December 26, 2014

Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t


Bulan Disember tiap tahun amat sesuai untuk bercuti-cuti Malaysia. Tahun ini saya dan keluarga mertua telah ke Penang selama 3 hari 2 malam.

Dalam perjalanan tak sah kalau tak merasa Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang Perak. Nak ke sana amatlah senang, hanya gunakan Waze dan anda tidak akan sesat kerana kedai Mak jah ini betul-betul terletak di tepi jalan. Tempat parking pun banyak di kiri kanan jalan dan juga di belakang dan sebelah kedai. Kawasannya besar dan masih banyak meja dan kerusi kosong walaupun pada waktu makan tengahari yang sibuk. 


Nasi Goreng Udang Mak Jah Kuala Sepetang
Nasi Goreng Udang Mak Jah Kuala Sepetang
Di sini terdapat pelbagai menu yang menarik, antara pesanan kami adalah Mee Udang dan Nasi Goreng Udang. Kuantiti udang segar yang banyak dan saiz udangnya besar-besar dan tersorok di dalam mee dan nasi goreng. Harga bagi pesanan yang biasa sekitar RM8.00 manakala yang spesial pula RM12.00 ke RM13.00, amat berpatutan sekali. Harga minuman pula amat murah dari sejuk ke panas, harga Teh O saya hanya RM1.20.

Bagi yang mempunyai anak, jangan risau kerana di sini ada dijual makanan biasa seperti nasi putih dan sebagainya. Senang untuk selera anak-anak yang kurang gemar makanan bergoreng.Selain itu ada juga makanan cemil-cemilan seperti sup dan kuih muih

Jadi jika anda ke utara, pastikan singgah di sini ya. Rugi kalau tak merasa sekali.

Kizeewatty
#PengedarShaklee
#JohorBahru
#ShakleePasirGudang


No comments:

Post a Comment