Assalamualaikum w.b.t
Selalunya
lagi 4-5 hari lagi nak raya, kaum hawa yang tak habis-habis lagi nak
berbelanja. Pasti ada saja yang tak cukup selagi tak raya. Tapi terbalik
pulak dengan saya suami isteri, abang pula yang yang belum habis
belanja. Jadi kami singgah ke JPO sabtu lepas untuk mencari apa yang
dihajati oleh cik abang saya.
Kami
sampai dalam pukul 10 pagi. Masih belum ramai pengunjung dan keadaan
tidak sesak seperti selalu. Ada pembinaan yang sedang dijalankan di JPO
tetapi tidak mengganggu lalu lintas di situ. Untuk siapa-siapa yang
tidak tahu di mana JPO bolehlah rujuk kepada peta di bawah atau terus ke
link ini http://www.premiumoutlets.com.my/center-information
Jika
anda ingin ke sini, dinasihatkan agar anda meninjau dahulu jika ada
jualan murah atau promosi yang ditawarkan pada masa-masa tertentu di
sini http://www.premiumoutlets.com.my/center-information/sales-events
Pada anda yang tertanya-tanya kedai-kedai pakaian, aksesori, bag, atau butik jenama yang ada di JPO, sudi-sudilah ke link ini http://www.premiumoutlets.com.my/center-information/store-listing
Setelah beberapa kedai yang dikunjungi akhirnya abang berkenan dengan
sehelai baju Nike.
|
Keadaan di Jusco Tebrau yang agak lengang |
Tapi
masih ada satu lagi yang belum cukup. Abang ingin mencari sehelai seluar tapi memandangkan rekaan di JPO tidak
menepati citarasa, seterusnya kami menuju pula ke Aeon Jusco
Tebrau. Keadaan lalu lintas agak sesak kerana Jusco ini bersebelahan dengan Tesco Tebrau. Kami singgah untuk membeli seluar jeans dan haarganya agak murah. Kebanyakan kedai menawarkan harga promosi sebanyak 50% apabila musim perayaan. Setelah abang dapat apa yang dihajat, kami terus pulang ke rumah. Banyak lagi rancangan yang perlu diselesaikan. Tunggu post seterusnya dari saya ya.=)
No comments:
Post a Comment