October 29, 2013

Sunnah Nabi Muhammad s.a.w: Kelebihan dan Khasiat Halia (Zanjabil)

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Allah s.w.t berfirman, "Dan mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari Zanjabil." (Surah Al-Insan : 17).

Rupa-rupanya air halia ini merupakan minuman syurga. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit khasiat halia yang kurang saya gemari jika dibuat air, tapi paling saya suka gunakan dalam masakan harian.

Halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik.

Ia dikatakan dapat merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, disentri, asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir dan darah haid berbau hamis.

Halia ini bersifat panas jika kita amati dan juga lembap. Halia berupaya memanaskan tubuh, membantu proses pencernaan, melembutkan dinding perut, membuka hati yang tersumbat akibat hawa dingin dan lembap. Halia juga meningkatkan kekuatan seks dan mengatasi angin duduk yang berlaku pada usus dan perut.

Umumnya, halia amat baik untuk menstabilkan hati dan perut yang dimasuki angin. Halia yang di campur dengan dua sudu gula dan sedikit air panas berfungsi sebagai julap dan boleh membebaskan tubuh dari toksin yang berbahaya. Halia juga amat berkesan untuk melarutkan lendir dalam badan.




Halia juga meningkatkan pengeluaran sperma, menambah daya ingatan, dan membuang bau badan serta menolak bahaya makanan berat dan berangin keluar dari tubuh kita.

Selain itu terdapat lagi kelebihan halia yang kurang diberi perhatian oleh masyarakat kita khususnya:

1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal. 
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

2. Memulihkan Mabuk dalam Perjalanan dan Mabuk Pagi
Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk. Sebab yang tepat tidak diketahui, tetapi dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia.
Juga halia mengatasi kes mabuk pagi dan ketidakselesaan perut sebanyak 75 peratus.
 
3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.
Ginger meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Ia terjadi kerana halia meransang rembesan enzim gastrik dan enzimHal ini dengan merangsang perut dan rembesan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.

4. Pencegahan Demam dan Selesema. 
Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari

5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.
Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin dan ibuprofen

6. Mencegah Barah Usus. 
Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/ usus.

7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan. 
Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.

8. Melawan Masalah Pernafasan yang biasa. 
Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.

9. Rawatan Kanser ovari. 
Serbuk halia mendorong mematikan sel dalam sel-sel kanser ovari.

10. Menguatkan imuniti. 
Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.


Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia inilah yang dikenali sebagai gingerols dan oleoresin. Minyak halia pula digunakan sebagai bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan juga ubatan.

Jika anda mencari suplemen yang berasaskan halia, maka anda boleh mencuba suplemen dari Shaklee. Kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur yang dihasilkan melalui prosedur dengan penggunaan teknologi sains yang terkini. Secara klinikal Peppermint Ginger Plus dari Shaklee amat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa, penghadaman dan lain-lain. Untuk informasi lanjut berkenaan Suplemen ini, sila baca di sini.

October 26, 2013

Sunnah Rasulullah s.a.w: Saderi Melegakan Sakit Gigi.

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Daun saderi, daun sup atau ranting suri merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan vitamin A, B1, B2, B6, C, E, K, PP dan mineral seperti besi, kalsium, fosforus, magnesium dan zink. Seratus gram saderi mempunyai nilai tenaga hingga 18 kalori. 

Ia juga boleh dibuat ulam. Rasanya manis, rangup dan berbau wangi. Ia herba renek berbatang lembut dengan ketinggian 30 hingga 45 cm. Tumbuh berumpun, batang bersegi, berwarna hijau muda, dan mengandungi banyak air. Daun majmuk dengan tangkai daun yang panjang, tepi bergerigi kasar, pucuk muda berwarna hijau muda dan bertukar warna hijau tua apabila telah matang, berbau wangi. Bunga majmuk, kecil, putih, terdapat dalam jambak bunga yang keluar dari celah daun. Buahnya kecil dan halus.

Biasanya, daun saderi (Apium graveolens) digunakan dalam membuat salad, menghias makanan yang mengandungi daging, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, akar, daun dan biji benih saderi digunakan bagi maksud terapeutik dalam merawat dan mencegah penyakit. Dalam bidang perubatan, daun saderi telah digunakan seawal Greek Purba apabila ia mempunyai nilai yang sangat tinggi sebagai perangsang libido serta ciri-ciri perubatan lain. Dalam masa yang sama saderi juga telah digunakan sebagai herba perhiasan oleh orang Rom, yang menggunakan daunnya untuk dijadikan sebagai "Mahkota Pemenang" mereka.  

Dalam perubatan tradisional saderi telah digunakan untuk menghapuskan parasit usus. Perubatan Cina pula mengesyorkan saderi sebagai ubat merawat tekanan darah tinggi disebabkan kestabilan komponennya. Apium graveolens pada mulanya berkembang biak diatas tanah lembap di Eropah dan Asia. Permulaan abad ke-19, saderi mula berkembang di Amerika Syarikat. Pada masa kini sayuran ini lebih digunakan dalam makanan dan lauk pauk, kerana kekayaan rasanya. 

Ia juga berguna dalam merawat penyakit perut, penyakit sendi, kegemukan dan penyakit pundi kencing, saderi menyimpan penawarnya dalam keadaan terbaik apabila ia dimakan secara ulaman mentah. Sama ada ia dimakan sebagai snek` atau sebagai ubatan, saderi menyah-toksin dari badan, dan merangsang sistem saraf dan mengujudkan mineral (mineralizes) didalam badan. 

Saderi mempunyai bau yang baik dan jika diletakkan di bawah leher boleh menyembuhkan sakit gigi. Saderi bersifat panas dan kering, boleh membuka hati dan limpa yang tersumbat. Daun saderi basah membantu menyejukkan hati dan perut, melancarkan buang air kecil, melancarkan haid dan batu karang. Bijinya mampu memberi stamina dan membuang nafas yang busuk (halitosis) dalam badan. Kepada sesiapa yang memakan daun saderi lalu tidur, mulutnya akan menjadi wangi, tidurnya nyenyak, bebas dari sakit gigi dan geraham.

Daun saderi merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Terdapat belbagai cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat untuk mengubati tekanan darah tinggi dan cara yang paling berkesan adalah dengan memasukkan sedikit daun seleri yang dipotong kecil-kecil dan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.

Selain itu, saderi juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria. Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracuanan darah dikenali sebagai sepsis atau septicemia.Kandungan garam galian dalam seleri memulihkan sifat alkalin dalam darah dan membantu menghentikan pembiakan kuman

Vitamin C yang terkandung dalam saderi menguatkan sistem immunologic dan pada masa yang sama menjadikan badan lebih tahan terhadap penyakit baru. Kalsium, kalium dan magnesium bertindak ke satu matlamat yang sama, menguatkan tubuh badan. Bersama-sama dengan magnesium dan besi ia berkesan pada mengurangkan kesan anemia. Saderi mempunyai kuantiti yang ideal untuk besi dan magnesium bagi menghentikan penyakit Onkologi dari terus aktif.

Tumbuhan ini memiliki sifat diuretik dan kesan dichloride yang berguna dalam pemasalahan buah pinggang (seperti renal colic dan renal lithiasis) dan masalah jantung. Dalam keadaan ini akar saderi digunakan. Disebabkan sifat menyah toksik (depurative), penggunaan saderi disyorkan untuk individu yang mempunyai gaya hidup yang serba cepat dan tidak mampu mengekalkan diet yang sihat. Kerana sifat-sifat ini - diuretik dan depuratif – maka saderi merupakan ramuan yang ideal untuk diet yang berdasarkan berat badan. Diet yang berdasarkan pada saderi mempunyai tenaga dan kesan menguatkan ke atas badan disebabkan rangsangan pada kelenjar buah pinggang, pengurangan hormon tekanan dan mengurangkan kadar degupan jantung. 


Tetapi saderi juga mempunyai sfat mengurangkan gula dalam darah, ia bermakna ia juga boleh digunakan dalam merawat kencing manis. Sifat lain seperti: pengering kahak, pelembut kulit (berkesan terhadap bronkitis), ia menyesuaikan kefungsian hormone   (senggugut, ketidaksuburan, gangguan disebabkan monopos, pelbagai bentuk jerawat, alahan kulit ; menghilangkan parut (baik untuk luka, calar, pembentuk ulser.)

Dengan pengambilan saderi setiap hari secara sihat dapat mengimbangi keperluan badan kita setiap hari. Mulakan pemakanan sihat bermula dari sekarang dengan saderi!

Vitamin C Vitamin Sihat, Cantik, Luar dan Dalam

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Cantik, adalah sesuatu yang sinonim dengan wanita. Walaupun orang menilai cantik itu relatif, pelbagai cara dilakukan oleh  wanita untuk tampil cantik. Mulai dari olesan krim muka, bedak, perawatan tubuh, hingga kepada pakaian, semuanya hendaklah tampil cantik. Menjaga agar tetap cantik, itu rasanya memang wajib. Sebagai makhluk Allah yang ditakdirkan untuk cantik, menjaganya agar tetap cantik tentu merupakan tindakan yang dikategorikan sebagai  bentuk rasa syukur atas nikmat cantik tersebut.

Untuk menjaga dalaman dan luaran yang cantik amat mudah dan murah sebenarnya. Di sini saya ingin memperkenalkan vitamin cantik semulajadi yang memberi pelbagai perlindungan dan juga merangsang pembentukana kolagen yang semakin berkurangan dalam badan kita.
 
Cara Vitamin C Berfungsi dan Bezanya dengan Vitamin lain yang ada di pasaran

Vitamin C pertama yang semulajadi dan natural dengan formulasi 'Sustained Release' ataupun 'Pelepasan Masa'. Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam dan memastikan tubuh kita mendapat bekalan Vitamin C beterusan. Tidak perlu ambil berulang kali, hanya satu tablet sehari mampu menjaga kesihatan anda secara menyeluruh.



Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg. Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C. Bioflavinoid berfungsi mengelak salur darah dari bocor, meningkatkan fungsi vitamin C , mengelakkan Vitamin C dari cepat teroksida dan merosakkan sel dalam badan.

Simptom kekurangan Vitamin C
  • Mudah tertekan / Stress - sering letih dan lemah 
  • Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar serta luka yang lambat sembuh 
  • Mudah selsema / bersin 
  • Wajah nampak tua dari usia (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen) 
  • Mudah dapat ulser 
  • Mudah demam / antibodi tidak kuat 
  • Gusi berdarah 
  • Salur darah mengecil 
  • Sakit sendi 
  • Tanda lebam pada badan 
  • Kurus yang tak sihat, lemah dan kusam
 
Vitamin C Vitamin untuk Cantik
  • Memberi efek kulit yangg sekata, cerah, lembap 
  • Sesuai untuk ibu mengandung
  • Sesuai untuk merawat jerawat di wajah & badan
  • Bagi yg menghadapi masalah resdung amat sesuai diamalkan
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra- matang
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih yang berguna dalam rawatan anemia
 
Vitamin C Vitamin untuk Sihat
  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi & gigi yang sihat 
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress yang sesuai juga untuk ibu mengandung.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi  
  • Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah
  • Merawat jangkitan saluran kencing 
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain 
Beberapa testimoni yang menunjukkan keberkesanan Vitamin C untuk kesihatan dalaman kita.

Berubahlah menjadi wanita yang cantik,  kerana kecantikan yang benar mampu memberikan perubahan. Pilihan ada pada diri kita masing-masing. Mari terus berusaha dan memperbaiki diri untuk tampil cantik. Jika perhiasan itu cantik, maka perhiasan yang terindah itu adalah kita. Selamat berjuang menjadi wanita cantik!

Harga Vitamin C Sustained Released 500mg

1 Botol Vitamin C Sustained Released  180 tablet berharga RM92.50.

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut sila hubungi saya di~


sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
email: kizeewattyzainal@gmail.com

Jom like dan dapatkan info terkini di FB fanpage saya di Kizee Healthyvita Shop

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

October 23, 2013

Kembalikan Kecergasan dengan Performance Drink

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Lemau lesu letih kering. Dalam keadaaan cuaca panas di sesetengah tempat, pasti ada antara kita yang terasa tidak cergas ketika berada di pejabat atau di rumah. Ada yang mula selesema, batuk, demam yang mana rata-ratanya berpunca dari kekurangan air dan cuaca yang agak panas. Tidak kurang juga yang sakit perut, muntah dan cirit birit kerana tersilap makanan yang di makan.

Untuk pengetahuan anda dalam cuaca sebegini kita digalakkan untuk mengekalkan tahap cecair dalam badan agar tidak mudah terhidrasi. Untuk itu dalam sehari kita dimestikan untuk meminum air masak sekurangnya 3 liter sehari, bergantung kepada berat badan seseorang.

Paling mudah adalah dengan meminum minuman isotonik yang boleh mengekalkan kecergasan kita seharian. Akan tetapi minuman yang ada di pasaran merupakan minuman isotonik tidak sihat yang berlebihan gula dan berkarbonat. Jika anda adalah peminum tegar minuman isotonuik, Performance Drink Shaklee adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat malah kurang gula.

Performance Drink Shaklee ini diperlukan oleh setiap ahli keluarga anda yang, sama ada suami, isteri mahu pun anak-anak anda yang riang dan aktif!
PERFORMANCE DRINK SHAKLEE Kebaikan Performance Drink Shaklee, bebas karbonat & kurang gula!


Golongan yang sesuai dan memerlukan Performance Drink Shaklee termasuklah:
  1. Para ibu yang menyusukan anak
  2. Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif bersukan.
  3. Mereka yang berpuasa. Sesuai untuk sahur dan berbuka.
  4. Para pesakit yang menghidap gout.
  5. Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi.
  6. Jika anda sering diserang sakit kepala atau migrain.
  7. Mereka yang seharian bekerja luar di bawah panas dan sinaran matahari.
  8. Anak-anak atau mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam atau cirit birit.
  9. Sebagai pengganti kepada minuman isotonik lain yang berkarbonat dan gula berlebihan.

Apa yang menarik dalam Performance Drink Shaklee yang berperisa oren ini  merupakan minuman bersifat isotonik, mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula dalam darah ketika kita terasa dalam kekeringan dan terhidrasi. Performance Drink mempunyai yang bebas gas dan tidak berkarbonat ini mengandungi kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga dan sentiasa berasa kurang haus.
     

Shaklee Performance®
Menjana Tenaga Berkekalan!

Kesimpulannya, Performance Drink adalah salah satu produk kegemaran suami saya yang sentiasa bekerja di luar pejabat di bawah panas terik. Ia merupakan produk terjamin halal, selamat dan berkesan tanpa memudaratkan sesiapa yang mengamalkannya. Jika anda tak percaya, cubalah hari ini dan akan alami keberkesanannya. Pengalaman saya sendiri yang menyebabkan saya ingin sangat berkongsi dengan anda agar merasai sendiri perbezaannya.

Apalah kiranya anda memperuntukkan sejumlah wang bagi memastikan ahli keluarga anda yang aktif untuk terus kekal aktif tanpa anda meragui khasiat yang diberikan kepada mereka berbanding minuman isotonik yang lain di pasaran?


 Harga Performance Drink Orange

1 canister Performance Drink Orange 539 gram berharga RM82.50.


Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut sila hubungi saya di~


sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
email: kizeewattyzainal@gmail.com




Jom like dan dapatkan info terkini di FB fanpage saya  di Kizee Healthyvita Shop

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

October 22, 2013

Cara Rasulullah s.a.w Berpakaian

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Dalam hidup bermasyarakat, cara pemakaian harian kita amat dititik beratkan oleh setiap individu. Bagi mereka yang berada, ribuan wang ringgit dikeluarkan untuk fesyen dalam menjaga status dan keterampilan diri. Bagi golongan sederhana dan kurang bernasib baik, pemakaian sederhana sajalah yang mampu buat mereka, yang penting mereka kelihatan kemas ketika bergaul dalam komuniti sekeliling.

Panduan Rasulullah mengenai pakaian merupakan panduan terbaik, amat bermanfaat untuk tubuh, paling mudah dipakai, ditanggalkan serta tidak membazir dari segi wang ringgit. Baginda biasa memakai kain sarung dan serban kerana jenis pakaian ini paling lembut pada tubuh manusia. 

Ummu Salamah berkata, "Pakaian yang paling disukai oleh Nabi Muhammad adalah baju jubah."-diriwayatkan oleh Abu  Daud dan Tirmizi.


Contoh Gamis cara pemakaian Rasulullah s.a.w

Nabi Muhammad s.a.w gemar memakai gamis yang lengan bajunya tidak terlalu panjang atau lebar dan hanya mencapai pergelangan tangan. Jika terlalu panjang, pakaian menjadi sukar dikenakan dan sukar bergerak. Jika terlalu pendek dari pergelangan tangan maka pakaian ini tidak melindungi tangan dari hawa panas dan sejuk. 

Muaz bin Anas berkata, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, " Orang yang tidak memakai pakaian yang mewah dan bergaya kerana merendahkan diri, sedangkan beliau mampu melakukannya, Allah memanggilnya pada hari kiamat kelak di hadapan semua makhluk Allah. Allah memberikannya peluang untuk mereka apa sahaja pakaian yang hendak dipakainya daripada pakaian keimanan". -dirawayatkan oleh Tirmizi

Hujung gamis dan kain baginda hanya sehingga pertengahan betis, tidak melepasi pergelangan kaki. Jika terlalu panjang, pergerakan akan terbatas dan menjadikan pergerakan rasa dikekang.Pakaian baginda biasanya berwarna putih dan bergaris-garis dan baginda tidak memakai pakaian berwarna merah, hitam atau dicelup bahan pewarna.

Serban yang dikenakan Rasulullah tidak terlalu besar sehingga membahayakan kepala, juga tidak terlalu kecil sehingga cukup melindungi kepala dari panas dan sejuk. Serban baginda yang sederhana dengan hujung serban menjulur di bawah dagu untuk melindungi  leher dari cuaca. Menjulurnya hujung serban ini boleh mengukuhkan serban di atas kepala semasa menunggang kuda atau unta semasa perang.



Sebahagian orang menggunakannya untuk menyelit sebagai ganti menjulurkan hujung serban di bawah dagu.

Rasulullah juga sering memakai stokin semasa melakukan perjalanan kerana kaki memerlukan penutup untuk mengelakkan dari cuaca panas dan sejuk. 

Sesungguhnya betapa ringkas cara pemakaian Rasulullah, tidak menunjuk-nunjuk dan mencerminkan keperibadian baginda yang rendah diri. Baginda bukan mencari pujian dari manusia melalui pemakaiannya akan tetapi mencari keredhaan Allah dalam kesederhanaannya dalam apa jua cara.

Waalahu a'lam.


October 9, 2013

Perut Makin Buncit dan Boroi

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Perut buncit atau boroi adalah salah satu masalah yang sering berlaku tidak kira kepada kaum lelaki dan perempuan yang sudah berkahwin. Ramai di antara mereka tidak hiraukan langsung dengan masalah ini kerana bagi mereka ianya adalah perkara biasa yang berlaku kepada orang yang sudah berkahwin. Bukan hanya itu, ramai juga yang mengambil perkara ini sebagai satu gurauan dan berkata ia adalah tanda kebahagiaan dan kemewahan.

 

VisceralFat


Perut buncit adalah salah satu tanda-tanda awal penyakit dan berkait rapat dengan banyak masalah kesihatan yang kronik seperti sakit jantung.


Tahukah anda bagaimana perut buncit boleh berlaku? Salah satu punca utama perut buncit berlaku disebabkan cara kehidupan kita yang tidak aktif dan cara pemakanan yang kurang sihat. Makan secara berlebihan juga salah satu sebab ianya berlaku. Lemak yang terkumpul di dalam perut dinamakan lemak viseral dan semakin buncit perut seseorang itu makan semakin tidak sihatlah keadaan dirinya.

Pakar kesihatan Dr. Selfie C. Rijal menjelaskan ada banyak faktor yang boleh menyebabkan perut menjadi buncit.  

1. Faktor Keturunan.
“Faktor keturunan yang diwarisi daripada orang tua secara umumnya sukar dielakkan,” ujar Selfie.

2. Faktor Penuaan
Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan.  Hasil kajian oleh Harvard Women's Health Watch mendapati wujudnya kaitan antara penurunan hormon ini dengan peningkatan pengumpulan lemak di perut.

3. Makanan dan minuman.
Doktor lulusan Universiti Padjajaran itu menjelaskan gula dan alkohol terutamanya yang terkandung dalam bir, adalah musuh utama kerana ia boleh membuatkan otot menjadi kendur.


“Gula itu kemudiannya terpaksa disimpan dalam tubuh sebagai lemak.  Pada masa sama, alkohol juga  dapat meningkatkan nafsu makan,” ujar doktor yang bertugas di Hospital Sari Asih, Tangerang, Banten itu.

Menurut Selfie, makanan segera juga boleh mengakibatkan perut menjadi buncit berikutan jumlah kalori dan lemaknya yang sangat tinggi. Tidak ketinggalan, susu. Jika yang diminum itu ialah susu berkalori tinggi, maka ia boleh menyumbang kepada kebuncitan perut. “Justeru sebaik- sebaiknya minumlah susu rendah kalori,” tegas beliau.

Begitu juga dengan minuman bersoda.  Minuman jenis ini boleh membuatkan perut menjadi kembung dan akhirnya membuncit. “Gelembung-gelembung udara dalam minuman berkarbonat boleh mengakibatkan perut buncit,” jelas Selfie.

4. Tembakau. 
Ia boleh menjejaskan aktiviti penghadaman.  Selfie berkata biasanya ketika merokok selepas makan, perut akan berasa kembung kerana penghadaman terganggu. 


5. Stres.  
 Menurut Selfie, keadaan psikologi seseorang mampu mengganggu aktiviti semula jadi tubuh termasuklah sistem penghadamannya. Stres juga boleh mencetuskan rasa kenyang dan menimbulkan masalah pada keupayaan tubuh menyimpan lemak. Akibatnya, perut kelihatan lebih mengembang. “Untuk mengatasinya, belajarlah untuk lebih relaks serta bernafas secara perlahan dan mendalam,” jelas beliau.
Dalam pada itu Selfie mengingatkan bahawa golongan wanita yang biasanya lebih mudah dilanda stress, cenderung memiliki lemak berlebihan di perut, meski pun berat badannya normal.  Keadaan ini mungkin diakibatkan oleh kesan hormon stres kortisol yang membuatkan lemak terkumpul di sekitar perut.

6. Perubahan hormon, terutamanya ketika menopaus.  
 Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon seks estrogen berkurangan sekali gus membawa kepada pengumpulan lemak pada perut. 

Tumpukan lemak yang tidak sekata boleh membuatkan orang yang bertubuh kecil, buncit perutnya. Sememangnya ia kelihatan amat tidak selesa.  Jelas Selfie, keadaan ini berpunca daripada pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti nasi dan makanan berasaskan tepung seperti mi, bihun dan ladu, dalam kuantiti yang banyak.  Akibatya, karbohidrat yang berlebihan akan disimpan dalam bentuk lemak terutamanya di perut, atau lebih tepatnya di rongga-rongga di antara organ dalam perut.

“Penumpukan lemak di perut juga menjadi petunjuk bahawa kurangnya aktiviti fizikal dan penurunan kadar metabolisme tubuh,” jelas Selfie.  Jelas beliau, “Faktor utama yang membawa kepada kebuncitan perut adalah gaya hidup dan iklan yang berleluasa di pelbagai media.”

Benarkah perut akan buncit apabila seseorang terus tidur selepas makan? “Ya, benar.  Perut akan menjadi buncit kerana proses penghadaman tidak dapat berfungsi dengan baik,” ujarnya. 




Bagaimana mengatasinya? Berikut adalah beberapa tip daripada Dr. Selfie:

1.   Makan lemak sihat
Percaya atau tidak, program diet rendah lemak tidak akan menghilangkan perut buncit. Perkara itu didedahkan oleh Profesor Dr. Mehmet Oz, dari Colombia University.  Sebenarnya perkara yang harus dilakukan ialah berhenti makan nasi putih dan menggantikannya dengan roti gandum murni. Makanlah lemak sihat seperti avokado dan minyak zaitun.

2.  Turuti keinginan tubuh
Kajian American Journal of Clinical Nutrition mendapati, jika seseorang memenuhi keinginan tubuhnya ketika lapar, dia akan cenderung makan lebih sedikit dalam tempoh tertentu.  Apabila seseorang mengidam untuk makan burger keju, dia mungkin akan makan burger keju selama beberapa hari sebelum akhirnya tubuh akan berasa bosan dan mengurangkan keinginan terhadap makanan itu.  Namun pastikan saiz hidangannya tidak berlebihan.



3.  Kurangkan saiz hidangan Kajian oleh seorang pembantu profesor pemakanan di University of Illinois, Chicago, Krista Varady, mendapati orang yang mengurangkan jumlah hidangan hariannya sehingga 25 peratus, akan kehilangan berat badan sehingga 15 kg dalam 8 minggu. Makan secara terkawal  pada hujung minggu juga dapat membantu seseorang mengurangkan berat badan.

4.  Senaman sit-up tidak menghilangkan lemak
Sebanyak mana pun sit-up yang anda lakukan, ia tidak akan menyingkirkan lemak di perut. Sit-up akan menguatkan otot namun lemak sukar terbakar hanya dengan senaman itu. Sebaliknya, lakukan latihan menyeluruh di otot besar yang lain seperti kaki, bahu dan dada agar proses pembakaran lemak lebih optimum.


5.   Banyakkan senaman kardio
Apabila otot besar sudah dikuatkan dengan latihan beban, maka seterusnya lakukanlah senaman kardio bagi mempercepatkan proses pembakaran lemak.  Berlari atau melakukan senaman aerobik dapat membantu membakar kalori berlebihan dengan syarat pengambilan  lemak buruk dihentikan.


6.  Jangan kurang / lebih tidur
Kurang tidur akan membuatkan kadar metabolisme tubuh berkurangan sekali gus menyukarkannya membakar lemak.  Manakala tidur berlebihan pula akan membuatkan tubuh menjadi pasif dan terbiasa untuk tidak banyak bergerak. Kedua-duanya mengakibatkan lemak berkumpul dengan lebih cepat.

7.   Berhenti minum minuman bersoda (termasuk soda berlabel "Diet")
Kajian selama 10 tahun oleh University of Texas mendapati mereka yang kerap minum soda diet menjadi gemuk dengan lebih cepat berbanding mereka yang tidak minum minuman itu. Ini kerana pemanis tiruan dalam soda boleh membuatkan perut buncit lebih pantas dan mengundang rasa lapar dengan lebih cepat. Gantilah minuman ini dengan teh atau air lemon kosong.

8.  Berdoa
Tahukah anda, ketika berdoa dan bertafakur, pengeluaran hormon stres kortisol akan berkurangan? Ya, inilah hormon yang menyebabkan perut buncit. Jadi, hindarilah stres, perbanyakkan berdoa dan bertafakur untuk menenangkan fikiran dan jiwa. Walaupun hanya 15 minit setiap hari, ia sudah cukup membantu.

9.  Gula yang sihat

Makan makanan manis sudah menjadi budaya orang Malaysia, namun biarlah manis yang sihat. Buah-buahan mengandungi gula semula jadi, begitu juga madu. Apabila makan makanan yang mengandungi gula seperti kerepek dan nasi putih, sebahagian besar kalori yang dimakan akan berubah menjadi lemak di perut.

10. Bersenam secara bijak, bukan secara keras

Apabila lemak di perut kian berkurangan, maka tibalah masanya untuk memulakan senaman  perut. Bersenamlah sehingga terasa regangannya dan janganlah berlebihan melakukannya.  Otot perut yang mantap akan membantu seseorang  tampil lebih sihat dan segar.  


Untuk lebih bertenaga dalam  proses menjaga kesihatan dan penyingkiran lemak yang lebih optimum, pilihlah produk yang terjamin selamat, berkesan dan halal dari Shaklee.




Kepada anda di luar yang mempunyai sebarang pertanyaan dan nasihat untuk masalah kesihatan, tip sihat dan rundingan percuma sila hubungi saya di:


sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
email: kizeewattyzainal@gmail.com
FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop

1 Botol Lecithin  180 kapsul berharga RM52.50.
1 Botol Omega  90 kapsul berharga RM136.00.

1 Botol Alfalfa 330 biji berharga RM53.75.
1 Botol Herbalax  90 biji berharga RM52.50.

1 canister Cinch Shakes 544gram berharga RM173.00.
1 canister ESP 544gram berharga RM150.0.

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

Menjana Anak Cerdik dan Pintar

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Dalam kehidupan seharian anak kecil yang sentiasa aktif dan serba pantas, kanak-kanak tidak mempunyai masa yang cukup untuk menikmati makanan yang seimbang. Dalam kesibukan waktu kerja dan menguruskan anak-anak, seorang ibu agak sukar menyediakan makanan berkhasiat dan terbaik untuk anak-anak.

Antara sebab kenapa anak-anak memerlukan vitamin tambahan

  • dari kelahiran hingga umur 3 tahun perkembangan otak amat peka terhadap pemakanan bayi dan 75% daripada kapasiti otaknya berlaku dalam tempoh yang genting ini. 
  • selepas umur 2 tahun, pengambilan makanan berlemak seharusnya di ambil dalam kuantiti sederhana rendah untuk mengelakkan penyakit jantung, kegemukkan dan masalah kesihatan yang lain.  
  • pada umur 5 tahun,90% daripada perkembangan otak kanak-kanak telah lengkap . 
  • antara umur 11 hingga 16 tahun, satu peningkatan yang besar dalam tumbesaran biasanya berlaku dengan peningkatan berat badan dan pertumbuhan otot yang ketara.

Oleh itu, Shaklee menjadi pilihan terbaik bagi ibu bapa untuk anak mereka kerana ia merupakan makanan tambahan yang segera dan boleh di ambil semasa hamil lagi. Insya Allah anak-anak anda akan menjadi anak yang cepat membesar dengan sihat dan mudah faham walaupun baru berusia beberapa bulan.  Jadi berikan vitamin terbaik buat anak-anak yang sedang membesar


Anak-anak lebih bertenaga dan fokus dalam menjalani kehidupan kanak-kanak mereka

                                                                                     Mealshakes
Mealshakes menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu iaitu sebagai nutrien asas yang perlu bagi anak-anak yang sedang membesar dan remaja-remaja untuk terus kuat dan sihat.  Sumber terbaik serat pemakanan dan protein, sumber pekat kalsium dan mempunyai index glisemik rendah



 Omega Guard
Omega Guard Minyak ikan terbaik di dunia diekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan negara Jepun. Ia BUKAN dari hati ikan. Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen didunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. DHA juga boleh membantu meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran dan sangat sesuai untuk membuatkan anak lebih pintar dan cerdas dalam sesi pembelajaranya. Omega-3 juga menunjukkan dapat menyokong keseimbangan emosi dan sikap yang positif, dan membantu dalam meningkatkan daya ingatan semasa mereka tua kelak.

Vita-C Chewable Berfungsi meningkatkan sistem imunisasi badan kanak-kanak. Menpunyai rasa sitrus yang hebat Sesuai untuk kanak-kanak atau orang dewasa yang mengalami kesukaran menelan tablet. Membantu dalam menguatkan sistem imun yang penting untuk kanak-kanak kekal sihat dan cemerlang dalam pembelajaran mereka. ia membantu dalam mencegah jangkitan jangkitan dan demam selsema yang sering menyerang murid-murid sekolah. vitamin C juga perlu untuk mengekalkan integrasi antara sel dan menyokong kesihatan mata, gigi, gusi, otot, tulang dan peredaran darah di kalangan kanak-kanak yang sedang membesa

Lecithin  
Lecithin soya merupakan sumber utama kolina yang merupakan komponen neurotransmitter asetilkolina yang terlibat dalam proses penghantaran mesej ke otak dalam sistem saraf. Akademi Sains Kebangsaan telah mengiktiraf yang kolina merupakan sumber penting dalam diet seharian kerana pelbagai khasiat yang dimiliki terutamanya untuk kesihatan otak

B Complex
Kombinasi lapan Vitamin B penting untuk metabolisme dan B12  dipercayai memperbaiki daya tumpuan dalam kelas  dan pembelajaran.

 










Insya Allah, jika anda inginkan yang terbaik untuk anak-anak anda, berdoa dan bergantunglah pada Allah semoga anak anda menjadi anak yang soleh solehah dan berjaya dunia akhirat. Di samping makanan tambahan yang berkhasiat amat perlu dalam arus kesibukan ibu bapa yang bekerja.

Kepada anda di luar yang mempunyai sebarang pertanyaan dan nasihat untuk masalah kesihatan anak anda sila hubungi saya di:

sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
email: kizeewattyzainal@gmail.com
FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop


1 canister Meakshakes 544gram berharga RM113.75.

1 Botol Omega  90 kapsul berharga RM136.0.

1 Botol Vit C Chew  90 biji berharga RM37.50.

1 Botol Lecithin  180 kapsul berharga RM52.50.

1 Botol B Complex  120 kapsulberharga RM53.7.


Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee