December 26, 2013

Bahaya Plak Kolesterol

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Apabila bercakap tentang kolesterol pasti kita terbayang makanan yang berminyak dan seseorang yang gemuk sedang menikmati makanan kurang sihat ini. Tapi sebenarnya kolesterol boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Ada kolesterol yang baik dan ada yang kurang sihat untuk tubuh badan kita.

Sebenarnya, apabila terlalu banyak kolesterol yang melalui saluran darah kita, kolesterol ini akan mula menempel di dinding arteri iaitu pada dinding saluran darah. Pembentukan kolesterol ini dipanggil plak seterusnya memberi kesan kepada sistem kardiovaskular badan.

Apabila plak terbentuk pada arteri, ia akan menghalang pengaliran darah kerana saluran darah yang sempit. Apabila situasi ini berlaku hampir dengan organ penting di dalam badan terutamanya jantung, ia akan menyebabkan masalah serius berlaku malah boleh menyebabkan kematian. Apabila saluran darah berhampiran organ jantung menjadi semakin sempit, ia boleh menyebabkan serangan jantung berlaku.

Bahaya Plak Kolesterol shaklee


 Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak pula yang tersumbat, ia akan menyebabkan sesorang itu mengalami strok. Kedua-dua penyakit jantung dan strok ini boleh mengancam nyawa. Oleh itu, anda perlulah menjaga tahap kolesterol di dalam badan serta kandungan darah di dalam badan.

Jumlah kolesterol yang tinggi dan berlebihan di dalam badan boleh menyebabkan:
  •  Masalah kesihatan yang serius terhadap sistem kardiovaskular badan. 
  • Menyebabkan artherosclerosis atau arteri menjadi keras.  
  • Dinding arteri menjadi keras dan rapuh 
  • Menghalang pengaliran darah 
  • Menyebabkan arteri pecah kerana terlalu rapuh dan ini akan  
  • Menyebabkan darah menjadi beku di dalam badan.

Secara umumnya, kolesterol adalah pengenalan kepada sejenis lemak yang dihasilkan di hati atau di usus. Kolesterol ini berfungsi untuk menghasilkan hormon dan membentuk membran sel seterusnya dibawa ke seluruh badan manusia melalui plasma darah. Selain itu, kolesterol juga penting dalam pembentukan asid hempedu dan Vitamin D di dalam badan.

Kebanyakan makanan yang mengandungi lemak haiwan juga mengandungi kolesterol seperti keju, kuning telur, daging, ayam, dan udang. Kandungan kolesterol di dalam makanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan adalah lebih rendah berbanding makanan yang berasaskan haiwan. Pengambilan makanan berlemak seperti lemak tepu dan lemak trans merupakan punca utama peningkatan jumlah kolesterol di dalam badan berbanding pengambilan makanan sumber kolesterol ini.

Sebenarnya, bukan sahaja mereka yang berbadan besar yang berpotensi mempunyai kolesterol yang tinggi, malah mereka yang kurus dan berbadan kecil juga boleh mempunyai kadar kolesterol tinggi dalam badan. Untuk menjaga kesihatan jantung dan diri anda sebelum pembentukan plak kolesterol ini terjadi, amalkan pemakanan suplemen tambahan di samping memantau corak pemakanan anda. Elakkan makanan berminyak dan berkadar kolesterol tinggi, lebihkan sayuran dalam sajian anda di samping senaman ringan yang perlu sepanjang minggu.

Cadangan Supplemen Shaklee Untuk Kolesterol Tinggi

Berikut adalah cadangan antara suplemen yang boleh membantu anda menurunkan kadar kolesterol yang tinggi. 

Vivix 
  • Melindungi dan memperbaiki selullar DNA 
  • Memberi impak positif kepada pengawalan genetik, 
  • Membantu pembentukan baru mitochondria (penjanan tenaga) untuk meningkatkan tahap tenaga dalam sel, 
  • Melambatkan pembentukan protin AGE yang mengganggu keutuhan sel.
Omega Guard 
  • Menurunkan trigliserida sehingga 65%, menurunkan LDL dan keseluruhan kolesterol 
  • Mencegah salur darah dari tersumbat
  • Mengelakkan strok 
  • Mengekalkan tekanan normal darah
  • Membantu mengurangkan ketegangan urat leher 
  • Mengurangkan sakit kepala 
  • Merendahkan kolestrol 
  • Mencegah pembekuan darah dalam badan 
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
 Garlic
  •  Menurunkan kolesterol

Lecithin 
  • Choline dan inositol penting untuk metabolisme lemak 
  • ‘Pengemulsi semulajadi’ kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak'. 
  • Menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran.
Vitamin E 
  • Menghalang oksidasi LDL oleh radikal bebas
  • Jantung yang sihat
  • Melindungi sel darah merah untuk mengelakkan asid lipid terbentuk 
  • Meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol baik) 
  • Mengurangkan tekanan darah 
  • Menghalang platlet darah melekat ke dinding arteri 
Alfalfa
  • Membantu untuk sintesis lemak 
  • Baik untuk jantung.
  • Mengurangkan keasidan dalam badan. 
  • Memastikan peredaran darah yang sihat.
Vitamin C  
  • Membantu untuk menurunkan LDL dan meningkatkan HDL
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress
Gla complex  
  • Mengurangkan LDL 
  • Mengurangkn pembekuan darah yang menyebabkan serangan jantung.
  • Mengawal kolesterol.
Ostematrix
  • Menurunkan LDL dan meningkatkan HDL di dalam darah. 
  • Menstabilkan tekanan darah bagi memastikan tekanan darah berada tahap yg normal.

Untuk nasihat percuma dan  harga vitamin Shaklee, jangan segan dan silu sila hubungi saya di ~

sms: pm: whatsapp ~ 0192484428 
Email: kizeewattyzainal@gmail.com 
FB: Kizeewatty Zainal 
FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop

    No comments:

    Post a Comment