December 30, 2014

Amalkan Sunnah Nabi s.a.w Dalam Kehidupan

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t


Sebenarnya terlalu banyak sunnah dan amalan gaya hidup yang sihat dan bermanfaat daripada nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Dari cara tidur ke cara makan ke cara berpakaian, ada hikmah yang Allah jadikan untuk hamba Nya.

Di bawah ini terdapat 100 sunnah yang menjadi contoh yang baik untuk kita ikuti dalam kehidupan kita.


100 Sunnah Nabi s.a.w Dalam Kehidupan

1- Tidur Dalam Keadaan Berwuduk
2- Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur
3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur
4- Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam
5- Doa ketika Bangun Daripada Tidur
6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah         Tangan
7- Berwuduk Sebelum Mandi
8- Baca Doa Selepas Wuduk
9- Jimat Penggunaan Air
10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat
11- Menjawab Seruan Azan
12- Banyak Bersugi
13- Ke Masjid Awal
14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki
15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang
16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid
17- Sembahyang Berhadang
18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud
19- Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahyat             Akhir
20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam
21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib
22- Sembahyang Dhuha
23- Qiyamullail
24- Sembahyang Witir
25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki
26- Sembahyang Di Masjid Quba’
27- Sembahyang Sunat Di Rumah
28- Sembahyang Istikharah
29- Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit         Matahari
30- Mandi Hari Jumaat
31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jummat
32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat
33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza
34- Sembahyang Jenazah
35- Ziarah Kubur-kubur
36- Sahur (Puasa)
37- Segera Berbuka Puasa
38- Menghidupkan Ramadhan
39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan
40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal
41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan
42- Puasa Hari Arafah
43- Puasa Hari Asyura
44- Pilih Seorang Ketua (Musafir)
45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat           Rendah
46- Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat
47- Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir
48- Doa Ketika Pakai Baju Baru
49- Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki
50- Baca Bismillah Ketika Makan
51- Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan
52- Minum Dalam Keadaan Duduk
53- Berkumur Dengan Susu
54- Tidak Mencela Makan
55- Makan Dengan Tiga Jari Tangan Dan Menjilat Jari Itu Apa Bila Selesai Makan
56- Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam
57- Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Sembahyang Raya Fitri
58- Banyak Membaca Al-Quran
59- Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus
60- Zikir Kepada Allah Setiap Ketika
61- Bertasbih
62- Mendoakan Orang Yang Bersin
63- Doa Untuk Pesakit
64- Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa
65- Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok
66- Berdoa Ketika Hujan Turun
67- Baca Zikir Ketika Masuk Rumah
68- Baca Zikir Dalam Majlis
69- Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas
70- Berdoa Ketika Angin Bertiup
71- Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama
72- Berdoa Ketika Mendapat Musibah
73- Menyebarkan Salam
74- Menuntut Ilmu
75- Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali
76- Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir
77- Akikahkan Anak
78- Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan
79- Melawat Pesakit
80- Senyum
81- Ziarah-Menziarahi Kerana Allah
82- Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang
83- Tutup Mulut Apabila Menguap
84- Sangka Baik Terhadap Manusia
85- Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah
86- Sunnah Fitrah
87- Menjaga Anak Yatim
88- Menjauhi Marah
89- Menangis Kerana Takut Terhadap Allah
90- Bersedakah Jariah
91- Membina Masjid
92-Telorensi Ketika Berjualbeli
93- Menghilang Gangguan Jalan
94- Sedekah
95- Banyak Melakukan Amal Sholeh Pada 10 Zulhijjah
96- Membunuh Cicak
97- Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari
98- Memberi Nafkah Keluarga
99- Lari-lari Anak Semasa Tawaf
100- Beramal Sholeh Berterusan (Istiqamah) Walaupun Sedikit

Marilah kita mengamalkan sunnah dalam kehidupan kita.
Marilah kita menjadi contoh kepada anak-anak dan generasi akan datang dan tunjukkan betapa penting mangamalkan sunnah.
Segalanya bermula daripada diri kita.

Kizeewatty
#PengedarShaklee
#ShakleePasirGudang

www.kizeewattyzainal.blogspot.com

December 26, 2014

Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t


Bulan Disember tiap tahun amat sesuai untuk bercuti-cuti Malaysia. Tahun ini saya dan keluarga mertua telah ke Penang selama 3 hari 2 malam.

Dalam perjalanan tak sah kalau tak merasa Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang Perak. Nak ke sana amatlah senang, hanya gunakan Waze dan anda tidak akan sesat kerana kedai Mak jah ini betul-betul terletak di tepi jalan. Tempat parking pun banyak di kiri kanan jalan dan juga di belakang dan sebelah kedai. Kawasannya besar dan masih banyak meja dan kerusi kosong walaupun pada waktu makan tengahari yang sibuk. 


Nasi Goreng Udang Mak Jah Kuala Sepetang
Nasi Goreng Udang Mak Jah Kuala Sepetang
Di sini terdapat pelbagai menu yang menarik, antara pesanan kami adalah Mee Udang dan Nasi Goreng Udang. Kuantiti udang segar yang banyak dan saiz udangnya besar-besar dan tersorok di dalam mee dan nasi goreng. Harga bagi pesanan yang biasa sekitar RM8.00 manakala yang spesial pula RM12.00 ke RM13.00, amat berpatutan sekali. Harga minuman pula amat murah dari sejuk ke panas, harga Teh O saya hanya RM1.20.

Bagi yang mempunyai anak, jangan risau kerana di sini ada dijual makanan biasa seperti nasi putih dan sebagainya. Senang untuk selera anak-anak yang kurang gemar makanan bergoreng.Selain itu ada juga makanan cemil-cemilan seperti sup dan kuih muih

Jadi jika anda ke utara, pastikan singgah di sini ya. Rugi kalau tak merasa sekali.

Kizeewatty
#PengedarShaklee
#JohorBahru
#ShakleePasirGudang


December 23, 2014

CarotoMax untuk Mata yang Sihat Bersinar

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t



Untuk mengekalkan mata yang sihat, kita disarankan untuk mengambil secara  purata karotenoid lutein, likopena dan beta kotena adalah hanya 8 mg. Carotomax membekalkan lebih 13 mg iaitu 21500IU karotenoid berfaedah ini.


Mata yang Sihat Bersinar


Carotomax ini mangandungi 6 jenis karotena, diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat anti-oksida seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dan lain-lain. 

Ahli nutrisi mencadangkan pengambilan 5-9 hidangan sayur dan buah untuk mengekalkan konsentrasi di dalam darah, seterusnya memelihara kesihatan penglihatan, kesihatan kulit dan mencegah kanser.


CarotoMax untuk Mata yang Sihat Bersinar



Mengapa CarotoMax?



Carotomax mengandungi fitokimia semulajadi yang penting untuk mata sihat, kulit dan membrane mukosa.



  Kandungan
  Manfaat dan Khasiat

Alpha Carotene

Untuk penglihatan malam, mata sihat, menghalang degenari penglihatan.
Memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka.
Mempertingkatkan system imun, mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat.

 
Lycopene

Bersifat anti oksida, menghalang penuaan organ.
Untuk serviks sihat, kitaran jantung dan system imun.
Mengurangkan penyakit kelenjar prostat.


Astaxanthin

Pigmen di dalam alga dan fitoplankton memberikan warna pink ikan salmon. (Shaklee menuai karotenoid astaxanthin dari mikroalga laut, sumber yang tulen)
Melindungi kerosakan oksidasi kolesterol LDL .


Lutein

Menyekat katarak, AMD (age related macular disease atau penyakit macular berkaitan umur), glaucoma.


Zeaxanthin

Melindungi mata, menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya.
Mengurangkan risiko kanser payudara ovary, endometrial dan serviks.







Satu hidangan CarotoMax bersamaan dengan:


89 hidangan Rasberries (Alpha Carotene)

102 hidangan Pisang (Carotene)

714 hidangan Aprikot (Lycopene)

113gram hidangan Salmon (Astaxanthin)

285 hidangan Pink Grapefruit (Lutein dan Zeaxanthin)




Manfaat Utama CarotoMax



Lebih Selamat dari Vitamin A


Penemuan terawal vitamin adalah pada tahin 1912 iaitu vitamin A akan menyebabkan toksisiti. Walau bagaimana pun ahli saintis menemui beta karotena pada tahun 1932, satu precursor Vitamin A, dan beta karotena didapati selamat untuk diambil.



Meningkatkan Penglihatan


Ia menghasilkan ‘ungu visual’ yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan di dalam gelap. Ia juga meningkatkan penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism, xerophtlamia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak, dan gegelung mata hitam.


Meredakan Penyakit kulit


Pengambilan yang banyak akan melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur dan jerawat. Penggunaan luaran untuk merawat pustule, scabies dan ulser kulit.



Melindungi Epithelial


Ia memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari dan merawat ulser usus.



Melawan Kanser dan Oksidasi


Pengambilan kerap beta karotena mengukuhkan system imun, melawan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang sel-sel kanser. Ini akan mengurangkan risiko kanser terutama sekali kanser paru-paru dan payudara. Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.



Menghalang Infeksi


Merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit system respiratori paru-paru, batuk, hepatitis, asma dan selesema.



Menggalakkan Perkembangan Normal dan Sihat


Merangsang perkembangan kanak-kanak dan remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, membrane mukosa, gigi sihat, gusi dan system reproduksi, juga penghasilan sperma yang berkualiti dan sihat.



Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee



1 botol CAROTOMAX 30 biji untuk pengambilan 1 bulan berharga RM74.00*
  *harga tidak termasuk kos penghantaran



Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut sila hubungi saya di:  

sms: pm: whatsapp ~ Kizee 0192484428

atau   

PM di FB: Kizeewatty Zainal   
FB fanpage saya  di Kizee Healthyvita  



December 14, 2014

Makanan Sunnah: Bawang Putih Meredakan Angin Perut

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Bawang putih merupakan rencah utama dalam masakan Melayu, Cina dan India Ia adalah rempah ratus yang telah digunakan dari sejak adanya peradaban manusia di muka bumi ini.. Tanpanya kuranglah rasa dan nikmat masakan yang ingn disediakan. 

Bawang putih juga merupakan makanan sunnah nabi Muhammad s.a.w kita dan baginda amat menggemarinya namun perlu dimakan dengan dimasak pada suhu yang tinggi terlebih dahulu. Dalam bahasa Arab, bawang putih dikenali sebagai Tsaum.

"Barangsiapa yang hendak makan kedua-dua ini, hendaklah dimasak dengan sempurna."

Hadis di atas ditujukan khas untuk bawang putih dan bawang merah. Rasulullah s.a.w pernah diberi hidangan makanan yang mengandungi bawang putih, namun baginda menghantar kembali makanan itu kepada Abu ayub Al-Ansari. 

Abu Ayub bertanya,

"Wahai Rasulullah, apakah engkau tidak menyukainya sehingga memberikannya kepadaku?"

Baginda menjawab,

"Sesungguhnya aku senang bermunajat dan tidak mungkin aku bermunajat kepada-Nya bila aku memakan maknanan itu."


Bawang Putih Khazanah Berharga

Secara umumnya dari perubatan tamadun Islam, bawang putih bersifat panas dan kering, mempunyai rintangan tinggi terhadap penyakit, mengeringkan secara optima serta berkhasiat memanaskan badan mereka yang kesejukan. Bawang putih juga bermanfaat untuk mereka  yang memiliki maslah pencernaan akibat kahak, juga untuk orang yang menderita daripada sembelit.

Bawang putih mampu membuka sumbatan angin duduk, meningkatkan metabolisma badan bagi membakar lemak tepu, melegakan angin di dalam perut dan membantu meredakan sengatan binatang berbisa

Namun begitu, bawang putih yang berlebihan mampu menyebabkan pening , bahaya kepada otak dan mata, melemahkan pandangan mata dan stamina, menyebabkan rasa haus dan menyebabakan penyakit kuning serta menimbulkan bau mulut. Cara terbaik untuk menghilangkan baunya adalah dengan mengunyah daun pudina ataupun daun nue.



8 Rahsia Bawang Putih


1. Mengurangkan risiko strok.


Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser.


Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus.


Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Antiinflamasi.


Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin.

Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan.


Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi.


Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh.


Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.


Cara Penyediaan Bawang Putih  
  • Bawang putih boleh ditumbuk dan dijadikan ubat pembalut untuk mengubati luka kibat gigitan ular berbisa dan kala jengking, memanaskan tubuh badan, menghilangkan kahak, gas atau angin serta membersihkan lendir di tekak. 
  • Apabila dimakan dalam keadaan mentah, dimasak atau dibakar sedikit, boleh mengubati penyakit dada dan menghilangkan lendir tekak. 
  • Bawang putih ditumbuk dan dicampur cuka, garam dan madu kemudian dilekatkan pada bahagian gigi geraham yang sudah berlubang.
  • Bawang putih ditumbuk dan dicampur air dan madu boleh menghilangkan kahak dan cacing di dalam perut serta menghilangkan panau di kulit.

 Kini di pasaran banyak terdapat produk yang berunsurkan bawang putih yang lebih senang untuk diambil dan diamalkan. Salah satunya adalah Garlic Complex dari Shaklee.   

Semoga apa yang saya kogsikan di sini memberi manfaat kepada anda.


Salam Sayang,

Kizeewatty Zainal
Pengedar Shaklee Anda di Pasir Gudang. 
sms pm whatsapp: 0192484428




IG: @kizeewatty

December 12, 2014

Siapa Perlukan Minyak Ikan Omega Guard?

Teks:Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Secara umumnya minyak ikan mengandungi DHA. DHA adalah singkatan kepada docosahexaenoic acid. DHA tergolong dalam kumpulan essential fatty acid. Ini bermakna sumber utamanya tidak dikeluarkan oleh badan anda. 

Badan hanya mengeluarkan sedikit sahaja DHA. Bayi mendapat DHA dari susu yang diberi oleh ibunya. Sumber utamanya didapati dalam bentuk pemakanan.
60% otak manusia adalah diperbuat daripada lemak. Kebanyakan lemak ini pula diperbuat daripada DHA. Oleh itu DHA amat penting dalam pertumbuhan otak yang sihat.

Sumber utama DHA ialah dari ikan laut dalam seperti salmon dan ikan kod. Persediaan minyak ikan (fish oil) yang banyak dijual di farmasi-farmasi mengandungi DHA dan satu lagi bahan yang dinamakan EPA. DHA dan EPA membentuk Omega-3.

Sumber utama DHA lain termasuklah telur dan daging. DHA adalah bahan aktif minyak ikan.


Namun tahukah anda bahawa minyak ikan berkualiti sukar ditemui dari makanan harian. Tapi jangan risau di Shaklee minyak ikan berkualiti yang dihidangkan buat anda yang tercari-cari suplemen dan vitamin yang berkualiti.


Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee


1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)


2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 


3. Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.


4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3
    semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.


5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.


6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini


7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB. 
Namun Siapa yang Perlukan Minyak Ikan Omega Guard ?   

  • Pesakit jantung 
  • Wanita yang telah melahirkan anak
  • Pesakit darah tinggi
  • Orang yang selalu lupa
  • Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
  • Pelajar
  • Ibu menyusu
  • Ibu Hamil 
  • Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus

Siapa Perlukan Omega Guard?

Yang paling istimewanya Shaklee Omega Guard memberi pelbagai lagi manfaat kepada segenap lapisan umur tidak kira jantina.

1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita

2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan

3.  Mencegah salur darah dari tersumbat

4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok

5.  Mengekalkan tekanan normal darah

6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher

7.  Mengurangkan sakit kepala

8.  Merendahkan kolestrol

9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan

10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL

11. Mengawal masalah obesiti

12. Mengurangkan risiko penyakit jantung

13. Sangat bagus untuk ibu hamil, membantu tumbesaran dan perkembangan
      otak janin

14. Meningkatkan perkembangan memori janin dan kanak-kanak

15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan 
     kanak-kanak

16. Membantu menyihatkan paru-paru

17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema,   
     psoriasis, dll

18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE 

      (lupus erythematosus)

19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang

20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat 
    dan kanser kolon. 
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan 
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi 24. Mencegah penyakit gout



- Mencegah insomnia - Mengurangkan tekanan emosi - Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan - Membantu memperbaiki masalah autism - Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive - Mengurangkan masalah schizophrenia - Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak
 *Omega guard mengandungi 90 biji untuk pengambilan selama 1-2 bulan berharga RM136.00.
Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee
 
Salam Sayang,
Puan Kizeewatty

Pengedar Shaklee Anda di Pasir Gudang. 
sms pm whatsapp: 0192484428



IG: @kizeewatty
 

Jadual Waktu Sistem Badan Manusia

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Allah s.w.t telah mencipta tubuh badan manusia dengan sempurna. Tiap satunya berfungsi dan dijadikan tanpa sia-sia. Namun bagaimana kita menjaganya agar sihat?. Bagaimana kita menjaganya agar mampu berfungsi lebih lama?.

Sebenarnya kita boleh mengawal atur aktivitivi harian kita agar tubuh dan organ dalaman sentiasa dalam keadaan optimum dan sihat, Insya Allah. Oleh itu mari kita singkap satu persatu bila dan bagaimana kita menjaga fungsi organ dalaman tubuh badan kita.


Organ Dalaman Manusia


Waktu Pagi

3:00 am – 5:00 am
 

Paru-paru 

Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur.
Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan serta bertakafur.


Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.

5:00 am – 7:00 am
 

Usus Besar 

Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit.

Jika membuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.

7:00 am – 9:00 am
 

Perut 

Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini.

9:00 am – 11:00 am
 

Limpa 

Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.

Waktu Tengahari

11:00 am – 1:00 pm
 

Jantung 

Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkat kemungkinan terkena serangan jantung, lumpuh atau kesakitan badan.

Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.

Petang

1:00 pm – 3:00 pm
 
Usus kecil 


Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur.

3:00 pm – 5:00 pm
 

Pundi Kencing 

Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.

5:00 pm – 7:00 pm
 
Buah Pinggang 


Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.

Waktu Malam

7:00 pm – 9:00 pm
 
Dinding Jantung 


Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.

9:00 pm – 11:00 pm
 
Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja. 

11:00 pm – 1:00 am
 
Hempedu 


Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.

Waktu Lewat Malam

1:00 am – 3:00 am
 
Hati 


Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.

Itulah ringkasan jadual waktu badan manusia.

Sumber : Facebook 

Salam sayang

Puan Kizeewatty Zainal 
#PengedarShaklee
0192484428