December 3, 2014

13 Tip Elak Keracunan Makanan

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Keracunan makanan mudah berlaku di mana-mana, bila-bila masa sahaja tidak kira apabila kita makan di luar atau memasak sendiri di rumah. Keracunan makanan yang serius boleh menyebabkan seseorang cirit birit atau muntah dengan kronik berhari-hari dan juga hidrasi yang teruk.

Oleh itu kita perlu bijak menambil langkah-langkah sihat supaya dapat mengelakkan keracunan makanan samada ketika makan di rumah atau di luar. Berikut merupakan tip yang ringkas sebagai panduan anda.


Makanan di masak sendiri

🔶 Sayuran yg dimakan mentah seperti taugeh, daun kesum, daun serai wangi atau yang dibuat ulam dan tidak dimasak, perlu direndam dengan air garam terlebih dahulu untuk mengelak daripada jangkitan virus contohnya virus e.coli.


Ayam mentah yang segar perlu disimpan aau dimasak segera

🔶 Beli ayam pada waktu pagi kerana bakteria pada ayam masih sedikit. Jika beli pada waktu tengahari, pastikan balik ke rumah terus cuci dan masukkan ke dalam peti sejuk beku. Untuk mematikan bakteria, masak ayam dengan sempurna. Kalau tidak cukup masak, bakteria tidak akan mati dan akan aktif semula apabila makanan itu sejuk.

🔶 Panaskan makanan setelah sejuk. Jangan makan makanan yang telah sejuk  lebih daripada 4 jam. Maknan yang sejuk perlu dipanaskn sampai mendidih.

🔶 Elakkan meletak senduk nasi di dalam periuk kerana pemegang senduk bekemungkinan memepunyai bakteria yang datang dari peluh ditangan kita.


Telur separuh masak banyak mengandungi bakteria

🔶 Elakkan telur separuh masak kerana ia mengandungi banyak bakteria yg boleh menyebabkan demam panas dan kekejangan otak. Pastikan telur dibasuh sebelum digunakan.

🔶 Makanan sejuk beku spt nugget, ayam, daging burger perlu di goreng terus selepas dikeluarkan dari peti sejuk beku. Jangan biar makanan berada pada suhu bilik kerana mengundang bakteria. Pastikn goreng makanan menggunakan minyak yg betul-betul panas.

🔶 Pastikan makanan dan minuman dalam tin di basuh dahulu sebelum digunakan untuk mengelakkn kencing tikus.

Makan di luar 

🔶 Jika makan di kedai, pastikan basuh atau lap sudu yang ingin digunakan terlebih dahulu. Jangan gunakan sabun tongkol yang disediakan di kedai makan. Sebaiknya gunakan pencuci cecairuntuk membasuh tangan.

Basuh tangan setiap kali keluar tandas dan sebelum makan

🔶 Jika membeli ayam golek, pastikan ayam itu panas. Jangan beli jika ayam sudah sejuk atau yang sudah siap dipotong.

🔶 Pastikan papan pencincang ayam daripada plastik. Jika menggunakan pencicang kayu, serbuk kayu mungkin melekat pada ayam dan daging yang dicincang.

🔶 Pastikn makanan yang dibungkus dengan polisterin perlu dilapik dengan plastik untuk mengelakkan pengaktif sel-sel kanser yang terdapat pada polisterin.



🔶 Pastikan tukang masak bersih semasa memasak. Ini kerana 95% penyakit berjangkit dalam rumah berpunca daripada tukang masak.

🔶  Tips Terakhir - Mulakan setiap santapan dengan Bismillah. Insya Allah segala bakteria akan musnah dengan Izin-Nya.



Salam Sayang,
Puan Kizeewatty



IG: @kizeewatty

No comments:

Post a Comment