August 3, 2014

Amalan Sunnah: Amalan di Waktu Pagi

Teks: Kizeewatty Zainal

 Assalamualaikum w.b.t


Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan bermula dari celiknya mata hingga kita kembali tidur pada malam hari.

Kita digalakkan untuk mandi pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk. Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit.


Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.





Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi Muhammad saw pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion +ve manakala dalam ikan mengandungi ion -ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Rasulullah saw mengajar kita supaya makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Ini telah terbukti apabila ahli sains telah menjumpai bahawa enzim banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. Enzim sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam dan mendatangkan mudarat kepada usus badan.



Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment