Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, tanggal 7 Sept 2013 saya dan suami telah menghadiri Bengkel Nutrisi Shaklee yang diadakan di Crystal Crown Johor Bahru.
![]() |
Modul kelas Nutrisi bersama Shaklee |
Pada mulanya, saya tidak dapat menghadirkan diri ke kelas ilmu ini, kerana tiket yang dikeluarkan sudah habis selepas dua hari diumumkan. Saya agak kecewa pada mulanya kerana apa yang dihajat dan dirancang tidak tercapai dan menjadi. Tapi saya pujuk hati ini, Insya Allah ada yang lebih baik. Alhamdulillah, minggu lepas saya mendapat panggilan dari Shaklee menyatakan ada lagi kekosongan untuk kami=). Saya bersyukur sangat kerana apa yang saya nak tercapai akhirnya. Inilah jawapan terhadap keyakinan dan kebergantungan saya pada Allah s.w.t. Tiap apa yang Allah tentukan untk kita pasti ada hikmah yang terbaik yang telah Dia sediakan.
![]() |
Sesi pembentangan setiap produk Shaklee. |
Melalui bengkel seperti ini, saya memahami lebih dalam lagi khasiat, manfaat, kepentingan dan kekuatan setiap produk Shaklee. Setiap bahan-bahan vitamin dan nutrisi perlu difahami agar kita dapat membantu memberikan nasihat bermanfaat sekaligus meningkatkan tahap kesihatan orang lain. Ramuan produk Shaklee juga terjamin selamat dan halal, serta mempunyai 100 laporan saintifik, 90 daripadanya diterbitkan di dalam jurnal saintifik bagi rujukan para saintis.
Kami juga diajar cara-cara untuk memahami kenapa dan mengapa setiap manusia memerlukan nutrisi dan suplemen yang sihat untuk menjana kesihatan yang optimum. Hakikatnya kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar, dengan mengamalkan pemakanan yang tidak sihat dan pengambilan sayur dan buah-buahan yang sudah tercemar kesan dari penggunaan baja suntikan dan racun serangga.
Ini menyebabkan gangguan penyerapan nutrisi dalam badan dan secara tidak langsung sedikit demi sedikit kita kehilangan nutrien dalam badan kerana bahan-bahan makanan yang sudah tercemar dan cara masakan yang penuh dengan lemak dan kolesterol. Kita juga sering mengamalkan gaya yang tidak sihat akibat sibuk dengan kerja dan tugasan harian. Pemakanan tambahan yang sihat ini perlu kerana pada tahap pencemaran seperti ini, badan kita memerlukan dos nutrien yang lebih sebagai perisai pelbagai penyakit.
![]() |
Alhamdulillah, akhirnya saya dan suami berjaya menamatkan bengkel ini sekaligus diiktiraf sebagai pengedar Shaklee yang bertauliah |
Di akhir sesi bengkel ini, kami dianugerahkan sijil kelayakan sebagai pengedar Shaklee yang bertauliah dan sah serta sesi penggambaran beramai-ramai sebagai kenangan yang manis buat tahun 2013 ini. Semoga kelas ilmu ini mendapat keberkatan dari Allah s.w.t dan Insya Allah saya berdoa semoga saya dapat membantu dan menambahbaik tahap kesihatan orang lain serta menjana pendapatan dari rumah. Ameen.
No comments:
Post a Comment