September 17, 2013

Sunnah Nabi Muhammad s.a.w - Makanlah dengan Tiga Jari

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Nabi Muhammad s.a.w menggalakkan kita makan dengan menggunakan tiga jari. Baginda juga menggalakkan kita menjilat jari selepas selesai makan. Baginda kurang gemar sekiranya jari itu dibasuh sebelum dijilat terlebih dahulu. Baginda juga menggalakkan kita mengambil makanan yang terkeluar daripda bekas, kemudian mengesatnya, menjilat dan memakannya.

Makan dengan satu atau dua jari agak tidak selesa bagi kita dan sukar mengambil jumlah makanan yang cukup dalam setiap satu suapan, akibatnya perlu masa yang lama untuk makan. Ia juga menyebabkan organ pencernaan tidak selesa kerana mendapat jumlah makanan yang sedikit.

Sementara dengan lima jari, makanan dinasukkan terlalu banyak ke dalam perut dan berkemungkinan jumlah yang banyak dalam satu suapan itu tidak semua dapat dicerna. Tercekik atau kematian boleh berlaku jika salah satu organ tersumbat atau senak dengan makanan berlebihan. Organ perut juga akan dipaksa memprosse makanan dalam jumlah berlebihan dan pastinya tubuh badan kita akan berasa tidak selesa sama sekali.

Diriwayatkan oleh Muslim, Jabir meriwayatkan, nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:

 "Apabila ada makanan yang jatuh ambil semula, dan bersihkan kotoran yang melekat, kemudian makanlah, jangan ia dibiarkan dimakan oleh syaitan. Dan jangan cepat-cepat mengelap jari dengan sapu tangan, sebelum dijilat semua makanan yang melekat pada jari itu, sebab saudar tidak tahu makanan yang mana ada berkatnya."

Kenapa Rasulullah berkata demikian? Mungkin ada antara kita yang tidak suka hendak mengambil dan memakan semula makanan yang sudah berterabur luar dari pinggan kita. Apa yang Nabi kita suruh ada hikmah dan sebabnya. Ini kerana syaitan sentiasa ada bersama dalam semua urusan kita, termasuklah pada masa kita makan.



Nabi Muhammad s.a.w juga menyarankan agar kita makan dari tepi pinggan dan melarang kita mula mengambil makanan yang berada di tengah pinggan. Dari Abu Daud dan Tirmizi. Abdullah bin Abbas meriwayatkan, nabi Muhammad s.a.w berkata 

" Berkat itu turun di bahagian tengah makanan, oleh sebab itu mulakan makan dari bahagian tepi, jangan dari bahagian tengah"

Nabi Muhammad s.a.w juga menegah kita makan sambil menyandar. Diriwayatkan dngan sahih bahawa Rasullulah s.a.w bersabda 

" Aku tidak makan sambil bersandar"

Posisi bersandar pada perut adalah yang paling buruk  kerana ini menyebabkan saluran udara dan organ kunyahan kita tertekan dan sekaligus membebankan perut. Makan sambil bersandar pada sesuatu adalah amalan orang yang sombong. Rasulullah bertujuan memberitahu bahawa baginda tidak duduk sambil bersandar pada bantal seperti yang dilakukan orang sombong yang ingin makan banyak makanan. Bahkan,  Rasulullah s.a.w sering makan sesuatu yang hampir tidak mencukupi sebagaimana yang dialami oleh seorang hamba.

Rasulullah s.a.w biasanya duduk bersila ketika makan. Baginda meletakkan kedua lututnya di atas tanah dan meletakkan telapak kaki kirinya pada bahagian atas kaki kanannya untuk merendahkan diri pada Allah s.w.t serta untuk menghargai makanan dan orang yang hadir.

Betapa mulianya budi pekerti dan adab Rasulullah s.a.w ketika mengadap makanan. Semoga contoh peribadi baginda menjadi ikutan kita dan generasi akan datang,membina sahsiah muslim dan muslimah yang sejati. Ameen 

Wallahu a'lam.  

 

No comments:

Post a Comment