December 15, 2013

Rawatan Resdung yang Efektif

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualakum w.b.t


Hidup, bekerja atau tinggal di persekitaran yang berhabuk atau udara yang kurang bersih pasti mengundang pelbagai masalah kesihatan. Tanpa kita sedari hari ke hari, kita sebenarnya terdedah kepada pelbagai infeksi dan penyakit.  Jika dibiarkan berkemungkinan besar akan memberi kesan kepada saluran pernafasan dan rongga dalaman badan kita dan jika dibiarkan tanpa pemeriksaan dan rawatan lanjutan boleh membawa maut. Salah satu dari masalah kesihatan yang kerap dihadapi adalah penyakit resdung.

Resdung  atau seduan(sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.

Ia adalah sejenis penyakit yang mudah berjangkit dalam waktu yang singkat apabila daya tahan penyakit atau antibodi seseorang itu lemah dan tidak dapat menahan kuman resdung / hama) yang terus merebak dalam tubuh pesakit. 
Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.


Perbezaan antara sinus yang sihat dan sinus yang sudah terkena jangkitan.


TANDA-TANDA RESDUNG

- Hidung selalu tersumbat
- Lendir dari hidung dan tekak
- Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata
- Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
- Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
- Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya

PUNCA RESDUNG
  1. Alahan terhadap jenis makanan tertentu , habuk , parasit (demodex) dan kutu. 
  2. Apabila mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak.  Seterusnya ia menyebabkan pergerakan udara tidak dapat dikeluarkan.  Kalau udara itu tidak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul di dalam hidung.  Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak.
  3. Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung.  Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang "senget" tidak lurus (deviated nasal septum) , risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi. 
  4. Kerosakan atau sakit gigi di bahagian atas boleh menyebabkan resdung.  Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung.  hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus.  Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi ( dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi. 
  5. Disamping itu, kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini. 
  6. Lebih parah lagi, resdung ini boleh merebak ke bahagian mata.  Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.  Tetapi, resdung tidaklah berjangkit kepada orang lain atau diwarisi oleh keturunan.
  
Bahana Resdung yang tidak dapat dikawal



PETUA MENCEGAH RESDUNG
  1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab 
  2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang 
  3. Ringankan tangan kawan-kawan untuk membersihkan permaidani.  Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas yang berkualiti. 
  4. Ketika mengemas rumah pakailah penutup hidung. 
  5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak.  Bagus juga amalkan sup panas. 
  6. Selalu mencuci dan menjaga kebersihan muka.
  7. Kurangkan alahan dan elak dari makan makanan tertentu contohnya makanan laut.
Dibawah ada petua untuk resdung yang boleh kawan-kawan amalkan.

Salah satu petua tinggalan warisan kita untuk mengawal dan mengubati resdung

 Di samping itu amat digalakkan mengambil vitamin dan suplemen yang menyokong dan menguatkan kadar antibodi dan mampu melawan virus resdung ini.

Antara Kombinasi Vitamin Resdung yang mampu milik  adalah:





B COMPLEX

  • B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan 
  • Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh 
  • Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati 
  • Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress
ALFALFA COMPLEX
  • Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit resdung.
  • Ia kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat dari ekzema, resdung, alergik dan gegata.
  • Berfungsi sebagai detoks iautu membuang segala toksin resdung dan lendir dari badan.
* Pesakit SLE dan ibu mengandung tidak digalakkan mengambil Alfalfa.

VITAMIN C

  • Bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu kita mengalami kesan sampingan dari pengambilan dadah anti histamin 
  • Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh 
  • Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol 
  • Meningkatkan fungsi T-Cell dan Macrophage (fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih) 
  • Meningkatkan pertumbuhan tisu yang sihat.

Testimoni dari Kak Noreen salah seorang kawan sepejabat suami saya yang telah mengamalkan kombinasi vitamin untuk resdung, anda boleh baca di sini

"Untuk makluman korang, 1st day aku try produk ni hingus aku kering, esoknya kepala aku pening makan 2,3 hari gak baru hilang. Pas pening kepala dah hilang banyak plak lendir kat tekak ni. Sepatutnya aku kena kurangkan makan ubatan shaklee ni. Tapi disebabkan nak cepat pulih so aku tetap makan ubat ni hinggalah ke hari ini. Alhamdulilah........dan sekarang dah 2 orang kawan aku guna produk SHAKLEE ni. "

:)


Jangan bimbang kerana segala kesan sampingan vitamin ini merupakan krisis penyembuhan untuk pembuangan segala lendir dan toksin dari badan anda. Anda boleh layari Krisis penyembuhan semasa mengambil Vitamin Shaklee untuk sebarang soalan yang bermain di minda anda. Apa yang paling penting semasa mengambil vitamin ini ada tip-tip yang perlu anda patuhi. Antaranya:
  1. Minum air masak 2-3 liter sehari. Amalkan makan vitamin Shaklee dengan minum air masak bukan air manis.
  2. Jarakkan masa 2 jam pengambilan vitamin, ubat klinik lain dengan pengambilan vitamin Shaklee. Ini bagi memastikan setiap vitamin yang anda makan dapat diserap dengan baik dan mengelakkan darah menjadi pekat dan sekaligus menyebabkan tekanan darah tinggi akibat dos vitamin yang terlalu banyak dalam satu masa.
  3. Jarakkan masa 2 jam pengambilan minuman kafein seperti kopi, teh, nescafe dengan pengambilan vitamin Shaklee. Ini kerana minuman kafein menghalang penyerapan vitamin.
  4. Alfalfa tidak digalakkan bagi mereka yang menghidap penyakit SLE dan ibu mengandung.
Harga vitamin ini Insya Allah amat berpatutan dengan bajet anda.
  • 1 botol B Complex mengandungi 120 biji untuk pengambilan selama 4 bulan berharga RM53.75.
  • 1 botol Alfalfa (kecil) mengandungi 330 biji untuk pengambilan selama 3 bulan berharga RM53.75. atau 
    1 botol Alfalfa (besar) mengandungi 700 biji untuk pengambilan selama 7 bulan berharga RM97.50.
  • 1 botol Vitamin C SR mengandungi 180 biji kapsul untuk pengambilan selama 6 bulan berharga RM92.50.
Untuk nasihat percuma dan  harga vitamin Shaklee, sila hubungi saya di:
  
sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

No comments:

Post a Comment