November 5, 2013

Fungsi dan Kelebihan Air

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Huargghhhh..Mengantuknya! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Makin terbuai-buai saya di depan komputer. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam sudah tidur nyenyak. Kenapa ya? Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kekurangan tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. 

Pelik bukan. Ramai yang menganggap dan tersilap dalam keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar. Sebenarnya, dahaga bukanlah petanda terbaik untuk memberitahu badan yang kita memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua.

Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. 

Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga. Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan.

Badan mengalami kehilangan air melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Bagi mereka yang melakukan kerja-kerja berat dan sentiasa di bawah panas terik, Shaklee ada produk yang tebaik dan berbaloi untuk bajet harian anda. Hanya 1-2 sudu Performance Drink sehari yang dibancuh dengan air masak mampu mengembalikan kesegaran dan kuantiti cecair yang amat diperlukan dalam badan anda.

Apa yang menarik dalam Performance Drink (PD) Shaklee?

PD yang berperisa oren ini merupakan minuman bersifat isotonik, mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula dalam darah ketika kita terasa dalam kekeringan dan terhidrasi.

PD yang bebas gas dan tidak berkarbonat ini mengandungi kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga dan sentiasa berasa kurang haus.  


Cuba anda amalkan, bancuh 1-2 sudu PD dengan air masak 2 liter dan anda letakkan di tempat seperti di depan televisyen atau bawa ketika tidur, apabila anda terjaga maka amat mudah untuk anda minum secawan dua. Ini juga sebagai peringatan pada kita untuk sentiasa minum air.

Harga Performance Drink Orange

1 canister Performance Drink Orange 539 gram berharga RM82.50.

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut sila hubungi saya di~

sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
email: kizeewattyzainal@gmail.com

Jom like dan dapatkan info terkini di FB fanpage saya  di Kizee Healthyvita Shop

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

No comments:

Post a Comment