September 16, 2013

Bahana Terkena Air dan Minyak Panas.

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Pernah tak tengah masak-masak minyak panas meletup dan terpercik muka dan tangan?. Anda rasa panik, terasa perit dan pijar di tempat yang kena minyak itu? Apa yang anda buat untuk hilangkan rasa perit dan pedih? Sapu colgate? Atau cari minyak sapu? Tapi rasa perit tak hilang-hilang juga. Kemudian kulit kita mula terbakar dan lecur yang teruk. Dan paling teruk kalau terkena air panas yang menggelegak ke atas anggota badan sampai daging pun masak.
 
Kulit dan daging akan masak jika kita tidak mengambil tindakan serta merta
Coretan yang ingin saya kongsikan hari ini adalah langkah- langkah yang boleh diambil untuk menghdapi situasi panik ini sekaligus boleh menyelamatkan kulit anda dari terbakar dan melecur teruk. Teringat saya insiden-insiden yang penah saya alami ketika belajar dulu. Pernah sekali saya tercurah secerek air panas ke atas peha. Saya menjerit kesakitan dan perit serta terkejut dan tergamam dengan apa yang telah terjadi dalam sekelip mata. Dengan sepantas kilat saya berlari ke bilik air dan menyiram dengan air pili sejuk selama 20-30 minit. Selepas rasa perit sudah kurang kesan dari disiram air sejuk, saya sapukan pula dengan losyen sejuk. Dan beberapa minit kemudian Alhamdulillah tidak ada kesan parut, lecur dan rasa perit pun tiada lagi, seperti tiada apa yang berlaku.

Saya paham mesti ada antara kita yang panik dan cuba mencari alternatif yang lazim digunakan seperti menyapu colgate atau minyak sapu. Ingat, jangan sesekali menyapu colgate atau ubat lain selain air sejuk kerana kaedah ini akn menjadikan kulit lecur dan tercabut dari daging. Sadis sungguh. Kalau terkena jari yang bercincin jangan cuba keluarkan cincin. Anda perlu siram dahulu dengan air sejuk selama setengah jam baru dikeluarkan cincin atau gelang dari tangan.

Pernah juga kawan saya terkena air panas di jari kaki. Silapnya dia tidak terus meyiram dengan air pili tapi agak berlengah kerana terperanjat dgn apa yg berlaku dan mencari ubat lain. Kemudian dia memakai selipar ke bilik air. Pada masa ini kulit dan daging di jari kaki sudah masak, lembik dan boleh melekat pada selipar. Keadaan ini menambahkan lagi derita kawan saya ini kerana kulitnya terpakasa dipotong dari selipar..

Konsep yang cukup mudah, kalau ada benda terbakar tentu kita mencari air untuk memadamkannya kan. Api lawannya air. Panas lawannya sejuk. Ingat ya kawan-kawan jika terkena  benda panas apa yang perlu dan tidak perlu dibuat. Langkah-langkah di bawah boleh menyelamatkan insan tersayang:

  1. Jangan panik.  Cari sumber air pili yang berdekatan.
  2. Segera siram dengan air sejuk selama setengah jam paling minimum, jangan berlengah.
  3. Jangan cuba pakai atau tanggalkan apa-apa dari tempat melecur itu.  
  4. Setelah disiram air sejuk, sapu losyen atau ais bagi mengurangkan rasa pedih jika masih terasa lagi.
Semoga tip yang diberi bermanfaat bagi anda. Jangan berlengah bila keadaan kecemasan sebegini berlaku dalam keluarga kita. Tentu kita sedih jika tindakan kita yang agak lambat mengakibatkan orang tersayang kita yang menanggung kesakitan dan menderita.

No comments:

Post a Comment