August 10, 2013

Biskut Nestum ChocChip dan Kek Coklat

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini saya gagahkan diri unutk buat kuih raya. Cita-cita dah lama nak buat tapi tahap kerajinan yang nipis dalam diri saya. Mencari mood untuk bergerak ke dapur, walhal hari-hari saya memasak untuk berbuka di bulan puasa ini. Bahan-bahan sudah lama saya beli semuanya ada di atas meja. Tinggal nak di adun sahaja.

Awal pagi tadi dapat panggilan dari mak mertua saya. Mak nak buat pesanan jika tahun ini saya ada buat kek coklat. Bahan-bahan sudah ada haruslah saya akan buat untuk mak. Mula-mula saya buat biskut dahulu. Satu persatu resepi Biskut Nestum ChocChip saya adunkan sebati. Kemudian dibakar dan akhirnya siap 2 telap.

Semua bahan digaul rata
 
Bentukkan setiap keping sebesar duit syiling 50 sen dan ditekan dengan garfu
 
Biskut dibakar pada suhu 155 celcius selama 20 minit
 
Biskut Nestum ChocChip saya telah siap =)

Selesai biskut raya, saya mula menyediakan bahan-bahan kek coklat yang saban tahun saya buat. 2 biji saya buat tahun ini. Satu untuk mak Muar dan satu lagi untuk mak mertua saya di Meru.
 
Kek Coklat yang bakal dibakar dalam Oven =)
 

Alhamdulillah, siap semua biskut dan kek raya saya. Tinggal untuk disusun di dalam balang raya dan dihias dengan topping coklat yang lazat. Sudi-sudilah datang beraya ke rumah saya=)

No comments:

Post a Comment