Assalamualaikum w.b.t
Telah diceritakan bahawa Allah S.W.T
telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad S.A.W. agar menjawab segala
pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun datang
kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang
ditangannya memegang tongkat.
Bertanya Rasulullah S.A.W,
"Siapakah kamu ini ?"
Orang tua itu menjawab, "Aku adalah
iblis."
"Apa maksud kamu datang berjumpa
aku ?"
Orang tua itu menjawab, "Allah
menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."
Baginda Rasulullah S.A.W. lalu bertanya,
"Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?"
Iblis menjawab, "Lima belas."
1. Engkau sendiri hai Muhammad.
2. Imam dan pemimpin yang adil.
3. Orang kaya yang merendah diri.
4. Pedagang yang jujur dan amanah.
5. Orang alim yang mengerjakan solat
dengan khusyuk.
6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.
7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.
8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9. Orang yang menjauhkan diri dari
segala yang haram.
10. Orang Mukmin yang selalu dalam
keadaan suci.
11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah
dan berderma.
12. Orang Mukmin yang baik budi dan
akhlaknya.
13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada
orang.
14. Orang yang hafal al-Qur'an serta
selalu membacanya.
15. Orang yang berdiri melakukan solat
di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur.
Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi,
"Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?"
Jawab iblis, "Sepuluh golongan :-
1. Hakim yang tidak adil.
2. Orang kaya yang sombong.
3. Pedagang yang khianat.
4. Orang pemabuk/peminum arak.
5. Orang yang memutuskan tali
persaudaraan.
6. Pemilik harta riba
7. Pemakan harta anak yatim.
8. Orang yang selalu lengah dalam
mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.
9. Orang yang enggan memberikan
zakat/kedekut.
10. Orang yang selalu berangan-angan dan
khayal dengan tidak ada faedah.
Mereka semua itu adalah
sahabat-sahabatku yang setia."
Itulah di antara perbualan Rasulullah
S.A.W dan iblis. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis itu adalah
musuh Allah dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan
sampai kita menjadi kawan iblis, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis
bermakna menjadi musuh Allah.
Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi
musuh iblis bererti menjadi kawan kekasih Allah. Wallahu a’lam
No comments:
Post a Comment