October 26, 2013

Sunnah Rasulullah s.a.w: Saderi Melegakan Sakit Gigi.

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Daun saderi, daun sup atau ranting suri merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan vitamin A, B1, B2, B6, C, E, K, PP dan mineral seperti besi, kalsium, fosforus, magnesium dan zink. Seratus gram saderi mempunyai nilai tenaga hingga 18 kalori. 

Ia juga boleh dibuat ulam. Rasanya manis, rangup dan berbau wangi. Ia herba renek berbatang lembut dengan ketinggian 30 hingga 45 cm. Tumbuh berumpun, batang bersegi, berwarna hijau muda, dan mengandungi banyak air. Daun majmuk dengan tangkai daun yang panjang, tepi bergerigi kasar, pucuk muda berwarna hijau muda dan bertukar warna hijau tua apabila telah matang, berbau wangi. Bunga majmuk, kecil, putih, terdapat dalam jambak bunga yang keluar dari celah daun. Buahnya kecil dan halus.

Biasanya, daun saderi (Apium graveolens) digunakan dalam membuat salad, menghias makanan yang mengandungi daging, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, akar, daun dan biji benih saderi digunakan bagi maksud terapeutik dalam merawat dan mencegah penyakit. Dalam bidang perubatan, daun saderi telah digunakan seawal Greek Purba apabila ia mempunyai nilai yang sangat tinggi sebagai perangsang libido serta ciri-ciri perubatan lain. Dalam masa yang sama saderi juga telah digunakan sebagai herba perhiasan oleh orang Rom, yang menggunakan daunnya untuk dijadikan sebagai "Mahkota Pemenang" mereka.  

Dalam perubatan tradisional saderi telah digunakan untuk menghapuskan parasit usus. Perubatan Cina pula mengesyorkan saderi sebagai ubat merawat tekanan darah tinggi disebabkan kestabilan komponennya. Apium graveolens pada mulanya berkembang biak diatas tanah lembap di Eropah dan Asia. Permulaan abad ke-19, saderi mula berkembang di Amerika Syarikat. Pada masa kini sayuran ini lebih digunakan dalam makanan dan lauk pauk, kerana kekayaan rasanya. 

Ia juga berguna dalam merawat penyakit perut, penyakit sendi, kegemukan dan penyakit pundi kencing, saderi menyimpan penawarnya dalam keadaan terbaik apabila ia dimakan secara ulaman mentah. Sama ada ia dimakan sebagai snek` atau sebagai ubatan, saderi menyah-toksin dari badan, dan merangsang sistem saraf dan mengujudkan mineral (mineralizes) didalam badan. 

Saderi mempunyai bau yang baik dan jika diletakkan di bawah leher boleh menyembuhkan sakit gigi. Saderi bersifat panas dan kering, boleh membuka hati dan limpa yang tersumbat. Daun saderi basah membantu menyejukkan hati dan perut, melancarkan buang air kecil, melancarkan haid dan batu karang. Bijinya mampu memberi stamina dan membuang nafas yang busuk (halitosis) dalam badan. Kepada sesiapa yang memakan daun saderi lalu tidur, mulutnya akan menjadi wangi, tidurnya nyenyak, bebas dari sakit gigi dan geraham.

Daun saderi merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Terdapat belbagai cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat untuk mengubati tekanan darah tinggi dan cara yang paling berkesan adalah dengan memasukkan sedikit daun seleri yang dipotong kecil-kecil dan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.

Selain itu, saderi juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria. Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracuanan darah dikenali sebagai sepsis atau septicemia.Kandungan garam galian dalam seleri memulihkan sifat alkalin dalam darah dan membantu menghentikan pembiakan kuman

Vitamin C yang terkandung dalam saderi menguatkan sistem immunologic dan pada masa yang sama menjadikan badan lebih tahan terhadap penyakit baru. Kalsium, kalium dan magnesium bertindak ke satu matlamat yang sama, menguatkan tubuh badan. Bersama-sama dengan magnesium dan besi ia berkesan pada mengurangkan kesan anemia. Saderi mempunyai kuantiti yang ideal untuk besi dan magnesium bagi menghentikan penyakit Onkologi dari terus aktif.

Tumbuhan ini memiliki sifat diuretik dan kesan dichloride yang berguna dalam pemasalahan buah pinggang (seperti renal colic dan renal lithiasis) dan masalah jantung. Dalam keadaan ini akar saderi digunakan. Disebabkan sifat menyah toksik (depurative), penggunaan saderi disyorkan untuk individu yang mempunyai gaya hidup yang serba cepat dan tidak mampu mengekalkan diet yang sihat. Kerana sifat-sifat ini - diuretik dan depuratif – maka saderi merupakan ramuan yang ideal untuk diet yang berdasarkan berat badan. Diet yang berdasarkan pada saderi mempunyai tenaga dan kesan menguatkan ke atas badan disebabkan rangsangan pada kelenjar buah pinggang, pengurangan hormon tekanan dan mengurangkan kadar degupan jantung. 


Tetapi saderi juga mempunyai sfat mengurangkan gula dalam darah, ia bermakna ia juga boleh digunakan dalam merawat kencing manis. Sifat lain seperti: pengering kahak, pelembut kulit (berkesan terhadap bronkitis), ia menyesuaikan kefungsian hormone   (senggugut, ketidaksuburan, gangguan disebabkan monopos, pelbagai bentuk jerawat, alahan kulit ; menghilangkan parut (baik untuk luka, calar, pembentuk ulser.)

Dengan pengambilan saderi setiap hari secara sihat dapat mengimbangi keperluan badan kita setiap hari. Mulakan pemakanan sihat bermula dari sekarang dengan saderi!

No comments:

Post a Comment