November 29, 2013

Kek Cheese Nestum -Sejuk Beku

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, pada bulan Syawal tahun ini saya berkesempatan beraya dan menziarah saudara mara sebelah suami saya di Klang. Lama rasanya tak berjumpa dengan mereka.Pagi Syawal kami pasti dihidangkan dengan pelbagai juadah yang lazat hasil air tangan mereka.

Salah satu sajian yang amat saya gemari merupakan kek Cheese Nestum. Orang lain sibuk makan ketupat, saya pula asyik dengan kek cheese. Memang rasanya sedap dan tidak muak, tidak manis dan sesuai untuk kanak-kanak.
 

Bahan-bahan:
 
a) 1 pek deluxe cracker (hup seng original atau mana-mana cream cracker)
b) 1/2 tin susu pekat (F&N)
c) 250g cream cheese (kraft atau tatura)
d) 1/3 fresh milk (dutch lady atau susu tepung biasa yang dicampur air masak)
e) nestum (original)


Cara-cara:
 
1) Pukul cream cheese menggunakan pengadun (mixer) dengan susu pekat. Pastikan cream cheese tidak beku atau boleh dilenyek menggunakan senduk terlebih dahulu baru gunakan
pengadun (mixer).

Satukan cream cheese menggunakan mixer dengan susu pekat

Pukul cream cheese dan susu pekat hingga sebati.

2) Kemudian biskut direndam sebentar dalam fresh milk. Balik-balikkan biskut selama 1 minit tidak perlu terlalu lama.


Biskut hendaklah direndam sebentar dalam fresh milk


3) Untuk lapisan pertama tabur dan ratakan nestum ke dalam bekas empat segi. Anda boleh agak-agak agar lapisan nestum tidak terlalu tebal sekadar menutupi bekas kek.

4) 
Kemudian susun biskut yang direndam tadi di atas nestum tersebut. Mampatkan dan tekan dengan menggunakan sudu. 

5) Setelah itu sapukan cream chese ke atas biskut tersebut. Lapisan ketiga ini tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis. Sekali lagi mampat dan tekan dengan sudu kerana campuran cream cheese dan susu ini pekat dan agak melekit.


6) Seterusnya, ulang langkah ke -3 hingga ke -5

7) Untuk lapisan terakhir, tebalkan sedikit cream cheese dan tabur lebih sedikit nestum.
 

8) Tutup bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.



Kek Cheese Nestum yang telah siap
Selain Nestum anda boleh gunakan juga Oreo Crush. Bahagian atas sekali mungkin anda boleh tambah dengan buah-buahan seperti strawberi, kiwi, atau sebagainya. Kemudian hias dengan coklat cair.

Bagi mereka yang kurang arif di mana hendak mencari cream cheese, bahan ini boleh didapati di kedai-kedai yang menjual barangan kek atau Tesco di bahagian sejuk beku dan harga Cheese Cream di Tesco adalah lebih murah (250grm RM 8, 500gram RM12,90).  Saya akan beli 500gram dan gunakan semuanya. Hasilnya kek saya akan jadi 10 lapis =)

Selamat mencuba. Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di 0192484428 atau pm saya di FB Kizeewatty Zainal



1 comment:

  1. yummy sedapnya.....simple n menarik...
    ummuhumaira88.blogspot.com

    ReplyDelete