November 26, 2013

Shaklee MLM yang Adil

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Bila dengar saja MLM terus terlintas dan amat sinonim pada kita yang  bisnes sistem piramid ini telah difatwakan haram. Tak pernah terlintas saya akan terjebak dengan MLM ini. Dan tak pernah juga saya terbayang yang satu hari nanti saya akan mulakan perniagaan online di dalam MLM ini. 

Perkara yang tak disangka inilah rahsia Allah untuk saya. Kerana sebelum ini bagi saya berniaga hanya untuk mereka yang ingin jadi kaya. Berniaga ini perlukan modal besar, perlukan segala fasiliti yang memakan nilai ringgit yang beribu. Kerana saya hanya orang yang biasa-biasa sahaja. Tak perlu berniaga kerana duit makan gaji saya, Alhamdulillah amat cukup bagi saya sekeluarga.

Hinggakan pada satu hari ada orang yang sedarkan saya. Bukan MLM yang salah dan haram tapi orang di dalam MLM yang jadikan sistem ini haram, yang jadikan sistem ini salah. Jika betul cara kita menjalankannya maka akn betullah dan pastinya akan memberi manfaat kepada orang ramai dari segi produk, servis dan keuntungan kepada penjual dan pembeli . Tapi jika salah cara atur kita menjalankan bisnes ini maka akan memberi keburukan pada diri dan masyarakat di dunia akhirat.


Pengertian MLM 

Secara umum ‘Multi Level Marketing' adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkat), yang biasa dikenal dengan istilah ‘Upline' (tingkat atas) dan ‘Downline' (tingkat bawah). Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan ini, sama ada yang bersifat atas bawah (vertikal)  mahupun kiri kanan (horizontal) ataupun gabungan antara keduanya. 
(All About MLM oleh Benny Santoso hal: 28, Hukum Syara MLM oleh Hafidz Abd Rahman, MA)
 
Banyak pertanyaan berkenaan perniagaan yang diminati masyarakat kita. Yang secara umum gambarannya adalah mengikuti kaedah piramid dalam sistem pemasarannya, dengan cara setiap anggota harus mencari ahli-ahli baru. Setiap anggota membayar yuran pada syarikat dengan jumlah tertentu dengan angan-angan mendapat bonus, semakin banyak anggota dan memasarkan produknya maka akan semakin banyak bonus yang dijanjikan. Sebenarnya kebanyakan anggota MLM yang menyertai cara ini adalah hasil motivasi bonus yang dijanjikan dengan harapan agar cepat kaya dalam waktu yang sesingkat mungkin, padahal ia langsung tidak menginginkan produknya. 

Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan produknya, akan tetapi tujuan utama mereka adalah menyertai rangkaian piramid bagi mendapatkan kekayaan cepat apabila setiap ahli baru membayar yuran. Berikut adalah syarat-syarat minima MLM dari segi Shariah yang dapat saya kaitkan dengan perniagaan Shaklee yang saya ceburi sekarang.

Produk MLM ini dibeli dengan tujuan yang sebenarnya

Produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah

Akan tetapi, produk Shaklee merupakan produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lain dari yang lain. Justeru, kekuatan MLM Shaklee ini ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana atau modal. Harga produk Shaklee amat berpatutan setanding kualiti dan ujian klinikal yang dijalankan lebih 50 tahun.

Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh atau hutang.

Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah. Di Shaklee terang-terang kami bukan menjual emas dan perak tapi produk nutrisi, vitamin dan makanan tambahan. Tambahan perniagaan kami tidak menggalakkan hutang atu kredit, semuanya jualan tunai. Pelanggan perlu membayar dahulu bayaran produk barulah barang akan di pos atau di beri kepada pelanggan.

Komisen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas

Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja. Setiap ‘upline' atau orang atas di dalam Shaklee ini menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang tidak kira online atau offline, seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. 

Di dalam Shaklee siapa saja boleh jadi jutawan walaupun anda hanyalah downline

Usaha perlu bagi melayakkannya menerima 'upline' komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. 

Konsep perniagaan yang saya ceburi ini mempunyai kumpulan sokongan FB daripada upline, di mana setiap hari kami diberi tunjuk ajar dan semangat untuk memberi dan berkongsi maklumat tentang produk ini.

Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya

Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game). Shaklee berpegang kepada konsep asas iaitu jualan produk bukan penajaan ahli semata-mata.

Tidak diwajibkan bagi ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komisen dari orang bawahannya. 

Kebanyakan MLM lain mirip paksaan belian. Namun jika syarikat MLM meletakkan syarat jualan minima untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.

Di Shaklee, kami tidak memaksa ahli untuk menjual atau mengekalkan belian tertentu dalam sebulan malah mereka boleh sahaja menggunakan produk untuk diri dan keluarga. Shaklee juga tidak  menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Plan pemasaran Shaklee memberi hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan  hebat.
Di dalam Shaklee, corak perniagaannya adalah dengan cara menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi. Shaklee mengamalkan sistem komisen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan. Malah terdapat ramai 'downline' di Shaklee yang lebih berjaya daripada 'Upline' masing-masing.

Mereka yang mendaftar dengan Shaklee akan dimasukkan  ke dalam sebuah kumpulan eksklusif Shaklee di Facebook. Dalam kumpulan ini, anda akan didedahkan dengan rahsia  bagaimana menjalankan perniagaan secara online. Anda boleh dapatkan bantuan khidmat nasihat dan apa yang perlu dilakukan untuk memulakan perniagaan online. Di situ juga, ada perkongsian kisah jatuh bangun orang lain dalam perniagaan online ini.

Jika hendak berjaya, kita mesti dikelilingi oleh mereka yang sudah berjaya. Dan bila anda berada dalam Shaklee, bermulalah hidup anda di sekelilingi oleh mereka yang telah pun berjaya .Anda tanya satu soalan, 10-20 orang yang akan menjawab untuk membantu anda. Semua org akan menarik anda ke atas. Tiada seorang pun yang akan men olak anda ke bawah.Sebab itulah saya rasakan, sungguh senang buat perniagaan Shaklee ini. 

Dengan bantuan mentor yang pengalaman dan lama dalam perniagaan ini, tiada konsep tertindas. Hanya orang atas sahaja yang kaya. Dan orang bawah tak mendapat untung. Sesiapa sahaja ada peluang jadi jutawan. Tiada apa yang mustahil. 

Sebarang persoalan untuk cara-cara menjadi ahli Shaklee boleh diajukan kepada saya 

sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
Email saya di kizeewattyzainal@gmail.com

Jom Like FB fanpage Shaklee di Kizee Healthyvita Shop

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee


No comments:

Post a Comment