah Dunia Baru
Puan Ruth Muareen dengan blog Mom's Natural Secret
Ramai lagi yang ingin saya perkenalkan di sini. Anda boleh layari rakan-rakan penulis yang lain di Alumni Penulis dari Rumah di sebelah kanan ruangan blog saya. =) Setiap penulis di sini mempunyai blog yang unik yang boleh menjadi rujukan anda dalam menempuh hari-hari mendatang dan Insya Allah sama-samalah kita menyampaikan kebaikan dan ilmu antara kita.
Bagi anda yang masih tertanya-tanya apa itu blogging dan apa manfaatnya pada diri anda, jombaca di sini. Antara pakej-pakej yang berbaloi untuk anda sertai seperti di bawah:
Pilih Yuran 1
Yuran Pakej 1 Kelas Asas Blog & Fanpage atau Kelas Asas Blog & Penulisan Percuma 1 E-Book |
atau
Pilih Yuran 2
Yuran Pakej 2 Kelas Asas Blog & Fanpage atau Kelas Asas Blog & Penulisan Keahlian Akademi Bekerja di Rumah dan Percuma 3 E-Book |
atau
Pilih Yuran 3
Yuran Pakej 3 Kelas Asas Blog & Fanpage atau Kelas Asas Blog & Penulisan Keahlian Akademi Bekerja di Rumah dan Percuma 4 E-Book |
atau
Pilih Yuran 4
Yuran Pakej 4 Kelas Asas Blog & Fanpage atau Kelas Asas Blog & Penulisan Keahlian Akademi Bekerja di Rumah dan Percuma E-Book, Penulisan Novel dan 2 Novel/Cerpen |
Bagi anda yang berminat dan teringin untuk membina blog anda sendiri dengan cara mudah dan santai, atau mungkin hanya ingin bertanya jangan segan silu, sila hubungi saya di:
Email : kizeewattyzainal@gmail.com
FB Official :Kizeewatty Zainal
SMS WHATSAPP PM : 0192484428 atau tinggalkan komen di bawah.Anda boleh membuat pembayaran ke:
Kizeewatty Zainal
Maybank 101245259053
aftar hari ini
sebelum yuran kelas asas blog semakin meningkat selaras dengan
kemasukan peserta kelas asas blog yang semakin hari semakin bertambah!!
Salam Sayang
Puan Kizeewatty
Pembantu Kelas Asas Blog
Pasir Gudang Johor
No comments:
Post a Comment