August 15, 2014

Amalan Sunnah: Menjaga Kesihatan dengan Minyak Zaitun

Teks: Kizeewatty Zainal


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم


Kandungan Minyak Zaitun

Asid lemak merupakan kandungan utama minyak zaitun terdiri dari asid oleik, asid linoleik dan sedikit asid linolenik. Asid oleik merupakan salah satu asid lemak dari jenis tidak tepu mono, merangkumi 55 hingga 85 peratus kandungan minyak zaitun.

Asid linoleik dan linolenik adalah dari jenis asid lemak tidak tepu poli yang menganduingi Omega 6 dan Omega 3. Nisbah Omega 6 dan Omega 3 dalam minyak zaitun menepati nisbah yang disarankan untuk orang dewasa selain turut membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular,
kanser dan penuaan dan bagus untuk bayi dalam kandungan.
 
Kandungan peroksida atau antioksidan yang tinggi di dalam minyak zaitun berfungsi menentang pengoksidaan oleh radikal bebas (kanser) dan memb
ekalkan oksigen reaktif di dalam badan kita. Ia juga mengandungi sterol tumbuhan yang menghalang badan daripada menyerap kolesterol berlebihan di samping kaya dengan vitamin E yang terbukti baik untuk kesihatan kulit.

Menjaga Kesihatan dengan Minyak Zaitun
Menjaga Kesihatan dengan Minyak Zaitun


Antara Kegunaan Minyak Zaitun
  •  Awet muda, anti penuaan dan menyerikan wajah.
          Disapu di wajah sebelum tidur

  • Masalah kulit muka berjerawat, parut atau melecur. 
           Sapu pada jerawat dan parut.

  • Sakit lutut, athritis dan sendi-sendi yang sakit.
          Diletakkan di kapas lalu dibalut pada lutut (atau mana-mana anggota atau sendi 
           yang sengal) sebelum tidur.

  • Leukimia
          Dibaca ruqyah saratan diminum satu sudu satu jam sebelum makan apa-apa selama 
          paling kurang 40 hari.

  • Kanser
           Dibaca ruqyah saratan dan sentiasa di sapu pada anggota terkena kanser contohnya; 
           kanser otak, kanser payudara.

  • Gastrik, penghadaman, usus,sakit perut, cacing dan angin
           Minum sesudu satu jam sebelum makan apa-apa.

  • Sakit gigi dan gusi.  
          Dengan campuran sedikit garam, boleh menjadi ubat mujarab yang disapu pada gigi 
          dan gusi.
 
  • Anti semua kanser, sakit jantung dan 1001 penyakit: 
          Digunakan sebagai minyak masakan utama.

  • Urut
          Campur dengan air mawar dan digunakan sebagai minyak urut.
  • Melebatkan rambut
          Dijadikan minyak rambut utama. Tahukah anda minyak zaitun adalah minyak    
          rambut  utama nabi saw.  Antara sifat nabi adalah rambutnya sentisa berminyak 
         dengan minyak zaitun.

Selain buah zaitun, daunnya juga bermanfaat sebagai penggalak sistem imun manusia. Masyarakat Timur Tengah telah mengamalkan meminum teh daun zaitun sejak berabad yang lalu untuk merawat batuk, sakit tekak, demam, dan gout.

Ibnu Qayyim juga menjelaskan bahawa daun zaitun boleh merawat luka dan gatal-gatal.
Pendek kata, daun zaitun bersifat antibiotik. Oleh yang demikian, pengambilan daun zaitun mestilah mengikut dos tertentu. Batang zaitun pula boleh dibuat perabot. Malah ada juga tasbih yang diperbuat daripada kayu zaitun. Tasbih daripada kayu zaitun ini kelihatan agak berminyak dan agak harum.
Sesungguhnya setiap ciptaan Allah di alam ini ada manfaat bagi manusia. Tiada satu yang sia-sia.


Salam Sayang,

Kizeewatty Zainal  

0192484428
Pengurus Online Akademi Bekerja di Rumah
CEO Kizee Healthyvita 

No comments:

Post a Comment