October 2, 2013

IJI dan Gegaran Dunia Blog

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar rakan-rakan seperjuangan, muslimin muslimat yang dikasihi Allah s.w.t. Alhamdulillah diberi kesempatan, nikmat sihat dan hidup di bumi-Nya pada hari yang indah ini. Bulan September 2013 amat bermakna buat saya dan suami kerana kami diberi rezeki untuk menjejakkan kaki ke  PWTC Kuala Lumpur bagi menghadiri Intensif Jutawan Industri yang dianjurkan oleh Richworks dan pastinya oleh pakar motivasi Asia yang tidak asing lagi, Dr Azizan Osman.

Rentetan dari seminar Hidup Luar Biasa dan IMKK 2013 yang saya hadiri dua dua bulan lepas, kami  suami isteri sudah terlalu rindu untuk menjana aura positif dari rakan-rakan bakal jutawan, kata-kata semangat dan elmu yang baru daripada DAO.
Selesai waktu kerja, kami terus memulakan perjalanan kami merentasi lebuhraya PLUS. Tiba agak lewat pada malamnya dan kami mendaftar di hotel Anum yang bersebelahan dengan PWTC, dengan harga yang agak murah dan kedai makan juga berhampiran. Alhamdulillah perancangan dan perjalanan kami dipermudahkan Allah s.w.t. Selepas itu kami tinjau dahulu di mana terletaknya Dewan Tun Razak, lokasi IJI yang akan diadakan. Agak tersesat jugalah kami berpusing-pusing tapi akhirnya kami jumpa juga pintu masuk ke dewan berkenaan.Kami  sempat meninjau DAO dan krew-krew Richworks masih lagi bertungkus lumus menyiapkan pentas dan brosur pendaftaran walaupun waktu sudah hampir lewat malam. Bersemangat rasanya dan kalau boleh nak tahu apa yang akan DAO sajikan untuk kami pada esok hari.

Hari Pertama:
Bermula dengan pendaftaran seawal pukul 7.00-8.30 pagi, lorong kami iaitu peserta Diamond agak lengang dan selesa jika dibandingkan dengan peserta VIP dan General. IJI kali ini agak meriah kerana seramai 4300 peserta hadir dalam majlis elmu Jutawan Industri ini. Seawal pagi ini jugalah kami di ajukan soalan cepu emas oleh DAO, kenapa perlu kaya. Apa yang ingin kita capai dalam hidup? Untuk apa dan siapa perlunya kita menjadi kaya? Soalan demi soalan yang perlu ditanya dalam diri kita. 


Secara asasnya matlamat yang ingin kita capai dalam kehidupan adalah berbentuk kepuasan diri, kesihatan yang baik, mempunyai hubungan luar biasa dengan keluarga, saudara, rakan-rakan dan masyarakat, kebebasan masa dalam hidup, kerjaya atau bisnes yang berjaya, jaminan dari segi kewangan dan menambah nilai hidup orang lain serta sumbangan kita kepada masyarakat. Inilah yang ingin kita capai dalam hidup akan tetapi malangnya ramai yang tidak tahu arah jalan yang sepatutnya untuk menggapai kejayaan hakiki ini.
IJI mengajar kami apa kepentingan setiap individu dalam masyarakat dan komuniti Islam khususnya. Setiap orang mempunyai idea, bakat, pengalaman, potensi dan elmu yang amat berguna kepada masyarakat yang wajib kita kongsikan supaya apa yang ada pada kita mengalir kepada generasi seterusnya dan tidak terpendam dan terkubur begitu sahaja. Salah satu objektif IJI adalah mencungkil setiap kepakaran yang ada pada setiap individu yang berada di Dewan Tun Razak ini.
 Hari Kedua:
Hari kedua banyak mengulas dan bercerita mengenai blog, Facebook fanpage, E-book, Buku dan segala yang bersangkut paut dengan bidang penulisan. Senang cerita hari kedua merupakan ulasan dan cara kita membina kerjaya dengan penulisan. Bagaimana kita mengadaptasikan 6 pillars dan 5 Tiers untuk membina penjenamaan diri kita di dunia bisnes melalui penulisan.


Sesi ini paling berharga bagi saya kerana elmu yang disampaikan amat penting, dapat membuka hati dan menaikkan semangat mereka yang baru ingin memulakan dunia blog. Terdapat 5 asas dalam pembinaan dan penulisan blog yang berjaya dan terdapat cara-cara yang mampu menarik trafik ke blog kita.
Bagi DAO blog ini diumpamakan sebagai tempat gajah-gajah bertandang, dan kita sebagai pemilik yang akan memberi makan kepada gajah-gajah ini. Bila kita sentiasa menulis blog setiap hari atau 2-3 kali seminggu, blog kita akan sentiasa mempunyai pengisian dan akan ‘cepat panas’dan akhirnya gajah-gajah ini mula selesa untuk ‘melepak’ di dalam blog kita kerana apa yang kita sajikan di dalam blog merupakan makanan yang enak yang tidak pernah putus untuk mereka.
Apa yang DAO maksudkan dengan gajah di sini? Gajah merupakan kuasa dan simbolik kepada pengunjung-pengunjung blog. Merekalah yang berkuasa dalam menaikkan trafik dan populariti blog. Dan akhirnya jika kita sentiasa memberi, blog kita akan mendapat tempat pertama di hati mereka. Dan sekaligus apa sahaja yang kita buat pasti akan menjadi contoh dan panduan kepada masyarakat di luar dan kita akan dianggap bagaikan pakar dalam  bidang kita sendiri. 

Tips penting ini juga yang selalu di war-warkan oleh mentor saya Nisa Nua supaya saya sentiasa menulis dan memberi manfaat pada pengunjung-pengunjung dan masyarakat. Jika kita sentiasa menulis tidak mustahil kita akan mendapat rentak dan terbuai-buai dalam dunia penulisan ini. Bagaimana pula dengan hanya menulis blog kita boleh jadi kaya dan berjaya? Kaya dan berjaya di sini adalah apabila kita Berjaya menyampaikan elmu manfaat dan sekaligus dapat menyelesaikan masalah orang ramai di luar sana.
Seribu satu kebaikan akan kembali kepada kita dan ukhuwah dapat dibina antara kita. Tidak lupa jugak peluang akan datang satu persatu jika kita benar-benar ikhlas dalam menyampaikannya. Insya Allah jika kita niat dan berlandaskan kerana Allah s.w.t
Kami juga diajar bagaimana cara-cara menulis dan mengembangkan sayap blog kami ke mata dunia. Sentiasa menulis perkara positif, menggunakan ayat-ayat penuh tanpa‘short form’ dan ayat pasar supaya blog kita tampak professional. Pada belah malamnya, kami disajikan dengan kisah benar liku-liku kehidupan usahawan-usahawan dan jutawan berjaya.Bagaimana mereka mengorak langkah dalam sekelip mata sahaja. Bagi mereka ‘Hendak seribu daya.’ Jangan perlu ada alasan dalam hidup jika ingin berjaya. Alasan-alasan inilah yang merencatkan perjalanan hidup kita. Sudahnya pergerakan yang setapak pun akan rasa perit untuk dimulakan dalam dunia ini. Segala strategi yang diajar perlu ditulis terlebih dahulu. Apa Peta dan jalan yang perlu kita ambil langkah demi langkah. Jangan terlalu terburu dan meluru. Strategi inilah merupakan Peta kita agar tidak sentiasa terlanggar dinding dan terjatuh berkali-kali.

Hari Ketiga
Hari terakhir pula kami di ajar cara menjana kekayaan dengan menjadi penceramah, belajar cara memberi daya impak yang perlu yang perlu ada pada diri kita apabila menyampaikan seminar di hadapan khalayak ramai. Selain itu beberapa tip penting dalam pemasaran produk yang terbukti berjaya dan mendatangkan keuntungan berlipat ganda kepada bisnes kita. Caranya amat mudah, dengan hanya berblogging, Facebook fanpage dan lain-lain
Sebagai penutup kepada IJI ini, DAO berulang kali berpesan kepada kami agar merangka apa strategi dan Peta yang ingin kita rangka dalam mencapai kekayaan dalam kerjaya. Mulakan dengan satu-satu perkara dalam keadaan yang fokus dan tidak melulu, perlu ada sikap sentiasa ingin belajar dan konsisten dengan apa yang kita lakukan. Percaya pada diri dan yakinlah dengan Allah s.w.t yang kita mampu melakukan lebih dari kemampuan kita.
Melalui IJI inilah matlamat saya lagi jelas, bukan semata-mata hendak menjual produk tapi bagaimana saya boleh berkongsi pengalaman dan membantu dalam menyelesaikan masalah orang  ramai dengan menggunakan pengalaman, pengetahuan dan bakat dengan berblogging. Gaya penulisan sudah berubah, kalau dahulu dunia penulisan banyak direncahkan dengan menggunakan pen dan kertas, tapi zaman teknologi hari ini, dunia boleh diubah dengan menggunakan pengaruh blog.

Saya doakan rakan-rakan blog ‘Kaya dan Berjaya’.Insya Allah. Kaya dan Berjaya dengan elmu dan dalam menyampaikan mesej dan nasihat-nasihat berguna kepada orang ramai. Sedarlah rakan-rakan seperjuanagan yang saya kasihi, apa yang kita sampaikan ini ibadah dan pahala yang akan kita bawa kedunia akhirat nanti.
Inilah tanggungjawab kita sebagai pejuang dalam meningkatkan kepimpinan dan kredibiliti Islam di mata dunia dan bakal menjadi bimbingan kepada generasi akan datang. Elmu dan pengalaman kita di dalam blog inilah yang akan dijadikan legasi dan panduan berguna untuk anak cucu cicit dan bangsa kita nanti. Insya Allah. Amin…
Salam sayang dari saya dan saya sudahi coretan ini dengan kata-kata dan pesanan pujangga dari ilmuwan tersohor:

“Jangan tunggu kesempurnaan. Kerana ia akan datang apabila kita mula menulis “- HAMKA

Pesanan manis dari saya, janganlah tunggu kesempurnaan untuk menulis, tetapi tulislah sekarang dan biarlah kesempurnaan itu datang berperingkat-peringkat.



Kepada anda yang teringin bertanya lebih lanjut bolehlah~
FB Official :Kizeewatty Zainal 
SMS WHATSAPP PM : 0192484428 atau tinggalkan komen di bawah.
Kepada anda yang ingin memasuki ke kelas boleh daftar di sini:  

Anda boleh membuat pembayaran ke:

Kizeewatty Zainal
Maybank  101245259053
CIMB          7042019768

dan isi borang tempahan di sini


http://kizeewattyzainal.blogspot.com/p/borang-tempahan.html


  Daftar hari ini sebelum yuran kelas asas blog semakin meningkat selaras dengan kemasukan peserta kelas asas blog yang semakin hari semakin bertambah!!

No comments:

Post a Comment