November 28, 2013

Sunnah Rasulullah s.a.w: Narjis (Narcissus/ Dafodil) Penawar Selesema

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Sebuah hadis yang tidak sahih mengatakan, "Hendaklah kamu semua menghirup bunga narjis, kerana dalam jantung terdapat benih penyakit gila, penyakit kusta yang hanya dapat dibuang dengan mencium bunga narjis".

Bunga ini bersifat panas dan kering. Sifat asasnya boleh mematangkan luka bernanah yang menyerang saraf, mempunyai tenaga pembersih, menyedut dan menarik toksin. Bunga narjis yang dimasak dan diminum airnya atau dimakan setelah direbus boleh merangsang muntah dan mengeluarkan lendir dari tengah perut. Bunga narjis yang dimasak dengan campuran madu dan ervil (bunga miju-miju) berkhasiat membersihkan kotoran kudis dan mematangkan kudis yang sukar matang.

Amat wangi, dengan cincin kelopak berwarna putih tulen dan korona pendek kuning cahaya dengan warna kemerahan yang berbeza.

Saya tidak pernah melihat bunga ini di Malaysia, mungkin ia pernah wujud di mana-mana atau saya yang terlepas pandang. Di benua barat bunga-bunga sering dijadikan wangi-wangian atau sebagai salah satu tambahan dalam hidanagan mereka. Kebanyakan bunga-bunga ini dijadikan ulam atau salad.

Putik Dafodil ini juga bersifat panas, stabil dan lembut. Sangat berkhasiat mengubati selsema, mampu membuka sumbatan hidung dan mengeluarkan lendir. Bijinya yang keras jika ditanam akan tumbuh berlipat kali ganda dan bercambah dengan cepat.

Orang yang biasa menghidu baunya pada musim bunga akan terhindar dari penyakit suka mengigau. Bunganya mempunyai bau harum yang boleh menguatkan jantung dan otak serta mengubati banyak penyakit.

Penulis At-Tafsir mengatakan, "Jika diminum, bunga ini boleh mengubati penyakit epilepsi pada kanak-kanak."

Dafodil tumbuh 20 hingga 40 cm tinggi, banyak ditanam di Belanda dan selatan Perancis. Ia diekstrak untukdijadikan minyak pati, minyak narsisis, salah satu daripada wangian yang paling popular digunakan dalam minyak wangi mereka. 

Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment