Teks: Kizeewatty Zainal
Assalamualaikum w.b.t
Setiap makhluk yang Allah jadikan ada peranan
dan fungsinya di muka bumi dan alam semesta ini, tidak ada yang sia-sia. Ini
salah satu janji Allah yang saya pegang selama mana saya hidup di bumi-Nya.
Saya sedar ramai antara kita terutamanya kaum hawa yang merasakan hidup mereka
kosong tidak ada hala tujuan. Pergi kerja balik kerja dan menjalankan rutin
harian yang saban hari berulang sama dan akhirnya kita terasa jemu. Jangan rasa
rendah diri dan fikir yang bukan-bukan kerana kewujudan kita ini ada sebab dan
maknanya yang tersendiri yang belum kita kupas lagi.
Apa sebab Allah jadikan kita? Secara
peribadinya, saya rasa amat bersyukur kerana dilahirkan di bumi Islam dan dalam
keluarga yang bahagia. Sentiasa ingat yang kita dilahirkan untuk menjadi anak,
adik, kakak, kawan, isteri dan ibu kepada orang tersayang di sekeliling kita.
Kita adalah kaum hawa yang kuat, tabah dan sanggup meredah apa jua cabaran
rintangan demi orang yang kita sayang. Anda di luar sana mungkin ada yang
terasa tidak gembira dengan kehidupan yang dilalui. Sedarkah kita yang kita
selalu memberi yang terbaik untuk orang lain tapi pernahkah kita terfikir mencari yang
terbaik untuk diri kita? Apa kata kita mula memberi yang terbaik pada diri kita
barulah kita akan rasa bermakna hidup di dunia dan Insya Allah di akhirat juga. Hargai setiap pemberian Allah kepada diri kita ini.

Setiap apa yang kita lakukan walaupun
sekecil zarah sekalipun hendaklah niat ikhlas semata-mata kerana Allah. Kita hendaklah
mengharapkan balasan yang terbaik daripada Allah s.w.t, dan jangan kita buat
sesuatu perkara itu hanya kerana inginkan pujian dan balasan daripada manusia.
Kerana manusia adalah manusia tidak pernah sempurna dan terlalu banyak
kelemahannya. Kelemahan inilah yang sering membuatkan kita kecewa dan putus asa serta berasa rendah diri. Seterusnya kita rasa hidup tidak
bermakna dan aura negatif mula menyelubungi kehidupan kita.
‘Always look on the bright side of life’. Apa yang kita fikir, apa
yang kita rasa, apa yang kita cakap dan buat, itulah doa buat kita dan Allah
akan makbulkan, Insya Allah. Jika kita rasa kita tidak pandai, tidak berbakat, tidak
bersemangat dan segala-galanya ‘tidak’ maka Allah akan beri secara percuma dan
selamanya kita hanyut dalam keadaan merendah diri hingga takut untuk mencuba sesuatu.
Antara sedar dan tidak sedar, sebenarnya
inilah diri saya yang dulu. Seorang yang berfikiran sempit dan negatif, tidak
berani untuk ke depan dan masih hidup dalam kepompong walhal ramai wanita terutamanya
suri rumah di luar sana yang telah berjaya merealisaikan impian mereka menjadi
seekor rama-rama yang mengembangkan sayapnya yang cantik. Bebas terbang
mengikut rentak sendiri tanpa risaukan segala kekangan jika dibandingkan ketika
berada di dalam kepompong. Saya kuatkan hati untuk memulakan perkongsian hidup,
ilmu dan pengalaman saya dengan berjinak dalam dunia blog. Sampai bila mahu
berdalih dan tidak bergerak. Jika orang lain boleh lakukan sehingga berjaya,
saya juga pasti boleh lakukan seperti mereka.
Bagaimana
mula menyertai kelas asas blog ini?
Saya dipertemukan dengan seorang mentor yang
sentiasa berada di sisi saya, tangan saya tidak pernah dilepaskan dan sentiasa
dipimpin. Beliau ialah Puan Khairunnisa Hamzah, seorang WAHM yang sanggup
melepaskan kerjaya yang hebat demi keluarga dan mempunyai niat suci untuk
membantu lebih ramai wanita berkerjaya dari rumah, sekaligus mereka mampu
mendidik anak-anak dan menjaga keluarga tercinta. Beliau seorang yang rajin
memberi kata-kata semangat di kala diri saya kekontangan idea untuk menulis.
Baginya kita kena sentiasa menulis dan menulis. Luahkan apa sahaja yang boleh
memberi manfaat kepada pembaca. Seorang yang menjadi sumber inspirasi saya,sentiasa berfikiran positif dan
setiap jalan buntu ada penyelesaiannya. Blog beliau di khairunnisahamzahara.blogspot.com banyak
berkisar tentang pengalaman dan ilmu yang sungguh berguna untuk para pembaca
dan tentunya menjadi contoh bagi saya yang baru menapak di laman blog
ini.
Apa
yang saya dapat dengan berblogging?
Inilah soalan saya semasa terdetik di hati
untuk memasarkan perniagaan vitamin dan makanan tambahan di internet. Bagi saya
blog memerlukan masa yang lebih untuk mempromosikan sesuatu barang berbanding
Facebook. Tapi sebenarnya landasan dan trafik pembaca di dunia blog amat luas
berbanding Facebook, Di mana kita akan di ‘link’ ke blog-blog yang lain dan
jumlah pembaca kita akan bertambah, sekaligus menaikkan peluang perniagaan
kita.
Saya mulakan penulisan saya dalam keadaan
santai kerana kelas ini tidak mempunyai had masa yang ditetapkan. Terpulang
pada masa terluang kita untuk membina blog masing-masing Arahan yang jelas diberikan mentor kami setiap
kali tugasan yang diberikan. Bagi yang kurang faham dan arif dengan dunia alam
maya ini kita digalakkan bertanya sehingga kita betul-betul paham. Jangan malu
dan segan kerana tiap soalan kita dapat membantu rakan-rakan yang lain.
Pengalaman saya selaku orang yang buta IT, pada mulanya saya
masih tidak memahami sebahagian tugasan dan cara melayari dunia blog walaupun
telah diterangkan satu persatu. Saya ambil inisiatif lain, hendak seribu daya
kan. Saya mula belajar dengan kawan di pejabat selepas waktu bekerja. Akhirnya
dengan mudah saya dapat memahami konsep blog ini. Blog saya juga selalu dipantau oleh
mentor dan banyak nasihat-nasihat berguna diberikan untuk menjadikan blog ini
lebih tampak professional di mata pembaca.
Saya diajar dari seseorang yang tidak tahu apa-apa hingga
kepada terbinanya satu blog yang boleh saya bawa lebih jauh lagi. Saya juga diajar cara-cara membina penjenamaan nama kita di ruang IT,
membina url blog, membina kategori berdasarkan pengalaman dan apa yang ingin
dikongsikan.
Paling penting niat kita berblogging ini kerana Allah s.w.t, untuk
mambantu lebih ramai pembaca mencapai impian menjana pendapatan dengan bekerja
dari rumah. Melalui kelas blog ini, kawan-kawan baru saya semakin ramai dan setiap
daripada mereka mempunyai hobi, bakat dan pengalaman berbeza. Mereka sentiasa
memberi impak positif dalam hidup saya dan bermulalah perkongsian ilmu antara
kami. Mereka merupakan guru dan kawan yang banyak membantu dan mendorong saya.
Sekaligus menjadi tanggungjawab kita pula
untuk membantu dan memberi yang terbaik pada orang lain pula. Dan begitulah
kitaran ilmu dan kebaikan yang akan disampaikan ke kepada masyarakat dan anak
cucu kita nanti. Insya Allah
Bagaimana
mencari idea untuk penulisan blog kita?
Setiap diri kita ini unik, walaupun hampir
sama tapi secara halusnya kita ini amat berbeza antara satu sama lain. Ilmu, pengalaman
dan perwatakan kita yang menentukan hala tuju blog berkualiti kita ini nanti.
Jangan takut untuk memulakan sesuatu. Saya
mulakan dunia blog saya ini dengan hati yang berdebar dan risau. Sentiasa
mencari ayat yang sesuai untuk diluahkan tapi Insya Allah lama-kelamaan saya
banyak mendapat idea dari perkongsian cerita dengan rakan-rakan dan juga dari
sikap ingin tahu, pembacaan buku dan juga maklumat di internet.
Secara tidak langsung saya rasakan dunia ini
luas dan banyak perkara yang boleh saya belajar dan beri, dari perkara yang
mudah hingga kepada perkara yang mustahil. Terlalu banyak pengalaman dan ilmu
yang amat bermanfaat.
Sebagai peringatan yang manis kepada kaum
hawa di luar sana, bila kita sudah memulakan sesuatu, jangan mudah mengalah,
sentiasa ‘switch’ minda dan diri kita. Buat sesuatu perkara itu hingga sehabis baik,
jangan sekerat jalan kerana anda adalah apa yang anda fikirkan. Jika anda fikir
anda boleh, anda mampu mengharungi Lautan Pasifik dan mendaki Gunung Everest.
Jika anda rasa anda tidak boleh, perjalanan yang setapak pun tidak mudah untuk anda
lakukan. Sekian perkongsian pengalaman berblogging daripada saya. Saya doakan kehidupan
anda hari ini lebih bermakna dan baik daripada semalam.
Perolehlah kebaikan baik di dunia dan akhirat
dengan mula berblogging dan berkongsi segala kebaikan dengan mereka di luar
sana. Inilah salah satu saham akhirat kita nanti. Insya Allah segala apa yang anda
kongsikan amat bermakna bagi orang lain. Anda pasti terkejut dengan apa yang
boleh anda capai bila sudah mampu mengembangkan sayap dan terbang tinggi di
langit.
Kepada anda yang teringin bertanya lebih lanjut bolehlah:
SMS WHATSAPP PM : 0192484428 atau tinggalkan komen di bawah.
Kepada anda yang ingin memasuki ke kelas boleh daftar di sini:
Anda boleh membuat pembayaran ke:
Kizeewatty Zainal
Maybank 101245259053
CIMB 7042019768
dan isi borang tempahan di sini~
Daftar hari ini
sebelum yuran kelas asas blog semakin meningkat selaras dengan
kemasukan peserta kelas asas blog yang semakin hari semakin bertambah!!
No comments:
Post a Comment