August 30, 2014

Resepi ESP Shaklee: Mangosteen Energizer

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Resepi ESP Mangosteen Energizer

Bahan-bahannya:
  • 2 sudu ESP
  • 1 cawan jus manggis
  • 1/2 cawan hirisan betik
  • 5-10 ketul ais
Cara-cara bancuhan:
  • Campurkan semuanya sekali, kisar menggunakan pengisar
  • Sedia untuk diminum


Mangosteen Energizer


Minuman ini untuk mereka yang ingin kurus dan juga bagi mereka yang ingin menaikkan berat badan. Tapi kita perlu tahu cara pemakanan ESP ini untuk tujuan tertentu.
 
ESP membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan dan ketakutan. ESP juga merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut.
 
Kandungan Soya di dalam ESP amat berkhasiat kerana:
  1. Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten. 
  2. Protein soya membantu mengurangkan kolesterol. 
  3. Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. 
  4. Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya. 
 
Untuk konsultasi percuma dan  harga vitamin Shaklee, sila hubungi saya di:

sms: pm: whatsapp ~ Kizee 0192484428

atau

FB fanpage:Kizee Healthyvita

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

August 23, 2014

Anak Sihat Ibu Bahagia

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Cuaca sering berubah dan paling terkesan pastinya orang tua dan kanak-kanak. Mereka sering kali demam, selesema dan batuk. Imunisasi seorang kanak-kanak masih belum matang manakala bagi orang tua pula makin berkurangan. Selain mengamalkan makanan sihat dan seimbang, persekitaran rumah perlu dipantau agar kita tidak mudah dijangkiti kuman dan penyakit.

Penyakit-penyakit Utama Yang Terjadi Akibat Daripada Persekitaran Yang Tidak Dijaga
  • Demam Denggi – akibat pembiakan nyamuk Aedes.
  • Taun dan Hepatitis A – akibat daripada pembiakan lalat, lipas dan tikus.
  • Demam Kepialu (Tifoid) – akibat daripada pembiakan lalat, lipas dan tikus.
Kita haruslah menjaga kebersihan diri kita. Kita boleh berbuat demikian dengan memotong kuku, mandi sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan sebagainya. Dengan ini, pasti kita dapat menjaga kebersihan diri kita. Selain itu, kita hendaklah menjaga kebersihan tempat tinggal kita. Oleh itu, kita hendaklah menyapu lantai, mencuci halaman rumah dan sebagainya. Dengan demikian kita dapat menjaga kebersihan tempat tinggal kita.
      
              Seterusnya, kita mestilah menjaga kebersihan makan dan minum kita. Kita tidak boleh makan makanan yang dihinggapi lalat. Kita juga mestilah memilih restoran yang bersih untuk kita makan di sana.
Di samping itu, sewajarnya kita menjaga kebersihan alam sekitar. Kita boleh berbuat demikian dengan mengadakan aktiviti gotong-royong dengan ahli keluarga kita. Dengan ini, kita bukan sahaja dapat menjaga kebersihan alam sekitar, kita juga dapat mengeratkan hubungan kita dengan anak-anak di samping mengajar mereka tentang erti kebersihan dan tanggungjawab.

Kanak-kanak seusia 1 tahun ke atas boleh diberikan suplemen dan vitamin yang sesuai. Anatara yang terbaik untuk kesihatan optimum anak-anak kita adalah:

Omega Guard
  •  minyak ikan laut dalam yang mengandungi DHA & EPA 
  • menggalakkan perkembangan fungsi otak, sistem saraf dan sistem mata. 
  • menguatkan sistem imun 
  • meningkatkan keupayaan belajar, kemahiran menaakul, menyelesaikan masalah, 
  • meningkatkan daya tumpuan dan ingatan serta integrasi antara sel otak

Meal Shake
  • mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan yang penting untuk tumbesaran 
  • kaya dengan sumber kalsium dan protein 
  • amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar,kuat dan sihat 
  • meningkatkan selera makan 
  • mengurangkan masalah kulit seperti eczema 
  • perasa vanila yg sedap dan lazat.

Chewable vitamin C
  • meningkatkan sistem imun anak-anak 
  • menjaga kesihatan gigi, gusi dan struktur tulang
 
Marilah memberi yang terbaik untuk anak dan keluarga kita. Kurangkan perkara yang tidak berfaedah dan berikan kesihatan terbaik untuk mereka.
Harga vitamin di atas amat berpatutan dan tahan lama, Insya Allah.


1 botol Omega Guard mengandungi 90 biji untuk pengambilan selama 3 bulan berharga RM136*.

1 botol Mealshakes 544 gram biji untuk pengambilan selama 3 bulan berharga RM113.75* 

1 botol Chewable Vitamin C mengandungi 90 biji kapsul untuk pengambilan selama 1-2 bulan berharga RM40*.  
*harga tidak termasuk kos penghantaran

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut sila hubungi saya di:
sms: pm: whatsapp ~ 0192484428


atau  
PM di FB: Kizeewatty Zainal   


Jom like dan dapatkan info terkini di FB fanpage saya  di Kizee Healthyvita  

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

August 22, 2014

Amalan Sunnah: Makan dengan Tangan Kanan

 Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم


Ibn Umar meriwayatkan bahawa Pesuruh Allah, Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Apabila kamu hendak makan, hendaklah kamu makan dengan tangan kanan, dan apabila hendak minum, minumlah dengan tangan kanan, kerana syaitan makan dengan tangan kiri dan minum dengan tangan kiri.” (Sahih Muslim)

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat timur untuk mendahulukan apa jua perbuatan dengan tangan kanan, baik bersalam, makan, menunjuk dan sebagainya jadi apabila kita mendengar hadis diatas bukanlah ia menjadi sesuatu yang janggal. Akan tetapi rata-rata masyarakat moden dizaman ini mula makan dengan tangan kiri, baik di majlis-majlis rasmi hinggalah ke makan di tempat-tempat ternama seperti di hotel-hotel besar.

Akan tetapi Nabi berpesan agar makan menggunakan tangan kanan dan sesiapa yang makan menggunakan tangan kiri, mereka mengikut amalan syaitan. Melihat tamadun barat yang menyuap makanan dengan tangan kiri malah itu juga diikuti oleh golongan elit bangsa kita di majlis-majlis “high level”, pasti ada hikmah mengapa Nabi melarang berbuat demikian.

Sebenarnya, otak manusia terbahagi kepada dua hemisfere kiri dan kanan, bahagian kiri badan dikawal oleh bahagian kanan otak dan sebaliknya. Kajian sains mengenai aktiviti otak menunjukkan, secara amnya lebih banyak aktiviti dibahagian kiri otak ketika seseorang itu sedang berada dalam keadaan yg positif contohnya mesra, riang gembira dan sebagainya. Sifat-sifat negatif seperti menyendiri lebih aktif diotak sebelah kanan.


Amalan Sunnah : Makan Menggunakan Tangan Kanan (gambar carian google)

Mengapa apabila kita dilanda masaalah, meluahkan perasaan ataupun bercakap samada kepada diri sendiri ataupun kepada manusia lain serba sedikit dapat mengurangkan tekanan didalam diri kita? Ini berkemungkinan disebabkan otak kiri terlibat lebih aktif dalam bahasa pertuturan, aktiviti berkomunikasi dengan tidak secara langsung membuat bahagian kiri otak aktif lantas menimbulkan perasaan positif dan mengurangkan tekanan perasaan.

Jadi jika kita kaitkan dengan aktiviti makan menggunakan tangan kanan yang mana akan mengaktifkan bahagian kiri otak, bukankah ia akan menimbulkan perasaan positif? Lebih positif semasa kita menjamu selera, lebih mudah makanan dihadamkan dan makin sihatlah tubuh badan.

Makan dengan tangan kiri mengaktifkan otak kanan yg dikaitkan dgn sifat-sifat negatif, sebab itulah makan dengan tangan kiri meniru syaitan kerana sifat syaitan itu sendiri yang penuh dengan dengki dan sombong. Lebih bahaya lagi apabila perbuatan makan dengan tangan kiri itu juga akan membuatkan manusia lebih mementingkan diri sendiri dan tidak peduli lagi pada insan-insan lain terutamanya dalam hal makan tersebut.


Sesungguhn ya, tiada perintah Allah dan anjuran Nabi yang tiada kebaikan untuk umat manusia, hanya mereka yang melihat dengan mata hati keimanan sahaja yang dapat memahami.


Wallahu a'lam

August 15, 2014

Get Clean® Water Pitcher dari Shaklee

Teks: Kizeewatty Zainal
 
Assalamualaikum w.b.t

Get Clean® Water Pitcher

Get Clean® Water mengaplikasikan sistem penapisan air baharu berbilang paten bagi menghasilkan air yang lebih bersih dan sihat. Berbanding jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar berbahaya - termasuk sehingga 99% plumbum.

Get Clean® Water merupakan jag air pertama yang menggunakan sistem penapis blok karbon yang boleh diisi semula. Langkah ini membantu mengurangkan timbunan botol plastik bagi pemuliharaan alam sekitar. Ia juga berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air bagi setiap blok penapis. Air dan bumi yang lebih bersih dan lebih sihat.

Get Clean® Water Pitcher

Memperkenalkan Air Get Clean®

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
  • Disahkan berkesan mengurangkan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain di samping mengekalkan kandungan mineral air yang bermanfaat!
  • Disahkan berkesan mengurangkan klorin, oleh yang demikian ia dapat membantu mengurangkan ancaman kesihatan akibat bahan sampingan klorin!
  • Disahkan berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air - dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkemuka.
  • Jag air pertama yang dilengkapi sistem penapisan blok karbon isian semula
Pilihan Bijak
  • Kos hanya beberapa sen bagi satu liter air
  • Air yang lebih sihat dengan rasa yang lebih sedap
  • Jag air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah ditapis (tidak memerlukan kuasa elektrik)
  • Ringan dan mudah dibawa
  • Menjimatkan kos
Keunikan Shaklee

Selamat
  • Menyingkirkan plumbum dan pelbagai benda asing dalam air
  • Get Clean® Water mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf berkesan dalam mengurangkan plumbum dan benda asing lain oleh Persatuan Kualiti Air (WQA).
Pintar
  • Hanya beberapa sen bagi satu liter air
  • Warga Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya beberapa sen seliter, Get Clean® Water mampu memberikan air yang bersih dengan rasa yang lebih sedap. Ia juga dilengkapi meter pintar yang menunjukkan bilakah masanya anda patut menukar penapis. Tiada lagi ketidakpastian.
Berkuasa Tinggi
  • Lebih banyak air bersih pada setiap masa
  • Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) air daripada setiap blok penapis - dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkenal. Malah, jag ini berupaya mengurangkan bahan cemar dalam air yang boleh memudaratkan kesihatan anda.
Mesra Alam
  • Memelihara kesejahteraan alam sekitar
  • Get Clean® Water menggunakan jag air dengan sistem penapis blok karbon isian semula yang pertama di dunia. Langkah ini dapat membantu mengurangkan timbunan sampah. Malah, setiap penapis diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan mesra alam sekitar.

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut sila hubungi saya di:  

sms: pm: whatsapp ~ 019248442

atau  
PM di FB: Kizeewatty Zainal  
FB fanpage saya  di Kizee Healthyvita  


Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

Amalan Sunnah: Menjaga Kesihatan dengan Minyak Zaitun

Teks: Kizeewatty Zainal


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم


Kandungan Minyak Zaitun

Asid lemak merupakan kandungan utama minyak zaitun terdiri dari asid oleik, asid linoleik dan sedikit asid linolenik. Asid oleik merupakan salah satu asid lemak dari jenis tidak tepu mono, merangkumi 55 hingga 85 peratus kandungan minyak zaitun.

Asid linoleik dan linolenik adalah dari jenis asid lemak tidak tepu poli yang menganduingi Omega 6 dan Omega 3. Nisbah Omega 6 dan Omega 3 dalam minyak zaitun menepati nisbah yang disarankan untuk orang dewasa selain turut membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular,
kanser dan penuaan dan bagus untuk bayi dalam kandungan.
 
Kandungan peroksida atau antioksidan yang tinggi di dalam minyak zaitun berfungsi menentang pengoksidaan oleh radikal bebas (kanser) dan memb
ekalkan oksigen reaktif di dalam badan kita. Ia juga mengandungi sterol tumbuhan yang menghalang badan daripada menyerap kolesterol berlebihan di samping kaya dengan vitamin E yang terbukti baik untuk kesihatan kulit.

Menjaga Kesihatan dengan Minyak Zaitun
Menjaga Kesihatan dengan Minyak Zaitun


Antara Kegunaan Minyak Zaitun
  •  Awet muda, anti penuaan dan menyerikan wajah.
          Disapu di wajah sebelum tidur

  • Masalah kulit muka berjerawat, parut atau melecur. 
           Sapu pada jerawat dan parut.

  • Sakit lutut, athritis dan sendi-sendi yang sakit.
          Diletakkan di kapas lalu dibalut pada lutut (atau mana-mana anggota atau sendi 
           yang sengal) sebelum tidur.

  • Leukimia
          Dibaca ruqyah saratan diminum satu sudu satu jam sebelum makan apa-apa selama 
          paling kurang 40 hari.

  • Kanser
           Dibaca ruqyah saratan dan sentiasa di sapu pada anggota terkena kanser contohnya; 
           kanser otak, kanser payudara.

  • Gastrik, penghadaman, usus,sakit perut, cacing dan angin
           Minum sesudu satu jam sebelum makan apa-apa.

  • Sakit gigi dan gusi.  
          Dengan campuran sedikit garam, boleh menjadi ubat mujarab yang disapu pada gigi 
          dan gusi.
 
  • Anti semua kanser, sakit jantung dan 1001 penyakit: 
          Digunakan sebagai minyak masakan utama.

  • Urut
          Campur dengan air mawar dan digunakan sebagai minyak urut.
  • Melebatkan rambut
          Dijadikan minyak rambut utama. Tahukah anda minyak zaitun adalah minyak    
          rambut  utama nabi saw.  Antara sifat nabi adalah rambutnya sentisa berminyak 
         dengan minyak zaitun.

Selain buah zaitun, daunnya juga bermanfaat sebagai penggalak sistem imun manusia. Masyarakat Timur Tengah telah mengamalkan meminum teh daun zaitun sejak berabad yang lalu untuk merawat batuk, sakit tekak, demam, dan gout.

Ibnu Qayyim juga menjelaskan bahawa daun zaitun boleh merawat luka dan gatal-gatal.
Pendek kata, daun zaitun bersifat antibiotik. Oleh yang demikian, pengambilan daun zaitun mestilah mengikut dos tertentu. Batang zaitun pula boleh dibuat perabot. Malah ada juga tasbih yang diperbuat daripada kayu zaitun. Tasbih daripada kayu zaitun ini kelihatan agak berminyak dan agak harum.
Sesungguhnya setiap ciptaan Allah di alam ini ada manfaat bagi manusia. Tiada satu yang sia-sia.


Salam Sayang,

Kizeewatty Zainal  

0192484428
Pengurus Online Akademi Bekerja di Rumah
CEO Kizee Healthyvita 

August 13, 2014

Tips Carian dan Jejak di Google

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t


Tips asas blog, meninggalkan nama kita pada jejak google dan memudahkan carian pelanggan.

Pelanggan suka beli melalui usahawan online yang dikenali, ini sangat penting bagi suri yang sangat baru dan baru membina tapak untuk jualan online.

Analisa asas sebelum memulakan create blog, mula dengan penjenamaan email.

Tips jejak google

1. Nama kita sebagai penjenamaan:
    Kizeewatty Zainal

2. Email juga penjenamaan:
    kizeewattyzainal@gmail.com

3. Alamat URL Blog:

Tiga perkara di atas sangat penting membina tapak kita dalam carian google
sekarang letak nama masing-masing, sudah timbul atau belum.

1 carian mewakili 10
10 mewakili 100 carian pertama
Jangan letak nama pelik-pelik, nama kitalah yang perlu kita jenamakan dan pasak dalam carian google. Perkara pertama sebelum create blog, daftar dahulu email berdasarkan nama sendiri mengikut ic.
Boleh daftar mana-mana kelas berikut.

1.  Kelas asas blog dan penulisan
2.  Kelas asas blog, fanpage mula bisnes
3.  Kelas beriklan mudah.my
4.  Kelas penulisan ebook pertama
5.  Kelas penulisan kreatif
6.  Kelas telekung solat borong dan runcit
7.  Kelas asas wordpress
8.  Kelas mula bisnes makanan sunnah
9.  Kelas mula bisnes projek raya
10. Kelas akaun online/offline
11. Tempahan blog bisnes 5 hari siap
12. Beriklan dengan kami di pautan 830 blog
13. Pendaftaran pengurus online/rakan niaga Akademi Bekerja Di Rumah.

Keterangan lanjut ada di sini http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

Bagi anda yang berminat dan teringin untuk membina blog anda sendiri dengan cara mudah dan santai, atau mungkin hanya ingin bertanya jangan segan silu. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.  


Untuk sebarang pertanyaan, hubungi saya melalui : 
 
FB Official :Kizeewatty Zainal 
SMS WHATSAPP PM : 0192484428 atau tinggalkan komen di bawah.
 
Salam Sayang,

Puan Kizeewatty
Pembantu Kelas Asas Blog dan Pengurus Online ABDR.
Pasir Gudang Johor 

August 9, 2014

Risiko Kurang Tdur

 Teks: Kizewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Zaman kini masa berlalu begitu pantas, dan kita sering terkejar-kejar dalam melakukan urusan seharian. Kita selalu memaksa diri untuk menghabiskan kerja dalam masa yang begitu pantas dan singkat ini. Akibatnya ramai antara kita yang mengalami keletihan yang amat sangat dan tidur yang kuang cukup atau kurang berkualiti.

Fahami mengapa kurang tidur atau rehat mampu mengubah sistem badan kita dan seterusnya mendatangkan penyakit kronik.

Keinginan untuk Makanan Berlemak Meningkat.

Kurang tidur boleh menghapuskan hormon yang mengatur nafsu makan. Akibatnya, keinginan menikmati makanan tinggi lemak, kalori dan karbohidrat semakin meningkat

Jika selama 2 malam kita tidur secara tidak mencukupi dan berkualiti, ini dapat mencetuskan rasa lapar berlebihan. Keadaan ini terjadi kerana rangsanan peningkatan hormon ghrelin, hormon penambah nafsu makan, dan mengurangkan hormon leptin sebagai penekan nafsu makan. 

Peningkatan Hormon Stress. 

Kajian yang dilakukan Universiti Chicago menunjukkan bahawa tidur kurang dari 7 jam boleh meningkatkan pertumbuhan kortisol atau hormon stress. Bahkan dapat meningkatkan denyut jantung, tekanan darah dan glukosa darah sehingga boleh mengakibatkan hipertensi, penyakit jantung dan diabetes jenis 2. 

Lemah Antibodi. 

Mereka yang tidur kurang dari 7 jam semalaman boleh menahan rasa sejuk 3 kali lebih tinggi. Kajian lain mendapati, lelaki yang kurang tidur akan mengalami kegagalan menjaga respon imun atau kekebalan tubuh secara normal setelah menerima suntikan flu.

Mereka yang kurang tidur, antibodi yang bekerja setelah suntikan vaksinasi hanya mampu bertahan paling lama 10 hari. Keadaan ini sangat berbahaya. Perbaiki kualiti tidur, maka kekebalan tubuh akan meningkat. 

Menimbulkan Pelbagai Penyakit. 

Antara penyakit kronik seperti arthritis boleh terjadi apabila kita tidak mendapat tidur yang mencukupi. 

Risiko Kanser Lebih Tinggi. 

Senaman membantu mencegah kanser. Para atlet yang tidur 7 jam atau kurang semalaman memiliki kemungkinan menghidapi kanser 50% daripada mereka yang rutin melakukan senaman dan mendapat tidur yang lebih berkualiti. 

Ini kerana kualiti tidur yang buruk menyebabkan gangguan metabolisme hormon dan dikaitkan dengan risiko kanser, dan boleh 'menghapus' manfaat senaman tersebut. 

Tampak lebih tua.

Mereka yang kurang tidur biasanya memiliki kulit yang pucat dan wajah lesu. Lebih buruk lagi, peningkatan kadar kortisol melambatkan pertumbuhan kolagen yang mengakibatkan kedutan di muka.

Oleh itu kesimpulan yang dapat dibuat adalah tidur yang cukup  dan berkualiti itu penting./ Tapi bagaiman kita ingin mengecapi tidur berkualiti ini jka badan kepenatan akibat urusan seharian?

Mulakan amalan pemakanan yang sihat dan suplemen yang berkhasiat yang mampu membekalkan nutrien kepada badan. 

Antaranya:

a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
  • Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.  
  • Anti oksida melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit. 
  • Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, merangsang peredaran darah dan sekaligus peredaran oksigen ke seluruh sel badan.
b) B Complex  
  • Menukar makanan kepada tenaga.
  • Bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan 
  • Melawan dan mengatasi tekanan, stress dan murung  
  • Memastikan kesihatan sistem saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia. 
c) Ostematrix 
  • Meringankan stress. 
  • Mengimbangi tekanan da peredaran darah.
  • Mengurangkan kebas dan kejang.
  • Memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf.
  • Menggalakkan tidur selesa.
  • Memperbaiki jantung berdebar, gementar.
  • Memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam. 
d) Performance Drink 
  • Elektrolit dan mineral di dalam penting bagi membantu tubuh dalam menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  • Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat 
  • Ganti air yang hilang ketika melakukan aktiviti fizikal 
  • Tingkatkan daya tahan otot 
  • Mencegah penyahhidratan 
  • Kulit kekal lembab 
  • Tampak lebih muda
 
Harga vitamin di atas amat berpatutan dan tahan lama, Insya Allah.
1 botol Vita-Lea mengandungi 120 biji untuk pengambilan selama 4 bulan berharga RM88.75*.
1 botol B Complex mengandungi 120 biji untuk pengambilan selama 4 bulan berharga RM53.75* 
1 botol Ostematrix mengandungi 120 biji kapsul untuk pengambilan selama 1-2 bulan berharga RM61*. 
 
1 canister Performance Drink Orange 539 gram untuk pengambilan selama 2 bulan berharga RM82.50*.
*harga tidak termasuk kos penghantaran
Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut sila hubungi saya di:


sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
atau Email: kizeewattyzainal@gmail.com PM di FB: Kizeewatty Zainal   
Jom like dan dapatkan info terkini di FB fanpage saya  di Kizee Healthyvita
Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee