February 26, 2014

Resepi Bancuhan Cinch Cafe Latte dan ESP

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Apabila waktu pagi atau waktu di antara sarapan dan makan tengahari, saya selalu terasa lapar. Nak makan kudap-kudapan pasti tidak kenyang dan pasti saya akan mengunyah makanan yang tidak berkhasiat.

Oleh itu sarapan atau minum petang saya kan ditukar dengan mengambil Cinch Shake Mix dan ESP dari Shaklee.

ESP atau Energising Soy Protein merupakan serbuk yang diperbuat dari 100% non-GMO soy protein yang lengkap dengan 9 asid amino perlu. Ia membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan. ESP membantu kita mengalas perut dan menahan lapar kerana ia membantu menghasilkan mukosa sebagai pelindung kesan asid hidroklorik di dalam perut. 

Dapat mengelakkan rasa kepedihan perut dan juga pedih ulu hati dan ianya sangat sesuai bagi yang menghidap gastrik.  ESP juga mengandungi kadar glisemik yang rendah dan sesuai juga kepada pengidap kencing manis. Gabungan kalsium dan protein di dalam ESP menjadi makanan tambahan yang terbaik.

Cinch Shake Mix amat berbeza dengan suplemen yang lain kerana setiap kali anda minum, anda akan mendapat 24 gram protin, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut. Ini penting kerana protin digunakan untuk membina otot, dan ototlah menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori. 

Makanan yang kaya dengan protin juga boleh menahan kelaparan, yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan. Tidak lupa juga kepada Leucine yang merupakan nutrisi penting dalam Cinch untuk keperluan tubuh. Ini amat sesuai untuk anda yang ingin berdiet, menguruskan badan dan kekal sihat sepanjang hari.

Cinch Shake merupakan suplemen berkhasiat yang didatangkan khas dalam 3 perisa: Vanila, Coklat dan Cafe Latte

Resepi Cinch Cafe latte dan ESP

Bahan-bahannya:
  • 1.5 sudu Cinch Cafe Latte
  • 1 sudu ESP
  • Air suam 350ml
Cara-cara bancuhan:
  • Campurkan semuanya sekali, dinasihatkan letak air suam dahulu di dalam Shaker Shaklee barulah Cinch dan ESP untuk mengelakkan minuman bergumpal.
  • Goncang Shaker sampai semua sebati dan sedia untuk diminum. 
Sebagai tambahan, selepas itu minum 200ml air kosong beserta 6 biji alfalfa. Hasilnya , alfalfa akan mengembang dan perut kita akan lebih kenyang.

Resepi Bancuhan Cinch Cafe latte dan ESP
Resepi Bancuhan Cinch Cafe latte dan ESP

Untuk konsultasi percuma dan  harga vitamin Shaklee, sila hubungi saya di:

sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop

atau anda boleh membuat pembayaran melalui borang tempahan di bawah:

http://kizeewattyzainal.blogspot.com/p/borang-tempahan.html


Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

February 25, 2014

Kelas Blog, Fanpage, Iklan dan Teknik Penulisan

 Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Ramai antara kawan-kawan saya yang mengutarakan hasrat ingin berhenti kerja, menjaga dan membesarkan anak, tapi oleh kerana komitmen dan hutang yang banyak, maka hasrat yang murni itu terkubur.  Kebanyakan daripada mereka sudah terlalu jemu dan apabila waktu bekerja memakan masa berkualiti mereka untuk bersama keluarga.

Ramai dari mereka begitu takut dan rungsing dengan apa yang ingin dilakukan di rumah bagi menjana pendapatan. Mereka ingin sedikit sebanyak dapat membantu dan tidak membebankan para suami apabila mereka mengambil keputusan untuk berhenti nanti.

Nasihat saya pada kawan-kawan yang mempunyai niat untuk berhenti kerja dan ingin berbisnes, usah teruskan niat anda. Anda perlu membuat persiapan sebelum berhenti kerja. Mulakan dengan membuat pelan rancangan bagaimana anda ingin menampung dan menjana pendapatan sendiri bila sudah tiada duit gaji. Mulakan dengan mengumpul modal, pilih perniagaan apa yang ingin dan boleh anda ceburi. Mula cari mentor dan ilmu yang betul bagaimana cara untuk bermula di masa anda masih bekerja lagi. Mula berbisnes dan rasakan pengalaman jatuh bangun berbisnes sebelum anda benar-benar bergelar WAHM.

Bagi anda yang sudah bergelar surirumah, jika anda ingin menjana pendapatan di rumah, masih belum terlambat jika. Mulakan sekarang. Ya, sekarang dan jangan berlengah lagi kerana tiap detik anda terfikir-fikir akan merugikan anda. Langkah pertama yang pantas adalah penting, diikuti dengan tindakan yang konsisten dan tidak patah semangat.

Bagaimana dan di mana anda ingin bermula? Saya mulakan dengan memasuki kelas asas blog dan membina fanpage produk yang telah sedia ada iaitu suplemen dan makanan tambahan Shaklee. Di sini saya diajar dengan ilmu yang betul dan mentor yang berdedikasi. Sedikit demi sedikit saya mula mendaki ke atas, dari tidak tahu apa-apa tentang bines dan pengiklanan hinggalah saya mampu berjalan dengan kaki sendiri. Dunia dan sikap saya berputar 180 darjah, sentiasa positif dan bersemangat bagi mencapai cita-cita saya untuk mempunyai SOHO saya sendiri. Insya Allah.

Kepada yang tertanya-tanya yang mana sesuai untuk disertai, di bawah adalah keterangan yang mungkin membantu tidak kira samada anada ingin berbisnes atau beriklan atau menyampaikan maklumat dan menjana pendapatan dengan hanya berblogging:

1. Kelas online asas bina blog penulisan - untuk membina blog berpengaruh, blog yang disukai pembaca, belajar menulis blog dengan betul yang dapat menarik trafik ke blog.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online. Tak tahu cara untuk mula bisnes. Belajar urusniaga mudah dengan menggunakan medium percuma blog, fanpage, facebook. Belajar menjana pendapatan bermula RM5, RM10, dan seterusnya. Bagi yang tidak ada produk kami di Akademi menyediakan produk untuk dropship.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.
Sebab perlu masuk kelas asas blog online
  1. Kelas adalah fleksibel. Peserta kami adalah kebanyakan suri bekerjaya dan surirumah, secara online 100 peratus, ia fleksibel, boleh mula bila-bila masa.. Ada 10 langkah tugasan untuk kelas asas blog dan penulisan, dan 16 langkah mudah untuk bina kedai online. 
  2. Kumpulan sokongan. Selepas selesai semua tugasan, peseta akan di serap masuk dalam kumulan tertutup Akademi Bekerja di Rumah. Dari situ boleh membina jaringan, peserta pula boleh mencari peluang-peluang baru untuk bina persahabatan dan sokongan. 
  3. Sangat sesuai untuk surirumah yang baru hendak mula, tidak tahu urusniaga asas, tidak tahu buat borang, tidak tahu mahu mula dari mana, tidak ada produk di mana kami di Akademi akan sediakan produk. 
  4. Belajar membina kelompok sasaran untuk produk dan perkhidmatan yang bakal ditawarkan. Blog dan facebook adalah langkah paling asas dan mudah untuk kita belajar jualan online. Ini sesuai bagi orang yang sibuk, surirumah yang pemalu. 
  5. Trek pemula. Bagi mahu mula bisnes secara sambilan atau sepenuh masa. Khususnya persediaan bagi surirumah yang tidak ada apa-apa asas. Kita mempunyai barisan pengajar di seluruh Malaysia, tidak ada had masa, kami menerima pendaftaran setiap hari. 
  6. Mula cabar diri untuk persediaan tahun baru. Tidak kira suri bekerja di rumah, atau suri bekerja luar rumah.
sumber dari : Puan Masayu Ahmad

Kelas ini di mana?
Uniknya kelas kami secara online sahaja. Boleh mula bila-bila masa.

Saya bekerja tak ada masa?
Disebabkan kalian tak ada masa, itu sebab kela sini fleksibel. Iaitu 10 langkah mudah untuk kelas penulisan dan 16 langkah untuk kelas bisnes.

Saya tak ada produk.
Produk kami sediakan. Jika sudah ada produk lagi ok.

Berapa lama boleh pandai?
Bukan berapa lama boleh pandai, tetapi berapa cepat kalian boleh siapkan tugasan. Ada pelajar laju ambil masa 10 hari sahaja, ada 3 minggu, ada sebulan dan ada lebih dari itu.

Apa lagi yang kami dapat?

Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah, suri bekerjaya. Boleh berkenalan dan bertukar pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya.


Apakah uniknya akademi kami ? 
Ya memang unik, kalau kita pergi kursus atau seminar yang lain, perlu himpunkan 2 atua 3 orang penceramah contoh:
  • penceramah kursus teknikal-iaitu langkah demi langkah 
  • penceramah yang memberi motivasi 
  • penceramah yang menyampaikan pengalaman dalam bidang tersebut contoh dalam bisnes butik 
  • kita ada kelas kursus kemahiran, iaitu buka kedai online, langkah demi langkah, jika ada produk boleh gunakan, jika tidak ada kami sediakan 
  • Bagaimana pula motivasi? Ia disampaikan oleh lebih 10 orang serentak dalam bentuk penceritaan, dan ia ada dalam setiap buku yang kita berikan. Contoh, ebook super wahm super mom, ialah kisah realistik ibu-ibu yang berpendidikan yang mendahului merasai pengalaman pahit manis bekerja di rumah. Kita tidak jemput mereka tetapi perkongsian itu sudah ada dalam ebook. Jadi boleh baca bila-bila masa. 
  • manakala dalam kategori bidang, kalau pelajar itu suka buat kek maka ebook bisnes makanan adalah sesuai, kerana dalam itu sudah diberikan perkongsian pengalaman sebenar dalam bisnes makanan. Bukan seorang tetapi lebih dari 10 orang berkongsi kisah benar.

Apa lagi?
Kami sediakan pula tapak-tapak iklan, jadi selain belajar, mengambil ilmu, mengambil inspirasi. Boleh pula melebarkan sayap dengan beriklan di rumah-rumah yang didatangi pelanggan. Rumah itu adalah blog, iaitu seperti lot-lot kedai. Kita ada lebih 150 agen lot dan sudah menghampiri 340 blog yang membantu promosi bisnes sendiri dan juga rakan-rakan yang lain.


BAGAIMANA INGIN MENDAFTAR?

Bagi yang berminat dan serius untuk mendapatkan pendapatan secara online , bolehlah sertai kami. Walaubagaimanapun, anda digalakkan untuk menghubungi saya untuk berbincang dan bertanyakan soalan selanjutnya.


FB Official :Kizeewatty Zainal 

SMS WHATSAPP PM : 0192484428 atau tinggalkan komen di bawah.

atau


Anda boleh membuat pembayaran ke:
Kizeewatty Zainal
Maybank 101245259053

CIMB        7042019768

dan isi borang tempahan di sini


http://kizeewattyzainal.blogspot.com/p/borang-tempahan.html



Untuk mereka yang teruja untuk mengetahui lebih lanjut saya ucapkan SELAMAT DATANG, JOM DAFTAR dan MULAKAN LANGKAH PERTAMA ANDA!


Salam Sayang,

Kizeewatty Zainal
Pembantu Kelas Asas Blog dan Rakan Niaga
Pasir Gudang Johor

February 23, 2014

Testimoni Kelas Asas Blog : Norashikin Saaaid

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman salah seorang rakan blog saya yang sama-sama berkongsi idea di pelantar blogging. Puan Norashikin Saaaid merupakan salah seorang ahli Shaklee yang teruja berkongsi tip suplemen dan makanan berkualiti dan sihat kepada masyarakat. Selain itu beliau amat bercita-cita dan mempunyai matlamat tinggi untuk menjadi WAHM yang menjana pendapatan dari rumah dengan bisnes pilihan hati. Syabas saya ucapkan kerana berani mengambil langkah pertama anda. Mari kita tinjau pengalaman berharga Puan Norashikin Saaaid.

===========================================================

MELANGKAH SETAPAK DENGAN BERBLOG

Teks: Norashikin Saaaid

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum kawan2 dan bloger2…

Alhamdulillah atas rezeki dan nikmat yang Allah berikan kepada kita. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan dibukakan seluas-luasnya pintu rezeki dan rahmat kepada kita. Definisi blog pada pandangan saya ialah satu laman yang menempatkan tentang topik-topik berdasarkan minat dan kemahiran seseorang blogger. Blog juga untuk menzahirkan apa yang dirasakan di dalam diri seseorang. Boleh juga dikatakan sebagai terapi diri (diari online). Bukan sahaja boleh berkongsi maklumat dan info malah boleh menjana pendpatan dengan berblog. Zaman sekarang semua maklumat hanya dihujung jari sahaja. Bisnes online sudah menjadi fenomena luar biasa pda masa kini lantaran dengan permintaan dan kemudahan internet yang semakin meluas. Apa salahnya peluang yang ada di depan mata dimanfaatkan dengan berbisnes sakaligus dapat berkongsi tips kecantikan dan kesihatan untuk para ibu dan jelitawan diluar sana. Mana tahu 2 tahun lagi saya mampu menjana pendapatan 5angka dan menjadi WAHM kan. Insya Allah, doakan impian saya menjadi kenyataan yer.

Terdetik dihati nak buat blog sejak menjadi ahli Shaklee lagi.Ini salah satu cara nak meluaskan empayar SHAKLEEku sebab ramai yang berjaya menjual produk Shaklee melalui blog masing-masing. Perasaan berkobar-kobar memang ada tapi turun naik jela. Kejap rasa nak buat kejap rasa malas dan tidak cukup masa. Macam-macam alasan bermain difikiran kan. Negatif sungguh pada masa itu. Bermula sungguh-sungguh nak buat blog pada bulan 6 hari tu. Masa tu saya nak cuba buat sendiri tanpa pertolongan atau tunjuk ajar sesiapa. Bajet pandai sangat la kan. Saya cuba google cara buat blog dan memang banyak panduan yang saya perolehi tapi bila saya cuba buat sendiri berpandukan maklumat dalam google saya rasa susah dan ambil masa lama untuk siapkan blog. Saya tekad nak upah orang buat blog saya. Saya sudah berkenan dengan satu company ni yang boleh menghasilkan blog yang saya inginkan. Harga untuk upah buat blog ni RM280 tapi terma dan syarat pulak buat saya susah nak beri komitmen. Akhirnya terkubur macam tu sahaja.

Bermulalah terdetik di hati untuk mengikuti kelas asas blog ni apabila nisa nua merangkap kawan sekolah lama dan kawan FB saya yang menganjurkan kelas ini. Pada mulanya saya hanya membaca status dalam facebook mengenai kelas ini.Setiap status yang nisa tulis pasti saya baca sebab saya suka gaya penulisan nisa yang santai dan bersahaja seperti ada magnet pada penulisannya. Makin lama makin ramai yang masuk sehingga saya terlepas yuran promosi rm130 pada bulan Jun. Tak boleh jadi ni saya mesti mula buat blog dan makin  lambat harga pasti naik dan tak kan nak tunggu dan tengok sahaja. Pada 19 Julai 2013 tangan ni ringan je untuk mesej nisa bertanya pasal kelas asas blog. Sebelum itu, saya tanya pendapat suami saya akan niat untuk masuk kelas asas berblog. Mula-mula hubby ingat  kene datang ke kelas tiap2 minggu tapi selepas saya terangkan hanya perlu 100% Online sahaja jadi dia pun setuju. Yang bestnye Kelas Online bawah Nisa ni kita tiada had masa yang ditetapkan tapi kalau cepat hasil cepatlah menuai kan. Masa untuk buat blog pun mengikut masa terluang dan sangat fleksible. Selain dapat menjana pendapatan dengan berblog dapat juga membaiki hasil penulisan saya yang tunggang terbalik ni. Dah lama rasanya tak menulis karangan panjang macam ni. Takpe dari berblog ni juga saya dapat meningkat kan gaya penulisan saya nanti. Yuran serendah Rm150 dengan percuma 2 Ebook memang sangat berbaloi dengan ilmu dan panduan yang saya dapat dalam menghasilkan blog yang berkualiti. Bukan itu sahaja, peserta kelas blog akan di invite ke secret grup Belajar Asas Blog. Di samping dapat menambah kenalan baru terdapat juga info-info dan tips yang boleh kita perolehi sebagai persediaan untuk mejadi WAHM. Jangan takut melangkah setapak kerana kejayaan bermula dengan keberanian langkah anda.

Protege : Norashikin Saaaid
Sumber : http://norashikinsaid.blogspot.com/2013/09/melangkah-setapak-dengan-berblog.html
Guru Online : Khairunnisa Hamzahara (Nisa Nua)

========================================================================
Perolehlah kebaikan baik di dunia dan akhirat dengan mula berblogging dan berkongsi segala kebaikan dengan mereka di luar sana. Inilah salah satu saham akhirat kita nanti. Insya Allah segala apa yang anda kongsikan amat bermakna bagi orang lain. Anda pasti terkejut dengan apa yang boleh anda capai bila sudah mampu mengembangkan sayap dan terbang tinggi di langit. 

Sebarang persoalan anda mengenai kelas asas blog boleh akan terjawab di soal jawab kelas asas blog atau hubungi saya di:

FB Official : Kizeewatty Zainal 
SMS WHATSAPP PM : 0192484428 atau tinggalkan komen di bawah.

Daftar Kelas dengan membuat pembayaran ke:

Kizeewatty Zainal
Maybank  101245259053 
CIMB         7042019768

dan isi borang tempahan di sini

http://kizeewattyzainal.blogspot.com/p/borang-tempahan.html


  Daftar hari ini sebelum yuran kelas asas blog semakin meningkat selaras dengan kemasukan peserta kelas asas blog yang semakin hari semakin bertambah!!


Salam Sayang

Puan Kizeewatty
Pembantu Kelas Asas Blog dan Rakan Niaga Akademi
Pasir Gudang Johor

COQ10 dari Shaklee

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t


Apa Coenzyme Q10

Coenzyme adalah bahan yang penting dalam fungsi enzyme yang besar dan kompleks. Ketiadaan coenzyme akan membuatkan enzyme tidak boleh menjalankan tugasnya dengan betul. Coenzyme bukanlah sejenis vitamin, mineral atau hormon.

Coenzyme Q10 digunakan untuk membekalkan atau membuang oksigen dari molekul yang aktif.  Ia penting dalam proses pembuatan ATP, iaitu sumber tenaga badan, dari sumber pemakanan. Proses pembuatan tenaga ini berlaku di dalam mitochondria, satu bahagian di dalam sel-sel badan. Oleh itu, Coenzyme Q10 sangat penting dalam kesihatan sel, tisu dan organ badan kita.

Pesakit dengan kegagalan jantung kongestif (CHF ) mempunyai kepekatan plasma rendah CoQ10.
Kajian dalam tahun 1990-an membuat kesimpulan bahawa makanan tambahan dengan CoQ10 mengurangkan pengoksidaan lipoprotein berketumpatan rendah . 

Sumber dan kandungan CoQ10

Sumber utama Coenzyme Q10 adalah dari pembinaannya di dalam badan kita sendiri. Sumber luaran utama Coenzyme Q10 pula adalah dari daging, ikan dan minyak sayuran. Bahan ini juga boleh didapati dari kebanyakan makanan seperti sayuran segar, buah-buahan dan kekacang, tetapi kandungannya lebih sedikit. Bagaimanapun ia rosak dengan mudah melalui proses pemasakan. Adalah dijangka bahawa secara purata pengambilan Coenzyme Q10 oleh orang biasa dari pemakanan menyumbang sebanyak 5 mg sehari sahaja. 


9 Tanda-tanda Kekurangan COQ10
Khasiat dan Manfaat CoQ10
  1. Kesihatan Jantung-Mengurangkan kekerapan "angina episode" dan menguatkan jantung 
  2. Kanser -Merawat kanser payudara dan kesihatan sokongan kepada pesakit yang menerima kemoterapi
  3. Penyakit Gusi
  4. Kesihatan Mental - Kajian tambahan menunjukkan Pesakit Parkinson boleh mendapat manfaat tambahan daripada CoQ10
  5. Rawatan Obesiti- Mengurangkan berat badan
  6. Kesuburan - Meningkatkan jumlah sperma dan membantu kesuburan lelaki
  7. Mengurangkan simptom-simptom masalah jantung seperti sesak nafas, sukar tidur, dan bengkak. Jadi CoQ10 penting untuk meningkatkan tenaga di dalam otot jantung, juga meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.
  8. Penting untuk kesihatan ginjal
  9. Membantu merawat migrain.
  10. CoQ10 boleh meningkatkan insulin - baik untuk pesakit kencing manis
  11. CoQ10 boleh melindungi daripada kesan-kesan sampingan dari ubat-ubatan seperti beta-blockers dan beberapa antipsikotik. Pengambilan ubat-ubatan yang kerap boleh mengganggu sintesis koenzim Q10 dalam tubuh.
Kandungan COQ10 Shaklee
Siapakah yang Sesuai Makan CoQHealth Plus?

Sesuai diamalkan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengekalkan tahap kesihatan yang terbaik. Bagi mereka yang semakin meningkat usia, CoQHealth Plus adalah suplemen wajib diamalkan kerana pada peringkat usia ini kandungan Co enzim Q10 mula beransur-ansur berkurangan. Pelbagai penyakit mula muncul jika kita tidak bijak menjaga kesihatan kita.

Cara pengambilan

1 biji selepas selepas makan terutamanya makanan yang mengandungi lemak dan minyak. 

Kenapa COQ10 Shaklee Istimewa?
  1. Gabungan Con enzim, vit e dan ekstrak teh hijau memantapkan fungsinya untuk menghapuskan/mengoksidakan kolesterol jahat LDL
  2. Semestinya semulajadi dan tiada bahan sintetik.
COQHealth Plus mengandungi 30 kapsul berharga    RM 124.00 

Untuk konsultasi percuma dan  harga vitamin Shaklee, sila hubungi saya di:


sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop

atau anda boleh membuat pembayaran melalui borang tempahan di bawah:

http://kizeewattyzainal.blogspot.com/p/borang-tempahan.html


Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

February 17, 2014

Kelebihan Bisnes SHAKLEE

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Apa kahabar para sahabat saya yang luar biasa. Saya harap anda menjalani hidup yang luar biasa dan dimulai dengan kalimah Bismillah.

Hari ini saya ingin berkongsi tentang bisnes yang semakin mendapat perhatian di hati rakyat Malaysia. Apa tidaknya bisnes ini telah berkembang 500% sejak 5 tahun yang lalu. Ia merupakan bisnes 100% yang dipasarkan secara online atau offline tanpa perlu menjaja dari pintu ke pintu, tidak perlu tayang atau jual muka, tidak perlu stok menimbun dan segala langkah perniagaan dan tip-tip hebat akan disalurkan kepada anda.  Dan yang paling penting Shaklee terdiri daripada produk yang halal dan berkelulusan KKM serta mempunyai perniagaan yang halal Shariah.


Bisnes Shaklee Tidak Perlu Tayang atau Jual Muka


90% hasil jualan kami adalah dari sumber online. Gunakan medium blog dan Facebook untuk memasarkan produk-produk Shaklee. Tak perlu petah bercakap.  Kebanyakan dari SID (Shaklee Independent Distributor) yang berjaya adalah pemalu dan tak petah bercakap. Mereka juga tiada latar belakang berniaga atau belajar 'Business Administration'. Paling penting perlu rajin usaha dan positif untuk berjaya.

Bisnes Shaklee Tidak Perlu Stok Bertimbun

Barang semuanya ada di HQ/Branches Shaklee. Tak perlu simpan stok beribu-ribu dirumah. Bila pelanggan membeli, SID hanya perlu membeli barang secara online atau pergi ke branch berdekatan. Barang yang pelanggan pesan akan dihantar dan dipos sendiri secara terus dari HQ/Branches Shaklee. Jimat tenaga dan duit tanpa perlu bungkus dan poskan barang. 


Tiada konsep tertindas. Ini bukanlah sistem di mana hanya orang atas sahaja yang kaya dan orang bawah tidak mendapat untung apa-apa. 

Di Shaklee sesiapa sahaja ada peluang menjadi jutawan. Tiada apa yang mustahil. Terlalu ramai ahli yang telah menjadi sejarah dalam kumpulan kami. Bila 'upline' dan 'downline' menjadi Master secara serentak. 


Berikut adalah tawaran-tawaran lumayan daripada Shaklee untuk ahlinya yang aktif dalam penjualan setiap bulan.

Apa Yang Anda Dapat Dengan Bisnes Shaklee
Apa Yang Anda Dapat Dengan Bisnes Shaklee

Di dalam kumpulan eksklusif Shaklee kami di Fcebook, anda akan didedahkan dengan testimoni rahsia kejayaan ramai orang yang sudah berjaya dalam perniagaan ini. Di sini, anda boleh dapatkan bantuan khidmat nasihat dan apa yang perlu dilakukan untuk memulakan perniagaan online dan offline. Terdapat juga perkongsian kisah jatuh bangun SID dalam perniagaan ini yang menjadi pemangkin semangat kepada ahli yang lain. Jika hendak berjaya, kita mesti dikelilingi oleh mereka yang positif dan sudah berjaya.

Dan bila anda berada dalam kumpulan itu, bermulalah hidup anda di sekelilingi oleh mereka yang telah pun berjaya. Anda tanya satu soalan, 10-20 orang yang akan menjawab untuk membantu anda. Semua orang di kumpulan ini ingin melihat anda berjaya. Di Shaklee tidak akan ada orang yang ingin menolak anda ke bawah, dengan bantuan mentor yang dah pakar, berjaya dan lama dalam perniagaan ini.


BAGAIMANA INGIN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI DAN MEMULAKAN PERNIAGAAN SHAKLEE?

Anda digalakkan untuk menghubungi saya untuk berbincang dan bertanyakan soalan selanjutnya.


FB Official :Kizeewatty Zainal 
FB FANPAGE : Kizee Healthyvita
SMS WHATSAPP PM : 0192484428 atau tinggalkan komen di bawah.

Anda boleh membuat pembayaran ke:
Kizeewatty Zainal
Maybank 101245259053

CIMB 7042019768

dan isi borang tempahan di sini






Untuk mereka yang teruja untuk mengetahui lebih lanjut saya ucapkan SELAMAT DATANG dan JOM JANA PENDAPATAN DARI RUMAH!

Salam Sayang,
Kizeewatty Zainal
Pengedar Shaklee Pasir Gudang dan Johor Bahru
ID 906896

February 16, 2014

GLA Complex lebih berkesan dari Evening Primrose Oil

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Evening Primrose Oil (EPO) sangat sinonim dengan wanita kerana fungsinya terutama untuk keseimbangan hormon, mengurangkan symptom – symptom PMS dan Menopaus, untuk kesihatan kulit , kuku dan rambut.

Tapi tahukah anda, bahan yang memberi kesan sebegini ialah GLA (Gamma – Linolenic Acid) yang terdapat di dalam EPO. Dalam rangkaian produk Shaklee, produk yang sinonim dengan EPO ialah GLA Complex. 



Shaklee mengekstrak GLA dari Borage yang ditanam secara organic di kawasan Saskatchewan




Manfaat yang boleh diperolehi daripada GLA Complex 
  • Ia merupakan herba tradisi yang dipercayai - Borage adalah herba kegemaran orang barat kerana ia dikatakan mampu merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina 
  • Mengawal selia estrogen dan testoteron – Prostaglandin di bentuk bagi mengawal selia hormone lelaki dan wanita, memperbaiki symptom PMS (kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara) 
  • Melambatkan dan mengurangkan kesan menopaus 
  • Memperbaiki masalah prostate bagi lelaki 
  • Meningkatkan sistem imun tubuh dengan menghalang pertumbuihan sel tumor dan kanser 
  • Memperbaiki inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan kulit dan penyakit kulit yang lain 
  • Menghalang komplikasi diabetes 
  • Pelangsingan dan menghalang penambahan berat badan 
  • Memberi tona kepada kulit 
  • Menghalang tekanan darah tinggi 
  • Memperbaiki tekstur rambut terutama rambut yang kering dan gugur 
  • Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah 
  • Menyerikan kulit dan wajah
Untuk konsultasi eksklusif dan  harga vitamin Shaklee, sila hubungi saya di:


sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop
atau tinggalkan jejak di ruangan komen di bawah 

Untuk tempahan anda boleh membuat pembayaran melalui borang tempahan di bawah:

http://kizeewattyzainal.blogspot.com/p/borang-tempahan.html
 

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee
 

February 15, 2014

Makanan Sunnah - Apa Ada Dalam Minyak Zaitun

Teks: Kizeewatty Zainal
 
Assalamualaikum w.b.t

Pertama kali saya menggunakan minyak zaitun ketika saya kecil lagi, bila balik ke rumah nenek di Ayer Baloi Pontian, pagi-pagi sesudah mandi saya disiapkan oleh nenek. Dia akan menyiapkan saya dan menyikat rambut saya dengan menggunakan minyak rambut. Baunya bagi saya kurang enak tapi kata nenek minyak zaitun amat bagus untuk kulit kepala dan rambut. Oleh kerana dah terbiasa memakai minyak zaitun sebagai minyak rambut, hasilnya hari ini saya mempunyai rambut yang lebat.

 
Minyak Zaitun yang saya gunakan pada zaman kanak-kanak
Tirmizi dan Ibnu Majah meriwayatkan dalam Sunan-nya nahawa Abu hurairah r.a meriwayatkan bahawa nabi Muhammad s.a.w bersabda,

“Makanlah minyak zaitun dan gunakan sebagai minyak rambut kerana ia berasal dari pohon yang diberkati.”

Minyak zaitun juga amat popular digunakan dalam produk kecantikan. Ia boleh menguatkan akar dan melembutkan kulit. Minyak zaitun yang jernih dan berkilau, lagi mahal harganya. Minyak zaitun baik untuk kesihatan luaran dan dalaman manusia.

Minyak zaitun jernih dan berkilau seperti cahaya. Ini disebut di dalam al-Quran surah An-Nur:35:

"Yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api."

Zaitun bersifat lembap dan minyak zaitun terbaik adalah yang diperah dari zaitun masak, manakala minyak zaitun yang tidak masak adalah dingin dan kering. Minyak zaitun hitam bersifat panas dan basah, menyembuhkan keracunan, berfungsi sebagai julap dan membebaskan tubuh dari penyakit cacing.

Paras asidnya yang rendah memudahkan penghadaman kita. Vitamin E yang terkandung di dalam minyak zaitun didapati boleh merendahkan kolestrol LDL (kolestrol jahat), tekanan darah, mengurangkan risiko barah payudara dan risiko koronori jantung. Ibnu Qayyim meriwayatkan bahawa minyak zaitun yang dibancuh dengan sedikit garam boleh meredakan radang gusi dan gigi. Menurutnya lagi minyak zaitun dapat menawarkan racun dan mengeluarkan cacing.




Khasiat Minyak Zaitun

Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi
Pengambilan minyak zaitun menambahkan bilangan kolesterol baik untuk badan di mana ia menghalang penghasilan plak pada dinding arteri dan kehadiran antiaksida dalam minyak zaitun juga mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

Anti Kanser
Kajian The Journal of the National Cancer Institute menunjukkan diet minyak zaitun bersama buah-buahan dan sayuran merendahkan risiko kanser payu dara, kanser kolon dan kanser prostat.

 Memudahkan Penghadaman

Selain itu, minyak zaitun juga meningkatkan penghadaman dan penyerapan nutrien di mana ia melepaskan asid gastrik perlahan-lahan selain membantu pengeluaran hempedu yang optimum.

 Nutrisi Ibu Hamil

Ibu-ibu mengandung juga digalakkan untuk menambahkan minyak zaitun dalam diet mereka bagi membantu penyerapan vitamin, mineral dan nutrien yang penting untuk fetus selain mengatasi masalah sembelit yang biasanya dialami ibu mengandung.

Melegakan Sendi

Masalah arthritis di kalangan warga emas juga dapat dikurangkan dengan penggunaan minyak zaitun di mana kandungan semula jadinya iaitu oleocanthal, adalah salah satu agen antiradang bukan steroid yang menghalang aktiviti siklooksigenas penyebab radang.

Menguatkan Tulang
Penyakit osteoporosis juga dapat dihalang dengan pengambilan rutin minyak zaitun dalam diet seharian di mana mineral dan kalsium dapat diserap dengan lebih baik untuk keperluan tulang.
 

Kecantikan Kulit
Kandungan vitamin dan flavonoid di dalam minyak zaitun berfungsi mencantikkan kulit dengan meneutralkan radikal bebas yang merosakkan kulit.

Mengurangkan Rambut Gugur 

Sapuan kepada rambut dan kulit kepala menjadikan rambut sihat bersinar, juga mengurangkan masalah rambut gugur.


February 14, 2014

Makanan Sunnah - Khasiat Mentega

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Apa yang anda selalu gunakan di dalam masakan anda di rumah, mentega atau marjerin? Nak tahu yang mana lebih baik untuk kesihatan anda dan keluarga anda. Jom baca di entri saya.

Mentega dan margarin merupakan sumber lemak dan vitamin, kandungannya pun hampir sama. Mentega diperbuat daripada produk tenusu  dan mengandungi kolesterol.  Sedangkan margarin, diperbuat daripada minyak sayur yang diolah secara khusus agar menjadi padat. 

Kerana diperbuat daripada minyak sayur, margarin tidak mengandungi kolesterol namun mengandungi lemak trans yang kurang baik untuk kesihatan. Oleh itu, menggunakan mentega dalam masakan adalah lebih baik jika nak dibandingkan dengan margarin. 

Abu Daud meriwayatkan dalam Sunannya dari dua anak Busr As Sulamayyin yang berkata, "Rasulullah s.a.w datang pada kami dan kami menghidangkan beliau mentega dan beberapa biji kurma masak, kerana biasanya baginda suka makan mentega dan kurma masak."


Antara kebaikan, khasiat dan manfaat mentega

Penenang 
Mentega mengandungi selenium yang mampu menenangkan saraf Anda. Jika Anda sedang stress cuba  makan makanan yang kaya mentega. Pasti anda akan ceria kembali kerana terasa gembira dapat makan makanan yang wangi dan sedap.

Baik untuk Kelenjar Tiroid dan Bengkak
Mentega kaya vitamin A untuk menjaga kelenjar tiroid yang berfungsi membantu tubuh membakar tenaga dan menghasilkan protein. Mentega membuang bengkak yang muncul berhampiran telinga dan saluran kencing. Jika digunakan tanpa campuran, mentega boleh menyembuhkan ulser mulut dan radang yang menyerang kanak-kanak dan wanita. 

Jika dijilat, mentega menyembuhkan batuk darah dan mematangkan bengkak paru-paru. Mentega mampu merehatkan perut, saraf dan bengkak yang teruk yang kerap berlaku pada pundi hempedu dan juga kerongkong, serta membuang kekeringan dalam tubuh.

Perkembangan Otak Anak
Lemak dan kolesterol yang sihat amat diperlukan untuk perkembangan otak anak. Maka dari itu, anak-anak memerlukan nutrisi dari mentega atau produk susu semasa pembesarannya.

Sumber Tenaga
Mentega merupakan sumber tenaga yang amat diperlukan oleh badan manusia.

Sebagai Antioksidan
Mentega mengandungi antioksidan sebagai perlindungan terhadap kanser dan tumor. Mentega juga melindungi tubuh kita dari radikal bebas, juga untuk sebagai makanan untuk melambatkan penuaan kulit.

Baik Untuk Kulit
Jika diamalkan pemakanan mentega secara konsisten, ia mampu menjadikan kulit lebih lembut dan salah satu pelembab semulajadi terbaik.

Mengatasi Masalah Tidur
Amalkan makan mentega dengan lebih banyak jika anda seorang yang sering terjaga di waktu malam. Mentega mengandungi selenium yang mampu menenangkan saraf tegang, sehingga tidur anda lebih nyenyak.

Kesuburan
Mentega mampu merangsang hormon manusia maka ia membantu meningkatkan kesuburan pasangan suami dan isteri kerana mampu eningkatkan suhu tubuh dan merangsang hormon seks yang membantu kesuburan.

Menyembuhkan Luka
Mentega sangat efektif untuk infeksi dan menyembuhkan luka. Amat sesuai untuk ibu yang melahirkan atau orang yang baru selesai menjalani pembedahan. Ini kerana mentega amat mudah diserap oleh tubuh. Jika disapu pada tempat gigi kanak-kanak, mentega boleh membantu tumbuhnya gigi di samping mengurangkan sakit akibat tumbuhnya gigi tersebut.


Kesihatan Jantung
Mentega punya kelebihan kerana tidak mengandungi lemak trans. Mentega merupakan sumber vitamin K yang dapat mencairkan darah dan mencegah penyumbatan.

Mengurangkan Obesiti
Mentega yang menyebabkan kegemukan, ternyata hanya mitos. Kajian menunjukkan, mentega tidak mengurangkan metabolisme, maka ia amat sesuai digunakan untuk orang yang di dalam proses mengurangkan berat badan. asalkan tidak diambil berlebihan dan semua gizi seimbang dijaga dan diambil. Mentega bersifat panas dan basah serta mempunyai banyak manfaat seperti membantu pembakaran dan pencernaan. 

Mentega boleh menyembuhkan herpes dan kekesatan dalam tubuh dan berfungsi sebagai ubat julap. Namun mentega mengurangkan mengurangkan manisnya madu dan kurma.

Salam Sayang,
Tip dan Panduan Kehidupan dan Kesihatan Sunnah