December 15, 2013

Khasiat Tebu (Qashabus Sukkar)

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Siapa yang tidak pernah makan atau minum air tebu? Saya pasti semua pernah merasa manis air tebu, paling seronok jika diminum ketika cuaca panas kerana mampu menghilangkan dahaga dan haus. 

Semasa kecil, keliling rumah nenek saya penuh ditanam dengan tebu dengan segala sayur dan buah-buahan. Petang-petang kami akan berkumpul dan mencari hasil seperti ubi kayu dan tebu. Petang-petang memang sedap jika makan tebu yang sememangnya manis semulajadi.

Diriwayatkan dalam hadis sahih Al-Haudh,"Maknanya lebih manis daripada gula." 

Tebu merupakan  sesuatu yang baru bagi orang dahulu, bahkan mereka tidak tahu bahawa gula itu ada. Disebabkan itu, madu diceritakan secara meluas sebagai minuman ataupun ubat berbanding gula.

Di Malaysia tebu ditanam secara komersial untuk menampung keperluan harian masyarakat dalam kehidupan harian. Tebu ini bersifat panas dan basah, mampun meredakan batuk dan membersihkan lendir jika diproses dengan membuangkan hampasnya.  Tebu juga dikatakan boleh membersihkan pundi kencing dan kerongkong, kerana ianya lebih berkesan sebagai julap yang membersihkan segala ruang pembuangan tubuh manusia.
  
Ia juga melegakan muntah, melancarkan pembuangan air kecil dan menstimulasi pengeluaran sperma bagi kaum lelaki.

Affan bin Muslim As Saffar berkata, "Sesiapa menghisap tebu setelah makan akan menemui kegembiraan sepanjang harinya."

Tebu yang dipanggang boleh membuang gangguan tekak dan dada, namun tebu juga mempunyai angin, namun boleh diredakan apabila tebu dikupas kulit dan dicuci dengan air panas.

Cara menghilangkan batuk adalah dengan mendidihkan gula tebu dengan sedikit air. Akan tetapi tebu boleh memudaratkan perut yang menghasilkan enzim untuk proses metabolisma. namun boleh dikurangkan dengan cara mencampurkannya dengan jus limau, limau pahit atau delima laffa.

Sebahagian orang lebih menyukai tebu daripada madu, kerana tebu tidak sepanas madu dan lebih ringan diterima perut manusia.  

Tebu tidak hanya sekedar sebagai bahan gula, namun juga mempunyai manfaat dan khasiat untuk kesihatan tubuh jika diamalkanuntuk masalah kesihatan yang tertentu.

1. Menguatkan gusi dan gigi
 
Cairan yang ada di buah tebu dapat membuat gusi dan juga gigi anda menjadi kuat, caranya dengan meminum air tebu yang sudah dicampir air jeruk nipis dan juga garam.


2. Mencegah strok
 
Minum air tebu secara teratur membantu menjaga metabolisme tubuh akibat kekurangan cairan kerana kegiatan harian yang kita lakukan, sehingga  membantu menghindar strok.


3. Melawan kanser payudara
 
Kandungan yang berada pada buah tebu merupakan sifat alkali yang dapat membantu untuk mengatasi kanser payudara dan juga prostat dengan cara minum secara kerap.


4. Mengatasi hidung berdarah
 
Potonglah bahagian tebu yang paling hujung setelah itu rebus dengan air secukupnya, campurkan garam dan juga gula. Jika sudah sejuk tapis airnya dan minum.


5. Baik untuk diabetes/ kencing manis
 
Kandungan gula semulajadi yang ada pada tebu sangat baik untuk penderita diabetes. Air tebu menjadi alternatif yang lebih baik untuk gula mentah atau pemanis buatan. Minum jus tebu juga mampu menjaga kadar glukosa darah dalam badan lebih seimbang.


6. Menyembuhkan selesema dan sakit kepala
 
Anda salah jika berfikir kalau minum jus tebu agak berbahaya kerana boleh menimbulkan
selesema dan sakit kepala. Kerana sebaliknya, minum air atau jus tebu mampu membantu menyembuhkan selesema dan sakit kepala.

7. Mengatasi badan berangin
 
Ambil tiga helai daun tebu, rebuslah hingga mendidih dan minumlah apabila air rebusan tebu tersebut sudah sejuk, lakukan secara rutin iaitu tiga kali sehari. Insya Allah mampu mengeluarkan angin di dalam badan.


Wallahu a'lam  

No comments:

Post a Comment