October 9, 2013

Perut Makin Buncit dan Boroi

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Perut buncit atau boroi adalah salah satu masalah yang sering berlaku tidak kira kepada kaum lelaki dan perempuan yang sudah berkahwin. Ramai di antara mereka tidak hiraukan langsung dengan masalah ini kerana bagi mereka ianya adalah perkara biasa yang berlaku kepada orang yang sudah berkahwin. Bukan hanya itu, ramai juga yang mengambil perkara ini sebagai satu gurauan dan berkata ia adalah tanda kebahagiaan dan kemewahan.

 

VisceralFat


Perut buncit adalah salah satu tanda-tanda awal penyakit dan berkait rapat dengan banyak masalah kesihatan yang kronik seperti sakit jantung.


Tahukah anda bagaimana perut buncit boleh berlaku? Salah satu punca utama perut buncit berlaku disebabkan cara kehidupan kita yang tidak aktif dan cara pemakanan yang kurang sihat. Makan secara berlebihan juga salah satu sebab ianya berlaku. Lemak yang terkumpul di dalam perut dinamakan lemak viseral dan semakin buncit perut seseorang itu makan semakin tidak sihatlah keadaan dirinya.

Pakar kesihatan Dr. Selfie C. Rijal menjelaskan ada banyak faktor yang boleh menyebabkan perut menjadi buncit.  

1. Faktor Keturunan.
“Faktor keturunan yang diwarisi daripada orang tua secara umumnya sukar dielakkan,” ujar Selfie.

2. Faktor Penuaan
Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan.  Hasil kajian oleh Harvard Women's Health Watch mendapati wujudnya kaitan antara penurunan hormon ini dengan peningkatan pengumpulan lemak di perut.

3. Makanan dan minuman.
Doktor lulusan Universiti Padjajaran itu menjelaskan gula dan alkohol terutamanya yang terkandung dalam bir, adalah musuh utama kerana ia boleh membuatkan otot menjadi kendur.


“Gula itu kemudiannya terpaksa disimpan dalam tubuh sebagai lemak.  Pada masa sama, alkohol juga  dapat meningkatkan nafsu makan,” ujar doktor yang bertugas di Hospital Sari Asih, Tangerang, Banten itu.

Menurut Selfie, makanan segera juga boleh mengakibatkan perut menjadi buncit berikutan jumlah kalori dan lemaknya yang sangat tinggi. Tidak ketinggalan, susu. Jika yang diminum itu ialah susu berkalori tinggi, maka ia boleh menyumbang kepada kebuncitan perut. “Justeru sebaik- sebaiknya minumlah susu rendah kalori,” tegas beliau.

Begitu juga dengan minuman bersoda.  Minuman jenis ini boleh membuatkan perut menjadi kembung dan akhirnya membuncit. “Gelembung-gelembung udara dalam minuman berkarbonat boleh mengakibatkan perut buncit,” jelas Selfie.

4. Tembakau. 
Ia boleh menjejaskan aktiviti penghadaman.  Selfie berkata biasanya ketika merokok selepas makan, perut akan berasa kembung kerana penghadaman terganggu. 


5. Stres.  
 Menurut Selfie, keadaan psikologi seseorang mampu mengganggu aktiviti semula jadi tubuh termasuklah sistem penghadamannya. Stres juga boleh mencetuskan rasa kenyang dan menimbulkan masalah pada keupayaan tubuh menyimpan lemak. Akibatnya, perut kelihatan lebih mengembang. “Untuk mengatasinya, belajarlah untuk lebih relaks serta bernafas secara perlahan dan mendalam,” jelas beliau.
Dalam pada itu Selfie mengingatkan bahawa golongan wanita yang biasanya lebih mudah dilanda stress, cenderung memiliki lemak berlebihan di perut, meski pun berat badannya normal.  Keadaan ini mungkin diakibatkan oleh kesan hormon stres kortisol yang membuatkan lemak terkumpul di sekitar perut.

6. Perubahan hormon, terutamanya ketika menopaus.  
 Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon seks estrogen berkurangan sekali gus membawa kepada pengumpulan lemak pada perut. 

Tumpukan lemak yang tidak sekata boleh membuatkan orang yang bertubuh kecil, buncit perutnya. Sememangnya ia kelihatan amat tidak selesa.  Jelas Selfie, keadaan ini berpunca daripada pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti nasi dan makanan berasaskan tepung seperti mi, bihun dan ladu, dalam kuantiti yang banyak.  Akibatya, karbohidrat yang berlebihan akan disimpan dalam bentuk lemak terutamanya di perut, atau lebih tepatnya di rongga-rongga di antara organ dalam perut.

“Penumpukan lemak di perut juga menjadi petunjuk bahawa kurangnya aktiviti fizikal dan penurunan kadar metabolisme tubuh,” jelas Selfie.  Jelas beliau, “Faktor utama yang membawa kepada kebuncitan perut adalah gaya hidup dan iklan yang berleluasa di pelbagai media.”

Benarkah perut akan buncit apabila seseorang terus tidur selepas makan? “Ya, benar.  Perut akan menjadi buncit kerana proses penghadaman tidak dapat berfungsi dengan baik,” ujarnya. 




Bagaimana mengatasinya? Berikut adalah beberapa tip daripada Dr. Selfie:

1.   Makan lemak sihat
Percaya atau tidak, program diet rendah lemak tidak akan menghilangkan perut buncit. Perkara itu didedahkan oleh Profesor Dr. Mehmet Oz, dari Colombia University.  Sebenarnya perkara yang harus dilakukan ialah berhenti makan nasi putih dan menggantikannya dengan roti gandum murni. Makanlah lemak sihat seperti avokado dan minyak zaitun.

2.  Turuti keinginan tubuh
Kajian American Journal of Clinical Nutrition mendapati, jika seseorang memenuhi keinginan tubuhnya ketika lapar, dia akan cenderung makan lebih sedikit dalam tempoh tertentu.  Apabila seseorang mengidam untuk makan burger keju, dia mungkin akan makan burger keju selama beberapa hari sebelum akhirnya tubuh akan berasa bosan dan mengurangkan keinginan terhadap makanan itu.  Namun pastikan saiz hidangannya tidak berlebihan.



3.  Kurangkan saiz hidangan Kajian oleh seorang pembantu profesor pemakanan di University of Illinois, Chicago, Krista Varady, mendapati orang yang mengurangkan jumlah hidangan hariannya sehingga 25 peratus, akan kehilangan berat badan sehingga 15 kg dalam 8 minggu. Makan secara terkawal  pada hujung minggu juga dapat membantu seseorang mengurangkan berat badan.

4.  Senaman sit-up tidak menghilangkan lemak
Sebanyak mana pun sit-up yang anda lakukan, ia tidak akan menyingkirkan lemak di perut. Sit-up akan menguatkan otot namun lemak sukar terbakar hanya dengan senaman itu. Sebaliknya, lakukan latihan menyeluruh di otot besar yang lain seperti kaki, bahu dan dada agar proses pembakaran lemak lebih optimum.


5.   Banyakkan senaman kardio
Apabila otot besar sudah dikuatkan dengan latihan beban, maka seterusnya lakukanlah senaman kardio bagi mempercepatkan proses pembakaran lemak.  Berlari atau melakukan senaman aerobik dapat membantu membakar kalori berlebihan dengan syarat pengambilan  lemak buruk dihentikan.


6.  Jangan kurang / lebih tidur
Kurang tidur akan membuatkan kadar metabolisme tubuh berkurangan sekali gus menyukarkannya membakar lemak.  Manakala tidur berlebihan pula akan membuatkan tubuh menjadi pasif dan terbiasa untuk tidak banyak bergerak. Kedua-duanya mengakibatkan lemak berkumpul dengan lebih cepat.

7.   Berhenti minum minuman bersoda (termasuk soda berlabel "Diet")
Kajian selama 10 tahun oleh University of Texas mendapati mereka yang kerap minum soda diet menjadi gemuk dengan lebih cepat berbanding mereka yang tidak minum minuman itu. Ini kerana pemanis tiruan dalam soda boleh membuatkan perut buncit lebih pantas dan mengundang rasa lapar dengan lebih cepat. Gantilah minuman ini dengan teh atau air lemon kosong.

8.  Berdoa
Tahukah anda, ketika berdoa dan bertafakur, pengeluaran hormon stres kortisol akan berkurangan? Ya, inilah hormon yang menyebabkan perut buncit. Jadi, hindarilah stres, perbanyakkan berdoa dan bertafakur untuk menenangkan fikiran dan jiwa. Walaupun hanya 15 minit setiap hari, ia sudah cukup membantu.

9.  Gula yang sihat

Makan makanan manis sudah menjadi budaya orang Malaysia, namun biarlah manis yang sihat. Buah-buahan mengandungi gula semula jadi, begitu juga madu. Apabila makan makanan yang mengandungi gula seperti kerepek dan nasi putih, sebahagian besar kalori yang dimakan akan berubah menjadi lemak di perut.

10. Bersenam secara bijak, bukan secara keras

Apabila lemak di perut kian berkurangan, maka tibalah masanya untuk memulakan senaman  perut. Bersenamlah sehingga terasa regangannya dan janganlah berlebihan melakukannya.  Otot perut yang mantap akan membantu seseorang  tampil lebih sihat dan segar.  


Untuk lebih bertenaga dalam  proses menjaga kesihatan dan penyingkiran lemak yang lebih optimum, pilihlah produk yang terjamin selamat, berkesan dan halal dari Shaklee.




Kepada anda di luar yang mempunyai sebarang pertanyaan dan nasihat untuk masalah kesihatan, tip sihat dan rundingan percuma sila hubungi saya di:


sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
email: kizeewattyzainal@gmail.com
FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop

1 Botol Lecithin  180 kapsul berharga RM52.50.
1 Botol Omega  90 kapsul berharga RM136.00.

1 Botol Alfalfa 330 biji berharga RM53.75.
1 Botol Herbalax  90 biji berharga RM52.50.

1 canister Cinch Shakes 544gram berharga RM173.00.
1 canister ESP 544gram berharga RM150.0.

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

No comments:

Post a Comment