February 7, 2014

Menjemput Bahagia Dunia Akhirat

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Dua minggu lepas saya ke pusat bandar Pasir Gudang untuk makan tengah hari bersama rakan sekerja. Selesai makan kami ke kedai majalah. Tiba-tiba saya terpandang sebuah buku yang memang dah lama saya nak beli. Alhamdulillah memang rezeki saya dapat beli buku ini. Nak lagi memang tinggal satu sahaja di kedai. Rasa tak sabar nak tahu isi kandungan buku ini.

Selalunya jarang sekali saya habiskan membaca buku yang baru dibeli. Selalunya juga saya peram dahulu di rak buku. Tapi lain pula dengan buku yang satu ini. Saya terus buka helaian demi helaian dan berjaya habiskan dalam masa 3 hari. Ayat yang disampaikan penulis semememangnya ringkas dan padat tidak meleret-leret serta tidak membosankan saya. Jika diikutkan bukunya memang agak nipis dan tiap perenggannya disampaikan dengan ayat yang santai dan makna yang 'straight to the point.'

Definisi Rezeki

Setelah membaca dan memahami isi kandunagn buku ini, barulah saya faham erti kata sebenar yang dinamakan rezeki. Hatta rezeki Allah itu pelbagai. Kesihatan itu rezeki, ilmu dan kepandaian itu rezeki, kaya dan miskin itu rezeki. Dari sejak azali lagi Allah s.w.t telah tetapkan rezeki tiap hamba dan makhluk dan tiada yang terkecuali. Dia memberi rezeki walaupun kepada yang ingkar pada hukum hakam-Nya, yang menidakkan-Nya.Kerana belas ihsan dari-Nya manusia di muka bumi ini tetap diberikan habuan masing-masing.

Menjemput Rezeki

5
10
1-1=10
1:10
33
100
5000

Pelbagai formula yang Allah s.w.t telah terangkan secara tersirat untuk kita. Samada disampaikan kepada kita melalui A-Quran, Sunnah dan Hadis. Pilih dan laksanakanlah apa yang disukai-Nya. Yang penting kita hanya perlu lakukan sahaja dengan niat ikhlas kerana Allah.

Nak tahu apa maksud nombor dan formula-formula di atas, maka anda wajib memiliki buku Mudahnya Menjemput Rezeki ini. Jangan berlengah lagi kerana ianya terlalu laris di pasaran.
 

Cerita Menjemput Rezeki

Menjemput rezeki, bukan dengan melabur modal atau duit tapi dengan hanya pelaburan solat, zikir, al-quran, doa, sedekah, bersyukur dan tekun berusaha. Tiap satu pelaburan ini diterangkan secara terperinci, padat dan ringkas.Penulis buku ini banyak berkongsi pengalaman sendiri dalam menjemput rezeki. Apa yang paling konsisten diamalkan dan kebergantungan beliau pada Allah s.w.t

Apa Perlu Kita Buat ?

Sesungguhnya apa yang kita inginkan di dunia ini hanyalah dengan cara Doa, Tawakal dan kemudian barulah Berusaha untuk apa sahaja yang kita hajat. Dimulakan dengan mengerjakan apa yang diperintah dan diredhai oleh Allah kemudian barulah kita berusaha. 

Bukannya berusaha baru hendak berdoa dan tawakal. Dalam apa jua pekerjaan dalam hidup ini wajib kita menyandarkan kebergantungan 100% kepada Allah. Redha Allah yang kita cari. Insya Allah, sama-sama lah kita mencari yang terbaik untuk hidup kita dan sekaligus boleh menambah baik kehidupan orang di sekeliling kita.


Mengapa Perlu Meminta Pada Manusia? Allah kan ada.


Penulis Mudahnya Menjemput Rezeki

Fathuri Salehuddin

012-9876 717/ fathuri72@yahoo.com
Pasir Puteh, Kelantan.]



Salam Sayang,

Kizeewatty Zainal
Pembantu Kelas Asas Blog dan Rakan Niaga Akademi
Pasir Gudang Johor.

No comments:

Post a Comment