December 2, 2013

Sunnah Rasulullah s.a.w: Perbezaan Air (Maa') Sejuk dan Panas.

Teks: Kizeeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Air adalah bahan kehidupan dan raja minuman. Air merupakan salah satu asas alam semesta ini, keranaAllah telah menciptakan alam ini dari wap air dan bumi dari buih air. Allah menciptakan segala sesuatu yang hidup sebahagiannya dari air.

Air bersifat dingin dan basah, mengurangkan panas, menjaga keadaan tubuh agar terus lembap, menghentikan sel tubuh yang merosakkan dan melembutkan makanan sehingga dapat menembusi pembuluh darah.

  
Kualiti air boleh dikenali melalui 10 cara:

1. Melalui warnanya 
Air yang baik berwarna jernih

2. Melalui baunya 
Air yang baik tidak mempunyai bau.

3. Melalui rasanya 
Air yang baik rasanya tawar dan agak manis.

4. Melalui berat jenisnya
Air yang baik ringan dan lembut.

5. Melalui lokasinya 
Air yang baik berasal dari lokasinya bukan yang telah dialihkan  contohnya tasik buatan.

6. Melalui sumbernya 
Air yang baik berasal dari sumber mata air yang dalam.

7. Hendaklah air itu terdedah kepada angin dan panas matahari. 
Air yang baik tidak tersembunyi di bawah tanah sehingga tidak tersentuh matahari atau udara.

8. Melalui pergerakan air 
Air yang baik mengalir dengan laju dan cepat.

9. Melalui kuantitinya 
Air yang baik jumlahnya banyak sehingga dapat membuang campuran yang tidak baik.

10. Melalui air itu mengalir.
 Air yang baik mengalir dari arah Utara ke Selatan atau dari arah Barat ke Timur.

Jika kita tinjau semua kriteria itu, kita tidak akan mendapati air yang memenuhi semua syarat itu kecuali air dari empat sungai: Sungai Nil, sungai Eufrat, sungai Saihan, dan Sungai Jaihan. Dalam Sahih Bukhari Muslim dari hadis Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa dia menceritakan, Rasulullah s.a.w bersabda, "Sungai Jaihan, Nil dan Eurfat, semuanya adalah sungai syurga." 


Air sejuk bermanfaat mencegah darah dari berbau dan mencegah naiknya wap perut ke kepala. Air sejuk mencegah bau busuk, sesuai dengan sistem metabolisma gigi. Air sejuk berbahaya apabila tubuh memerlukan pembakaran dan perubahan struktur contohnya ketika selesema, semasa mengalami bengkak dan sakit gigi. Air yang terlalu panas atau terlalu dingin berbahaya pada saraf dan sebahagian organ tubuh. Ini kerana air yang terlalu dingin mengubah metabolisma tubuh dan air terlalu panas boleh mengentalkan darah.

Air panas boleh meredakan sengatan pelbagai bahan panas, membantu pembakaran dan metabolisma, mengeluarkan pelbagai hampas makanan, memberi kelembapan dan juga menghangatkan badan di waktu sejuk. Sebagai contoh jika kita mempunyai sinki yang tersumbat, cuba jika kita siram dengan air sejuk, pasti makanan atau hampas yang tersumbat di dalam sinki tidak akan mengalir keluar. Bagaimana jika siram dengan air panas, hasilnya hampas dan makanan akan cepat mengalir keluar dari sinki tersumbat kerana tugas air panas adalah memecahkan lemak makanan tersebut.

Namun, air panas boleh merosakkan pencernaan, menjadikan makanan terapung pada bahagian atas perut, tidak mudah menghilangkan haus dan mencairkan unsur dalam badan.  akan tetapi air panas baik untuk orang tua, orang yang menghi dap penyakit epilepsi, pening dan sakit mata. Bahkan air yang panas boleh mencairkan lemak ginjal.

Bagaimana pula cara minum air yang betul? Bagaimana cara minum air mampu memelihara kesihatan tubuh badan kita? Rasulullah s.a.w sendiri telah banyak menunjukkan tauladan dan rujukan kepada umat manusia di dalam Panduan dan Etika semasa Minum

Semoga apa yang dititipkan di sini memberi ilmu yang bermanfaat kepada kita. Insya Allah.

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment