Assalamualaikum w.b.t
Tiap permulaan hidup kita dari celiknya mata perlu diniatkan kerana Allah. Bila bangun tidur, bila hendak makan, memulakan perjalanan dan sebagainya. Kerana kita ini hamba-Nya dan setiap langkah dan kelakuan kita hendaklah dimulai 'dengan nama Allah'.
Ikuti kisah yang banyak memberi pengajaran dan saya berharap kita boleh sentiasa mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita. Insya Allah. Setiap amalan kita yang dimulai dengan Bismillah akan lebih mendapat keberkatan dan kerahmatan Allah s.w.t
Ada seorang wanita tua yang taat
beragama tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan
kewajipan agama dan tidak mahu membuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca
Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan
sesuatu sentiasa dimulai dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap
isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya sentiasa mengejek, "Asyik
Bismillah, Bismillah. Sekejap-kejap Bismillah. Isterinya tidak berkata apa-apa
sebaliknya dia berdoa kepada Allah supaya memberikan hidayah kepada suaminya.
Suatu hari, suaminya berkata, nanti akan aku buat kamu kecewa dengan
bacaan-bacaanmu itu".Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini".
Isterinya mengambil duit tersebut dan menyimpan di tempat yang selamat. Disamping itu, suaminya telah melihat tempat yang disimpan. Kemudian dengan senyap-senyap dia mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian, dia
memanggil isterinya dan berkata : "Berikan padaku wang yang aku berikan
kepada engkau dahulu untuk disimpan". Kemudian isterinya pergi ke tempat
dia menyimpan duit dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia
menghampiri tempat itu dengan membaca Bismillah.
Dengan kuasa dan bantuan Allah, duit itu
berada di tempat simpanan tersebut.Alangkah terperanjatnya si suami.
Dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya. Ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
Wallahu a’lam
No comments:
Post a Comment