May 28, 2014

Ulasan Peserta Kelas Asas Blog Penulisan Azura Abdullah

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Ulasan Peserta Kelas Asas Blog Penulisan Azura Abdullah

Sumber: http://azuraabdullah.blogspot.com/2013/10/amazing-race-ulasan-kelas-blog-dan.html
 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah. Dengan izin Allah swt akhirnya pada tanggal 31hb Oktober, 2013 berjaya juga saya siapkan tugasan 44 artikel yang diberikan Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah, Puan Masayu Ahmad selepas berkayuh keras melawan arus selama 4 bulan. Ini antara cabang persediaan saya meninggalkan kerjaya tetap menuju kerjaya baru yang telah lama saya idamkan, WAHM (Working At Home Mom). Doakanlah semuanya berjalan lancar untuk saya. Saya bermula di kala kekangan kerja di pejabat sangat keras dengan pelbagai kes yang menuntut komitmen luar biasa dari saya. Namun fleksibiliti yang ditawarkan melalui kelas di bawah bumbung Akademi Bekerja Di Rumah ini amat memahami situasi tersebut. Tiada kelas formal secara offline yang perlu saya hadiri and tiada waktu tetap yang saya perlu dial-in (seperti phone call meeting atau conference call meeting). Ianya lebih kepada satu ikatan antara Mentor dan Mentee yang sentiasa bersama tak kira waktu, "coaching" akan diberikan berdasarkan senarai tugasan yang telah ditetapkan dalam setiap modul kelas yang telah dilanggani. Sangat mudah. Itu lah yang saya cari dan saya temui di Akademi Bekerja Di Rumah.

Bukan itu sahaja, sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat mutinasional yang mempunyai 80000 pekerja di seluruh dunia dengan pelbagai pendedahan yang saya dapat di tempat kerja saya, merantau dipelbagai pelusuk dunia, bukanlah mudah untuk seseorang atau sesuatu itu mendapat komitmen dan mengikat diri saya. Tetapi Puan Masayu Ahmad, Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah berjaya melakukannya. Idea dan konsep Akademi Bekerja Di Rumah itu sendiri telah menarik perhatian saya. Suatu idea dan konsep yang benar-benar di luar kotak (out of the box thinking). Memahami idea dan konsepnya sahaja telah membuat saya terpikat, belum lagi terlibat. Ianya suatu idea dan konsep bisnes yang sangat menarik. Suatu idea dan konsep bisnes yang tidak mementingkan diri sendiri. Suatu idea dan konsep bisnes yang win-win. Suatu idea dan konsep bisnes yang memenuhi tuntutan sosial dan mendidik anak bangsa. Suatu idea dan konsep bisnes yang menjana ekonomi para suri dan mereka-mereka yang terkapai-kapai di luar sana.


Saya mula berkecimpung dalam arena blogging bermula 2hb Februari, 2009 tanpa sebarang asas dengan bahasa rojak, tanpa arah. Sekadar berkongsi minat saya dalam menghasilkan barang kemas buatan tangan (handmade jewelries) bersama-sama rakan-rakan dan seterusnya menjualnya melalui blog setelah ada yang berminat dengan melihat gambar-gambar kerjatangan saya melalui blog. Saya juga terlibat dengan kerja-kerja amal bersama NGO dan turut berkongsi melalui blog lama saya www.comeybelako.blogspot.com. Terasa benar kelainannya bila berguru dengan mereka yang pakar, betullah cakap orang-orang tua, "hendak belajar perlu berguru". Jika kita boleh belajar dari pengalaman orang lain kenapa kita perlu bersusah payah melalui kesakitan dengan menongkah arus tanpa hala tuju.

Melalui Akademi Bekerja Dari Rumah juga saya dapat membina jaringan sosial secara percuma. Trafik ke blog yag dijana melalui Akademi Bekerja Di Rumah juga sangat hebat. Belum pun habis tugasan, saya sudah berjaya menarik lebih 3 ribu trafik. Dengan adanya jaringan sosial percuma secara tak langsung saya mendapat promosi percuma ke atas bisnes yang saya miliki. Apalagi yang penting selain modal sosial - itu yang dapat saya bina melalui blog ini. Selain berkongsi pengalaman pahit panis, saya juga membina reputasi. Masyarakat hanya mahu berbisnes dengan mereka yang punya reputasi positif samada dari segi personal atau profesional.

Berkajang kalau hendak saya senaraikan kebaikan yang saya perolehi melalui kelas yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah ini. Apa kata anda cuba sendiri? 

********************************************************************************

Bagi anda yang berminat dan teringin untuk membina blog anda sendiri dengan cara mudah dan santai, atau mungkin hanya ingin bertanya jangan segan silu. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.  


Untuk sebarang pertanyaan, hubungi saya melalui : 
 
FB Official :Kizeewatty Zainal 
SMS WHATSAPP PM : 0192484428 atau tinggalkan komen di bawah.
 
Salam Sayang,

Puan Kizeewatty
Pembantu Kelas Asas Blog dan Pengurus Online ABDR.
Pasir Gudang Johor 

May 27, 2014

Ulasan Peserta Kelas Asas Blog Penulisan Siti Nadzifah

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Ulasan Peserta Kelas Asas Blog Penulisan Siti Nadzifah

Sumber:http://sitinadzifah.blogspot.com/2013/10/ulasan-kelas-online.html

Pejam celik pejam celik rupanya sudah sebulan juga saya menyertai Kelas Asas Blog dan Penulisan di bawah kelolaan Puan Masayu Ahmad. Alhamdulillah, berjaya juga saya menyiapkan tugasan pertama yang diberikan. Seingat saya, saya mengetahui tentang kelas ini adalah melalui group kedai buku online network di mana saya menyertai program dropship dengan Puan Masayu Ahmad. Saya antara yang terawal juga yang diberikan peluang untuk menyertai kelas ini ketika beliau mula-mula menubuhkan kelas. Tetapi disebabkan kebimbangan yang timbul di hati saya membuatkan saya hanya menjadi pemerhati senyap sedangkan perasaan ingin turut serta membuak-buak.

Rasa seperti tidak percaya pun ada bila memikirkan kembali bagaimana saya boleh membina blog dan menulis catatan di blog hampir setiap hari memandangkan jadual saya sebagai seorang wanita berkerjaya sangat padat. Rupanya ada cara dan teknik tertentu yang boleh dilakukan bagi melatih diri supaya sentiasa konsisten dan sentiasa dihujani idea untuk menulis.

Semuanya diajar dan dibimbing oleh guru-guru kelas ini yang dijalankan 100% secara online. Pada mulanya saya tidak yakin saya dapat memberikan komitmen sepenuhnya untuk kelas ini. Bimbang kalau-kalau tidak menyiapkan tugasan dalam tempoh yang diberikan dan tidak mahu ketinggalan dalam kelas membuatkan saya takut untuk mendaftar. Disebabkan alasan itu, saya hanya memendam sahaja keinginan untuk belajar dan hanya memerhati sahaja perkembangan kelas ini.

Walaupun saya tidak menyertai kelas ini,
saya tetap mengikuti perkembangan kelas dan pelajar kelas ini. Saya membeli e-book asas penulisan blog dari Puan Masayu dan cuba membina blog sendiri. Tapi benarlah kata orang belajar dengan berguru adalah lebih senang dan tidaklah tersesat jalan. Lain hasilnya membuat sesuatu dengan bimbingan guru dengan tidak berguru. Saya juga turut membaca koleksi tulisan beliau seperti buku Jana RM Dari Rumah dan e-book Super WAHM Super Mom.

Sehinggalah pada suatu hari saya terbaca mengenai ulasan-ulasan tentang kelas asas blog ini yang ditulis oleh pelajar-pelajar beliau. Dari situlah saya mengetahui bahawa ramai juga di antara mereka yang menyertai kelas ini merupakan wanita yang berkerjaya. Rupanya mereka juga seperti saya sentiasa sibuk dengan urusan kerja dan rumahtangga. Daripada ulasan mereka barulah saya betul-betul memahami konsep kelas 100% online ini. Terasa diri ini begitu rugi kerana menunggu terlalu lama untuk berubah dan menyahut cabaran.

Kelas ini begitu flexible kerana perantaraan antara protege dan mentor hanyalah melalui medium internet. Konsepnya cukup senang iaitu boleh bertanya bila-bila masa dan di mana sahaja. In shaa Allah akan ada guru yang membantu. Perjalanan kelas pula berdasarkan e-book yang diberilan sebaik mendaftar dan bimbingan melalui group di Facebook. Cukup mudah dan flexible. Protege tidak terikat dengan waktu yang ditetapkan, terpulang kepada kita bagaimana menguruskan masa. Jika rajin dan konsisten cepatlah mendapat hasilnya.

Akhirnya, saya nekad untuk mendaftar masuk ke Kelas Puan Masayu. Ternyata kelas ini cukup santai dan saya boleh tetapkan sendiri jadual saya. Bila ada persoalan boleh diajukan bila-bila masa sahaja. Selain itu, protege yang tidak mempunyai produk akan diberikan bimbingan untuk melakukan bisnes secara dropship di mana produk akan disediakan tanpa perlu menyimpan stok.

Banyak lagi kelebihan-kelebihan yang dapat dinikmati setelah menjadi sebahagian dari ahli alumni bekerja dari rumah ini. Rakan sekelas juga ramai membolehkan kita menambahkan lagi jaringan network rakan-rakan alam maya ini. Harapan saya semoga dengan menyertai akedemi ini, saya dapat membuat persediaan untuk mula bekerja hanya dari rumah dan menjana pendapatan pasif pula pada masa akan datang.


***************************************************************************************

PM saya untuk mendaftar ke mana-mana kelas online/offline. Soalan Analisa akan diberikan sebelum diterima sebagai protege untuk dilatih.

Ebook Akademi akan diberikan kepada peserta mengikut pakej yang di ambil. Bagi mendapatkan ebook tanpa masuki kelas, juga boleh, senarai ebook akademi adalah seperti berikut:

1. Ebook Belajar Asas Blog
2. Ebook Superwahm Supermom
3. Ebook 101 idea home based bisnes
4. Ebook Mula butik online dan offline
5. Ebook Panduan Kediaman Pertamaku
6. Ebook Pantang 44 hari moden dan tradisional
7. Ebook Panduan Bersalin Alami

cara daftar kelas dan dapatkan ebook dengan hubungi saya di:
 


FB Official :Kizeewatty Zainal 
SMS WHATSAPP PM : 0192484428 atau tinggalkan komen di bawah.


Salam Sayang,

Puan Kizeewatty
Pembantu Kelas Asas Blog dan Pengurus Online ABDR
Pasir Gudang Johor 

May 25, 2014

Rangkaian Khasiat dan Kebaikan ESP

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini saya ingin kongsikan rangkaian kombinasi kegunaan ESP Shaklee jika digabungkan dengan vitamin-vitamin lain.


ESP + Vitamin E 
untuk menghilangkan parut jerawat yang berlubang
untuk kulit cantik dan cerah tanpa perlu bermekap

ESP + Alfalfa
untuk payudara anjal 
menggalak dan memperbanyakkan susu ibu.

ESP + Ostematrix
untuk meredakan sakit kepala, migrain
untuk mengurangkan jaundice bayi bagi ibu menyusu

ESP + Zinc
untuk menghilangkan parut (hitam)
untuk menyembuhkan luka bagi ibu yang bersalin 
untuk mengurangkan rambut gugur

ESP + Omega Guard
untuk mengurangkan risiko keguguran dan pra-matang bayi bagi ibu hamil
untuk perkembangan minda dewasa dan anak

ESP + Peppermint Ginger Plus
untuk ibu hamil yang mengalami mual dan muntah

ESP + Lecithin+ Alfafa 
untuk mendapatkan kembali bentuk badan yang cantik selepas bersalin
untuk kuruskan badan bagi obesiti dan buncit

ESP + Carotomax 
mendapatkan pipi yang kemerahan
untuk memperbaiki kesihatan mata
untuk mendapatkan kulit yang cantik

ESP + GLA
untuk mendapatkan kulit dan kulit muka yangg putih, halus dan bebas jerawat.

ESP + Vitalea
untuk kesihatan menyeluruh untuk seisi keluarga

ESP + Performance Drink
untuk meningkatkan tenaga 
untuk meningkatkan tahap ketika puasa




Kombinasi ESP dan Tambahan Vitamin Shaklee


Apa kelebihan menjadi Ahli Shaklee? 


Untuk konsultasi/nasihat percuma, harga vitamin atau keahlian Shaklee, jangan segan silu hubungi saya. 

sms: pm: whatsapp ~ Kizee 0192484428
Jom Like FB fanpage: Kizee Healthyvita

Header Baru di Blog Saya

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, seminggu yang lepas Blog Panduan Kehidupan dan Kesihatan Sunnah mempunyai wajah header blog yang baru.




 Ianya merupakan rekaan kreatif daripada Puan Sue Haida. Beliau merupakan seorang WAHM yang menjana pendapatan sepenuh masa dari rumah dengan menggunakan kepakarannya dalam dunia rekacipta header blog, facebook dan watermark dengan harga berpatutan dan murah.

Tempahan blog ini yang ditawarkan beliau semestinya mengikut citarasa seseorang individu samada inginkan bentuk dan inspirasi moden. professional atau sebaliknya. Masa rekabentuk yang diambil Puan Sue juga tidak sampai sehari. Beberapa jam tempahan header kita akan siap untuk disemak terlebih dahulu. Jika ada yang kurang berkenan, pengubahsuaian akan dilakukan dan juga disiapkan pada hari yang sama.

Senarai Harga untuk Header Blog daripada Sue Haida

Untuk segala pertanyaan bolehlah berurusan dengan Puan Sue di 0127223482

**************************************************************************************

Sertai kami di Akademi Bekerja Dari Rumah  iaitu ABDR, khas untuk setiap orang yang ingin bebas bekerja di rumah dengan masa sendiri  dengan menggunakan kemahiran, kepakaran dan mengembangkan bisnes sedia ada atau mengembangkan hobi dan minat sebagai pendapatan sampingan atau sepenuh masa.

Untuk Bergabung dalam Akademi Bekerja Di Rumah, boleh pilih mana-mana khusus online /offline untuk di sertai selain menerima ebook-ebook akademi sebagai rujukan apabila mendaftar ke mana-mana kelas :

1. Kelas asas blog dan penulisan (blog perkongsian)
2. Kelas asas blog dan fan page niaga (blog kedai)
3. Kelas asas blog belajar serentak 1-2
4. Kelas asas blog dan penulisan kreatif (cerpen)
5. Kelas asas blog bisnes telekung borong
6. Kelas pengurusan akaun online
7. Bengkel Pengurusan akaun offline

PM saya untuk mendaftar ke mana-mana kelas online/offline. Soalan Analisa akan diberikan sebelum diterima sebagai protege untuk dilatih.

Ebook Akademi akan diberikan kepada peserta mengikut pakej yang di ambil. Bagi mendapatkan ebook tanpa masuki kelas, juga boleh, senarai ebook akademi adalah seperti berikut:

1. Ebook Belajar Asas Blog
2. Ebook Superwahm Supermom
3. Ebook 101 idea home based bisnes
4. Ebook Mula butik online dan offline
5. Ebook Panduan Kediaman Pertamaku
6. Ebook Pantang 44 hari moden dan tradisional
7. Ebook Panduan Bersalin Alami

cara daftar kelas dan dapatkan ebook adalah dengan mengisi borang online di sini


http://kizeewattyzainal.blogspot.com/p/borang-tempahan.html
 
 
Kizeewatty Zainal
Rakan Niaga Akademi Bekerja Dari Rumah

Spageti Sos Cendawan

Teks: Kizeewaatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.

Apa makan malam anda? 

Setiapa malam perlukah makan nasi dan lauk pauk yang berat? Apa kata tukar menu anda malam kita. Malam ini spageti sos cendawan merupakan makan malam saya dan suami. bahan-bahannya amat mudah didapati di kedai runcit. Resepi saya di bawah ini untuk sajian dan santapan 4 hingga 5 orang.

Bahan-bahan:
  • 1/2 paket spageti
  • 3-4 batang sosej 
  • 1/2 botol sos tradisional prego / sos spageti tradisional atau cendawan kimball
  • 15 biji bebola daging atau ayam (dipotong dua) / setengah bungkus daging atau ayam kisar
  • 2 biji bawang merah (mayang halus)
  • 3 biji bawang putih (mayang halus)
  • 2-3 sudu cili giling / 5 biji cili padi (dihiris)
  • 1 cawan air
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu gula sebagai perasa
  • Garam sebagai perasa
  • Minyak masak 

Cara-cara:
  1. Masak air di dalam periuk dengan 1 sudu minyak masak. Setelah mendidih masukkan 1/2 paket spageti yang telah dipatah dua (supaya muat dimasak di dalam periuk). Setelah mendidih angkat spageti dan toskan.
  2. Sementara menunggu spageti masak, tumis bawang merah, putih dan cili giling (atau cili padi) hingga naik bau.
  3. Masukkan sosej dan bebola daging (atau daging kisar). Goreng sehingga sebati dan betul-betul masak.
  4. Masukkan setengah botol sos spageti dan kacau sebentar. 
  5. Kemudian masukkan air masak dan kiub ayam, biarkan sos hingga mendidih.
  6. Akhir sekali masukkan gula dan garam.



Selamat mencuba dan Salam Sayang Daripada Saya =)

Kizeewatty Zainal
Rakan Niaga Akademi Bekerja Dari Rumah.

May 24, 2014

Ulasan Peserta Kelas Asas Blog Penulisan Khairunnisa Hamzah

 Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t


Ulasan Peserta Kelas Asas Blog Penulisan Khairunnisa Hamzah

Protege:Khairunnisa Hamzah
Blog:http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/


"Subhanallah, sungguh tak sangka saya menerima email dari MHI untuk masuk ke segmen menghias kediaman secara LIVE di MHI pada minggu ini.
Namun apakan daya, terpaksa menolak tawaran ini kerana tidak ada di rumah minggu ini. Mungkin ada rezeki di lain kali. Alhamdulillah syukur nikmat. Katanya, mereka nampak saya di blog. Ini pengalaman saya, kongsikan kisah , pengalaman, kepakaran dan seciput ilmu di laman blog, mungkin ia boleh dimanfaatkan untuk orang lain. Berbanding ia tercatat di diari atau sekadara terpahat diminda, ia hanya untuk kenangan peribadi. Semua orang boleh merealisasikan impian kecil menjadi sebuah kejayaan besar! Ayuh mulakan." Catatan 25 September 2013.
Blog bersiaran di majalah Era Muslimah

Alhamdulillah, blog "panduan Untuk Kediaman Idaman" versi alam maya kini telah bersiaran di Majalah Era Muslimah versi majalah Fizikal. Allah maha hebat. Sungguh Dia maha kuasa. Inilah yang selalu dikatakan Kuasa Minda, Berfikir, laksana, Doa, Tawakal, Minta keberkatan, perkara Mimpi boleh jadi realiti. Allah mendengar doa setiap hambanya. Teruskan berdoa. Niat ku hanyalah satu "mahu berkongsi selagi masih bernyawa"

Artikel sulong bakal lahir di majalah Era Muslimah pada keluaran bil 19 ini. Dapatkan majalah era muslimah. Insyaallah jika diizinkan oleh Allah, saya akan terus berada di Era Muslimah pada keluaran setiap bulan sebagai kolumnis "kediaman idaman" . "Blog Panduan Untuk Kediaman Idaman" versi alam maya kini dah jadi versi fizikal dan boleh di dapatkan dengan melanggan majalah era muslimah.

Jika ada yang nak melanggan majalah ni boleh hubungi saya ya. Moga Allah terus salurkan idea-idea semasa untuk saya ketengahkan kepada orang ramai. Terasa seperti ada satu tanggungjawab sudah. Bagi sahabat senibina (arkitek) yang lain, jika ada isu untuk dikedepankan, boleh lah berkongsi dengan saya untuk saya menulis artikel tentang isu berkenaan. Moga inilah permulaan kepada satu perubahan besar dalam dunia senibina dan dunia seni kehidupan di kediaman. Ini tagline saya untuk semua "Hiasi Kediaman, Hiasi Peribadi" Terima kasih kepadamu ya Allah dan juga kepada Editor kak Nik Fauziah Nik Hussin dan Majalah Era Muslimah di atas pengalamanan dan peluang ini. Ya Allah, keranamu lah "aku lakukan keputusan ini , Ya Allah"

-Untuk sahabat yang berkerjaya sebagai suri rumah sepenuh masa-“Mengapa orang tidak melihat suri rumah itu sebagai satu profesyen, sedangkan si isteri mungkin berpendidikan tinggi tetapi sanggup berkorban untuk menjaga sendiri anak-anak di rumah dan menguruskan rumah tangga. Kalau seorang ibu mempunyai enam orang anak, hakikatnya dia ibarat seorang guru yang mengajar enam buah kelas. Ini kerana setiap anak tidak sama serta memerlukan pendekatan yang berbeza dalam mendidik mereka.” Dato' Dr Johari Mat.

Saya sangat sarankan yang ada kepakaran, ada ilmu turut berkongsi dengan orang ramai. Blog adalah tools yang terbaik dan percuma saja. Belajar bina asas blog yang gemar dikunjungi dan bermanfaat pada orang lain. Elakkan pembaziran masa dan minat di mana ramai yang ada blog tetapi sayangnya ia hanya untuk melepaskan gian sorang diri, namun ramai yang boleh membacanya. Adalah lebih baik jika kemahuan untuk menulis itu disalurkan dengan cara yang betul dan boleh dimanfaatkan.

Kenapa kelas ini diadakan? Inilah sumbangan kami terhadap wanita dan suri rumah baik yang bekerja di luar mahupun di rumah saja. Kami sendiri telah lihat dan rasa kesenangan dan keseronokkan bekerja di rumah dengan menggunakan laptop, internet dan handphone. Mudah bekerja, menjana pendapatan, dalam masa yang sama anak di asuh dan dijaga dengan tangan sendiri begitu juga dengan urusan dan kebajikan rumah. Jika kalian adalah suri yang berijazah, saya sangat alau-alaukan kalian untuk berkongsi kepakaran dan ilmu kalian dgn orang ramai. Mula daftar sekarang sebelum yuran kelas mula meningkat. Sementara masih berbaloi dan harga mampu serta, mari kita mulakan hari ini :)

**************************************************************************************************

Bagi anda yang berminat dan teringin untuk membina blog anda sendiri dengan cara mudah dan santai, atau mungkin hanya ingin bertanya jangan segan silu. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.  
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi saya di:
 
FB Official :Kizeewatty Zainal 
SMS WHATSAPP PM : 0192484428 atau tinggalkan komen di bawah.


  Daftar hari ini sebelum yuran kelas asas blog semakin meningkat selaras dengan kemasukan peserta kelas asas blog yang semakin hari semakin bertambah!!

 

Salam Sayang,

Puan Kizeewatty
Pembantu Kelas Asas Blog dan Pengurus Online ABDR.
Pasir Gudang Johor

May 23, 2014

Soft Fabric Concentrate Melembutkan Pakaian

Teks: Kizewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Pekatan pelembut fabrik yang berbau harum ini berkesan mengelakkan pakaian daripada berkedut dan melekat pada badan akibat kesan statik, berbanding produk lain yang anda sedang gunakan. Malah, rumusan berkepekatan tinggi ini amat menjimatkan dan membolehkan anda merasai perbezaannya dengan sekali sentuhan.

Soft Fabric Concentrate (946ml)

Soft Fabric Concentrate
(946ml)

  • Berkepekatan tinggi: 32 auns mampu melembutkan 64 cucian
  • Melembutkan, mengurangkan kedut dan mengawal kesan statik secara semula jadi
  • Botol kecil mudah dibawa, dituang dan disimpan

Keunikan Shaklee

Selamat
  • Tidak toksik
  • Tiada gas beracun
  • Tiada bahan kimia berbahaya
  • Tanpa pewangi
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Amat berkesan menanggalkan minyak. Ultra-pekat: 16 oz. Boleh dicairkan menjadi 48 gelen
  • Dua kali lebih pekat berbanding rumusan asal
  • Basic H (hanya gunakan separuhsahaja)
Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber semulajadi (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan

Petua Berguna
  • Gunakan cecair Soft Fabric untuk cucian dengan mesin basuh. Ia membantu mengelakkan pakaian daripada berkedut dan melekat pada badan akibat kesan statik, malah pakaian keluarga anda terasa lebih lembutberbanding sebelumnya.
  • Perbandingan prestasi ini dijalankan pada 20 Jun 2006, dan keputusannya sah hanya untuk produk tertentu yang dipasarkan ketika itu. Semua tanda dagangan adalah hak proprietari pemilik masing-masing.

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut sila hubungi saya di:

sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
 
atau  
PM di FB: Kizeewatty Zainal   
FB fanpage saya  di Kizee Healthyvita
 
Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

May 22, 2014

Ulasan Peserta Kelas Asas Blog Penulisan Kuazue Mohd

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t


Ulasan Peserta Kelas Asas Blog Penulisan Kuazue Mohd

Guru Online : Anys Idayu Hj Zakaria
Sumber : Kraf Seni Jahitan & Sulaman serta Ulasan Kelas BLOG PENULISAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Sebagaimana para pembaca sedia maklum, dahulu, blog cik azue ini bertajuk; "Ini Cerita Kami" . Dan latar belakang blog itu ada komputer riba, nota bergantungan serta buih-buih warna warni memenuhi ruang. Itu adalah gambaran pekerjaan dan kehidupan cik azue diketika itu. Untuk tambahan makluman, blog seperti dibawah adalah blog terakhir yang cik azue kemaskini susunaturnya dari tahun 2011 kalau tidak silap.

Tapi kenapa ya cik azue memberi nama blog itu dengan nama "Ini Cerita Kami" ya? Ya, kalau anda ingin tahu, pada asalnya cik azue menulis blog ini pada tahun 2009 dengan nama blog pada ketika itu adalah "The little craft cotage". Tujuan asal adalah kerana hendak pamerkan hasil kerja tangan setelah menduduki kelas atas talian bagi pelajaran Seni Sulaman Reben kelolaan Puan Suzana.

Cuma setelah cuba beberapa kali, jari jemari cik azue tidak dapat menjalankan tugasnya dengan sempurna, berikutan kemalangan yang dialami pada tahun 2008. Sayang tetapi tidak mengapa, segala ilmu akan diguna pakai semula suatu hari nanti. Oh ya, Cik azue belajar untuk mak sebenarnya. Mak teringin nak menyulam guna reben, tapi mak tak boleh lagi menjahit sulam tangan kerana selepas melahirkan adik yang terakhir, mak mengalami kebas-kebas jari, dimana mak tidak dapat merasa benda-benda halus seperti jarum jahit itu. Dan kerana sering mendengar mak bercerita tentang ketaksuban mak melihat orang-orang yang pandai dengan seni sulaman reben itu, makanya cik azue mengambil peluang memuaskan hati mak. Dan memang mak sangat gembira bila cik azue dan adik bongsu tunjukkan hasil yang telah dipelajari dan itulah yang membuatkan mak tersenyum bahagia.


Selepas itu, cik azue menukar kembali nama blog menjadi seperti gambar diatas. "Ini Cerita Kami" adalah sebenarnya cerita yang cik azue dan keluarga di sini alami untuk tatapan mak di kampung. Mak akan lihat blog ini bila mana adik bongsu buka blog ini dan biarkan mak lihat dan baca sendiri. Semuanya adalah untuk tatapan mak.

Selepas cik azue berfikir untuk berubah haluan, banyak yang cik azue buat demi untuk berubah kerana ingin mengubah. Nanti kita kongsi bersama ya di entri akan datang, In shaa Allah.
Bertemu dengan blog Puan Masayu membawa cik azue mengenali GURU ONLINE ini. Setelah beberapa bulan mengkaji, cik azue mengambil keputusan untuk melabur bagi mencari sedikit ilmu dan selebihnya berhajat agar kumpulan sokongan ini dapat memberikan sokongan pada cik azue disaat-saat keperluaan emosi agak menjunam setelah bergelar WAHM. Siapa tahu akan ujian yang bakal kita hadapikan. Sekurang-kurangnya, kumpulan ini ada untuk saling sokong menyokong antara satu sama lain.

Baik, kenapa blog ini ditukar nama seperti hari ini. Ya, pada mulanya cik azue mahu kekalkan sahaj nama asal blog ini kerana mengenangkan memori bersama mak. Tetapi setelah berfikir secara rasional, cik azue tidak boleh selamanya hidup dalam kenangan itu. Ya, cik azue kena keluar demi kenangan itu. Dan atas kenangan itu, cik azue memilih nama blog ini seperti ini supaya cik azue lebih fokus dengan suatu benda yang asalnya kenangan yang mungkin boleh memberi dan menjana kewangan pada cik azue dan keluarga dikemudian hari. Dan semoga dengan lebih fokus cik azue lebih produktif dan punya hala tuju yang lebih menjaminkan.

Bercerita tentang Kelas Blog Penulisan, disini, cik azue diajar menjadi lebih fokus untuk menulis berdasarkan nama blog yang dipilih. Untuk cik azue, ianya nanti akan lebih menjurus kepada kecenderungan cik azue dengan kraft seni jahitan dan sulaman ini. 

Hasil Seni Sulaman Benang tahun 1990/1991 (projek SRT- SRP)
Projek yang sama tapi bunga nya dilukis almarhum BONDA dan disulam benang atas tunjuk ajar beliau

In shaa Allah, selepas bergelah WAHM, dapatlah kiranya cik azue membuat beberapa tutorial berkaitan sebagai perkongsian kita bersama.

Tutorial sulaman mesin, sulaman applique.

Apa lagi yang diperolehi dari kelas ini adalah disiplin untuk selalu menulis berdasarkan format blog yang kita pilih sendiri. Selain berpeluang belajar bagaimana menghasilkan sesuatu blog yang in shaa Allah memberi manfaat buat ramai orang dan juga tentang bagaimana menarik lebih ramai pelawat ke blog kita. Dengan perkongsiaan capaian blog rakan-rakan sealiran, cik azue juga selain mendapat informasi, boleh juga menjadi salah satu sumber untuk menarik traffik ke blog rakan-rakan yang lain.

Secara ringkasan, Kelas Blog Penulisan kelolaan guru online yang di asaskan oleh Puan Masayu ini telah membantu cik azue menjadi seorang yang lebih fokus, in shaa Allah serta sebenarnya lebih banyak kita belajar, lebih banyak juga yang kita tidak tahu.

Semoga Akademi ini dapat membantu lebih rami suri diluar sana.

Akhir Kalam, tidak salah belajar sesuatu yang kita sedia tahu keran lain guru, lain pula pengalamannya. Lain pengalaman, lain pula ilmunya. Semakin ramai guru, semakin banyak ilmunya, cuma tapis-tapiskan setiap satu ilmu yang diperolehi. Pilih yang betul-betul dapat memberikan manfaat ya.


Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

Hingga itu,
Wasalam

********************************************************************************

Bagi anda yang berminat dan teringin untuk membina blog anda sendiri dengan cara mudah dan santai, atau mungkin hanya ingin bertanya jangan segan silu. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.  


Untuk sebarang pertanyaan, hubungi saya melalui : 
 
FB Official :Kizeewatty Zainal 
SMS WHATSAPP PM : 0192484428 atau tinggalkan komen di bawah.
 
Salam Sayang,

Puan Kizeewatty
Pembantu Kelas Asas Blog dan Pengurus Online ABDR.
Pasir Gudang Johor