August 5, 2014

Amalan Sunnah : Bersugi Meningkatkan Prestasi Minda

Teks: Kizewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Apabila solat, kita akan bersolat dengan gigi bersih dan dapat membaca ayat suci al-Quran dengan baik tanpa ada sisa makanan di samping mengharumkan bau mulut . Bau mulut yang busuk adalah makruh jika kita bersolat secara berjemaah. Bersolat dengan gigi yang bersih akan menambah kekhusyukan kerana jika memberus gigi kemudian ada sisa makanan di celah gigi, maka solat kita akan terganggu. Bacaan juga terganggu dengan cuba membuang sisa makanan dicelah gigi.
 

Amalan menggosok gigi di awal pagi adalah amalan sunnah berdasarkan hadis daripada Huzaifah , katanya: "Nabi saw apabila baginda bangun daripada tidur maka baginda menggosok-gosok mulutnya dengan kayu sugi."(Riwayat Bukhari dan Muslim).




Apabila kita melakukan sesuatu perkara dengan niat mengikut sunnah nabi maka nescaya amalan itu mendapat ganjaran pahala daripada Allah swt. Oleh itu, lakukan amalan menggosok gigi di awal pagi atau sebelum solat dengan niat mengikut sunnah, semoga amalan kita diberkati Allah.
 

Alat yang boleh digunakan untuk bersugi atau mengosok gigi seperti kayu sugi, berus gigi, cebisan kain atau benda-benda lain yang suci dan tidak membahayakan. Rasullulah saw sangat menggalakkan umatnya menjaga kebersihan gigi.

Syuraih bin Hani' berkata, "Aku bertanya kepada Aisyah amalan apakah Nabi saw mulakan ketika memasuki rumahnya? 


Aisyah menjawab "Bersugi." (Riwayat Muslim)

Sabda Rasullulah saw,"Bersugi adalah cara untuk membersihkan mulut dengan melakukannya akan mendapat keredhaan Allah swt ." (Riwayat An Nasai dan Ibnu Majah)

Bersugi juga dapat meningkatkan akal,mencerahkan mata, melambatkan tumbuh uban, menggandakan pahala, mengucap dua kalimah syahadah ketika hampir ajal, memudahkan keluarnya daripada badan. Bersugi membersihkan gigi dan mulut daripada kuman yang merosakkan gigi.


Kepada anda yang suka amalan sunnah, menggosok gigi setiap kali hendak menunaikan solat tidak menjadi satu masalah malah seseorang itu akan berasa segar untuk menunaikan solat. Oleh itu, jadikan diri kita seorang yang suka memberus gigi sebelum menunaikan solat.  

Baca lebih lanjut tentang amalan sunnah ketika bersugi di sini. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda. Insya Allah 

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment