April 26, 2014

Amalan Sunnah Ketika Menghadiri Majlis

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Bismillah.


Dalam sebuah kehidupan manusia setiap hari pasti tidak terlepas daripada menghadiri sesebuah majlis. Walaupun seseorang itu dikatakan mempunyai perwatakan 'kera sumbang', jarang bertandang atau bergaul di dalam sesuatu majlis, pastinya si dia ada berkomunikasi dengan kawan-kawan rapat dan ahli keluarga. 

Berborak atau berkomunikasi sesama kawan dan ahli keluarga juga dikategorikan sebagai sebuah majlis, dan di majlis sebeginilah kita digalakkan menjaga tatatertib agar tidak cenderung melakukan dosa waima sekecil zarah sekalipun.

Ketika menghadiri majlis yang kecil mahupun besar, kita digalakkan membaca kafarah majlis, ia bermaksud memperbaharui taubat dan istighfar kepada Allah dan memperbaharui ikrar kepada Allah dengan mentauhidkanNya daripada segi rububiyah dan uluhiyahNya, pada nama-nama dan sifat-sifatNya, tiada Tuhan melainkan Dia ketika menyebut,


"Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah"

Dengan mengamalkan sunnah-sunnah ini kita sentiasa berada dalam keadaan mentauhidkan Allah swt dan mensucikannNya dari segala sesuatu yang tidak layak bagi Allah dan kita sentiasa berada dalam keadaan bertaubat dan beristighfar kepada Allah sepanjang hari dan malam.

Perjumpaan atau majlis kecil (gambar carian google)

Kelebihan besar mengamalkan sunnah rasulullah s.a.w ini adalah Allah akan menghapuskan dosa yang kita lakukan ketika berada di dalam majlis tersebut.

Wallahu a'lam


April 24, 2014

Amalan Sunnah Ketika Memakai Kasut

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Bismillah.

Rasulullah s.a.w bersabda,


"Apabila kamu memakai sepatu (kasut), mulakan dengan kaki kanan dan apabila kamu menanggalkannya hendaklah memulakannnya dengan kaki kiri dan hendaklah kamu memakainya semuanya (kedua-dua belah) atau menanggalkan semuanya."

Riwayat Abu Hurairah r.a

Sunnah pemakaian kasut, sepatu atau selipar sentiasa berulang dalam kehidupan seharian seorang Muslim. Setiap kali ingin keluar pergi ke masjid, masuk dan keluar bilik air, keluar bekerja dan sebagainya.

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a:
"Adalah Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam memulai dengan sebelah kanan dalam hal baginda memakai sandal, bersisir, bersuci, dan dalam semua perkara."

Adab-adab ketika Memakai Kasut

  1. Mengucapkan Bismillah hir Rahman nir Rahim - Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
  2. Memulakan pemakaian dengan kaki sebelah kanan terlebih dahulu kemudian diikuti kaki sebelah kiri.
  3. Memulakan perjalanan dengan kaki kanan terlebih dahulu kemudian diikuti kaki sebelah kiri, berjalanlah dengan selamat, bersabar dan tidak tergopoh gapah serta berjalanlah dengan berharap keselamatan dan keredhaan Allah SWT.

Memakai Kasut yang Berlainan

Kita tidak digalakkan memakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan atau pun
memakai sebelah sahaja. Ini selalu terjadi kepada diri saya. Tanpa saya sedar banyak kali juga 
saya memakai kasut atau selipar yang berlainan, kadang kala ketika rewang dan tergopoh
gapah dan tanpa kita perasan maka apa yang ada kita pakai sahaja.

Sebenarnya, para ulama memberi pelbagai pandangan tentang larangan pemakaian kasut 
berlainan ini. Antara sebabnya ialah:

  1. Memakai sebelah kasut merupakan tabiat berjalan yang biasa dan tidak selamat.
  2. Tidak berlaku adil antara anggota badan. Mereka yang memakai kasut berlainan boleh dikategorikan kepada kurang atau lemah akal.
  3. Syuhrah- si pemakai kasut yang berlainan atau sebelah sahaja ini bertujuan menarik perhatian orang ramai, untuk menunjukkan perbezaan diri dengan orang lain. Tujuannya sama ada untuk berbangga-bangga di hadapan orang lain dengan perasaan takjub dan besar diri (takbur) atau untuk menunjuk-nunjuk kezuhudan dengan perasan riyak dan nifak (berpura-pura). 

Alangkah baiknya jika kita mengamalkan sunnah ini yang sentiasa berulang dalam kehidupan
kita yang sudah tentu dapat menambahkan ganjaran pahala, dan segala gerak geri serta tingkah
laku kita berada dalam keadaan mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. Oleh itu cara untuk
memperoleh pahala dalam amalan-amalan itu kita hendaklah niatkannya kerana ingin
mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w.

Wallahu a'lam.

April 23, 2014

Bengkel Terakhir "Branding Yourself & Business Strategies" di Kelantan

Teks: Kizeewatty Zainal
Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.
*****************************************************************************************************
"Dahulu saya juga pernah berkhidmat di syarikat swasta dan kemudian di agensi kerajaan. Saya tertanya-tanya bagaimana cara untuk keluar dari hidup yang penuh tekanan dan hutang jika masih bekerja di bawah telunjuk orang. Saya mula berfikir, jika projek atau kerja dipejabat tidak dapat disiapkan, ada ramai lagi yang boleh sambung siapkan. Jika urusan kebajikan rumah dan anak saya huru -hara, tiada siapa yang boleh membantu. Tapi apakah dengan berhenti kerja, saya akan gembira? Apa kata keluarga? Apa pandangan masyarakat sekeliling, berpendidikan tetapi menjadi suri rumah sepenuh masa. Saya mengkaji dan mendapatkan motivasi. Langkah demi langkah dibuat"

Kini bukan sahaja saya boleh jadi suri rumah sepenuh masa, malah saya berpendapatan sendiri dengan menjalankan kepakaran saya walau di rumah. Saya juga menjalankan coaching personal secara online. Keluarga gembira. Jiran bertanya. Rakan-rakan tanya petuanya. 
TAK PERLU kuburkan cita-cita 
TAK PERLU simpan Ijazah
Di rumah juga boleh bekarya
Di rumah juga boleh bekerjaya
Bagaimana caranya?
Ia adalah salah satu usaha membantu anda menjenamakan diri dan perkhidmatan serta perniagaan agar mendapat sambutan ramai di mana saja walau di rumah sekali pun ia terus mendapat sambutan. Jemput sertai bengkel terakhir di kelantan. Kalau tak dan nak hadir, sampaikan pada saudara mara dan sahabat agar mereka boleh sampaikan semula pada anda nanti."
Senibina Kehidupan Di Rumah
(penulis majalah, penulis ebook, guru online kelas asas blog Akademi Bekerja Di Rumah, working at home mom)
Pengasas
www.rekabentuk3donline.com
***********************************************************************************
Kita takut nak buat keputusan
Kita takut nak cuba
Kita asyik gagal
Kita asyik stress 
Sebab kita tak tahu cara,
Tak ada ilmunya
Tak jumpa mentornya
Akademi Bekerja Di Rumah ada buka peluang ini yang dulunya tak ada siapa yang kisah akan keperluan wanita terutamanya yang kepingin menjadi wahm yang disayangi keluarga. Iaitu dengan menjadi rakan niaga untuk produk digital dan perkhidmatan online. Dapat komisyen untuk setiap pembelian.

Bagi yang mahu join jadi rakan niaga, kami berikan rujukan untuk dibaca dan di ajar cara setup kedai alam maya serta blog. Kemudian bagaimana untuk mengembangkannya. Yang dah ada blog atau perniagaan, namun masih tidak dikenali atau tidak mendapat sambutan, mari ke klinik penjenamaan semula.
PELAJARI DAN KUASAI TEKNIK MENJENAMAKAN DIRI, MEREKABENTUK MASTER PLAN DAN JENAMA PERNIAGAAN SERTA MEMPERKENALKAN PERNIAGAAN DAN PERKHIDMATAN KEPADA ORANG RAMAI,PIHAK TERTENTU DAN JUGA MEDIA MASSA AGAR TERBUKA LUAS PINTU REZEKI DAN PELUANG-PELUANG BARU

SIAPA YANG PERLU HADIR KE BENGKEL INI?

1. Anda yang belum ada perniagaan untuk diniagakan

2. Anda yang sudah ada perniagaan tetapi tidak ada
pelanggan

3. Anda yang sedang berfikir cara untuk marketkan dan jenamakan produk dan perkhidmatan anda     agar lebih dikenali ramai

4. Anda yang sudah berhabis berpuluh ribu tetapi sepi dengan pelanggan

5. Anda yang buat pendapatan sampingan untuk melangkah lebih maju ke depan

6. Anda yang sedang bekerja dengan majikan dan melakukan perniagaan secara sambilan untuk mula
yakin dan langkah ke alam perniagaan sepenuh masa

7. Anda yang tiada pendidikan tinggi tetapi ada kemahiran khusus

8. Anda yang berpendidikan tinggi dan mempunyai kepakaran untuk brandingkan kepakaran dan  perkhidmatan anda

9. Anda yang mempunyai produk dan perkhidmatan yang bagus tetapi tidak diketahui oleh orang ramai

10. Anda mempunyai hobi yang boleh diniagakan

11. Anda mempunyai bakat, idea dan kepakaran yang bernilai dan boleh menjana pendapatan daripadanya

12. Anda yang inginkan kemajuan dan bersedia melakukan apa saja untuk memajukan perniagaan tetapi tidak tahu caranya

JADI SIAPAKAH ANDA YANG DIMAKSUDKAN?

Anda yang dimaksudkan adalah :

- Usahawan dan bakal usahawan

- Suri Rumah yang ingin menjana pendapatan dari 

  rumah (WAHM)

- Pelajar dan graduan yang boleh bekerja sendiri 

  untuk menjana pendapatan tanpa batasan

- Pekerja sambilan atau sepenuh masa dengan majikan yang ingin mengubah konsep pendapatan makan gaji bulanan kepada pendapatan tiada batasan


- Pemilik Perniagaan dan pemilik syarikat yang mahu menjadikan perniagaan dan perkhidmatannya dikenali ramai dan mendapat pelanggan tidak putus


- Professional yang kesepian pelanggan untuk berkhidmat


- Penjual Produk yang tidak mahu lagi kerugian dengan stok produk di stor yang berlambak


- Pemilik Restoren yang sering menongkat dagu menunggu pelanggan masuk ke kedai makan


- Penulis yang menulis syok sendiri dan tidak dikenali ramai malah mengalami kerugian terhadap hasil cetakan yang tidak ada pembeli


- Penceramah yang kurang mendapat undangan


- Pakar Motivasi yang tidak mendapat jemputan dan tidak dikenali ramai


- Pemilik idea dan kepakaran yang hanya memendam idea dan kepakaran


- Pemilik perniagaan ONLINE atau OFFLINE



APA YANG ANDA DAPAT APABILA MENYERTAI BENGKEL INI?
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------PENJENAMAAN (Branding)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. Memahami akan kepentingan "Penjenamaan" untuk perniagaan dan perkhidmatan. 

2. Mengetahui nama dan perkataan yang sesuai untuk penjenamaan diri dan perniagaan masing-masing.

3. Mengenal pasti kesilapan yang sering dilakukan yang menyebabkan kurang "laris" dan di "pandang"

4. Menguasai teknik memilih perkataan atau ayat pada penjenamaan dan topik yang dibina agar ianya dapat "mengumpan" dan "menarik" pembaca, pelanggan dan enjin carian internet (Contoh : Google) 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MEREKABENTUK (Designing)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

5. Mengenalpasti Logo dan Grafik yang sesuai untuk perniagaan dan perkhidmatan masing-masing.

6. Memahami dan mengenalpasti konsep, gaya dan warna yang sesuai untuk jenis perniagaan dan perkhidmatan masing-masing.

7. Menguasai Tips dan Cara untuk memberikan impak foto gan grafik kepada pelanggan agar dapat menguasai mental dan emosi pelanggan.

8. Mengetahui tips rekaan logo dan grafik yang disukai dan mendapat perhatian ramai . 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MEMPERKENALKAN (Promoting)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

9. Belajari teknik untuk meningkatkan perniagaan dan perkhidmatan di carian Google agar mudah dijumpai dan disukai oleh pembaca,  pelanggan, rakan niaga, media massa, penaja dan sebagainya.

10. Belajari teknik untuk membuat proposal kepada Penaja, Rakan Niaga, Pelanggan Berpotensi Tinggi mahupun kepada Media Massa.

11. Belajari teknik memanfaatkan testimonial, penajaan dan peluang tersiar di media massa untuk mendapatkan kepercayaan bakal pelanggan dan orang ramai.

12. Mengetahui medium-medium yang boleh digunakan untuk memperkenalkan diri dan perkhidmatan kepada orang ramai.



APAKAH BONUS YANG AKAN PESERTA DAPAT?
Apa BONUS yang akan anda dapat?

1. Pendedahan Dan Latihan Langkah Demi Langkah Teknik Asas Bloging Untuk Blog Perkhidmatan/Perniagaan Anda Sendiri. 
(bernilai rm300)

2. Pendedahan Rahsia Mendapat Liputan Media Secara PERCUMA untuk Memperkenalkan Perniagaan Dan Perkhidmatan Anda Sendiri 
(bernilai rm300)

3. Pendedahan Cara Untuk Design (Merekabentuk) Bisnes Anda Sendiri Agar Dipandang Oleh Orang Ramai dan Dicari. 
(bernilai rm300)

Ketiga-tiga ini adalah teknik mudah untuk menjemput rezeki 



Peserta juga akan DIBERIKAN 2 EBOOK pada akaun email masing-masing:
a) Ebook Belajar Asas Blog - Penulisan Puan Masayu Ahmad (bernilai rm50)
b) Ebook Panduan Kediaman Pertamaku- Penulisan Khairunnisa Hamzahara 

(bernilai rm50)

Bukan itu sahaja. Semua akan membawa pulang HADIAH yang sangat istimewa iaitu:
Senaskah BUKU JANA RM DI RUMAH oleh Puan Masayu Ahmad di dalam bengkel ini nanti.
(bernilai rm20)



Masing-masing akan bawa pulang MASTERPLAN JENAMA , KONSEP, TEMA, PERJALANAN AKTIVITI BUSINESS SERTA STRATEGI MEMPERKENALKAN BUSINESS KEPADA PELANGGAN, PIHAK TERTENTU DAN MEDIA MASSA.


Setiap peserta akan bersama di dalam SECRET BUSINESS BRANDING GROUP untuk terus bersama bertukar pendapat dan resipi kejayaan masing-masing. Peserta juga akan diserap ke dalam Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) serta layak BERIKLAN di SOHO DIRECTORY selama setahun.

ULASAN PESERTA YANG TELAH HADIR KE BENGKEL BRANDING INI DI MELAKA DAN KUALA LUMPUR


























SEKITAR AKTIVITI DI BENGKEL BRANDING YOURSELF dan BUSINESS STRATEGIES.
Aktiviti Menarik dalam Branding Yourself & Business Strategies

Bengkel "Branding Yourself & Business Strategies" di Kuala Lumpur

Bengkel "Branding Yourself & Business Strategies" di Melaka
KALI INI GILIRAN ANDA PULA DI KELANTAN UNTUK MULA MENJENAMAKAN DIRI DAN PERNIAGAAN.
MARI KITA SAMA MEMBINA PINTU PELUANG KITA SENDIRI!! AMIN
LOKASI TERAKHIR: KELANTAN (26 APRIL 2014)
9.00 pagi - 5.00 petang
Bertempat di :
ICT Incubator Centre Sdn Bhd,
Lot 2.78-2.79, Tingkat 2,
KB Cyber Plaza, Jalan Hamzah,
15050 Kota Bharu Kelantan.
Nota : Bersebelahan KB Mall
*Pendaftaran di lanjutkan sehingga 12 malam ini sahaja*
Daftar di http://bengkelbranding.blogspot.com ATAU www.bengkelbranding.com ATAU sms whatsap ke Kizeewatty Zainal 0192484428/ pm FB Kizeewatty Zainal
Ayuh usah tunggu lagi. Mulakan langkah untuk Jenamakan DIRI dan PERNIAGAAN agar DIKENALI dan DICARI !!

Insyaallah kami bantu anda dengan teknik-teknik mudah untuk anda lakukan agar perniagaan anda cerah dan mendapat sambutan. Ayuh melangkah keluar ke luar pintu kotak anda!!
Mohon untuk sebarkan kepada mereka yang lain. Mungkin anda "tidak perlukan" tapi kenalan anda dan orang sekeliling anda sangat memerlukannya. Apa yang baik kita sampaikan. Moga ianya dipanjang-panjangkan dan dimanfaatkan. Insyaallah


Insyaallah anda yang hadir ke bengkel ini akan mendapat KUNCI TEKNIK BRANDING di dalam genggaman anda. Hanya perlu pulang dan lakukan! 


Salam Sayang,

Puan Kizeewatty Zainal
Pembantu Online kelas asas blog Akademi Bekerja Di Rumah, WAHM

April 22, 2014

Kenapa Perlu Vitamin, Makanan Tambahan dan Suplemen?

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamulaikum w.b.t

Kesihatan merupakan tenaga, kecergasan dan kesejahteraan dalam kehidupan kita. Kita hanya akan sedar kehadirannya bila kita merasai dan melihatnya. Kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang indah dan kita akan terasa kehilangannya apabila kita sudah jatuh sakit atau didiagnosis dengan penyakit kronik.

Kenapa kita perlu mengambil vitamin dan suplemen?
  • Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar.
  • Badan kita memerlukan dos yang lebih bagi sesetengah nutrien.
  • Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.
  • Makan mengikut selera rasa dan kurang berkhasiat.
  • Buah-buahan dan sayuran mungkin terjejas atau tercemar.
  • Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan.
  • Kehilangan nutrien dalam makanan.



Mengikut kajian 2 daripada setiap 5 orang dewasa rakyat Malaysia adalah gemuk atau obes, 1 daripada 7 orang dewasa rakyat Malaysia adalah pesakit kencimg manis dan 1 daripada 6 kematian di Malaysia disebabkan oleh penyakit jantung. Angka ini bertambah dan bertambah setiap tahun, bulan, minggu, jam, minit dan saat. Adalah tidak mustahil kerana pada zaman sekarang bayi yang baru lahir juga tidak ketinggalan dari menghidapi penyakit-penyakit kronik.

Oleh itu saranan saya, amalkan gaya dan pemakanan yang sihat di samping pengambilan suplemen dan vitamin yang semulajadi. Positifkan diri dan jangan serap segala stress sekeliling ke dalam diri kita. Sekali sekala bersenamla ikut kemampuan dan hirup udara yang segar di luar sana. 

April 18, 2014

Kenapa Perlu Pilih Energizing Soy Protein Shaklee?

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Apabila lapar hari-hari saya amalkan minum minuman protin iaitu Energizing Soy Protein (ESP) dari Shaklee. Ini untuk membina kembali sel-sel dalam badan saya. Almaklum badan sudah meningkat usianya maka kita memerlukan makanan tambahan yang semulajadi untuk menambah apa yang kurang daripada makanan harian kita.

Secara amnya, para ahli gizi mempunyai standard keperluan protin normal per hari dengan menggunakan rumus:

                             Keperluan Protin (gram) = Berat Badan (kilogram) X 8


Maka kita sendiri boleh kira berapa banyak protin yang diperlukan badan. Akan tetapi banyak protin yang kita makan setiapa hari tidak dapat diserap dengan baik oleh badan kita. Salah satu sebabnya adalah kehilangan nutrien dalam makanan itu sendiri. 

Sebagai contoh seekor ikan yang digoreng sudah tidak mempunyai nilai protin kepada badan kita, ini kerana sumber protin ikan tersebut telah terhapus oleh suhu minyak yang tinggi ketika menggoreng. Jadi apa yang tinggal hanyalah minyak, kalori dan kolesterol yang ada pada ikan tersebut. Inilah yang dikatakan pengambilan dan gaya makanan yang tidak sihat. 

Sebab itulah amat disarankan setiap makanan harian kita,  lebih baik dikukus atau dibakar sahaja untuk mengekalkan nutrien makanan dan sekaligus mudah diserap oleh badan kita. Tapi memandangkan keadaan kita yang sibuk dengan urusan kerja dan keluarga, agak mustahil hendak menyediakan bahan makanan berkhasiat kepada keluarga dan diri kita. 

Oleh itu saya sarankan ESP kerana ianya amat mudah disediakan dan boleh dibancuh dengan air kegemaran samada sejuk atau pun suam. Mari kita lihat apa yang menarik tentang ESP shaklee ini.

Kebaikan Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:

1. Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

2. Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

3. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

4. Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.

5. Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

6. Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

7. Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.


Kandungan Soya di dalam ESP amat berkhasiat kerana:

1. Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.

2. Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.

3. Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.

4. Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
Perbandingan ESP dengan minuman soya yang lain.

Semasa saya menghadiri Bengkel Nutrisi Shaklee, pakar nutrisi ada menyatakan perbandingan dan bagaimana untuk mengetahui protin yang ada dipasaran betul-betul berkualiti.

Kita perlu lihat:
★ 1 bancuhan berapa jumlah protein yang dibekalkan?
★ 1
bancuhan berapa jumlah asid amino yang terkandung?


Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik yang menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk 9 asid amino penting. 

Asid amino merupakan baja dan blok binaan tubuh badan kita. Kiranya asid amino ini asas untuk segalanya termasuklah pembentukan sel, hormon, saraf, organ dan juga terlibat dalam metabolisme. Berbeza pula protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP merupakan minuman yang rendah lemak dan bebas laktosa serta kolesterol.

Rasanya kita sudah tahu apa yang terbaik untuk tubuh badan kita. Saya harap, artikel ini membantu anda mencari minuman protin yang terjamin semulajadi bahan-bahannya, halal dan berkelulusan KKM. 


~Jom pilih ESP Shaklee~


Untuk konsultasi/nasihat percuma dan  harga vitamin Shaklee, jangan segan silu hubungi saya. 

sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
Jom Like FB fanpage: Kizee Healthyvita
  
Pembayaran boleh dibuat dan kemudian hubungi saya untuk bukti pembayaran:
Kizeewatty Zainal
Maybank   101245259053
CIMB         7042019768
atau anda boleh membuat pembayaran melalui borang tempahan di bawah:

http://kizeewattyzainal.blogspot.com/p/borang-tempahan.html

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

April 17, 2014

Resepi Bancuhan Cinch Tea Mix

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini saya ingin berkongsi bancuhan Cinch Tea Mix yang semakin digemari oleh mereka yang sedang berdiet.

Resepi Bancuhan
  • 2-3 helai Daun pudina 
  • 1 Hirisan lemon 
  • 2 sudu Madu 
  • 1 sacet Cinch Tea Mix
Bancuh semua ini bersama 1 liter air sejuk atau panas. Boleh disimpan di dalam peti sejuk dan minum sepanjang hari.

Jika terasa susah nak dapatkan daun pudina ni, boleh gantikan dan rendam 3 biji Peppermint Ginger Shaklee dalam minuman Cinch Tea Mix ini. 

Faedah kesihatan daun pudina termasuklah :
  • Melegakan saluran penghadaman dan mengurangkan kesakitan akibat sakit perut. 
  • Minum teh pudina herba mengurangkan sindrom-sindrom usus bermasalah. membersihkan perut dan juga menyelesaikan gangguan-gangguan kulit seperti jerawat.  
  • Memperlahankan pertumbuhan sel kanser 
  • Memberikan rasa dingin dan sejuk pada kulit
  • Merupakan deuretic semulajadi yang sangat hebat yang mampu menghapuskan toksin-toksin dari badan. 
  • Pudina mengurangkan pertumbuhan bakteria dan kulat dalam badan jika diambil dengan konsisten 
  • Membantu dalam memulihkan asma dan keadaan-keadaan alah yang lain. 
  • Membantu memutihkan gigi dan mengelakkan nafas berbau jika daunnya dikunyah 
  • Tinggi kandungan Vitamin A, C dan serat.
  • Akohol perillyl yang terdapat dalam pudina dipercayai mampu menghalang barah kolon, barah kulit dan barah paru-paru. 
  • Pudina ialah pencuci yang sangat baik untuk darah. 

Bagi anda yang berminat atau mungkin hanya ingin bertanya tentang produk Shaklee di atas, jangan segan silu, pm saya sekarang atau tinggalkan komen di bawah

 

sms: pm: whatsapp ~ Kizee 0192484428
email: kizeewattyzainal@gmail.com
FB Official :Kizeewatty Zainal 
FB fanpage:Kizee Healthyvita


Pembayaran boleh dibuat dan sms/whatsapp saya untuk bukti transaksi pembayaran.
Kizeewatty Zainal
Maybank   101245259053
CIMB           7042019768


atau isi borang tempahan di sini

http://kizeewattyzainal.blogspot.com/p/borang-tempahan.html



Salam Sayang,

Puan Kizeewatty
Shaklee Independant Distributor
Pasir Gudang Johor

April 16, 2014

Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Bismillah.

Dalam kehidupan seharian kita amat memerlukan kenderaan untuk melakukan kerja seharian dan untuk sampai ke sesuatu tempat yang dituju. Dan pastinya kenderaan kita ini memerlukan petrol untuk berfungsi dan bergerak setiap hari. Dan sesekali kenderaan kita ini perlu diservis dan ditukar minyak hitam, brek pad dan lain-lain. Servis kereta ini perlu dilakukan untuk mengelakkam kenderaan kita daripada rosak teruk di kemudian hari.

Begitu jugala kisahnya dengan badan kita. Sesungguhnya Allah yang Maha Bijaksana mencipta manusia dengan sistem detoks dan pembuangan yang bijak. Segala toksin dan bahan yang tidak diperlukan akan dibuang terus dari terpendam dalam organ tubuh badan manusia. Akan tetapi, disebabkan gaya hidup dan pemakanan yang kurang sihat diamalkan masyarakat pada zaman kini, maka sesetengah toksin tidak dapat dibuang sepenuhnya.

Apa itu Detoksifikasi?
Proses pembuangan racun dari dalam tubuh. Proses ini sangat positif kerana membantu tubuh melakukan proses pembersihan diri secara alami. Akan muncul tanda-tanda tertentu sebagai akibat pembersihan racun dan toksin dalam jumlah besar. 

Apakah Detoksifikasi ada pada setiap orang?
Tidak semua orang mengalami tanda dari detoksifikasi. Badan manusia melakukan detok pada bila-bila masa sahaja tetapi kebanyakan waktu detok adalah ketika waktu malam iaitu ketika tidur. Jadi kepada anda yang suka berjaga malam, anda sebenarnya telah mengganggu proses detok terutamanya detok oleh hati. Maka pengambilan supplemen adalah sangat penting.

Setiap orang mempunyai metabolisme yang berbeza, maka tanda yang muncul dalam proses detoksifikasi setiap orang juga berbeza. Perbezaan ini sangat tergantung pada kepekatan racun  atau toksin dalam tubuh dan kepekaan tubuh pada perubahan.

Tanda-tanda Detoksifikasi:
  1. Sakit kepala (bagi mereka yang sering minum kopi, teh mahupun rokok).
  2. Mual, kembung, sembelit atau sering buang air besar dan cirit birit. 
  3. Demam ringan.
  4. Ngilu dan sengal pada otot dan sendi. 
  5. Gangguan pada kulit gatal dan ruam merah. 
  6. Gangguan emosi (cemas dan gelisah). Gejala ini disebabkan menurunnya gula dalam darah -sifatnya hanya sementara. 
  7. kesejukan. Suhu tubuh akan menurun kerana tenaga yang digunakan untuk menghangatkan badan digunakan untuk proses detoksifikasi. 
  8. Perubahan warna air kencing menjadi lebih pekat. Menandakan tubuh mula mengeluarkan toksin.
  Bagaimana menghilangkan tanda-tanda detoksifikasi ?
Minum air masak yang banyak, 3 liter setiap hari selama detoksifikasi selama proses detoksifikasi berlangsung. Minum air masak mampu menghalang selera makan, melancarkan fungsi ginjal, mengurangkan sembelit. Air juga merupakan pemangkin proses metabolisma lemak menjadi tenaga. Jika kurang minum air putih, berat badan tidak turun kerana metabolisma lemak terganggu.

Bila kita merasa lapar, belum tentu kekurangan makanan, kemungkinan kurang minum air putih. Minumlah, rasa lapar kita akan hilang. Ginjal bekerja membuang sampah dan racun dalam tubuh kita. Terutama selama penurunan berat badan, tubuh mempunyai lebih banyak sampah yaitu lemak sudah dibakar yang harus dibuang. Makin banyak minum air putih, kerja ginjal makin ringan dan makin cepat kita akan turun berat badan.

Kalau kita banyak minum air putih, maka akan melancarkan pencernaan dan buang air besar.
 Detoksifikasi perlu untuk:
  1. Mencegah penyakit
  2. Merehatkan organ tubuh
  3. Membersihkan bahagian dalam tubuh
  4. Membersihkan jerawat
  5. Memperlambat proses penuaan
  6. Meningkatkan fleksibiliti tubuh
  7. Meningkatkan fertiliti (kesuburan)
Secara ringkasnya DETOX boleh dilakukan melalui pelbagai cara iaitu :
  1. Puasa 
  2. Berpeluh 
  3. Berbekam 
  4. Penyahtinjaan- buang air besar dan kecil

Shaklee menawarkan beberapa produk yang membantu proses detox berjalan dengan lancar, mudah dan selamat.

ALFALFA 
DETOK seluruh badan. Saya suka menganggap Alfalfa ini sebagai lori sampah yang akan mengutip segala toksin dari setiap ceruk dalam badan. Alfalfa mampu menurunkan paras keasidan dalam tubuh, menyerap segala lemak dan kolestrol serta toksin yang tidak diperlukan, membantu sistem penghadaman dan banyak lagi kelebihan yang lain.

HERBALAX 
DETOK usus / kolon. Ramai orang tahu usus / kolon yang kotor ialah punca kepada pelbagai penyakit. Jadi Herbalax sangat membantu membersihkan dan membuang  mendapan atau juga dikenali sebagai plak mukoid yang terdapat di dalam usus. Selain itu, Herbalax membantu mengurangkan perut buncit, membetulkan sistem penghadaman, menyelesaikan masalah sembelit dan tidak lawas.

GARLIC 
DETOK  darah. Dengan pemakanan kita sekarang, detox darah adalah sangat penting supaya logam berat dapat dikeluarkan kerana garlic mempunyai bahan penting yang membolehkan logam keluar. Garlic juga membantu memperbaiki sistem penghadaman kita dan juga meningkatkan system imunisasi dalam badan

DTX 
DETOK hati. Hati merupakan organ manusia yang paling banyak melakukan kerja detox. Segala yang masuk ke dalam badan kita akan dineutralkan oleh hati. Oleh itu, penjgaan hati adalah sangat penting. DTX membantu  mengekalkan aliran hempedu, membina semula sel-sel hati, meningkatkan penghasilan enzim untuk proses detox hati, melindungi hati dari toksin dan merawat masalah hati.

Ramai orang tidak sedar kepentingan untuk detok (buang toksin daripada badan) sedangkan detok ialah rutin manusia paling wajib untuk diamalkan. Bila terlalu banyak toksin dalam badan, bukan setakat jerawat kerap keluar, tapi badan pun cepat letih, masalah penghadaman, kegemukan dan kita nampak lebih tua daripada umur yang sebenar. Yang lebih menakutkan, ia mampu mengundang pelbagai penyakit kronik.

Jika kita menjaga badan kita daripada awal, Insya Allah kita sebenarnya dalam usaha untuk mengelakkan daripada mengeluarkan kos yang lebih besar bagi ‘memperbaiki’  badan kita yang telah rosak.

Jadi hargailah badan kita, lakukan sekerap yang boleh proses detox supaya badan kita dapat digunakan untuk jangkamasa yang panjang. 

~Detok yang paling mujarab adalah dengan berpuasa dan mengambil makanan berpada-pada seperti yang diamalkan Rasulullah s.a.w.~

Bagi anda yang berminat atau mungkin hanya ingin bertanya tentang produk Shaklee di atas, jangan segan silu, pm saya sekarang atau tinggalkan komen di bawah
 
sms: pm: whatsapp ~ Kizee 0192484428
email: kizeewattyzainal@gmail.com
FB Official :Kizeewatty Zainal 
FB fanpage:Kizee Healthyvita


Pembayaran boleh dibuat dan sms/whatsapp saya untuk bukti transaksi pembayaran.
Kizeewatty Zainal
Maybank   101245259053
CIMB           7042019768


atau isi borang tempahan di sini

http://kizeewattyzainal.blogspot.com/p/borang-tempahan.html



Salam Sayang,

Puan Kizeewatty
Shaklee Independant Distributor
Pasir Gudang Johor